Tuesday, June 18, 2013

Ali Baba Bujang Lapok


Hai Ali si Ali Baba...
Ya Ali si Aaaaaaaliiiii....


Haaaaa familiar tak dengan lagu tu?
Korang semua pernah tengok tak cerita P.Ramlee yah satu ni?
To me, semua cerita P.Ramlee memang legend. Tak ditelan zaman langsung. Hitam putih pun, generasi Z kita masih gigih menonton ketawa berdekah. His jokes and antiques memang boleh menjadi gurauan santai sekeluarga.
Betul tak?

So baru-baru ni TV2 ada siarkan Ali Baba Bujang Lapok. Alah, yang P.Ramlee jadi ketua kepada 40 orang penyamun tu....
Eventhough ianya cerita penyamun..but message yang disampaikan sangat clear...


1. Bila susah, adik beradik pun hina kita

Adat resam manusia, bila Ali Baba susah, pinjam secupak gandum dengan abang sendiri si Kassim Baba pun kena interest extra secupak.
Padahal abangnya kaya raya. Memang betul adiknya malas bekerja. But, since you kaya, tak salah if you gajikan adik you buat something. So win win situation. You dapat trusted worker sebab darah daging sendiri and adik you ada gaji untuk sara hidup. Senang kan?
And dunia now a days... memang masyarakat hanya memandang harta. Yang sederhana juga tanam impian nak kaya. Kenapa? Sebab macam jadi adat lak.. if kaya baru orang respect. Bila tak ada apa, sedap2 mulut orang hina buat tak nampak kita.

2. Rezeki ada dimana mana

Ali Baba tu nak tunggu wife dia merajuk nak keluar pergi kerja baru dia nak ke hutan.
Dan even though dia kebas wang emas penyamun tu, dia tak tamak.. dia ambil satu barang tu je... dan dia ingat asal usul dia.. duit tu pun dia bersedekah...

P.Ramlee nak sampaikan, sikit ke banyak rezeki kita, kita tetap kena kongsikan. Baru berkat, rezeki pun beranak. Siap banyar hutang berlipat ganda kat abang dia. Means, lama mana dia pinjam pun, dia ingat hutang dia. Bila dia ada duit, dia langsaikan. Lagipun, kalau dia memang ada duit, takkan masa susah dia meminjam kan? Logik lah sikit.

3. Management

Penyamun pun tau bagi gaji, ada bonus, siap public holiday.
Yang mengarut public holiday sempena kematian Kasim Baba. Wah! Sempat request lepas dah kena kerat. Office security dijaga rapi. Hanya Chief Penyamun je yang boleh buka and tutup pintu gua. Hari gaji semua cuti and ramai2 dia celebrate dengan semua.

Bos sekarang? Nak belanja lunch pun cium bau je lah. Siap hanya keluar lepak dengan gang dia sahaja. Tak semua, but most of them. Hubungan tu tak dijaga.

4. Hamba 

Nampak tak si Marjinah tu kena beli sebab apa? Kasim Baba beli untuk mudahkan kerja isterinya dirumah. Walaupun dia kedekut, bakhil, tanggungjawab dia jaga rapi.

Kalau dah beli mahal2 macam tu, zaman sekarang ni, silap2 kena ratah dah dapat maid cun melecun macam tu. But ini tidak, kebajikan khadamnya dia jaga. Langsung sejentik pun dia tak usik. Compare zaman sekarang? Budak2 pun tak selamat dah nak pergi mana2.

Banyak lagi message yang P.Ramlee sampaikan dalam setiap cerita dia. Jangan la setakat ketawa terbahak2 je ye.. Analisa lah cerita dia...

Al-Fatihah to our legend, P.Ramlee.