Showing posts with label pet. Show all posts
Showing posts with label pet. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Siapa ada kucing PUT YOUR HANDS UP!!

Hehe... Siapa ada binatang peliharaan PUT YOUR HANDS UP!!!
Kenapa?
Sebab kamu orang sebenarnya golongan yang sangat bertuaaaahhhh... *sambil kelip2 buat muka comel*

Ni Ayu nak share 10 sebab anda perlukan binatang peliharaan.
Jangan memain.. 10 ok.. bukan sikit anak.. SEPULUH ok... :)

1. LEBIH BANYAK BERGERAK
Kajian menyatakan, dengan mempunyai binatang peliharaan, dapat membuatkan kita lebih aktif bergerak dan dapat mencegah bertambahnya berat badan.
Means, bersenam dalam keterpaksaan gitu. Yelah, katakanlah kita bela kucing, but kita tak bagi kucing kita masuk dalam rumah.. kucing itu hanya boleh lepak kat luar sahaja,... contohnya kucing dibawah ini..


namanya Ralph.

Dia ni, memang family Ayu bagi lepak diluar sahaja. Selalu dia ok.. tapi ada musim2 dia sangat playful, dia akan menyorok dan bila kita bukak pintu entah dari mana datangnya dia meluru masuk ke dalam rumah.

Bukan Ayu sorang.. habis dengan mom pun semua lintang pukang berlari mengejar dia.
Maka terbakarlah kalori kami sekeluarga tanpa sedar.
Hiks.


2. LEBIH BANYAK KETAWA
Bukan ketawa sengsorang please. Itu gila namanya.
But ketawa dengan gelagat dan tingkah laku binatang peliharaan kita lah..Jadinya, secara automatic dapat menghilangkan stress dan dapat mendorong kita melakukan perkara-perkara yang menyenangkan.

Memang diakui lah. Saya stress, saya memang cari kucing saya.



3. MENGAWAL KEMARAHAN
Ketika korang sedang membelai atau bermain dengan binatang peliharaan kita kan, badan kita secara naturalnya akan mengeluarkan hormon oksitosin iaitu sejenis hormon yang mengurangkan stress.
Oleh sebab itulah, semasa bermain dengan binatang peliharaan kita, kita rasa lebih happy.

4. TIDAK LAGI KESEPIAN
Ada kajian dari Saint Louis University, orang yang mempunyai binatang peliharaan ni, sangat jarang merasa sepi. Percaya atau tidak, ini adalah kerana haiwan kesayangan ini boleh memberi dorongan secara sosial kepada tuannya.

5. ERATKAN HUBUNGAN SOSIAL
Alan Antin, seorang pakar psikologi dan kepimpinan The American Psychological Association ada berkata... haiwan peliharaan boleh mengeratkan hubungan di luar linkungan kita.

Contohnya, now kan kita ada sangat banyak social networks kan? So, kalau kita bela kucing, kita boleh like pages yang perihal kucing ni. Jadi from there, secara tidak langsung kita dapat kawan baru selain dapat information mengenai kucing daripada pemilik kucing lain yang mempunyai minat yang sama.

6. HIDUP LEBIH BAIK
Ini Ayu tak ada contoh. Tetapi berdasarkan penelitian dari Coronary Care Unit, mereka yang memelihara binatang peliharaan mempunyai tingkat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang berbanding mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

WOW!

7. SAYANGI DIRI SENDIRI
Dengan haiwan peliharaan ni, kita menjadi diri kita. Sebab apa? How can your cat judge you kan? Bila kita nak bermanja, dia lebih lagi extra manja sampai kita geram nak cubit-cubit dia.

Secara tidak langsung, kita rasa di appreciated dan sekali gus.. kita memupuk diri lebih positive dengan masyarakat sekeliling. Kita lebih penyayang, caring... manjaaaaaa.....


8. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Haiwan peliharaan ini sebenarnya membawa pengaruh menenangkan. Yes, mungkin ada yang kurang bersetuju dengan fakta ini.. Sebab ada manusia yang stress dengan haiwan peliharaan ini..
Tapi, dalam stress itu, cuba renungkan..kita sebenarnya lebih tenang compare sebelumnya.

Kan amalan pembela anjing akan bawak anjing mereka berjalan-jalan kan? Amalan ini bagus actually.. sebab in a way.. kita pun sama berjalan menghirup angin luar...

9. MEMBAKAR KALORI
Cuci kandang, cuci tempat najis.. menyapu mengemop rumah, ketuk-ketuk kusyen etcs...
Semuanya aktiviti pembakaran kalori yang berjaya.

Seseorang yang berjalan dengan anjing peliharaannya dapat meningkatkan kelajuan berjalan sebanyak 28% berbanding hanya 4% ketika berjalan santai bersama kawan-kawan.

Uiiihh.. patut la dulu kecik sikit dari sekarang. #alasan #kbye

10. TINGKAT IMUNITI ANAK
Seorang penyelidik kesihatan psikologi dari Universiti Warwick berkata, haiwan peliharaan boleh membanti meningkatkan imuniti kanak-kanak kerana jika rumah terlalu bersih, ia boleh menghalang sistem pertahanan anak-anak dari membini imuniti lain seperti habuk, kotoran dan haiwan.

But that doesn't mean perlu menjadi pengotor ye. Maksudnya exposure. Naturallnya. Bukan biar kotor tak boleh blah.

Above all, banyak perkara yang perlu kita ambil kira if nak bela haiwa peliharaan ni. Jangan sampai menganiaya diri kita dan juga haiwan itu. (",)

* sumber dari Majalah RAPI 15 April 2013
* gambar adalah hak terpelihara persendirian. Kucing-kucing yang dipaparkan adalah Abu, Ralph and Tommy. Kesemuanya kepunyaan MSN, myself dan my cousin.

Love, Ayu

Wednesday, January 30, 2013

A cat situation



I am a cat lover. My mom address me as the Minister of Cats.
Ayu and cats macam ada aura tarikan. Kat mana-mana tempat ada cats sure akan kerumun diriku ini.
Setakat kedai makan, agak normal kan? But if tahap jalan2 kat neighbourhood tetiba tengok belakang ada kucing ikut jalan sama. Acaner tu? Haha.....
Sebab tu, masa Ayu ada kucing dulu, nak balik kampus adalah sesuatu yang sangat payah. Bukak kereta nak masukkan barang, siap sekor dua dah ada dalam kereta. Tak nak keluar cara halus tu.... geram tul. But very cute.


Sampailah bigD lahir, we still have cats but sangat restricted their area. Tak bebas macam biasa. They are very ok with the new rules all, but sometimes, semua macam curious nak tau apakah or siapakah yang new member yang semua orang tatang tu? So, if we all bawak bigD keluar jalan2 petang dalam stroller, berebut2 semua menyambut. Hahaha.....
So anyways, after a very heart breaking incident, Ayu serik untuk bela cats dah.
Ayu rasa, Ayu pernah coretkan kat blog ni pasal cerita ni... tak berapa pasti, but I tak boleh nak cerita lagi lah. Sedih ooooo....
Jadinya, rentetan dari semua tu, baru2 ni.. ada la seekor kucing ni... sentiasa ada in front of my house. Macam biasa, Ayu buat tak reti je. Dia tak lari pun... bila Ayu sapu depan porch, dia will usha me from outside the gate.. if Ayu keluar to buang sampah, dia will come near by giving me a very manja look.
Ayu cakap kat dia.. "sorry lah, i dont have food for you. Dah lama rumah ni tak ada kucing.."
Dia datang dekat and golek2 manja...
Cairrrrrrrrrrrr....... T______T


Since then, dia always tunggu Ayu before I'm off to work. Jadi macam theraphy pun ye jugak. I will siap awal and lepak kat luar just to spend some time with the cat. No specific name yet.. when i shout "kucccinnnnggg..." she will come. Haha.


So, now "kucing" is my hiburan pagi, my morning theraphy.
Nanti nak belikan dia food lah...
Owh no.... sudah terpancingkah diriku?

Sunday, August 22, 2010

merpati comey...

ingat tak kepada my morning theraphy?
tak ingat??

ok lah ayu cerita again.
every morning... one of my daily routine is menyiram pokok2 mom. lagipun, ayu memang arwah my nenek ajar suruh tengok pokok and daun2 yang masih berembun every morning. good for the eyes.. alhamdulillah, sampai sekarang ayu memang tiada lagi masalah mata..walhal i deal with PCs and everything related 24-7. :)

and selalunya, tengah ayu siram pokok tu... ada la si comel comel ni.. bertenggek tengok ayu...


nampak tu?
tu tengah buat muka comey sambil berbunyi minta makanan..
hehehe...

and yes, kami memang akan spair food for them.. dah jadi macam routine dah ni..
kadang2 ayu tengah pegang food tu, ayu macam cakap.. "meh..come turun meh"
padahal ayu tak tabur lagi food tu.. berterbangan semua turun menunggu....
comeeell...


lepas tu berderu la masing2 makan....
ayu rasa tenang masa bagi semua merpati ni makan.. rasa macam ada satu kepuasan...

i can just smile looking at them berebut makan...
kadang2 dah hujung2 tu. ayu sengaja tak tambah their food..
sebab dengan comelnya.. they will come closer to me asking for more...



nampak tu? siap sanggup datang dekat...
but being merpati.. jinak2 dia gitu la.. kalau dekat sangat, memang confirm derang terbang.. tak de maknanya derang nak bagi manja2 melampau...

saya gigih bangun pagi pun kerana derang ni la.. seronok tau dapat bagi makan derang...
dah la cantik... isk.. best best..



p/s: kalau nak oder tart nenas tu, just go to my ATS-Shoppe via this link or just click on the banner on each entry ni ye.
TQ.

Blurbings By,



BannerFans.com

Wednesday, June 3, 2009

makan & jakun

Aunt1 call mom ajak breakfast kat rumah dia. All my aunties and my mom memang gini... kang main angkat tipon ajak jumpa gather2 gitu..
since that we've cooked dah for breakfast, sudahnya, angkut bungkus semua bawak g rumah Aunt1.. makan ramai2 kan ker lagi bessstt kan?




sampai2 je terkejut tengak si Yaya, Syaddad & Syabil's eldest sister pun ade.. patut la neneknya panggil ramai2 makan.. cucu dia balik cuti sem rupanya...
jauh kan gap derang? Yaya & Syaddad lam 14 years gap la gitu.. but ssaaannggaaattt close la bonding. Yaya is also the one yang bagi kan nama adik2 nya...



tak lama pas dah makan segala.. ayu join budak2 nih lam sessi mengjakunkan diri derang...
camni, Yaya adalah bawak balik sama her pet yang comel... kure2.. :)



ayu rasa, semua budak u akan bela kekura la kot ek? hahahaaa... coz ayu pun bela kure2 gak dedulu masa kat uni.. :)

and of course..the kids la yang paling excited.. or was it jakun? hahahaaa...
habis setiap pelusuk kure2 tu derang belek telek and tanya...
ade tu, boleh la jawab.. ade pulak.. memang main bagi je jawapannya..
yelah, motip tanya soklan..
"kenapa muka dia cam old??"
apa nak jawab????
kalau korang, korang jawab apa?????