Wednesday, June 26, 2013

In The Shade of The Quran by Fatih Seteragic.

Lets menderma sambil menyertai majlis ilmu.

Entrance fee by minimum donation rm RM20 and RM10 for students.

Call Siti Jamilah at 0123718518 or log on to www.mpf.org.my for more details.

See you there!

Saturday, June 22, 2013

Menyibuk

Saya berada di majlis keraian wife boss cousin saya.
Hahahahhaha...
Hence the subject, menyibuk.

Dia ajak teman. So, meneman lah kita ye.
Seronok juga tengok organisation orang lain like small company but ada ukhuwah like this. My division? Own department pun payah nak berkumpul. Ini.. siap boss buat makan makan sempena birthday wife dia.

Stress tempat kerja mana pun ada stress kan?
That is normal I guess.

But after the tiring and stressful Monday to Friday... sekali on Saturday boss buat makan makan lepak macam ni.. sama sama bergelak ketawa layan tengok bola... chillex jugeeee...
But not fair lah nak compare apple to apple like this..

Yang tak cool part my cousin kena bombarded with a hell lot of questions. Bahahhhahaha....

Biasalaaaaaaa team orang baru kena sarung cincin ni beginilaaaahhhh....
Uhuk.

Tuesday, June 18, 2013

Ali Baba Bujang Lapok


Hai Ali si Ali Baba...
Ya Ali si Aaaaaaaliiiii....


Haaaaa familiar tak dengan lagu tu?
Korang semua pernah tengok tak cerita P.Ramlee yah satu ni?
To me, semua cerita P.Ramlee memang legend. Tak ditelan zaman langsung. Hitam putih pun, generasi Z kita masih gigih menonton ketawa berdekah. His jokes and antiques memang boleh menjadi gurauan santai sekeluarga.
Betul tak?

So baru-baru ni TV2 ada siarkan Ali Baba Bujang Lapok. Alah, yang P.Ramlee jadi ketua kepada 40 orang penyamun tu....
Eventhough ianya cerita penyamun..but message yang disampaikan sangat clear...


1. Bila susah, adik beradik pun hina kita

Adat resam manusia, bila Ali Baba susah, pinjam secupak gandum dengan abang sendiri si Kassim Baba pun kena interest extra secupak.
Padahal abangnya kaya raya. Memang betul adiknya malas bekerja. But, since you kaya, tak salah if you gajikan adik you buat something. So win win situation. You dapat trusted worker sebab darah daging sendiri and adik you ada gaji untuk sara hidup. Senang kan?
And dunia now a days... memang masyarakat hanya memandang harta. Yang sederhana juga tanam impian nak kaya. Kenapa? Sebab macam jadi adat lak.. if kaya baru orang respect. Bila tak ada apa, sedap2 mulut orang hina buat tak nampak kita.

2. Rezeki ada dimana mana

Ali Baba tu nak tunggu wife dia merajuk nak keluar pergi kerja baru dia nak ke hutan.
Dan even though dia kebas wang emas penyamun tu, dia tak tamak.. dia ambil satu barang tu je... dan dia ingat asal usul dia.. duit tu pun dia bersedekah...

P.Ramlee nak sampaikan, sikit ke banyak rezeki kita, kita tetap kena kongsikan. Baru berkat, rezeki pun beranak. Siap banyar hutang berlipat ganda kat abang dia. Means, lama mana dia pinjam pun, dia ingat hutang dia. Bila dia ada duit, dia langsaikan. Lagipun, kalau dia memang ada duit, takkan masa susah dia meminjam kan? Logik lah sikit.

3. Management

Penyamun pun tau bagi gaji, ada bonus, siap public holiday.
Yang mengarut public holiday sempena kematian Kasim Baba. Wah! Sempat request lepas dah kena kerat. Office security dijaga rapi. Hanya Chief Penyamun je yang boleh buka and tutup pintu gua. Hari gaji semua cuti and ramai2 dia celebrate dengan semua.

Bos sekarang? Nak belanja lunch pun cium bau je lah. Siap hanya keluar lepak dengan gang dia sahaja. Tak semua, but most of them. Hubungan tu tak dijaga.

4. Hamba 

Nampak tak si Marjinah tu kena beli sebab apa? Kasim Baba beli untuk mudahkan kerja isterinya dirumah. Walaupun dia kedekut, bakhil, tanggungjawab dia jaga rapi.

Kalau dah beli mahal2 macam tu, zaman sekarang ni, silap2 kena ratah dah dapat maid cun melecun macam tu. But ini tidak, kebajikan khadamnya dia jaga. Langsung sejentik pun dia tak usik. Compare zaman sekarang? Budak2 pun tak selamat dah nak pergi mana2.

Banyak lagi message yang P.Ramlee sampaikan dalam setiap cerita dia. Jangan la setakat ketawa terbahak2 je ye.. Analisa lah cerita dia...

Al-Fatihah to our legend, P.Ramlee.


Monday, June 17, 2013

Hari Bapa @ The Ship, Damansara Utama

Bila part Hari Bapa ni, obviously for now, only my dear BIL sahaja yang akan diraikan. Sebab dialah satu2nya bapa yang ada di rumah untuk diraikan.. Hehe.

So, macam biasa, sis will do something to celebrate. Jangan lah pulak nak salah faham ke apa. We are all aware mengenai pengorbanan parents etcs tak semestinya tunggu this kind of day baru nak raikan all...etc etc etc... fine.......
But, dapatkah korang semua duduk semeja makan sama2 with your love ones setiap hari, setiap waktu?

So, don't complicate things.

Anyways, BIL pilih destinasi kali ni.. The Ship @ Damansara Utama.
Terkejut tau, mat nasi tu mintak western. Apakah?
Faktor usia kah?

Yang diraikan dan yang membayar

It was a nice intimate family outing. Where we make fun of each other and also melayan kerenah bothD's yang dah sangat bijak pandai.

No more kids topic.
Semua topik orang dewasa.
Hadap je lah menjawab..

So, let's be really careful.
Haha.

my busuk masam



my intan payung



 my beautiful mother

Happy Father's day once again abang iparku!
You rock!






Love, Ayu

Saturday, June 15, 2013

Happy Fathers Day

Wishing semua yang bergelar bapa a very Happy Father's Day.
May Allah reward all responsible fathers out there with the best of everything...forever.

Enjoy!!!

Friday, June 14, 2013

Tips untuk perempuan : How to make your man happy in a relationship

Berdasarkan permerhatian saya (bukan main nak perhati2 sekeliling) and of course a little bit of research (Masters ko dah habis Ayu? Belum kannn.. topik ni kemain ko buat research) anddddddd experience sekeliling saya, I conclude a few notes about Man & Relationship.

1. Bagi dia ruang. (space)

Ruang apa?
Ruang untuk dia menjadi boys. Percaya atau tidak all men are still boys. Lelaki yang baca tak payah nak jegil mata tu sangat ye. Baik mengaku je.
Means, dia nak ada his sports day ke.. his time with his friends ke.. biarkan.. Badminton, Futsal, lepak mamak.. shisha... biar je.

Yang perempuan pulak, masa bagi tu manis je senyum..siap wish take care lagi.. but during the session, mata dah nak terperosok masuk dalam jam. Apa tak nya dok menghitung waktu and saat berapa lama 'his time' berlangsung. Itu belum masuk lagi kotak fikiran dah merapu fikir macam2.
Yelah, perempuan lain ada di mana2 sahaja. Sebarang kemungkinan akan terjadi. No matter how you trust your partner, you definitely don't trust other women out there.

Makanya. Redha je.
T.T

2. Hormat privacy dia.

Means. Jangan jadi inspector sahab.
Jangan jadi machine punch card.

"Kat mana tu? Buat apa?"
Bila orang tu dah jawab..
"Kenapa saya tak diberitahu yang awak bla bla bla bla blaaaaaaaaaaa..."

Yes, saya faham. Kita ni hanya nak tunjuk kita care. Masalahnya, bila dah jadi habit, lama2 partner malas nak melayan.. Sudahnya dia menjadi semakin diam. Bila dia banyak diam, kita balik yang curiga, thinking dia ada sembunyikan sesuatu.

Fikir macam ni jelah. Kalau hp dia, dia main boleh sepah2 je merata.. Means, he got nothing to hide from us. Jangan la pulak tengah family dinner ke apa, dia bukan main angkat tangan baca doa makan pun still genggam handphone tak lepas.

Yang tu takpe, jom jadi inspector. Jadi Incredible Hulk pun OK.

3. Jangan paksa tanya apa dia rasa.

Jom terima hakikat fantasi kita dalam those novels and TV series TIDAK WUJUD.

Walaupun cerita itu dilakonkan oleh Aaron Aziz (hamaigoddddd) and Aaron Aziz memang sayang isteri dia like nak mampos punya sayang... Tak beerti dia kat rumah sama melayan wife dia macam dalam Ombak Rindu tu.. Get it?

I mean, you don't go and accuse things like.. "You tak pernah pun belikan I cake or cuppies, surprise you karipap lah, apam balik lah... You tak sayang I eh? You rasa I ni biasa je eh? Tak special pun eh?"

Oiiii come on.. Sib baik dia belikan. Daripada dia cerita..."Tadi lalu nampak makcik jual apam balik yang I kata sedap tu. I berhenti la beli. Ya Allah licin I makan lima lima keping...."

Mana ko nak kan?

Lainlah it's your birthday and he bought you an Apam Balik birthday... Itu moh pelnagkung!

Yang kita ni jangan lah fikir dengan bagi hint cerita pasal orang lain, bagi those forwarded emails, Retweet segala... Jangan lah assume he will understand and do it. Tak natural pun if dia buat. Sebab, dia tak jadi diri dia. Dia buat sebab ada guidance. Sebab kita nak.
Pasrah je OK. (Makan je karipap tu...kita melayu pun.. karipap sardin sedap apa)

4. Jangan banyak soal

Kepantangan orang lelaki ni. Sorry lah baru terfikir. Terus jatuh No 4. Patutnya letak kat No 1.

Dia soal kita tak pe... T__________________T

Jadinya, bila dia yang banyak soal, kita feeling2 je dia caring sangat pasal kita okeh. Jangan part dia. Boleh tercabut bumbung kereta kalau kita banyak soal. Kadang2 soal tu lebih pada mengepoh.. kita bukan nak soal sangat pun.. But bila hujung2 bila banyak soal, kita start compare situation etcs... So, better don't start asking. Asking will also lead to investigating.. Makanya refer lah No 2 tadi ye.

Bukan juga beerti korang boleh biar mereka ini bebas sesuka hati mereka ye. Cuma kawal takat cium2 bau je lah.. gitu.

5. Terima hakikat

Terima hakikat kita tak dibenarkan mempunyai perasaan defensive, over protective, insecurities, low esteem.

Sedih kan? Sebabnya, semua ni yang akan lead masalah to the relationship. Sebab slowly sikap2 ni yang akan ruin things.

By the way, saya bukannya ada pengalaman sangat pun perihal begini. Saja je nak share apa yang saya dan kawan-kawan borak2 semua.



Love, Ayu

Thursday, June 13, 2013

The day we lost an angel...

Dhia Nur Fatihah.....
Nenda tak sempat jumpa kamu sayang....
But ketahuilah, Nenda sayang kamu...
Sama macam Nenda sayang cucu-cucu saudara Nenda yang lain.
Dhia Nur Fatihah....
Tenanglah kamu sebagai ahli syurga disisi pencipta kita..Allah yang Esa.
Nanti kami disyurga ye sayang..
Nenda hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat kamu....
Dhia Nur Fatihah....
Doakan ibu bapa kamu ye. Terutamanya ibu kamu.
Dia bersabung nyawa ingin bersama kamu....
Kamu doakan kebaikan dan ketabahan buat mereka ya sayang....
Kami redha Dhia Nur Fatihah...
Tenanglah kamu disana..
Al-Fatihah Dhia Nur Fatihah Binti Mohd Hadzeran.
_________________________________________________________
Tengah hari tadi, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian anak kedua nephew Ayu. Latest update yang Ayu tahu, wife to my nephew tu, dah masuk ward ready for labour.
Jadi bila mom called and informed kata baby passed away, Ayu macam tak percaya... Ayu terus terbayang pada pasangan muda, anak-anak saudara saya, parents to the baby... Ya Allah, berikanlah kekuatan pada kedua anak-anak saudara ku..
Baby selamat dikebumikan lepas solat Asar tadi (13 June '13).
Ya Allah, kami redha dengan ketentuanmu... tabah kan kami Ya Allah.

Tempat kerja berpotensi untuk gemuk?

Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa pejabat adalah tempat berpontensi untuk anda gemuk. Ini kerana terdapat banyak sebab berat badan anda boleh naik ketika berada di pejabat. Salah satunya anda menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak pada pekerjaan yang dilakukan menyebabkan anda cepat berasa lapar.

Menurut sebuah buku 'The Snack Factor Diet', ketika anda lapar, gula darah akan rendah dan ini akan menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah, anda akan berusaha mencari makanan atau snek.

Makan tengahari di luar juga boleh menjadi masalah kepada anda kerana anda tidak tahu berapa kalori yang anda makan. Oleh itu, ia akan menjadi punca kepada masalah berat badan kepada anda.

Di sini kami ingin berkongsi langkah-langkah untuk anda mengatasi masalah ini dan mengubah pola hidup yang lebih sihat.

KURANGKAN MAKANAN RINGAN
Walaupun snek seperti biskut dan kerepak memberi tenaga tetapi ia turut menyimpan lemak yang tidak diperlukan. Anda boleh bawa snek sihat dari rumah seperti buah, yogurt atau kacang.

KURANGKAN TEH ATAU KOPI
Minum teh atau kopi sebanyak dua jam sekali atau berlebihan adalah tidak elok. Ia akan membuatkan anda merasa gelisah, mudah marah, dehidrasi dan menganggu pola tidur. Gantikan minuman ini dengan pilihan minuman lain yang lebih sihat dan kurang gula seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah.

MINUM BANYAK AIR MINERAL
Walaupun anda akan sentiasa keluar masuk ke dalam bilik air, tetapi jika anda minum air mineral yang banyak anda akan dapat mengelak dari mendapat sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi, meningkatkan rasa lapar dan kulit kelihatan kusam.




ELAK MAKAN MALAM
Makanlah di restoran bersama kawan selepas habis masa kerja. Jika tunggu sehingga sampai rumah, rasa lapar akan datang pada waktu malam. Jika anda betul-betul lapar, makanlah sayuran atau beberapa jenis makanan yang kaya dengan protein. Elakkan makan nasi atau roti sebelum tidur.
ELAK MAKAN BANYAK PADA HUJUNG MINGGU
Sukses menjalani diet selama hampir seminggu tidak bermakna anda boleh makan sepuasnya pada hujung minggu. Lakukan rawatan di spa, membeli novel atau menonton wayang yang lebih menyenangkan sekaligus menjaga berat badan anda.

Diharap dengan tip-tip yang diberikan ini dapat membantu anda dapat menjaga kesihatan tubuh badan anda. Selamat mencuba!


Sumber: Google



Love, Ayu

Owh Malaysians!!!

Nampak tak?
I am inside LRT Putra arah Gombak. Ayu masuk train tengok kakak ni dok trying to stand and balance herself dengan boyot macam tu. Yang dikeliling semua baca paper, tidur.

Me and another girl tried to help. Tanya orang yang tengah duduk kalau2 boleh bagi space untuk kakak tu. Both of us kena jeling with that one kind look.

Sudahnya, managed to cari spot yang berdinding like that untuk kakak tu menyandar berdiri. Tu je yang mampu tolong...

Sedih lah.

To those yang naik public transportation.. I understand korang pun penat etcs.. but considerate lah sikit. Hari ni, hari dia.. esok lusa mungkin hari kita....

Tuesday, June 11, 2013

A handful weekend

Last weekend my mum and I went back to Changkat Jering, Taiping. Well, not us alone, but with our other close ones as well..
Occasion : adik sepupu tersayang saya dirisik.
WeeeeeehHuuuuuuu!!!!!
So happy for her!
*joget lambak*

But that's not the point.
Nak tukar topic jauh dari subject sekejap.
Let's go to penerimaan.
Acceptance.
Katakanlah kamu orang sekeliling yang dirisik.. Apa perasaan kamu?
Macam Ayu, I rasa sangat happy, tumpang gembira. Ni good news. Another 'masjid' bakal dibina.. Another maksiat bakal dihapuskan.. (I'm not saying lah derang buat maksiat, maksudnya, perkahwinan itu kan bertujuan untuk mengelakkan maksiat)
Apa korang rasa?
I mean apa perasaan korang if korang dan subject adalah berkaitan?
(Aisseeyyy lupa lak saya dah off comment button. Hahahahhaahhhhh.. Korang reply dalam hati je lah yeee)
I have overcome a lot of other reactions disekeliling Ayu.
Reactions like merajuk, mengasingkan diri, menjauhkan diri, kecik hati, bermasam muka, feeling left out...
Owh come on! Yang korang bagi syaitan teraju perasaan korang tu kenapa????
Don't preach about being positive, staying positive and live positive if you're one of bloody negative person!
Eeeeiiiiii.. Tarik hidung tu karang!
Orang nak bina masjid, bukan ko nak support, for atleast doakan yang baik.. Ini ko boleh lak nak brag about it belakang2. Mengapakah? Jealous?
Especially kawan2 lah.
Kamu rapat dengan dia.. Hu ha hu ha bagai semua. Bila dia nak go on. Kamu menghilang? Yennnaaaddaaaa??????????
I'll be there for you, you be there for me too lah kan?
Bahahahahahaah.. Nampak macam entry emo kan?
Tak kena kat diri sendiri lagi ni. Kalau kena, entah cemana lah Ayu handle agaknya.. Hahahahaaa...
Ayu bengang ni bukan apa.. Ada a friend of mine, tiba2 text me cakap dia kecik hati dapat tau another friend of ours dah berpunya. What theeeee???
Ko kecik hati sebab orang tu ada partner???
Meh sini nak azan kat telinga tu sikit.
Eeiiii.. Ko berkenan kat lelaki itu kah? Atau ko berkenan kat yang perempuan (OMG! Nauzubillah)....
Tak baik lah begitu.
Tak fikir ke what goes around, come around.
Ok. Saya dah habis membebel. Apa pun..
Saya always excited bila ada sesiapa getting hitched!
Yay!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

















Monday, June 10, 2013

Feed A Family this Ramadhan

AN EMAIL FROM MY COUSIN:




و ﻪﺗﺎﻛﺮﺑ

I may have shared this info with some of you.

Please help circulate this.
There are about 550 refugee families residing in and around Kuala Lumpur. They come from Afghanistan, Iran, Iraq, Palestine, Pakistan, Eritrea and more recently, Syria. Fleeing from war torn lives and political persecution, they have chosen to seek refuge here in

Upon arrival, these refugees wait to be interviewed and processed by UNHCR before they are resettled in a third country, a process that takes between 5 to 10 years. In the meantime, they are unable to hold jobs due to their

The loss of income has led to a host of problems. Families struggle to put food on the table. Some children have been found to be undernourished, the women suffer from hair loss due to protein deficiency. Often the children are not able to focus at school due to hunger

"Feed a Family" is a campaign by Muslim Professionals Forum (MPF) and Young Muslims Project (YMP), in partnership with Malaysia Social Research Institute (MSRI) and Hero Market. Launched on 1 st June 2013, the campaign aims to raise RM200 worth of basic food necessities per family. Each family will be given a month's supply of rice, cooking oil, flour, milk powder, tea, sugar, lentils, pasta and more. The campaign ends

We would be very grateful and appreciative of your kind contribution in making this campaign a success. No amount is too small and every little bit will help put food on the table. This food aid will be directly delivered to the families on the weekend of 7 th July and we will be happy to furnish you with a report of the campaign upon

All contributions can be made to Muslim Professionals Forum Berhad Maybank Account 5644-2710-0073
For those who are interested to give a hand by helping to distribute the food basket on 7th July, please do contact the names in the flyer.

btw, gentle reminder, Monday is 1st Syaaban.

http://www.facebook.com/carefugees
http://mpf.org.my/wp

Friday, June 7, 2013

Blessings of Ramadhan


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 5, 2013

Hari Selasa saya....

Korang kerja eh semalam?
(insert: gelak evil)

Semalam Ayu cuti sebab mak punya medical checkup... Memang kalau nak pergi medical checkup on her liver ni memang Ayu always risau... 
From the last checkup (which is 6 months ago) memang berdebar dia extra.

Kes liver my mom ni begini.
Ibu saya ni dah tak ada hempedu. Her bladder was removed years ago sebab ada batu. Bladder tak sama concept dengan hati yang boleh main buah separuh all, baldder once dah ada batu or rosak memang buang je lah jawapannya.

Kalau korang selalu gastrik melampau dah makan ubat gastrik pun tak baik2 jugak. Ayu suggest pergi buat scan check bladder. Kemungkinan besar ada padu di hempedu tu sangat tinggi. Mak dulu malam2 siap lah kena attack. Semuanya serba tak kena. Duduk tak boleh. Baring tak boleh. Berdiri tak boleh. Berpeluh2 menahan sakit. Sejuk2 kaki menanggung pedih ulu hati.
Klinik? GASTRIK katanya.
So, kalau ada simptom ini semua, please check and get 2nd opinion.



Jadinya, bila bladder dah tak ada sistem percernaan kena senantiasa di pantau etcs. She have to eat in small size but banyak kali. Kena kerap makan. 
Dan makanan pun better cari yang fiber banyak sikit. Sebabnya there's no more bladder nak tolong cerna dengan proper daaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnn minyak berlebihan akan diserap dek liver dengan selambanya.
Hati tak tahu itu minyak baik or minyak jahat.. bila lama2, terjadilah FAT LIVER.

Bila liver rosak, minyak tu dah salut sampai dia pun tak boleh function, it will lead to HepatitisB and sakit hati. Semua ni akan bermula dengan jaundice etcs. 
Nauzubillah.

Last year, bila mom's liver doctor biasa refer ke pakar. Ayu hampir luluh jantung. Ayu takut sangat. So I googled pemakanan and lain2 kaedah yang boleh bantu mak. Masa tu, we all berulang alik ke PPUM for checkup every month and mak kena ambil darah hampir dua minggu sekali. Macam2 test dia kena go through. 
Sampai bengak2 tangan dia. Sobs.

Untuk hati memang tiada ubat ye.
You all kena usaha cemana nak singkir minyak/fat berlebihan yang dah menempek kat hati tu.
Untuk yang early stage lah.

No 1. Her first meal.
Dulu memang pagi2 I will prepare her Anlene for her morning drink. But now with her current situation Calsium is not the only thing I should look at about. 
So, I bought the small pack of Nestle Omega Plus.
Why? Sebab dia kata ada calcium, ada omega (for choloestrol)
cholestrol is bad fat, no?
Main ikut logic je ni.

Tukar immediately next morning.

The small pack tahan 2 minggu which just nice untuk her next ambil darah session.
Sambung beli lagi small pack and we are all scheduled for her next appointment.

Syukur Alhamdulillah.... Her reading menurun. 
Ya Allah syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....
But of course the doctor takes all the credits.
"Tahniah Mak Cik, kan saya dah kata if Mak Cik dengar nasihat saya, senaman, diet Mak Cik boleh fight fat liver ni.. Mak Cik kena teruskan saranan saya tu yer..."
(Mak? Senaman? Dia sakit lutut oiiii.. Jalan dalam rumah pun boleh 4 round je max..)

But again, syukur..
Lepas tu, memang terus stick dengan Nestle Omega Plus tu.
Sebab ada perubahan positive, from setiap bulan, doctor tukar ke setiap 3 bulan. So end of last year, doktor cakap perubahan sangat positive. Alhamdulillah.
and her appointment terus ditukar ke the next 5 months which is semalam.

And semalam Alhamdulillah, her liver condition teramat positive.
So, next appointment is next year! Alhamdulillah..
No more pakar hati emergency and painful ambil darah session for liver this year...
Yay!

Selesai PPUM, mom was all happy and bersyukur.. Dia suggest kami dua beranak visit new babies aropund us.

1. Cucu to my cousin.
Which means cicit for my mom and also cucu for me.

Kat mana? Serendah joms.


Alololololo cinonet nyaaaaaaaaa...

Yang penting Alhamdulillah, my niece and my grand-niece ni selamat sihat.
Ada la a bit complication yang jadi.

Actually baby Nur Airis Quratu'ain ni due next week. But from the last checkup, from the scan, doctor tengok baby sedikit kecil and air ketuban ada kurang. So, my niece was admitted sebab doctor nak observe both baby and mom.
Masa dalam observation tu, heartbeat baby semakin menurun, so emergency C-Sect kena dibuat dengan segera.


Tak pe lah ye sayang yang penting both Airis and mummy sihat.
Alhamdulillah..

Welcome to the big family my dear.
Nenda loves you.

Airis ni cucu ke tiga my cousin. Kebetulan mummynya anak ketiga jugak.

Usai melawat Airis, kami Zohor and lunch terus gerak pulang ke PJ.
Kita nak visit another baby pulak..



Presenting.. Tun Elle Sofea.
Baby sister to Tun Zara Sofea.
2nd daughter to Farezah & Tun..

Pipi tu..pipi tu...
oiiii geraaammmmmmm


Kakak Zara menyorok belakang Ipin..
So sweet tau Zara ni.. Masa ni, my mom kat bawah berborak dengan mak mertua Farezah. Tiba2 kenit ni naik.. "Aunty Ayu, jemputlah minum"
Alololololo.. Kakak2 sangatttt...
cubit kang..

Lepas berborak and tengok Farezah all..
Kami minta la diri..



See you again later Elle...
(Kemain abah ko kan.. Zara lah, Elle lah.. habis 3rd baby? Tun ANYA Sofea kah?)

Haha.