hari ahad lepas, kami (
RedMummy,
Mayangsari,
Diana-K and
Daela - GBMs) kecuali
UmiMiaRian ke
Rumah Nur Salam yang terletak di Jalan Chow Kit.Rose a.k.a UmiMiaRian tak dapat hadir sebab keadaan Rian yang still dalam hari. :)janji semua kena ade kat situ dalam pukul 5pm.
Yan&
Bojeng convoy sekali dengan
Red family from VA. kul 4:45pm derang dah sampai. hadoih la.. big boss sampai awal lah pulaaaakkk....
pas derang,
Sid lak sampai. pastu, baru la ayu & mom sampai. ayu dah bagitau sid soh proceed je dulu naik, tapi bila sampai terconfuse tengok derang dok ade lagik tunggu kat bawah...
sorry la korang ek... pusing berkali2 gak sebenarnya..kalau potong masa 3 pusingan tu.. rasanya bih kurang je sampai tu.. huuhhhutak lama lepas tu, si Dila and her good friend, Sue sampai.. terus la operasi memunggah from bonet kete Mak Merah berjalan...

bila barang semua dah kuarkan from bonet, terus la ngangkut naik ke Rumah Nur Salam.
Rumah Nur Salam ni, kira macam shop lots lah. shop lots tiga tingkat. Yang bawah is MayFirst's office and atas dia, lagi dua level is Rumah Nur Salams.

masa memula sampai, tak de sapa pun yang ade. muka dah macam blank dah. rupanya, itu office daaaa...
and, pekerja yang ade bertugas that day tengah ade kes yang dia ngadap kan. owh, Pusat ni juga bertindak sebagai tempat kaunseling untuk kanak2 yang berumur 12 tahun ke bawah di sekitar Chow Kit ni.
Untuk yang pertama kali dengar pasal Rumah Nur Salam ni, meh ayu nak cerita sikit yer..boleh kan?
I am very sure nama Rumah Nur Salam ni can sounds really familiar untuk kita semua. After some googling, i think it's because, ni lah rumah yang dipresent pasangan Lisdawati & Fauzi Nawawi masa rancangan sehati berdansa musim kedua dulu.
Rumah Nur Salam ni, bukan rumah anak2 yatim or rumah kebajikan yang biasa tu yer. Nur Salam ni is more like a Pusat Aktiviti Kanak2 or Pusat Jagaan Kanak2 berisiko tinggi. Apa maksudnya berisiko tinggi? Their parents mungkin ada yang sedang menjalani hukuman, ade pulak yang mungkin sedang bekerja dia kawasan sekitar Chow Kit tu. *need not to elobrate more lah kot kan?*
pendek kata, kanak kanak ni adalah agak terbiar dan tidak diberi perhatian yang secukupnya or yang sepatutnya dari sebuah institusi kekeluargaan.

sampai je kami di tingkat 3 rumah ni, terus kami di terpa mesra oleh derang. they will come and salam and terus introduce diri derang. sangat mudah mesra. and nampak sangat mencari perhatian daripada kami semua.

tengok je lah macam mana si Bojeng tu secepat kilat sampai 4-5 budak dok kerumun dengan dia. sebabnya, derang nampak gegirl ade dengan bojeng. so, they wanted the same attention.
the care that they didn't get from their family.

yang berbaju hitam tu is Dr.Hartini, the advisor and also one the founder untuk Rumah Nur Salam ni.
Waktu ni, Dr Hartini baru je lepas menceritakan pada kami semua tentang keadaan kanak2 kat sini yang kehidupannya sangat sangat terdedah dengan bahaya.

even yang baru berumur 3-4 tahun, jalan kaki berseorangan sampai ke Rumah Nur Salam ni, untuk berlindung ketika ibu atau bapa keluar tiada di rumah.
yes, they walked from their nearby home.
issuenya, derang semua kecik lagi. boleh derang jalan kaki macam tu jer? sebab tu, pernah terjadi ada antara mereka yang diculik. :(

kami melakukan aktiviti bebas kat sini. masa kami call untuk tetapkan janji temu, memang mereka ade tanya samaada nak adakan program atau tidak...
memang sengaja kata tak nak, sebab nak make it not that formal and wants to make it as simple and as mesra as possible.


tak putus2, Dr Hartini ucapkan terima kasihnya yang tidak terhingga to Kak Red. yes, that's the sumbangan from the Car Sticker Project with RedMummy.Com.
it's not the amount that matters, its the niat, the intention.
bukan jugak nak menunjuk2 yer.. gamba2 ni sekadar kenangan untuk simpanan lipatan sejarah kami, GBM khasnya.

waktu makan malam kanak2 ni dalam pukul 630pm gitu la.
oleh kerana tidak mahu mereka terganggu, maka, kami pun beransur lah pulang. sebab, selagi kami ade, mesti derang nak ajak main ker.. borak ker.. habis? perut derang nak diisi jugak kan?

alamak! ni jelah group photo yang ayu ade. our main group photo ade dengan Kak Red. nanti bila dia dah upload, i'll edit lah this pic ek?
all in all, we had a different paradigm all together being here and experiencing totally different environment and background.
syukur sangat dengan kehidupan yang kita ade.
walau hanya satu jam setengah di sana... dah cukup menggambarkan perbezaan nya.
kanak2 ni tanggungjawab kita semua bersama..
tak guna nak tunding jari sana sini situ sedangkan ianya umpama meludah ke langit.
dan akhirnya? timpa siapa??????