Showing posts with label tea. Show all posts
Showing posts with label tea. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Bertukang and makan ice cream nyum nyum....

Of course bukan saya yang bertukang. Hahaha..
Eh eh eh bukan bererti I don't know how ye. Kalau tak de pilihan, tidak menjadi masalah untuk saya.
Tolong lah percaya.

Macam biasa. Mom's rumah sewa dah macam menjadi tanggungjawab Ayu.
Selagi mampu, buat lah kan. Tak rugi apa pun. Pening je lah sikit melayan kerenah penyewa.

Masalah paling simple ialah utility bills.
Sewa yang mom kenakan adalah termasuk bill api dan air setiap rumah.
Ye, kami serik dari sejarah lampau, bila tenant cabut lari, bill bukan makin menggunung beribu ringgit. Sobs.
Reason perkhidmatan mereka tidak dipotong, sebab rumah sewa mom ni di atas tanah lot.
Dia ikut keseluruhan. Means kalau rumah no 1 tak bayar but rumah no 2 bayar, dari segi per lot, diconsider berbayar walaupun alahai cenonit sebulan.

So, untuk memudahkan segalanya, bagi jelah Ayu bayarkan bills online.
Sap sap soi. Settle.

Tetapi, setiap kali mengutip sewa macam-macam drama pulak yang timbul.
Bil hilang anak buat main.
Bil basah terkoyak berkecai sebab kena hujan.
Saya tak tau bill bulan ni dah wujud ke belum... (sedangkan rumah sebelah dah ada bill)
Pffttt...

So, we decided to put a post box khas untuk utility bills di dinding rumah.
Jadinya, orang bills pun tak pening nak selit-selit bill dekat pintu masing-masing.\
Dia masukkan je ke dalam post box tersebut.


Konon nak mudahkan kerja.
Saya pun gigih lah beli paku semua siap-siap.
(Orang perempuan beli barang bertukang...beginilah...)

Sekali bukan paku dinding daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Nasib kedai hardware sangat lah berdekatan.
Hiks.


Yay!

Kalau beli post box warna merah, sila make sure pakai baju merah untuk bertukang ye.
Wah!

Selesai semua, orang tu dah angkat-angkat kening tanya.. "apa upah pasang post box ni?"
La... nak upah ker? Ingatkan kerja amal...
Yelah yelah.. Kang susah lak nak bertukang lagi...

Sambil senyum-senyum saya pun bertanya.. "Nak lepak mana? Jom lah..on me.."

Dengan lajunya... "Bubba Gump Sunway eh? Nak makan ice cream..."
Ya Allah! Urut dada dapat orang bertukang mintak upah ice cream Bubba Gump.



Nah! Amik ko!
Makan puas-puas ni upah bertukang for setahun.


Love,
Ayu


Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday : All for RM 59.90 @ Delicious







Blurbings By,





BannerFans.com

Monday, September 26, 2011

Fruit Land

sejak dua menjak ni saya amatlah cerewet and asyik consider, reconsidering over and over again.. apa yang saya mahu makan.
kehilangan selera pun ye jugak.. kehilangan mood.. palinglah menjadi faktor penyumbang...

so jalan punya jalan.... satu apa pun tak de yang memikat hati..tertambat perut.. sampailah i saw this..


fruitssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
yay!

cuaca kan panas now kan?
layan makan buah sejuk2 sampai kenyang burp burp will be nice, right?
jom!

it's kenyang ok..
seriusly...


ya ampun sorry terlupa sungguh nama makanan2 sejuk sedap diatas... ngeh ngeh.
yang pasti gambar yang bawah tu is tau foo faa.. heheheh.

tapi sedap...
yang atas tu nampak macam ada ice cream kan?
but it is not OK.. dia bukan ice cream.. dia ice cream look a like. rasa pun tak macam ice cream.. macam ice je.. manis pun manis buah je...

lepas makan tu.. terus rasa melayang...


patut lah dia letak gambar2 macam ni...
serius rasa macam ni....

tenangggggggggggggg je...
(",)


Blurbings By,




BannerFans.com

Thursday, September 15, 2011

Downtown Coffee & Tea

i'm such a typical person ok. kalau dulu.. orang ajak pergi lepak kopitiam.. terus TING! kemaman kopitiam. 
lepas pada tu kemaman kopitian kat area rumah ni dah melingkup.. kalau orang ajak pergi kopitam.. TING! Old Town White Coffe..

lepas tu lama2 bukan main beranak pinak lagi macam2 kopitiam kat muka bumi ni..
and so i was introduced pulak dengan satu port kopitam yang lain.. Downtown Coffee & Tea...

'

dari segi ambiance, types of food segala.. adalah lebih kurang sama je..
but one thing about kopitam ni.. kalau nak test dia best ke tidak..
you kena try;
1. white coffee
2. teh tarik
3. cendol
4. roti bakar
5. nasi lemak
6. asam laksa

kalau kesemua di atas tekak boleh terima and ada rasa.. ok pass!
bertahan lamalah kopitiam tersebut.
hehehe

siapa ajar?
sendiri buat analisa. :P


so that evening saya mencuba...


cendol, teh tarik and black&white kaya toast..

seram tak?
muakakaka...


sedap ok.
nampak je hitam comot celorang celoreng.. but rasa dia sama je.. rasa roti lah.. :P

memula tu rasa macam ada bau masam sikit.. lepas tu lama2.. ceh! bayangan ilusi je.. yelah.. pemikiran je semua tu.. all in all sedaplah rotinya..

as for me, i like the teh tarik so much. maaf lah ye.. i am not a coffee person.. so, sebab tu saya tak order coffee. teh tarik dia tak manis sangat and kaw! sedapppp.....

aiseyman! rasa nak lepak sini lagi lah.. anyone?
:)

Blurbings By,




BannerFans.com

Tuesday, March 15, 2011

Starbucks...

Berry muffin and Green Tea Frapuccino


Plain donuts and Mocha Latte Frapuccino



Sinful tea session.
Very high in sugar.
But.... satisfaction guaranteed.

So, dah puas meleleh air liur mengumpul kalori and lemak?
Moh jogging!



Blurbings By,




BannerFans.com

Thursday, April 22, 2010

Memori Corner, Gombak

Actually, ayu dah lama dok teringin nak makan and lepak kat Memori Corner ni. But, tak berkesempatan lah....
lagipun, tak de siapa nak melayan. hiks...


Actually dah banyak kali dah Ayu lalu lalang kat sini. But tu la..tak de motif nak singgah. Masa lalu je sini, sure teringat proses jilat menjilat setem dengan RM & GBM last year. terbaek ok...

which reminds me, birthday Dila around the corner. hehehehe... yelah, masa tu, we all celebrate birthday Dila.

So back to Memori Corner, I was actually from Bangi, ada course. So, kebetulan habis awal.. jadinya, saya calling calling lah partner in crime ku ajak melepak kat sini.
heheheeh...

Macam biasa, the toast memang the best lah.
Dah sejuk pun, boleh layan lagi.

It was not really a good day for both us lah. But thanks to the good toast and great laughs, hilang sekejap semak kat benak.
uuhuhu...
laugh is indeed the best medicine.
:)


and, ada orang tu.. dah pernah duduk jauh-jauh dunia pun, baru first time layan Pearl Tea ok. muakakakaka... nasib dia baik ayu lembab bawak kuar hp nak snap pic dia..
muka dia mengunyah that 'pearl' first time tu adalah sangat PRICELESS.

yelah, dia kan macam kenyal2 kan? but yang pergi kunyah lama-lama tu buat apa kan? harus la tawar rasa dia lama-lama.. hahaha..
lawak lawak.....

Keluar from Memori, I realise that ada orang yang jual burger start nak bukak setup nak meniaga. Lokasi? depan 7-Eleven..
korang perasan tak..dimana ada 7-11, disitu ada burger.
kiranya, kalay 7-11 kawasan rumah korang tak de orang niaga burger kat depan dia, 7-11 korang kia tak gempak laaaaa...

betul ke FELASAMPAH itu?



Blurbings By,




BannerFans.com

Friday, April 16, 2010

Aunty Anne's

Makcik Anne ni memang glamour fofular sungguh kan???
dimana je dia ada.. sure ramai yang berkerumun.
dah la bau wangi.
rupa menarik.
hamboi lengkap la package...



bukan manusia ye..
but tu hah.
:P

pretzels.


tengok derang buat..aduhai punya senang.
muka tenang je uli uli.. gulung gulung..
campak2 tepung..
rendam2 dalam minyak..
tabur2 flavor..

hamboi.. nampak sangat senang.
cuba letak ayu kat dalam tu.
mau la jadi benda lain.
uhhuihuhuhu...

dan kombinasi terbaik semestinya dengan hot tea.

aaaahhh..... nyaman!!!!
lebih nyaman sebab free. ;)

dedulu masa kat UIA kalau jalan mana2 especially KLCC macam wajib kena beli benda ni. macam trend pun ye gak...
yelah, asal balik outing je.. orang bilik sebelah tanya..
- korang pergi mana tadi?
kita pun jawab..
-KLCC..
dia pun menjawab balik..
-KLCC?? bestnya... tak beli Aunty Anne's ker?

fikir2 balik..
mengapakah??
kalau aku tak beli..korang tak kawan ngan aku is it?
(sambil garu2 kepala yang tak gatal)

uhuks!



Blurbings By,




BannerFans.com

Wednesday, April 7, 2010

QB with Rose...

Setelah bertangguh-tangguh, akhirnya, Ayu dapat jugak set timing nak berjumpa dengan Rose. No special occasiion, cuma I need to pass back something yang my bff pinjam from her and kebetulan pulak dah ada orang yang inline menunggu nak pinjam.
(sorry rose, asyik delay je)


Setelah bincang punya bincang...
sana sini sinun habis disebut..akhirnya kami sepakat nak berjumpa sekejap kat Q-Bistro je.
hahahaha.....

bagai nak rak fikir.. alih2 situ jugak.
:P


Rose sampai awal from Ayu and that's her toast bread. I kindda like the bread. but Rose macam kureng pulak suka. hehehe...

Since that dah lewat petang, I choose to meng'dinner'kan diri terus. So, I ordered Maggi Goreng.
banyak2 menu kan.. itu yang terlintas.. tak tengok pun menu..main flip2 je...
hahaha...


sempat la jugak sementara makan tu update cerita semua dengan Rose. padahal ada je email & YM.. but ala update live ni lain lah feel nya kan?
hahahaha.....

while eating tu jugak, ayu perhatikan punya lah ramai family yang datang sekeluarga for dinner. ayu budget derang ni balik kerja, amik anak2 kat nursery and terus bawak dinner kat luar. anak2 pun macam dah biasa je dinner kat luar, gitu kan...

memang dari segi practicality, betul la tu. orang sekarang, both parents kena kerja, kalau tak nak makan apa kan?
semua pun mahal sekarang...
pulak tu, tak ada maid.. dah la anak2 dekat nursery.. nak amik wife amik anak segala dah banyak masa habis kat atas jalan je. dah la jalan kat KL ni semuanya memanjang jaaamm..... je.

ada accident jam.
hujan lebat jam.
hujan tak lebat sangat pun, jam.
ada jalan tutup, also jam.
jalan baiki, jam.
yang paling tak boleh blah.. TAK ADA APA PUN JAM.
haih.

so, nak jimat masa, gitu lah.. on the way home, singgah mana2 and dinner siap2.
balik rumah, mandi, buat homework, ready untuk esok pulak and tidur.
esoknya, the same routines again.

satu je.
and we wonder kenapa anak2 sekarang susah nak dengar cakap mak pak?
air tangan sayang... air tangan...

what say you?
heerrrmmm...




Blurbings By,




BannerFans.com

Saturday, March 13, 2010

The good best friends...

ada la salah satu weekend tu.. i was so bored..and nasib ku baik, si syahrul ajak lepak jap kat mid valley. just nak lepak minum2 la..
uiii..laju.... jom jom.
hehehe..

lagipun, kesian kat dia.. baru pas exam... otak tepu tu..
exam apa? tanya dia lah.
:P

i was there earlier... memang sengaja datang awal pun, sebab sesambil tunggu dia tu, sempat la jugak siap 3 entry.. lepas tu, rasa bosan lak..
so, i shut my netbook and just layan minum and tengok gelagat orang..

when i spot a figure yang sangat familiar.. but i was macam indenial..takkan la mamat ni kot.
sekali bila dia dok menyengih and walk towards me... sah! confirm!!!!

it was nuar.. another good friend or mine.. cuma sejak kerja ni, mamat workaholic tu adalah sangat susah untuk berjumpa2..
(well..dia kat mid valley pun sebab kerja..haih)


tak lama lepas tu, syahrul sampai..
OMG!!!!

it's like a reunion ok... sumpah best!!!! i was so happy to hang out dengan budak berdua ni.. walaupun hakikatnya nuar adalah mengular.. muakakaa...
but it was a blast session.

nuar & syahrul sendiri dah berapa tahun kot tak jumpa.
macam2 update la keuar.. dia ni tanya tu.. dia ni tanya ni... tanya pasal dia tu.. update pasal dia ni...update pasal masing2..

sampaikan menu dok berlegar lama kat meja.. tak order2..asyik la pause dengan macam2 cerita kaaaann... hahahaa...
:)


thats the beauty of friendship la. macam dessert kat atas ni. diffrent texture.. different rupa..
but, kerana silaturrahim, derang bersatu.
:)

quoting my cousin.. i am very blessed to have wonderful friends around me.
no doubt!



Blurbings By,




BannerFans.com

Friday, March 12, 2010

Papa Kaya.

lepas dah settle syahrul tanya nak lepak mana... yang penting open air.. sebab nyamuk banyak yang belum mati lagi.. syahrul nak tolong bunuh. (paham tak niiiiii???)


ayu terus think of somewhere yang cepat senang and dekat.
which is.. Papa Rich la.. memang kawasan jajahan habis la..




kita kasi chance kat orang penat bersukan pilih menu dulu la ek?

padahal dalam hati dah rasa macam nak mandi ais dah tu kan. muakakakakkaaka.......
(oii oii.. jangan marah aku.. ni dah habis edit dah ni.. kalau tak, lagi teruk la ko kena kutuk)

cendol and lychee soda




roti moti

sekali tengah2 makan hujan lebat yang hamaaaatt....
terus we all pindah meja.. sampai tempias ok. padahal we all dah duduk agak dalam dah tu..

eh! nak lari topik jap.. korang ada contact tak dengan any umrah agency yang best?
best here refers to.. siap pembimbing and kalau boleh ayu nak pakej yang ada umrah-ziarah-and lawatan sambil belajar. kira kalau boleh activity menarik sikit...
bukan untuk saya.. untuk kawan saya.. 1st timer.

tolong ek? kalau ada.. mau cari2.. bincang2... pilih2....
ek? ek?




Blurbings By,




BannerFans.com