Monday, April 29, 2013

Sentuhan Shayuz

Siapa sini pakai tudung?
Siapa sini ibunya bertudung?
Siapa sini pasangannya bertudung?

Pernah dengar complaints on awning keras susah nak basuh? Sebab tak leh masuk machine nanti awning jadi absolute 'karipap'?
Pernah dengar complaint pemalas piang nak gosok tudung? (ok sangat lah menaip pasal diri sendiri)
Pernah dengar complaint kenapa muka dia pakai ok, muka sendiri pakai tak ok?
Pernah dengar complaint tak boleh catch up dengan pelbagai fashion now a days sampai dah beratus peniti guna still tak terlilit jugak tudungya?
Pernah dengar pasal size tudung tak kena dengan muka sampai nak menguap also terkulup kedepan tudungnya?

Macam-macam.
But back to basis.. Kenapa bertudung?

I would like to take this opportunity to remind myself and also those reading this.. Please always try to follow the syariat. Bertudung menutupi keseluruhan rambut dan labuh menutupi dada.
I know, slowly but surely ok.
Tak cuba, tak tahu. Islam itu indah. Segala syarat niatnya untuk melindungi wanita. Bukan kerana wanita lemah, sebab wanita begitu berharga.
(",)

Now, complaint no more.
Presenting hijab and jubah dress collection by Sentuhan Shayuz.

 Hoodie ready to wear

Abaikan model muka sembab itu.
Focus on the hijab. Hehe.

This is my favourite among all what Sentuhan Shayuz has in store. Hari demi hari memang nak sangat collection ni dari mula dikeluarkan but tiada kesempatan mahupun exposure. Melopong je tengok my sis dok bukan main lagi bergaya dengan their other collection. Apa boleh buat, nasib badan... ye dok?

So anyways, kenapa this is my ultimate kesayangan???

1. It is syariat compliance.
Nampak tu, menutupi dada. Bukan material nipis, so all fully covered.

2. Material
Lycra. So, by default ianya comfy and flow cantik. 

3. Easy to wear
It's one piece people. Yes, sekali sarung ye. No brooch needed. No jarum peniti needed.

4. One size fits all.
Kerana materialnya muka bulan seperti saya also muat fit cantik. Muka separa bulan also muat fit cantik. Kain memeri kata orang. Dia ikut bentuk muka. 

5. Iron free
Jimat bill elektrik oii... (padahal pemalas). Yes, tak payah lah susah-susah kalut nak bergosok bagai. Sap sap soi capai pakai je. 

6. Senang basuh
No hard awning. So, masuk je washing machine tanpa sebarang keraguan malah keserabutan hati memikirkan perubahan tekstur awning. So easy.

7. Style
Susah benar nak catch up dengan peredaran fashion kan. Well, wanita muslim juga mesti bergaya. Asalkan mengikut syariat dan ingat batasan pergaulan, tak salah kan? Presentable look. And hoodie style buat dia jadi sangat stylo. Padahal pakai baju simple je.

8. One and only
Sentuhan Shayuz hanya keluarkan satu je item per design. So, you may also wear their hoodie collection but sorry yang dalam gambar ni, Ayu sorang je yang ada. :)

That is my 8 reasons why I love this Hoodie Ready-to-wear from Sentuhan Shayuz.
Love! Love! Love!

Syria

Frankly, I am not a tudung syria fan. Sebab Ayu rasa the anak tudung yang melekap tu doesn't give me justice. (Padahal muka bulan tak nak sedar)

But fikir balik, sama je concept dengan Ayu pakai tudung lilit. Ikut muka gak.. *tepuk dahi sendiri*
Lepas tu, macam panas sikit.

But after dipujuk rayu untuk mencuba.. OK laaaaaa saya akur.

Eh eh ehhhhhh.... comfynyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...lembutnyaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaa.....cemana ni? hatiku berubah.

So, sesiapa yang ada masalah sama dengan saya... kalau belum yakin, its ok. But to those yang memang pemakai syria diluar sana, tak nak add collection ker?? Kain dia bestttt...... Boleh terus solat like this...tarik sikit bahagian bahu, elok je dia labuh...tarik sikit untuk tutup dagu as well.. 

Next is on their jubah dress collection.



Simmilar design. Different color.
Selalunya... baju macam ni, manusia halus seperti kakak saya sahaja yang ada marketnya kan? Always orang seperti saya dipinggirkan mencari baju lain sendiri kan?
(Ayat nak sedih je)

But sorry, at Sentuhan Shayuz semua pun boleh!

Sebabnya, Sentuhan Shayuz is going back to basis.. Syariat compliance. Jadinya, Baju mereka semua tiada cutting yang mengikut badan all. Semuanya loose. Tapi masih style. Boleh pakai daily to work, kenduri, jalan-jalan. Semuanya boleh!

Sebab tu dengan penuh berani saya sanggup try warna yang cerah macam tu. Usually, I will always go with darker colors kan? Ha... sib baik turn out OK. Hehehehe...

All in all, I would like to jemput adik2, kakak2, mak2 semua marilah mari jenguk jenguk singgah follow and like Sentuhan Shayuz collection.

Instagram: sentuhanshayuz_collection
Facebook: www.facebook.com/sentuhan-shayuz

Tak beli pun tak apa. Tengok je dulu..
Kalau berkenan, silalah beli. Sebab nak tunggu selalu, kami tak jamin. Because, only one item for each design. Kalau orang lain rembat dulu, melepas lah maknanya ye. (",)

So, jom shopping! Mother's day pun dah dekat ni... Raya also hampir tiba ni.. Lepas selesai ganti puasa, jengah lah Sentuhan Shayuz pages ye!



Love, Ayu

Friday, April 26, 2013

Fever Outbreak


Dear All, 

KL sekarang menghadapi Legionellosis outbreaks bawaan bakteria legionella..bakteria ini boleh menyebabkan pontiac fever..bakteria ni bawaan dari cooling tower,hot & cold water droplets..first outbreak di KL Sentral,satu kematian dicatatkan..sesiapa yg ada simptoms demam on & off,selsema & batuk sila dapatkn rawatan di klinik,hospital berdekatan..cuci tangan selalu lebih2 lagi bagi sesiapa yg ada anak kecil & warga emas di rumah.. 

Below, sumber dari web Kementerian Kesihatan.





KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

LAPORAN KEJADIAN PENYAKIT SALURAN PERNAFASAN
DI KUALA LUMPUR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menjelaskan laporan awam mengenai kejadian penyakit berjangkit yang berlaku dalam kalangan pekerja di salah sebuah pusat perniagaan di Kuala Lumpur yang dikatakan ada kaitan dengan jangkitan H7N9.

Pada 12hb April 2013, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) telah menerima satu notifikasi kematian akibat severe pneumonia yang telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta.  

Siasatan awal mendapati kematian melibatkan seorang pekerja perempuan berumur 40 tahun yang mula mengalami gejala demam panas, keletihan dan batuk bermula pada 21 Mac 2013. Memandangkan gejala yang dialaminya masih berterusan, beliau telah mendapatkan rawatan di klinik swasta sebanyak 2 kali dan kemudiannya dirujuk dan dimasukkan ke wad hospital swasta pada 25 Mac 2013. Beliau dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi hospital yang sama pada 30 Mac 2013 dan meninggal dunia pada 5 April 2013 disebabkan oleh severe bronchopneumonia with Adult Respiratory Distress Syndrome (ARDS).  Pesakit juga mempunyai penyakit lain iaitu penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit asma (bronchial asthma). Laporan makmal mendapati pesakit adalah positif untuk ujian legionella dan negatif terhadap jangkitan lain termasuk influenza A (H1N1), demam denggi, tuberculosis dan leptospirosis.

Siasatan awal juga mendapati terdapat satu lagi kes yang telahdimasukkan ke hospital swasta pada 10 April 2013 dan didiscaj pada 13 April 2013 dengan diagnosa acute exacerbation of bronchial asthma. Pesakit didapati positif legionella dan negatif terhadap jangkitan yang lain seperti influenza A (H1N1), demam denggi dan leptospirosis.

Terdapat 2 lagi kes yang dimasukkan ke hospital masing-masing pada 17 April dan 18 April 2013.  Kedua-duanya telah didiscaj dalam keadaan sihat selepas beberapa hari tinggal di wad dengan diagnosa masing – masing disebabkan oleh acute tonsilitis danacute exacerbation of bronchial asthma.  Kedua-dua mereka didapati negatif untuk legionella, influenza A (H1N1), demam denggi dan leptospirosis.

Berdasarkan kejadian ini, pihak JKWPKL telah menjalankan pengesanan kes secara aktifuntuk penyakit Legionellosis yang disebabkan oleh kuman bakteria Legionella, di salah satu blok tersebut dalam kalangan pekerja yang mempunyai gejala kejadian saluran pernafasan dan rawatan serta nasihat telah diberikan.  Hasil siasatan juga mendapati tiada kes yang pernah melawat ke Wilayah di Negara China yang terlibat dengan kejadian influenza A (H7N9) baru –baru ini dan kejadian ini tiada kaitan dengan virus tersebut.

Sehingga 22 April 2013, seramai1,158 pekerja telah disaring dan didapati seramai 281 (24.2%) mengalami gejala saluran pernafasan ringan serta kesemuanya telah diberikan rawatan sewajarnya. 

KKM ingin memaklumkan bahawa punca sebenar kejadian ini masih dalam siasatan dimana ia mungkin berpunca daripada sistem air yang panas pada bangunan seperticooling towers, humidifier, boiler, indoor fountains dan lain - lain lagi. Justeru pihak pengurusan bangunan yang terlibat telah diminta untuk menjalankan kerja – kerja penyelenggaraan dan pembersihan bagi sistem – sistem yang berkaitan.

Untuk makluman, Legionella adalah sejenis bakteria yang terdapat di dalam air dan tersebar melalui udara (aerosol). KKM ingin menasihatkan orang ramai bahawa penyakit Legionella ini adalah terkawal dan tidak merebak daripada seorang ke seorang yang lain. JKWPKL akan terus memantau situasi ini dan mengambil langkah kawalan dan pencegahan serta menasihatkan mana – mana pekerja atau orang ramai dalam bangunan yang terlibat yang mempunyai gejala saluran pernafasan untuk segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan. 

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Tarikh: 23 April 2013 


Sumber: http://www.moh.gov.my/press_releases/387



Love, Ayu

Masita pulang ke Rahmatullah

My friend, Masita Mahat telah kembali ke Rahmatullah pada jam 8 pagi tadi. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.
Al-Fatihah.

Ayu actually baru edit perenggan atas ni.
My entry today memang dah buat untuk update Masita selepas entry yang Ayu melawat dia tu.

Her husband memang always update us semua on her current situation. Actually, pada hari Ayu melawat Masita tu, jam 1 pagi tu, dia mengalami sesak nafas dan dipindahkan ke wad ICU.

Nak melawat agak restricted. Jadi memang hanya sms penghubung kami.



According to the husband, sejak masuk ICU memang Masita tak sedarkan diri. Memang dia dalam keadaan koma. Doktor cakap mungkin tindakbalas ubat. Kami memang tak pernah putus asa dan terus berdoa yang terbaik untuk dia..




Masa tu jugak kami decide nak host kan solat hajat buat Masita. Allah knows best. Kami hanya mahu yang terbaik untuk Masita. Apa pun yang Allah tetapkan.. kami hanya mahukan segalanya dipermudahkan buat Masita..

Masita memang seorang rakan yang sangat baik. 
Sepanjang kami mengenali dia, tak pernah langsung dia bercakap buruk pasal orang lain. Inikan pula nak ambil tahu hal orang. Dia suka senyum. Suka gelak. 
Sampaikan kami tak tahu bila dia berduka.
Itu Masita.


Petang semalam tadi husband Masita ada sms Ayu inform Masita tenat.. Dan pagi ni.. Masita telah pergi mengadap Ilahi.

Al-Fatihah buat Masita Binti Mahat.
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.


Amin.


Love, Ayu

Wednesday, April 24, 2013

WW: Wordless Wednesday



Love, Ayu

Tuesday, April 23, 2013

Berkenduri kita....

My days are filled with overloaded parenting relationship tips and tricks over my babes FB private messages. We call it our very own "Reality daily rumbles". So currently, our Farezah memang sedang sarat mengandung anak keduanya. Yay! So, the topic of the day waktu tu ialah Farezah, obviously. Asking her health, her condition now, her eldest daughter cemana all coping with her pregnancy semua lah. And our dear Shifa berseloroh cakap.. "Tak ada baby shower ker?"
Then, Farezah replied that all she could think off nak buat kenduri ke sikit. Mohon semuanya selamat. Selain kekangan masa segalanya, tenaga main peranan. For this time punya pregnancy, doctor banyak pesan dia jaga diri macam-macam.
TING! kami pun berebut nak join berkenduri juga lah. We wanted to contribute to her kenduri and sekali gus berniat untuk kesejahteraan kami semua as well. Bermulalah agenda memilih tarikh and apa yang nak dicontribute all etcs.

Kami sepakat memilih apam polkadot as a 'door gift' untuk jemaah masjid. Yeap, buat kenduri dekat masjid. Senang, mudah dan ringkas. Imarahkan masjid pun ye jugak. Since that the main dish, Farezah and her hubby dah settle... kami join contribute yang manis lah ye. Mula-mula nak bagi cupcakes, but bila fikir balik bukan semua orang suka cakes kan? Jadi bertukarlah kepada apam polkadot ni. Comel dan sedap. Dan paling penting senang nak handle. Kalau cuppies nanti sememeh cream semua kalau tersalah handle.




Siap pilih warna kami berenam. Kuning, Hijau, Purple, Pink, Biru dan Merah. Barulah adil, semua warna ada. Apam polkadot yang kami tempah ni cost RM 20 for every pack. Satu pack ada 50 biji apam size medium. Siap ada filling.
(Kalau sesiapa nak, Ayu boleh tolong ambilkan order. Just email me at siti.amiha.ayu@gmail.com or PM je akak yang buat apam ni kat FB dia, HotRacks. - Nanti Ayu suruh dia upload service apam polkadotnya ni)


Then, MSN tolong belikan plastic and pengikat. Also tolong sama-sama packed kan seperti gambar di atas. :)
Selesai we all buat semua off we go to masjid...
Perasaan yang sukar digambarkan. Seronok sangat dapat contribute dan dapat berkenduri. Terasa macam contributing to the society pun ye jugak.
Thanks to farezah sebab trigger benda ni semua. Best sangat dapat join in even hanya seciput.



May Allah listens to our prayers kan babes? Semoga persahabatan kita dunia akhirat. Semoga iman, akhlak, aqidah, hati, pendirian, ketegasan and kekuatan kita senantiasa dilindungi dan didorong ke jalan Allah. Amin.

....and few weeks after tu pulak. Selepas dapat tahu mengenai kawan kami, Masita, ada seorang dua kawan yang approach Ayu bertanyakan kalau-kalau boleh kitaorang sama-sama buatkan Yassin hajat atau solat hajat untuk Masita.
Yelah, apalah yang kami mampu lagi selain berdoa to Allah memohon yang terbaik dariNya.

The problem is now, venue. Memandangkan  kami nak buat secepat mungkin dan ketika hari bekerja, kami perlu cepat untuk fikir venue all. Ayu biasa lah, sure call my mom untuk berbincang. Mom suggested our Madrasah Salihuddin. Lagipun jemaah pun ada untuk sama-sama berdoa.

Ayu terus inform my friends and inform yang mengelolakan Madrasah tersebut. A few perbincangan here and there. Alhamdulillah... niat kami dimudahkan Allah.
Kebetulan, dalam lingkungan kami juga sedang diduga Allah dengan masalah kesihatan. And kami sendiri masing-masing sedang merisau. Kesempatan ini, Ayu ambil untuk sama-sama berdoa hajat mohon yang terbaik dari Allah.
Allah knows best.

Plan asal, Ayu akan terus ke Madrasah pulang dari kerja. Even pengelola Madrasah berpesan jangan risau pasal kenduri ke apa sebab yang penting niat kita. Makan jatuh nombor dua.

Baru je tak sampai 10 minit Ayu habis berbicara dengan pengelola Madrasah, my mom called.
"Ayu, mak nak buat la kenduri masa solat hajat tu nanti. Boleh tak balik awal sikit and ambil mak kat rumah. I want to join..."
Ya Allah, please grant Jannah to my mother. She is one incredible women.

MSN jemput Ayu from office agak awal as I already told him the plan etcs. Masuk je kereta, dia suruh Ayu tengok ada apa dekat seat belakang. Ayu toleh and nampak seloyang kuih also untuk kenduri. Mothers with beautiful heart. MasyaAllah! Tq Aunty!




Alhamdulillah... Madrasah dapat buatkan bacaan Yassin hajat dan juga solat hajat tiga malam berturut untuk niat kami. Kami join satu malam je.. tetapi lagi dua malam merupakan usaha dan prihatin jemaah Madrasah sendiri. Syukran. Alhamdulillah...

Sebak juga dihati mendengar doa yang imam bacakan.
Setiap bait memohon keampunan kami, keampunan yang sedang sakit, memohon agar Allah permudahkan perjalanan mereka, memohon agar Allah mengurangkan kesakitan mereka, menyembuhkan mereka...

sangat-sangat menginsafkan.



Ya Allah please give this great women a good health, a great iman agar dia sentiasa dapat melakukan kebaikan kerana Islam.
I want to be like her. As strong-willed and strong like her.

Semoga Allah mendengar rintihan kami semua.
Amin.


Love, Ayu

Bangunan SUK, Shah Alam

Sabtu lepas (21st Apr 2013), mom dah awal-awal pesan and inform Ayu ada dua wedding yang kami kena attend. Wedding anak-anak kawan mengaji dia. No problem. Both aunties Ayu kenal. Baik sangat.
Penambahan fakta, ada dua lagi kawan mengaji mom yang ikut sama.
Me no problemo. Come come. The trusted supirah on duty. (Padahal lagi ramai, lagi supirahnya berani nak memandu..Cerrr suruh sengsorang.. mau tinggal kereta tepi jalan and pakat tahan cab)

So, the plan. Jemput mom's friend at 10:45am and zasss ke Dewan Perdana Felda, KL. Selesai sana around 1:30pm terus ke Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam. In between, or after kenduri Shah Alam, cari port solat Zohor.
Supirah setuju. Mak supirah setuju. Penumpang setuju. Ok cun.

Alhamdulillah, semuanya lancar tanpa sebarang traffic jam meruntun jiwa. Syukur.

Since sampai SUK awal, mom and her friends decided nak jengah kenduri dulu. Lagipun we all baru je sudah makan. Ni more on memenuhi jemputan dan minum la air sikit plus kuih muih mana yang ada. Jangan tidak. So, lepas usai jengah kenduri baru lah kami berbondong bersama mencari surau.

Keluar banquet hall tu, Ayu nampak sign tulis surau. Ok, good. Ayu inform mom and her friends and semua pun happy lah dapat jumpa surau. Senang. Nak jalan ke surau tu boleh tahan jugak jarak dia. But nevermind. No rush.

Masuk je area yang bertulis "Surau Wanita", mom dah tegur cakap.. "Kenapa malap? Tak de lampu ke Yu?"
Ayu cakap.."Tak pe mak, Ayu bukak pintu, biar cahaya masuk sementara mak semua masuk. So takde lah gelap sangat.."
I went it first. Tahan pintu dengan tangan kanan my mom menyusul terus ke tepi Ayu because I was trying to reach suis lampu and the moment the lights on kedebummmm bunyi!
Ibu saya jatuh. :(
At that moment, my heart stopped. Ayu lepas kan pintu. Sampai hari ni, Ayu tak tau and hope I didn't terhempas pintu tu at my mom's friend.

I rushed to her. Terus cuba dudukkan dia. Looked at her face tengok terhantuk mana. And now, check on her leg and lutut. Dah la mom memang ada masalah lutut. And since dia ada sakit lutut plus dia memang pesakit high blood, all of us sangat berhati-hati jaga dia. Jatuh mahupun 'nak terjatuh' is never an option for our mom. :(
Last mom jatuh masa kena ragut last two years. 

Then, I try to calm down and asked her as calm as possible.
"Mak sakit kat mana?" (I am actually trying to make conversation with her. Ayu nak observe cara dia reply all. Dalam hati hanya Allah je tahu betapa Ayu panic dan takut sangat apa-apa jadi to mom especially stroke. Nauzubillah)
Lega hati bila mom menjawab normal. Takde changes ekpresi muka mahupun suara. Sounds normal. Then, dia cakap.. "Lutut mak sakit..."
Slowly Ayu pangku dia and pegang lutut slowly. Terus ayat-ayat shifa' yang selalu Ayu amalkan dalam kitab Manzil berpusing-pusing dalam kepala. Dengan lafaz bismillah..Ayu pegang lutut yang mom cakap sakit tu sambil baca verses from kitab tu. Lepas tiga kali baca dan hembus, Alhamdulillah mom said, she wants to get up.




Ini puncanya.
Nampak split level tu?
Nampak carpet yang tiada langsung perbezaan tu?

Ini jer cahaya lampu yang ada dalam surau tu ye. Ini sahaja. Memang sengaja Ayu tak guna flash untuk ambil gambar ini.

1. Maintainance mana? Kenapa benda-benda kecil seperti tukar bulb lampu tidak dibuat segera.
2. Kelesaan surau. Jangankan aircond, kipas pun tiada di dalam surau ni. Stuffy tak payah cakap lah.
3. Buat lah sesuatu untuk orang tau ada split level disitu. Malang tidak berbau.

Alhamdulillah, nothing serius happened to my mom. But what if? Orang lain ke kena? Dan menjadi sebab dan punca pula surau ni?
Nak salahkan surau ker?
Kenapa boleh habiskan berpuluh ribu ringgit terhadap benda lain tetapi tidak kepada ruang ibadat?
Walaupun yang disewa untuk acara hanyalah dewan banquet itu sahaja, tetapi, tempat awam seperti tandas dan surau sepatutnya di pastikan berfungsi dengan baik.

I lost respect to bangunan gah mana sekali pun kalau surau dan tandas camples! (read: Chaaa-peh-less)

Ye, saya marah. Orang boleh kata saya emosi sebab yang kena tu ibu saya. Kalau anda? Tak marah?
Ok lah, benda nak jadi. Tapi perkara ini bila dikaji, sepatutnya memang boleh dielakkan dari terjadi.

A note to the Management of Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor.
Tolong pastikan kebajikan surau anda terjaga. Pasang la sekurang-kurang kipas. Bilik kecil tu tak ada ventilation langsung. Dan buatlah garisan ke, apa-apa sahaja lah yang boleh membezakan split level tersebut. Jangankan orang berusia, orang muda seperti kamu pun boleh tergolek kat situ.
Dan ingat, risiko jatuh ni, bukan terletak pada orang berusia sahaja ye. Orang muda kalau jatuh sekarang ni pun, bermacam benda boleh terjadi.

And to all yang membaca, please be extra careful jika sesiapa ke sana. Tempat tu nampak old dah pun. Tapi tempat lama mana pun, kalau dijaga dan dimaintain InsyaAllah masih terpelihara. Tapi, maintainance disitu.. entahlah.


Love, Ayu

Monday, April 22, 2013

Tahlil buat nenek


Doa Tahlil

Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Puji-pujian yang melengkapi segala tempatnya, dan membalas segala limpah kurnianya. Ya Allah ya Tuhan kami, untukMu jua segala puji-pujian sebagaimana yang sayugianya lagi sesuai dengan kebesaran zat dan kebesaran kerajaanMu.
Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad sebagai rahmat yang akan menyelamatkan kami daripada segala macam ketakutan dan kehuru-haraan, Engkau tunaikan dengan sebab selawat itu daripada segala macam maksud dan hajat. Engkau bersihkan kami dengan sebabnya di sisiMu setinggi-tinggi darjat dan Engkau sampaikan dengan sebabnya sejauh-jauh tujuan kebajikan baik semasa kami hidup mahu pun sesudah kami mati.
Maha suci Engkau ya Allah, tiada terhingga kami memuji-mujiMu sebagaimana Engkau sendiri memuji-muji akan zatMu.
BagiMu kepujian sebelum keredaanMu, bagiMu kepujian sewaktu keredaan dan bagiMu kepujian selepas keredaan.
Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam dalam kerajaanMu yang maha tinggi hingga hari kiamat, cucurilah rahmat dan sejahtera atas junjungan kami hinggalah Engkau mempusakai bumi ini berserta orang-orang yang berada di atasnya. Engkaulah Tuhan sebaik-baik yang mewarisi.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah dan sampaikanlah serta terimakanlah pahala segala yang telah kami baca daripada ayat-ayat al Quran, tahlil, perkataan istighfar, kalimah-kalimah zikir, dan juga perkataan-perkataan selawat pada saat yang berkat ini sebagai hadiah yang sempurna sampai daripada kami dan sebagai rahmat daripadaMu yang mencucurinya, berkat yang meliputi, sedekah yang dipersembahkan, yang kami hidang dan hadiahkan ke hadrat junjungan kami Nabi Muhammad bin Abdullah sallallahu alaihi wassaalam, serta isteri-isteri baginda, keluarga, sahabat-sahabat, pengikut-pengikut, dan pengikut-pengikut kepada pengikut-pengikut baginda dari masa ke masa hinggalah hari kiamat.





Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah pahala seperti pahala yang tersebut tadi serta ihsan yang berlebih-lebih kebaikan kepada sekalian roh orang-orang yang dengan sebab mereka kami berkumpul di sini, lebih istemewa lagi kepada roh Allahyarhamah Hjh Zainab Binti Hj Abdul Rashid, asal-usulnya, anak cucunya, dan setiap orang yang ada hubungan dengannya.
Persampaikanlah ya Allah pahala bacaan-bacaan seperti yang tersebut tadi daripada kami kepada roh-roh mereka dan jadikan pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu cahaya menerangi dan bersinar di hadapan mereka. Gandakan ya Allah akan rahmat dan keredaanMu kepada kami dan juga roh-roh mereka.
Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah juga pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu perisai mengelakkan mereka daripada azab neraka, penyelamat, pendinding dan juga penebus daripada azab neraka.
Ya Allah wahai Tuhan kami, ampunilah mereka, kasihanilah mereka, selamatkan mereka serta maafkanlah mereka. (3X)
Dan di dalam keadaan yang seperti itu juga ya Allah sampaikan pahala kami yang telah kami katakan itu kepada arwah sekalian datuk ninik kami, guru-guru kami dan juga kepada sekalian kaum muslimin dari timur hingga ke barat walau di mana mereka berada.
Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dalam suratan kami dan suratan ibu bapa kami dan saudara mara para hadirin sekalian merata semuanya dengan pencucuran rahmat dan keredaan, masukkanlah kami dan juga mereka itu sekaliannya ke dalam keluasan syurga – Ya Allah, Tuhan yang memberi berkat, ya Allah, Tuhan yang yang mengurniakan rahmat, ya Allah, Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi – Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.
Ya Allah wahai Tuhan kami, pindahkan mereka itu sekalian daripada kesempitan lubang kubur dan liang lahad pergi ke syurgaMu – syurga yang kekal abadi – pergi ke perlindungan naungan yang berpanjangan, air yang sentiasa mengalir, mendapat buah-buahan yang tiada bersukatan, lagi tidak terhenti dan tidak pula terlarang mendapatkannya, mendapat tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya bersama dengan orang-orang yang Tuhan kami telah kurniakan kepada mereka itu nikmat-nikmat iaitu daripada golongan nabi-nabi, orang-orang yang taat setia, orang-orang yang mati syahid, orang-orang yang saleh yang mereka itu ialah sebaik-baik kawan.
Mohon limpah kurniaMu jua, ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Selawat dan salam Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Dan segala pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Amin.



Love, Ayu

My Myn


It has been a while. Seriusly sangat lama since we met.
My beloved more than twins.
Yup, that is what we address sesama sendiri.

Masa di IIU dulu, ke mana sahaja memang we all together. If dari dulu Ayu ada blog, I am very sure Myn's face will be everywhere. Silap-silap boleh buat joint blogger account. Haha!

But as time goes, kami yang rapat tidak mampu nak menolak keadaan.
Tanggungjawab, keadaan. Akhirnya menumpaskan kami.
But, of course, if kita bersahabat dengan ikhlas... InsyaAllah semua akan back again.
InsyaAllah.

Well, that's what happened to us.
I admit Ayu pernah merayu pasal my twins ni dalam blog all. But Alhamdulillah, after all this, our friendship grows.
Biasalah, kami berdua hanyalah manusia biasa kan. Mesti ada kekurangan masing-masing.
One thing yang we all berdua amalkan dari dahulu. Face it. Jangan assume. Kalau ada orang bercakap pun, kita dengar je. Pertama kali dengar mungkin kita akan percaya. But fikir balik, if kita di dalam situasi yang sama, mungkin kita juga bertindak sedemikian.

And apa yang Ayu pula belajar from all this.
Don't force.
Everyone needs their space.
Don't langgar limit orang lain.

So anyways, one fine day.... I received a call.
It's Myn.
"Myn nak datang tidur kat rumah Ayu. Boleh?"

OMG.... obviously lah BOLEH kan????
Punyalah happy excited. Habis Farezah pun semua Ayu inform. Mom and sis excited sampai confuse tak tahu nak masak apa all.
And the end, Ayu cakap...keep calm. Kita kan family. Rileks je.
Hehe.

1st destination lepas ambil Myn...pasar malam hari Jumaat belakang rumah.
Mengimbau kembali aktiviti lama la kan? Hehe.
Tangan masa ni laju je dok sibuk WhatsApp Farezah. Ayu memang excited nak berjumpa dengan Farezah juga, sebabnya inilah first time Ayu akan berjumpa dia berhijab. Alhamdulillah.
All my babes now berhijab. Syukur. We definitely will grow old together ok gals? xoxo



My two lovely ladies.

Excited ok. Walaupun lokasi hanyalah pasar malam. Bukan halangan lah ok untuk kami.
Tak perlu nak berproper ada class tak kena tempat. kalau bersahabat dengan ikhlas, dekat mana pun ok je.

And of course, my beloved mom... 






...of course turut excited dengan perubahan anak angkat nya.
Mom saksi persahabatan kami. Myn and Farezah paling selalu overnight at my place. Being with me through my ups and down.
Masa selamba Ayu gagah diluar rumah. Menyengih happy-go-lucky ... my girls (Farezah, Eton, Shida, Shifa, Mas, Myn, Kajol, Angah and Adik) were the one yang always there being my shoulder to cry on.
Yang tahu Ayu yang sebenar.
Besides my family lah.

One thing, kalau sesiapa bertanya apa-apa and they didn't know a thing. Itu je dah cukup untuk bagi jawapan yang the thing tak wujud.
Sebabnya, if anything, after my family they will know. Itu for sure.

We had a great night and catching up that night.
Ada la moment sayu sikit. Masa Myn sampai rumah, my sis hugged her and they cried together.
Aduhai. Priceless.





The next day, Ayu bawa Myn berjumpa dengan Aunt1. Dah lama Aunt1 sebut-sebut nak jumpa Myn.
Aunt1 pun sama bukan main sayu la pula. Myn bukan boleh. Hehehe.. Nanti dia join sayu.


It was the best two days ever.




I am very grateful to have such circle in my life. Thank you Allah.
Allah knows best for you. Never give up. Don't ever question apa yang Allah dah tentukan.
Tak salah punya impian. Teruskan impian. Berusaha dan berdoa ke arah impian itu.
Tetapi, andai masih tidak kesampaian... itu maknanya Allah ada sediakan yang jauh lebih baik untuk kita.

Alhamdulillah.
Semoga persahabatan kami dan hubungan ini kekal dunia akhirat. Amin.

P/S: This is a #throwback entry. I just got my vibes in blogging back.


Love, Ayu


Friday, April 19, 2013

It is our right that we can request for new ballot paper. #PRU13 #GE13

Please forward to your contacts. Don't waste our vote! Understood it is our right that we can request for new ballot paper or bring eraser.





Love, Ayu

Bertukang and makan ice cream nyum nyum....

Of course bukan saya yang bertukang. Hahaha..
Eh eh eh bukan bererti I don't know how ye. Kalau tak de pilihan, tidak menjadi masalah untuk saya.
Tolong lah percaya.

Macam biasa. Mom's rumah sewa dah macam menjadi tanggungjawab Ayu.
Selagi mampu, buat lah kan. Tak rugi apa pun. Pening je lah sikit melayan kerenah penyewa.

Masalah paling simple ialah utility bills.
Sewa yang mom kenakan adalah termasuk bill api dan air setiap rumah.
Ye, kami serik dari sejarah lampau, bila tenant cabut lari, bill bukan makin menggunung beribu ringgit. Sobs.
Reason perkhidmatan mereka tidak dipotong, sebab rumah sewa mom ni di atas tanah lot.
Dia ikut keseluruhan. Means kalau rumah no 1 tak bayar but rumah no 2 bayar, dari segi per lot, diconsider berbayar walaupun alahai cenonit sebulan.

So, untuk memudahkan segalanya, bagi jelah Ayu bayarkan bills online.
Sap sap soi. Settle.

Tetapi, setiap kali mengutip sewa macam-macam drama pulak yang timbul.
Bil hilang anak buat main.
Bil basah terkoyak berkecai sebab kena hujan.
Saya tak tau bill bulan ni dah wujud ke belum... (sedangkan rumah sebelah dah ada bill)
Pffttt...

So, we decided to put a post box khas untuk utility bills di dinding rumah.
Jadinya, orang bills pun tak pening nak selit-selit bill dekat pintu masing-masing.\
Dia masukkan je ke dalam post box tersebut.


Konon nak mudahkan kerja.
Saya pun gigih lah beli paku semua siap-siap.
(Orang perempuan beli barang bertukang...beginilah...)

Sekali bukan paku dinding daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Nasib kedai hardware sangat lah berdekatan.
Hiks.


Yay!

Kalau beli post box warna merah, sila make sure pakai baju merah untuk bertukang ye.
Wah!

Selesai semua, orang tu dah angkat-angkat kening tanya.. "apa upah pasang post box ni?"
La... nak upah ker? Ingatkan kerja amal...
Yelah yelah.. Kang susah lak nak bertukang lagi...

Sambil senyum-senyum saya pun bertanya.. "Nak lepak mana? Jom lah..on me.."

Dengan lajunya... "Bubba Gump Sunway eh? Nak makan ice cream..."
Ya Allah! Urut dada dapat orang bertukang mintak upah ice cream Bubba Gump.



Nah! Amik ko!
Makan puas-puas ni upah bertukang for setahun.


Love,
Ayu


#justsharing




self motivation. :)


Source: Google image

Love, Ayu

Thursday, April 18, 2013

Siapa ada kucing PUT YOUR HANDS UP!!

Hehe... Siapa ada binatang peliharaan PUT YOUR HANDS UP!!!
Kenapa?
Sebab kamu orang sebenarnya golongan yang sangat bertuaaaahhhh... *sambil kelip2 buat muka comel*

Ni Ayu nak share 10 sebab anda perlukan binatang peliharaan.
Jangan memain.. 10 ok.. bukan sikit anak.. SEPULUH ok... :)

1. LEBIH BANYAK BERGERAK
Kajian menyatakan, dengan mempunyai binatang peliharaan, dapat membuatkan kita lebih aktif bergerak dan dapat mencegah bertambahnya berat badan.
Means, bersenam dalam keterpaksaan gitu. Yelah, katakanlah kita bela kucing, but kita tak bagi kucing kita masuk dalam rumah.. kucing itu hanya boleh lepak kat luar sahaja,... contohnya kucing dibawah ini..


namanya Ralph.

Dia ni, memang family Ayu bagi lepak diluar sahaja. Selalu dia ok.. tapi ada musim2 dia sangat playful, dia akan menyorok dan bila kita bukak pintu entah dari mana datangnya dia meluru masuk ke dalam rumah.

Bukan Ayu sorang.. habis dengan mom pun semua lintang pukang berlari mengejar dia.
Maka terbakarlah kalori kami sekeluarga tanpa sedar.
Hiks.


2. LEBIH BANYAK KETAWA
Bukan ketawa sengsorang please. Itu gila namanya.
But ketawa dengan gelagat dan tingkah laku binatang peliharaan kita lah..Jadinya, secara automatic dapat menghilangkan stress dan dapat mendorong kita melakukan perkara-perkara yang menyenangkan.

Memang diakui lah. Saya stress, saya memang cari kucing saya.



3. MENGAWAL KEMARAHAN
Ketika korang sedang membelai atau bermain dengan binatang peliharaan kita kan, badan kita secara naturalnya akan mengeluarkan hormon oksitosin iaitu sejenis hormon yang mengurangkan stress.
Oleh sebab itulah, semasa bermain dengan binatang peliharaan kita, kita rasa lebih happy.

4. TIDAK LAGI KESEPIAN
Ada kajian dari Saint Louis University, orang yang mempunyai binatang peliharaan ni, sangat jarang merasa sepi. Percaya atau tidak, ini adalah kerana haiwan kesayangan ini boleh memberi dorongan secara sosial kepada tuannya.

5. ERATKAN HUBUNGAN SOSIAL
Alan Antin, seorang pakar psikologi dan kepimpinan The American Psychological Association ada berkata... haiwan peliharaan boleh mengeratkan hubungan di luar linkungan kita.

Contohnya, now kan kita ada sangat banyak social networks kan? So, kalau kita bela kucing, kita boleh like pages yang perihal kucing ni. Jadi from there, secara tidak langsung kita dapat kawan baru selain dapat information mengenai kucing daripada pemilik kucing lain yang mempunyai minat yang sama.

6. HIDUP LEBIH BAIK
Ini Ayu tak ada contoh. Tetapi berdasarkan penelitian dari Coronary Care Unit, mereka yang memelihara binatang peliharaan mempunyai tingkat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang berbanding mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

WOW!

7. SAYANGI DIRI SENDIRI
Dengan haiwan peliharaan ni, kita menjadi diri kita. Sebab apa? How can your cat judge you kan? Bila kita nak bermanja, dia lebih lagi extra manja sampai kita geram nak cubit-cubit dia.

Secara tidak langsung, kita rasa di appreciated dan sekali gus.. kita memupuk diri lebih positive dengan masyarakat sekeliling. Kita lebih penyayang, caring... manjaaaaaa.....


8. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Haiwan peliharaan ini sebenarnya membawa pengaruh menenangkan. Yes, mungkin ada yang kurang bersetuju dengan fakta ini.. Sebab ada manusia yang stress dengan haiwan peliharaan ini..
Tapi, dalam stress itu, cuba renungkan..kita sebenarnya lebih tenang compare sebelumnya.

Kan amalan pembela anjing akan bawak anjing mereka berjalan-jalan kan? Amalan ini bagus actually.. sebab in a way.. kita pun sama berjalan menghirup angin luar...

9. MEMBAKAR KALORI
Cuci kandang, cuci tempat najis.. menyapu mengemop rumah, ketuk-ketuk kusyen etcs...
Semuanya aktiviti pembakaran kalori yang berjaya.

Seseorang yang berjalan dengan anjing peliharaannya dapat meningkatkan kelajuan berjalan sebanyak 28% berbanding hanya 4% ketika berjalan santai bersama kawan-kawan.

Uiiihh.. patut la dulu kecik sikit dari sekarang. #alasan #kbye

10. TINGKAT IMUNITI ANAK
Seorang penyelidik kesihatan psikologi dari Universiti Warwick berkata, haiwan peliharaan boleh membanti meningkatkan imuniti kanak-kanak kerana jika rumah terlalu bersih, ia boleh menghalang sistem pertahanan anak-anak dari membini imuniti lain seperti habuk, kotoran dan haiwan.

But that doesn't mean perlu menjadi pengotor ye. Maksudnya exposure. Naturallnya. Bukan biar kotor tak boleh blah.

Above all, banyak perkara yang perlu kita ambil kira if nak bela haiwa peliharaan ni. Jangan sampai menganiaya diri kita dan juga haiwan itu. (",)

* sumber dari Majalah RAPI 15 April 2013
* gambar adalah hak terpelihara persendirian. Kucing-kucing yang dipaparkan adalah Abu, Ralph and Tommy. Kesemuanya kepunyaan MSN, myself dan my cousin.

Love, Ayu

TIPS: Kenderaan Awam - TEKSI

Wah kemain tajuk nak bagi tips konon. Actually I don't what is the correct term to use here. Takkan lah nak type Peraturan Menaiki Teksi... eh eh eh.. owner baru Public Cab kah anda?

....... and it is also not a complaint ke apa. Cuma sekadar few points yang dapat Ayu learn and relearn sepanjang hampir 7 bulan sebagai penumpang taxi tegar.

1. Beratur

Yes, as simple as beratur.
Ye, saya tahu dan sedar, yang beratur itu mungkin seorang pemilik syarikat, mungkin seorang CEO, mungkin seorang yang berpengaruh di pejabat atau juga mungkin seorang warga emas yang ingin ke hospital untuk rawatan susulan.

Jadi, selfish dengan cut queue is definitely NOT an option.

Contohnya dia LRT Station Ampang Park. Setiap pagi akan ada a few lines orang beratur. But, bukan di taxi stand. Samaada jauh sikit atau jauh banyak from the taxi stand. Tetapi, kerusi di taxi stand penuh dengan manusia yang menumpang duduk menunggu kenderaan masing-masing sampai. But again, pointnya disini, betul-betul di taxi stand itu, tiada orang yang beratur.

Kalau first timer, mungkin akan confuse sedikit. So, sebagai rakyat Malaysia yang penuh adat, tidak menjadi kesalahan kalau kita bertanya. "Excuse me, tumpang tanya, ni beratur untuk cab ke?"
Senang je kan? Berpeluh pun tidak.

But instead of doing that, kita join the line lepas tu, bila nampak orang lain selamba naik taxi dekat the taxi stand we go attack and marah-marah sebab kita salah beratur and dah lama menunggu.
Seriusly? Bukan salah orang lain wei.. 100% salah you sendiri.


2. Masuk taxi dulu atau tanya destinasi dulu?

Selalu korang buat yang mana dulu? Macam Ayu, it depends on where I tahan taxi tu.

Kalau dekat taxi stand yang memang beratur dan cab pun berjela dia belakang, I will assume cab-cab itu semua sanggup ke mana sahaja. Ikut rezeki masing-masing lah kan?
So, masuk and beritahu destinasi.

Lain lah kalau kita tahan taxi di tempat biasa. Tepi jalan misalnya. Of course, kita akan tahan taxi dan bertanya dahulu, kemudian baru masuk.

Tetapi, secara amnya, Ayu berpendapat, semua pemandu taxi perlu membawa ke mana sahaja yang penumpang inginkan. Kerana, penumpang akan bayar mengikut meter. It is a fair treatment. You give your service, the customer will pay accordingly.

If you memilih tempat atau takutkan traffic jam, the very first place, jangan bawak taxi. Sebab taxi ialah kenderaan darat bukan kenderaan udara jadi confirm akan tempuh traffic jam. Kalau tidak, jangan berhenti jika ada yang tahan.

Kalau orang tu ada alternative lain, awak rasa dia nak berdiri di tepi jalan dan sibuk-sibuk melambai menunggu taxi? Of course NOT.


3. Sediakan wang kecil atau secukupnya

Seriusly wahai penumpang taxi... Janganlah melampau gunakan taxi sebagai tempat pertukaran wang kecil anda.

That trip cost RM5.60 and you bagi RM50?
Pakai akal sikit please.

Kalau orang tengah beratur tunggu awak keluar cab, boleh longgar lutut ,menunggu pak cik cab mengorek serata poket mencari baki untuk diberi.

Kalau memang tiada sumber lain.... nasib kau la nak.




Sekian sahaja ceramah taxi kita.
Hehe.


Love, Ayu

Wednesday, April 17, 2013

A prayer for a dear friend...


Ayu tak tahu macam mana nak start menaip.
I am lost of words.

Malam Ahad lepas, just like the normal nights, I will be browsing FB and etcs for updates and communication. Despite of macam macam agenda buruk yang semua gunakan dan assume dan buat negative conclusion about FB, FB to me menyatukan silaturrahim saya dan my circle.
Salah satu berita yang diinform melalui private group my schoolmates ialah, berita mengenai our dear friend Masita.

Way back....Masita is not only my secondary schoolmate, but she is also one of my childhood friend...
Masita dibesarkan sepenuhnya oleh her late grandmother which she addresses as 'Mak'. Orang kata, Masita dilahirkan berganti nyawa dengan arwah ibunya. Kerana dia anak sulong dan bapanya tiada pengalaman menjaga anak, neneknya yang mengambil alih tugas membesarkan Masita.
Rumah Masita pun tak jauh mana from my house. All my family pun kenal dengan Masita sekeluarga. Jiran tetangga dulu dan sekarang teramat banyak bezanya.
Back to cerita Masita.

One of her cousin, ada inform one of our classmate yang Masita is now hospitalised and keadaan dia agak critical. Bila ditanya Masita sakit apa... jawabnya, doktor belum detect Masita sakit apa, tapi yang pasti, sekarang ni, ada kuman di otaknya. Berdasarkan keputusan ujian darah terkini.
Kami semua sehingga tengah malam dari FB group bawa ke WhatsApp group bercerita dan berkongsi information.


Sejak berkahwin, Masita pindah pun tidak jauh dari kawasan rumah Ayu dan dia sendiri bekerja sebagai pembantu di klinik berhampiran. Setiap pagi dia hanya berjalan kaki ke tempat kerjanya itu. Selalunya, hanya lambaian senyuman je sempat kami sama sama hulurkan jika terserempak. Ada la sekali sekala, waktu lampu traffic light merah, Ayu sempat bertanya khabar dan pelawa dia untuk dihantar ke klinik.
The jovial Masita. Now, terbaring lesu.

Semalam, waktu lunch, Ayu pergi melawat dia.
Tidur.
Sesekali dia meracau. Tangannya kiri kanan dah lebam kena cucuk sana sini. Demamnya turun naik tak menentu.
Ada disisi, suaminya.

Masih tersenyum ketika melihat kami, rakan rakan isterinya datang melawat.
Menurut suaminya, Masita selalu mengadu sakit kepala. Mereka dah ke klinik, dah ke PPUM dan Masita dah pun pernah warded di Kelana Jaya Medical Centre namun, tiada apa yang dikesan. Kebah demamnya, surut sakit kepalanya, dia dibenarkan pulang.
Bila balik rumah, perkara yang sama occur lagi. Family menyarankan Masita cuba berubat rawatan alternative.
Juga tiada perubahan.

Sehinggalah Sabtu lepas (13 April 2013), dia dimasukkan ke emergency Hospital Ampang.
Keputusan darahnya mengejutkan suami dan keluarganya. Dan tindakan biasa untuk bunuh kuman, a high dosage of antibiotic given to her.

Sebab itu, dia lebih banyak tidur, meracau, shivering.... etcs.

Sejurus Ayu pulang ke office, 3 of our classmates menyusul melawat. Kebetulan doktor pakar yang merawat Masita ada sama. Dia menjelaskan yang kuman di otak Masita terlalu banyak. Kuman dan air di kepala. That's the exact words.

Rawatan? Doktor mensarankan ubat yang digunakan untuk merawat TB digunakan for Masita. Namun, ubat ini ada kesan sampingannya... kepada sesetengah orang.

Kami hanya mampu terdiam sejurus mendengar berita ini. Sepasang anak anak Masita dah terlalu merindui dia. Suami dia sendiri berkata yang sulong asyik menyebut nama ibunya. Apalah anak kecil berumur 5 tahun dan adiknya yang 11 bulan tahu apa yang sedang ditanggung ibunya.

Keputusan dan risiko yang perlu dibuat oleh si suami.

Jadi disini, Ayu harapkan sedikit simpati dari semua yang membaca.... tolong doakan kawan saya, Masita Mahat. Semoga Allah memudahkan perjalanan dia.
Amin.

AUTO PUBLISHED on Tuesday, 16 April 2013, 11pm, PUBLISHED on Wednesday, 17 April 2013, 8:38am.
EDITED Wednesday, 17 April 2013, 8:41am -
Masita telah dimasukkan ke ICU jam 1 pagi tadi. Ya Allah dengarlah rintihan kami semua. Amin.

Friday, April 5, 2013

Haih la petrol..


Ini adalah cerita lawak Sabtu yang lalu.

Weekends usually is the only two days in a week where I have the time to spent with my family and/or myself.

But most of the time, it will be filled with mom scheduled. (Because mom on the other hand, weekends is the only two days in a week where she got to go out and enjoy life)
Every Saturday morning after Subuh prayer, I will go to mom's room and ask her the timetable. (Just because I need to see the possibility of me having some nap in between. Haha)

So last Saturday morning our first journey begins just behind our house. A simple grocery do, home made chili sauce pick up and sending some stuff to beloved Mak Tun.

Since that I only drive during weekends (with mom by my side of course) so I told mom that, I want to fill in petrol first then only proceed with the above.

Mom answered.. "Alah, belakang tu je, lepas minyak tu.. Balik semua tu karang kita singgah isi minyak..."
Ok mom.
T_____T



Chili sauce.
CHECKED!
Groceries.....
.................Just about 50 metre away.....
.... And the car stopped.

Mom : Eh kenapa ni?
Me: Errrrr... Petrol? (While putting the car in neutral mode and slowly move it to the side road..phewww)
Mom: La.. Ye ker?? Selalu tak pulak dia macam ni.. Selalu dia mesti bagi can kita jalan-jalan sikit dulu.
Me: (tak tau nak senyum ke nak menangis)
Since the grocery shop is not that far and its indeed just our neighborhood area... me and mom walked to the shop and beside the shop is actually our regular workshop.
....But the owner is not there yet.

I was just about to walk to the nearest petrol station (which is not that near after all) , when my dear Uncle Willy (the workshop owner) arrive...

Uncle: Hey! Apa pasal lu orang parking kereta jauh-jauh? Mau exercise ka?
Me: Uncle, tolong boleh? Petrol habis...
Mom: Saya ingat nanti baru mau isi.. Belum sampai kedai sudah mati enjin.
Uncle: (Laughing non stop) ... Ok ok.. You tunggu aaaa saya settle. Haiya! Ini macam pun boleh.
Me & Mom: (muka redha kena gelak)

Moral of the story:
Parents sometimes needs to listen to their children as well.
*flips tudung*

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.