I am lost of words.
Malam Ahad lepas, just like the normal nights, I will be browsing FB and etcs for updates and communication. Despite of macam macam agenda buruk yang semua gunakan dan assume dan buat negative conclusion about FB, FB to me menyatukan silaturrahim saya dan my circle.
Salah satu berita yang diinform melalui private group my schoolmates ialah, berita mengenai our dear friend Masita.
Way back....Masita is not only my secondary schoolmate, but she is also one of my childhood friend...
Masita dibesarkan sepenuhnya oleh her late grandmother which she addresses as 'Mak'. Orang kata, Masita dilahirkan berganti nyawa dengan arwah ibunya. Kerana dia anak sulong dan bapanya tiada pengalaman menjaga anak, neneknya yang mengambil alih tugas membesarkan Masita.
Rumah Masita pun tak jauh mana from my house. All my family pun kenal dengan Masita sekeluarga. Jiran tetangga dulu dan sekarang teramat banyak bezanya.
Back to cerita Masita.
One of her cousin, ada inform one of our classmate yang Masita is now hospitalised and keadaan dia agak critical. Bila ditanya Masita sakit apa... jawabnya, doktor belum detect Masita sakit apa, tapi yang pasti, sekarang ni, ada kuman di otaknya. Berdasarkan keputusan ujian darah terkini.
Kami semua sehingga tengah malam dari FB group bawa ke WhatsApp group bercerita dan berkongsi information.
Sejak berkahwin, Masita pindah pun tidak jauh dari kawasan rumah Ayu dan dia sendiri bekerja sebagai pembantu di klinik berhampiran. Setiap pagi dia hanya berjalan kaki ke tempat kerjanya itu. Selalunya, hanya lambaian senyuman je sempat kami sama sama hulurkan jika terserempak. Ada la sekali sekala, waktu lampu traffic light merah, Ayu sempat bertanya khabar dan pelawa dia untuk dihantar ke klinik.
The jovial Masita. Now, terbaring lesu.
Semalam, waktu lunch, Ayu pergi melawat dia.
Tidur.
Sesekali dia meracau. Tangannya kiri kanan dah lebam kena cucuk sana sini. Demamnya turun naik tak menentu.
Ada disisi, suaminya.
Masih tersenyum ketika melihat kami, rakan rakan isterinya datang melawat.
Menurut suaminya, Masita selalu mengadu sakit kepala. Mereka dah ke klinik, dah ke PPUM dan Masita dah pun pernah warded di Kelana Jaya Medical Centre namun, tiada apa yang dikesan. Kebah demamnya, surut sakit kepalanya, dia dibenarkan pulang.
Bila balik rumah, perkara yang sama occur lagi. Family menyarankan Masita cuba berubat rawatan alternative.
Juga tiada perubahan.
Sehinggalah Sabtu lepas (13 April 2013), dia dimasukkan ke emergency Hospital Ampang.
Keputusan darahnya mengejutkan suami dan keluarganya. Dan tindakan biasa untuk bunuh kuman, a high dosage of antibiotic given to her.
Sebab itu, dia lebih banyak tidur, meracau, shivering.... etcs.
Sejurus Ayu pulang ke office, 3 of our classmates menyusul melawat. Kebetulan doktor pakar yang merawat Masita ada sama. Dia menjelaskan yang kuman di otak Masita terlalu banyak. Kuman dan air di kepala. That's the exact words.
Rawatan? Doktor mensarankan ubat yang digunakan untuk merawat TB digunakan for Masita. Namun, ubat ini ada kesan sampingannya... kepada sesetengah orang.
Kami hanya mampu terdiam sejurus mendengar berita ini. Sepasang anak anak Masita dah terlalu merindui dia. Suami dia sendiri berkata yang sulong asyik menyebut nama ibunya. Apalah anak kecil berumur 5 tahun dan adiknya yang 11 bulan tahu apa yang sedang ditanggung ibunya.
Keputusan dan risiko yang perlu dibuat oleh si suami.
Jadi disini, Ayu harapkan sedikit simpati dari semua yang membaca.... tolong doakan kawan saya, Masita Mahat. Semoga Allah memudahkan perjalanan dia.
Amin.
AUTO PUBLISHED on Tuesday, 16 April 2013, 11pm, PUBLISHED on Wednesday, 17 April 2013, 8:38am.
EDITED Wednesday, 17 April 2013, 8:41am -
Masita telah dimasukkan ke ICU jam 1 pagi tadi. Ya Allah dengarlah rintihan kami semua. Amin.