Showing posts with label msn. Show all posts
Showing posts with label msn. Show all posts

Sunday, December 27, 2020

Down to memory lane...

25th December 2020... the last Friday of this tough year.... is definitely a memorable one. Maybe since ada all these social media platforms, I have never or sangat cuit-cuit je mentioned about my hometown on arwah Abah's side. 




Bukan marah, bukan benci, mungkin berjauh hati. Biasalah, setiap keluarga ada 'drama' nya kan? At the end, blood is definitely thicker than water. What I can say is, communication is the key. Ego kena buang jauh-jauh. Hidung jangan tinggi sangat. Sebab, nanti menyesal dikemudian hari. #selfreminder 



Alhamdulillah, syukur that my sis had this idea of coming back here to visit our cousin sister yang baru kehilangan husbandnya. 
But wait, before anyone wants to terdetik on anything, let me get this crystal clear, first. Yes, we literally menziarah but of course, we followed SOP ok. My sis makes sure everyone was disinfected before kami sampai to Yong's (our cousin) place. My husband siap bawak our portable UV light ok. Ni bukan nak self-defense ke apa as we don't owe anyone an explanation. But, it is also something we wanted to ingat sampai bila-bila... a visit during pandemic and how we embrace the new norm by #kitajagakita.



So anyways, back to the visit. Arwah Abah was born and breed from Kg. Malim Nawar, Malim Nawar, Perak. I can truthfully say that I spent most of my childhood and school holidays, here. I learned how to ride a bike here. Weiiii jangan main² bukan sebarang basikal ok, basikal tua! (go Google on how it looks like!)

Punyalah 'rajin' sangat balik kampung kan.... sesat barat weiii!!! Ya Allah... lawak nak mati. Memang berderai gelak tu. Mula-mula macam excited... eh ni dah lain, eh ni dah lain... tiba-tiba sampai penghujung jalan... eh! mana jalan masuk kampung? hahahhahaa.....

Lepas tu bergaduh² on house number and address. Sis pro gila siap hafal lagi nombor rumah Yong. But macam biasa, semua competitive tak bertempat..kemain argue dalam kereta kata dia salah. Hahahaa.... (Turun² kereta terus sis terpa Yong.. "Yong, apa nombor rumah Yong ni??" - Korang mampu terpa tuan rumah macam tu?? Hahhahahha... And yes, my sis betul ye. 👏👏👏👏)

Tapi eksyen weiiii nak juga try sendiri (yes, Waze fail on us!) .. last² called our niece to the rescue. She got his brother to rescue us. Adoih. 
(Thanks Tajul & Ayie!)


Awhhhhh.... my heart just bloom. Speechless. There's no words to describe how I felt bila jejakkan kaki back here, in Malim Nawar.
It's my husband's first time here. It's lilD's first time too. Our daughter's too!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah syukur. 


(Abaikan muka ku yang menahan gelak tu)
From left, clockwise: Mom, our nephew Tajul, our cousin Yong, Yong's sister, also our cousin Kak Ulin, hubs, BIL, bigD, lilD, yours truly and sis. (Missing in this picture, Tajul's wife, Wati and their children)




Start from bercerita perihal arwah Abg Ikram (Al Fatihah), sampai la to all the memories that we've been through here. Aduhai... Tak tau la nak describe macam mana. Lost in words to luahkan.



Budak kecik kat hujung tu bukan main seronok ye. Bebas berlarian kesana kemari sebab semua melayan dia. 

Yong bagi dia main toys lama Ala a.k.a Iskandar (her youngest son) which is a remote car.. eh punya happy joget joget minah tu. Awak tu girl laaaaaa... Perangai siapa la dia ikut ganas macam boy niiiii (jeling diri sendiri).




Thanks Wati for the delicious Mee and Cekodok. 

Lawak seterusnya bila balik kampung ni, my sis and I adalah yang bongsu here. Ini menyebabkan bigD, lilD and SNM automatically jadi Uncle and Aunties here. Anak² Tajul macam tercengang and blur sebab kena panggil SNM, Aunty Baby. Hahahhaha... Bertabahlah ye. I would like to keep this tradition bukan sebab pangkat, tapi untuk mudah for our younger generation get hold of the susur galur keturunan. Jangan nanti tak tau macam mana bersangkut. At least, bila teringat that you kena panggil si kenit ni Aunty Baby, it will somehow clicked who is Nenda Ayu to your Opah. 
Tak nak nanti senang² je, sedara tu.. sedara ni.. tapi tak tahu macam mana bersangkut. 

Tq Yong, Kak Ulin, Tajul & family.
InsyaAllah, we will come back. There's a lot more to show and tell to bigD, lilD & SNM. Selama ni, they dengar cerita je. But now, we can actually show it to them. 

Masih terngiang² ayat pertama Tajul once I stepped down from the car.. "Macam mana Mak Ayu boleh sesat, tadi???"

(Danggg!!!!! Memang lawak laaaaaaaaaa... Heroin round kampung dengan basikal sesat bila balik kampung)



Last but not least, I end this entry with picture rumah pusaka arwah Atok. Al Fatihah Atok... I missed you, dearly. 



Love, Ayu


Thursday, December 5, 2013

Majlis Pertunangan kami

I don't know what I'd do without my sis, BIL and of course my mom. They listened to what me & MSN wants and if tak langgar syarak, tak tempuh adat.. semua ON. jalan.

So, after selesai preparation yang patut, semua yang terlibat tunggu di check point masing2. Alhamdulillah, cousins, nieces and nephews ramai membantu. Syukran jazilan.


Anyway, back pada cerita tunang ni.
My sis and BIL yang susun semuanya. Of course la Ayu trust them. Yelah, orang yang lebih pengalaman and faham susun atur untuk keluarga. 

Seperti yang diplan, around 10am, sampailah rombongan lelaki. 



Rock tak bakal ibu mertua saya? Selamba bawak kereta park situ sebab memang khas untuk dia pun.. sebab dia bawak MSN's opah. 
Untunglah, ada lagi opah. Best kan?



Masuk semua dah duduk, maka sessi perbincangan pun bermula.. Ayu masa ni ada di dalam bilik je tunggu que my sister untuk keluar.



Kami semua tak tahu pun apa script bil saya. Rupanya dia jual nya our mom sekali...
Sebab nama kami kan semuanya Siti... boleh dia tanya nak meminang siti yang mana. Katanya ada 3 siti dalam rumah ni and satu tak boleh pinang sebab dia punya... lagi dua available.
Sabar je kan?

Selesai perbincangan, sesi membaca doa selamat. Pada mulanya, I wanted my bigD to recite the doa. Saya punya sebab saya sendiri. bigD masih budak.. dia dah berkhatan, hati dia bersih lagi dari sebarang perkara negative. Doa dia lebih mustajab. But Allah knows best, ada few tentangan yang ayu dapat sebab kenapa bagi seorang budak yang baca doa..
Senyum je.. InsyaAllah, Allah faham. 

.....dan of course, selain bigD saya nak my cousin brother yang bacakan doa. Alhamdulillah, I have everyone in my family to run the show. Alhamdulillah.
Tq Abg Zaidi. 



Saya diring my lilD.

Saya tahu, orang semua pandang dia.. jadinya, selamat la saya tak la gugup sangat. hahahaa...

The rest, saya let the pictures speaks ok. :)

Semasa Bacaan Doa...




Sarung Cincin Pertunangan...



Bersalaman...



Sessi Bergambar...








Makan makan...



Ramah mesra....



Personal session with close family members...
(Kambing courtesy of MSN's family)


Family time....




......and it's a wrap.
Alhamdulillah semuanya lancar. Syukur...

Hantaran, Mini pelamin, Candy Buffet & Welcome Board by:

My baju by:
Sam : 019 2023 201

Caterer:
Aimier Collection all the way from Tanjung Karang.

Khemah:

Photography:

Roasted Lamb:
Me'nate Steak House : 012 3347 107



Love, Ayu

Friday, November 15, 2013

Sebelum Majlis Pertunangan

Pagi tu ke, malam tu ke.. tak ada beza untuk Ayu.
I can't sleep. Hahaha.. Nasib baik my cousin Elly ada meneman. Scrub muka, pakai mask.. moisturiser semua.. lepas tu dia tutup lampu all... and start berborak topik boring sampai Ayu tak sedar what time Ayu terlelap.

Tepat 5am..ting!!! bangun sudah diriku ini. Terus turun susun hantaran makan etcs..

And dengar suara BIL dah jadi mandor kat luar since caterer sudah sampai. All the way from Tanjung Karang oiii... :)
Tq Abg Am!


Then few cousins and nephews dah start tunjuk muka and tolong final touch up apa patut..

Ayu join sama of course. Majlis kita, kenalah kita sama2 ringan tulang. Jangan nak duduk diam feeling princess ok. Not good.

Sis siapkan bothDs dulu.. So that tak perlu dia nak kalutkan anak2 nya bila dia start duty nanti. Ayu terus pass videocam kat bigD.. Semua dia yang capture. Moments yang sangat best...sebab candid and best. Hehehe....


..... sekali makeup artist ku mucul. Kelam kabut naik atas bagi kering peluh all.. Siap singgah freshen up lagi sekali. Hehehe...

Dah tenang sikit.. Wa terus buat her magic touch.
Nak contact Najwa for amy makeup job.. please do whatsapp/text/call her at 012 967 7222. Service memang tip top. 



Jelly atas tu courtesy from my beloved MakTun and lawa sungguh di potong hidang dek my cousin, Kak Ani.
Talented oiii.. potong jelly pun berseni..




my big family members.....
love them!



All set....



Makeup - done!
Baju - done!
Decor setup all - done!
Rombongan lelaki door gifts - done!
Simple door gifts for guest - done!

Ok, Let's hit it!


Love, Ayu

Sehari sebelumnya Majlis Pertunangan

Bangun awal pagi mengalahkan hari kenduri. Hiks.
Yelah, rumah saya ni kecil je... Perancangan memang dah ada, cuma bila kita nak realisasikan tu, mesti ada sangkut disana sini.
Normal lah tu. InsyaAllah, semua boleh selesai.

My cousin sister, Elly is definitely my savior. I don't know how to thanked her lah. Dia lah yang menjadi runner Ayu. Tolong itu ini. Sebab masa ni, I am out of drugs dah. Painkillers tak sempat nak pergi topup. Sakit-sakit badan tu, Allah sahaja yang tahu.

So, awal pagi bila semua orang dah bangun, kami keluar dulu for breakfast. Memang tak nak renyahkan dapur sebab semua perabot nanti nak angkat semua. 

Balik je breakfast, my beloved CikPiah and her whole family dah sampai. Masyaallah, rezeki datang lagi.. CikPiah bawa 1000++ biji kuih peneram untuk dijadikan door gifts. Syukurnya.. may Allah grant my CikPiah and her family kemurahan rezeki dan kesihatan yang baik, always. Amin.

Nasib baik Ayu and mom ada beli plastics untuk "just in case" situation. Makanya, terus berkampung lah kita membungkus door gifts...


Tu dia.. anak-anak my CikPiah, Elly, mom, CikPiah and myself buat sama-sama and tak sampai 2 jam, semua dah siap.

Geleng kepala tengok. Tiba-tiba bertunang ada door gift. Ayu memang nak simple but memorable je. Tu la orang kata, rezeki.

Sementara semua itu terjadi didalam rumah, diluar rumah team khemah dah sampai.
Memang kena pasang khemah sebabnya rumah Ayu tak ada kawasan langsung untuk buat kenduri.

Jadinya, sejak seminggu sebelum majlis, BIL and mom dah siap jumpa jiran tetangga bawak salinan surat kebenaran dari MBPJ and sekaligus surat jemputan for them.
Drama nak mendapatkan surat kebenaran tu lagilah.... tak tahu macam mana nak thanked my sis and BIL. Jenuh mereka turun naik merata di taichi kesana kemari oleh different Police Stations all. 
Semoga Allah bless them always...Amin.


Betul kata orang, apa sahaja yang kita buat dalam dunia ni, don't ever kita harapkan balasan. Tetapi, kita kena always berterima kasih pada semua yang menolong kita. Always.

Orang khemah ada difficulties sikit nak memasang khemah tu. Bila nak naikkan khemah, pokok-pokok yang ada tu mengganggu. Alhamdulillah, sepupu-sepupu saya, suami anak saudara saya, MSN, anak saudara BIL saya membantu. Baru saya tahu derang hebat ada skill potong pokok. Haha! 


Cabaran tau memotong pokok ni. Sebab utama ialah, ianya pokok kesayangan mom. Nak inform dia tu semua letak kat kepala orang khemah. Hahahahaha....

Tu lah dia wajah-wajah hero memotong pokokku. Hiks.
Ingat senang dengan kerengganya...,uiiiii... tak sanggup.

Thank you sahaja memang tak cukup lah nak cakap. InsyaAllah, Ayu akan ingat jasa kalian semua sampai bila-bila...

My BIL ada pesan to orang khemah untuk bawak canvas putih nak tutup kiri kanan bahagian porch rumah. Sebabnya we all plan nak buat ala another hall kat situ. Letak furnitures and carpet. So, if dalam tak muat, kat situ pun boleh duduk.

Sekali canvas tu tak sesuai and tak cukup lah pulak. Idea my BIL ligat ke memikir. Terus dia ajak MSN ke Kamdar. Selamba dua orang  lelaki itu balik berbondong dengan dua kayu kain putih.


Nasib baik la ada idea bernas ni.
Pinjam staple gun dari orang khemah and off my cousin go to staple atas tu. Bahagian bawah and nak cantumkan kain, Ayu staple kan je. Selesai luar.

Next, dalam rumah pulak. Ayu memang dah tau cemana nak buat semua. But of course, I will leave it to my sis and BIL to explain. Mom duduk setempat and tunjuk-tujuk je. Haha.


Tu dia..nampak my BIL jadi mandor. Hehehehe...
Menganga je semua mendengar...

Sekali masa ni lah ada police officer datang bawak album sampai 3 besar-besar untuk Ayu buat kenal pasti. Stressnya. Saya dah seronok bergelak berpeluh even badan sakit pun tak sedar. Nampak je police datang hilang mood 250%!!
Nasib baik MSN ada temankan sekali masa Ayu diinterview again and again. Dia tau Ayu bukan boleh alone kena interview mula lah air mata berjurai-jurai. Semangat ooooo semangat.. sudah-sudah lah menghilang, kembali lah semula please.


Once in a while, semua duduk rehat. Yelah, kita buat santai-santai je. One of our nenek saudara, datang hantar seperiuk bubur kacang hijau untuk buat makan-makan sambil bekerja katanya. 
Ya Allah thank you untuk semua rezeki yang berlimpah ruah ini. Syukur.

We never know siapa yang Allah bagi untuk membantu. Allah knows best. Thank you Allah. Alhamdulillah.

Tu yang tengah tu is my beloved UncleM. Mom's one and only brother and bapa to my cousin Elly. Tulang belakang kami lah UncleM sepanjang majlis. Yelah, orang tua lelaki dia lah seorang. Cousin my mom ramai lah. Cuma dia kan adik my mom. So, extra responsibility lah sikit. Tu yang muka garang je tu. Jadi pemantau bukannya mudah ye dok? :)


Masa team Merisik Gallery (MG) sampai, lori orang khemah semuanya masih berterabur kat depan tu. Jadinya lori derang and their cars terpaksa lah diletak agak jauh sedikit.

Jadinya, my cousins, sedara mara and MSN lah yang gigih sama-sama membantu.
Cemana eh? Nak kata buat mini pelamin tidaklah. It is more like a feature wall for the day. Months earlier team MG memang dah datang tengok and dengar apa yang Ayu nak semua. Rumah kecil bukan penghalang. Kita make do dengan apa yang ada. Ideas and inputs from mom, sis and BIL pun penting. Also from MG team sendiri. Not to forget MSN. Ayu combine input semua, and make it happen.


Team MG tengah nak pasal backdrop. 
Backdrop memang do wonders. Terus hilang sinki belakang tu hah. Jadi macam rumah lain pulak. Hiks..

Good job MG!
Nanti we show lagi apa yang MG buat ok?
So far bekerja with them memang Ayu tak ada masalah. Even macam-macam jenis ragam client lah especially, Alhamdulillah MG memang pro lah deal with it. Ialah, mereka juga manusia biasa, of course lah derang pun sentap jugak kadang-kadang. But nak buat cemana, ikutkan ajelah kan?
Ada la a few yang Ayu memang refer to MG. Alhamdulillah semua yang direfer suka dengan hasil kerja MG.

Tak sempat MG selesai kerja, Ayu, MSN and my cousin and also adik angkat MSN keluar untuk pick up specs MSN and ambil Jelly hantaran from Q-Jelly. Bercakap pasal Q-Jelly I am so thankful my niece Nana bbmed and asked ada tak apa-apa yang dia boleh bantu. Since that I have lost all bills and receipts for deposits payment dalam handbag yang dah hilang tu, I don't have time sangat-sangat nak godek satu persatu google semua all. Masa so suntuk. Bila Nana offer, Ya Allah terima kasih sangat. Nana helped to track back semua and managed to change my pick up location to the nearest Q-Jelly. Sebab earlier Ayu sepatutnya amik dekat Q-Jelly Pavillion. Lega...


and yes... sepanjang entry ni korang perasan kan ayu sebut nama MSN jugak. Dia pun turut sama bertungkus lumus untuk majlis ni.... Bila orang suruh balik dia cakap.. Ni majlis dia jugak.. so dia rasa tak salah dia menolong.

Apo nak dikato lagi ye dak?
Hehehehee....


Love,
Ayu