Saturday, April 25, 2009

Teater Mahsuri, Istana Budaya

testingLast wednesday, kak red ada hint hint kat kami (the 5 GBMs) on preview teater Mahsuri ni.
Tapi, waktu tu, semuanya still TBD lagik gitu.
(walhal dalam hati punyalah dah melompat lompat ok..sebabnya, ayu kan peminat si Vanidah Imran tu haaaa... )

betapa seronoknya hati ni, bila pagi Jumaat tu, Kak red bagitau kata "it's ON"!
uuiiiii... rasa macam nak melompat je masa ni wei...
Vanidaahhh!!!!!!! here I come!!!!!!!!




kebetulan masa sampai parking, sama lak sampai ngan si Yan tu.. so, sempat la kami berposing sekejapan kat banting tu hah..


Kak red and Rose got their invites from Ajami.

and kami berlima lagik dapat invites from Kak red.
(kalau campur tolak GBM tinggal 4 je kan...apsal ber-5 ek?)

haa... sebabnya, Ms. Lemb pun tag along jugak.



Ms. Lemb ni, 1st time la ayu jumpa live. alahaiii... sweetnya orangnya... senyum jer sokmo..

dont play play, dia siap pi tadah muka dulu kat counter Clinique tau. kena tengok live makeup mata dia..uiii.. santek oo....korang tak nak ke pi tadah muka? :)


dalam pukul 8:30pm gitu, kami pun gerak la ke ruang legar depan pintu masuk. Humakaiii!!!!!! ramainya manusia!!!


since that this is a preview night, semua masuk based on invites jadinya tak de la pass apa segala bagai. pastu, dok pusing2 alih2 bloggers gak semua... tu yang kak red and rose dok minggle around tu...


while kami bloggers beginner ni, dok je dendiam sengih2 sana sini yer... learn... learn! :)


pastu, semua dah pakat beratur depan pintu masuk dah. ya allah..dah macam beratur nak naik AirAsia tau... hallo people.. ini Istana Budaya tau.. mana BUDAYA nya?


terus teringat kat those days berpusu2 naik bas mini tau.. hish!


beratur punya beratur rupanya kami beratur belakang Abu Bakar Omar. korang kenal kan? siapa tak kenal pelakon drama handalan ni. otai ni.. rasanya kalau si bigD ikut pun, sure dia kenal. :)




dan akhirnya dapat jugak kami masuk....

so, sebelum askar2 Istana Budaya datang and announce penggunaan camera segala, sempat snap 3 pic tu je hah.


stage, before the show starts, kak red & yan and also pakcik yang ditugaskan membuka majlis serta memberi arahan berdiri tegak untuk Negaraku.

(maafkan daku pakcik, apo lah nama pakcik.. tak lak tangkap malam tu ha..)



ok sudah.

meh kita cerita pasal teater ni yer.

amaran : saya bukan orang yg mmpunyai nilai artistik yang tinggi. tetapi, ini bukan teater pertama yang saya tengok. dan apa sahaja komen adalah dari pendapat saya yang lemah ini. ecehwah! :)

semua orang tau kisah mahsuri kan?

simple sinopsis, mahsuri ni, seorang yang terkenal di Pulau Langkawi suatu ketika dahulu, terkenal dengan sifat lemah lembut dan baik budi pekertinya. kira serba serbi terbaik la... jadinya, dia ni jadi rebutan dua orang lelaki penting lam Pulau Langkawi.
macam biasa, best man wins. and adalah lalat langau yang berdengki. bila hero kena pegi berperang segala, timbul fitnah dan mahsuri dituduh menduakan suami. kerana hukum yang tidak disiasat sehabis mungkin, kerana fitnah manusia yang dengki, mahsuri dihukum sula (yang ayu tau yer... but, kat teater ni, hukum tikam eh! hukum bunuh). dan membuktikan mahsuri tidak bersalah, sumpahan dia sebelum menghembuskan nafas dia yang terakhir tu, jadik real. apa yang dia sumpah? sumpah bahawa pulau langkawi akan menjadi padang jarak, padang tekukur selama 7 keturunan.

ok? sudah recall?
orait. pasal teater ni pulak.

keseluruhan cerita. cerita ni ok.
yes, just ok. sebab seolah2 tiada x-factor yang boleh membuatkan kita tak sedar masa berlalu.
kredibiliti pelakon2 dan jugak pengarah sendiri memang tak dapat nak disangkal lagi. memang terbaik!
tapi tu lah, apa x-factornya entah mana menghilang.
scene kemeriahan rakyat pulau langkawi prop segala, superb.
multimedia effect, also superb.
but, confusing scenes ada lah jugak dalam dua babak yang agak ketara.
first, 'malam pengantin' mahsuri & wan darus.
tiba tiba jer ada jembalang hitam ramai2 keluar attack seorang perempuan berbaju putih.
ok, maybe i'm not the right person to say anyhting about this scene. meaning, mungkin secara artistiknya, babak ni ada maksud yang tersirat. but, why sampai sudah, none of us boleh link or channelled.. kenapa ada scene nih?
kenapa tak ditonjolkan kehidupan harian mahsuri sendiri.
betapa tulus budi pekertinya dan lain lain lagi?
ini kan teater mahsuri, kan?
the 2nd second one yang wan mahura mengamuk lepas dapat tau mahsuri pregnant.
hu mak aiii... lakonan memang terbaik la..
but, i think agak meleret. bila mana dayang2 wan mahura nak tenangkan dia menggunakan kemenyan yang diasap. makna nya? dia ni pengamal ilmu? dia tengah sakit? kalau sakit, kenapa bawah rumah? kenapa bukan scene dalam rumah?
apa pun.. ini lah serba sikit yang ayu confuse..
confuse yer, bukan tak suka.
just plain confused. mana la tau, kalau2 ada yang terbaca and faham maksud tersirat scenes ni, pelase do drop me a comment. thnks.. :)


dan disebabkan wan mahura begitu menonjol dan lebih banyak scene daripada kemunculan mahsuri sendiri, seakan2 dia sedikit meng'over shadow' mahsuri.
mahsuri keluar sikit2 jer... macam tak puas tengok mahsuri...
wan endah jugak berlakon terbaik gaks.. dengan gaya lenggang nya.. something that we will laugh and remember at.
but, nasib baik diakhir akhir show, watak pandak mayah pulak nampak menonjol. cara dia meratapi kematian mahsuri, sangat meninggalkan kesan yang mendalam. jelas terpancar tingginya kasih seorang ayah terhadap anaknya. dia cuba melawan demi maruah anaknya. that really touches my heart.
so, what about wan darus & mahsuri?
yang pasti, kedua2 nya pelakon hebat. tak dapat nak disangkal.
cuma, tiada babak yang dilakonkan yang boleh memberi kesan sangat. especially wan darus. (sib baik dia HOT! :P )
nasib baik jugak, mahsuri dijalankan hukuman. itu lah babak yang bagi kesan mendalam. terutama masa dia menatap anaknya buat kali terakhir dan masa dia melafazkan sumpah tujuh keturunannya.


all in all, syabas kepada ibu fauziah nawi.
secara keseluruhan, it if something that we shouldn't miss ok.
dan kepada pihak pengurusan Istana Budaya, if la happen ada yang terbaca, boleh tak tolong check all the sound system sebelum show? suara mahsuri dan wan darus banyak tenggelam timbul. mereka dah la watak utama. jenuh nak paham tutur katanya. ok? mekasih.

so, sesapa yang nak pergi tengok, silalah..
show bermula 24hb Apr - 30 Apr.. tu ada nombor kalau nak order tickets ok.

and again, tq very much to kak red & her supplier. tq tq tq....
last but not least..a must pic with my beloved GBM..from left Yan, Sid, Dila, Kak Red, Rose .



nuffnang_bid = "236efe68ae2b39968333e2ec3afb9f8f";

Thursday, April 23, 2009

BMW Sauber F1 Team

tajuk tak leh blah, kan? hiks...

anyways, ni sebenarnya part & parcel cerita masa breakfast gath birthday BIL on the 11th Apr last two weekends... i know this is a reaaalllyyyyyyy backdated story tapi, maaf lah yer.. fikiran agak celaru memikirkan makcik. (semoga dia tenang di sana...insyaAllah...)



ayu tau i'm supposed to put on an entry on the our small celebration itself dulu, but keep it hold dululah yer, sebab banyak gambar. I need do to some editing first. If not mau sampai bulan Mei tak sesiap upload. hiks. exxagerate yeah I know... *wink*



so, masa breakfast tu kan, ada la few of my cousins yang terpaksa pulang awal dek kerana kelas yang pelbagai anak2 derang.



so, while kami yang lain, sambung berborak and mengupdate cerita terkini masing2, the house phone tiba2 berdering. owh, rupanya my cousin yang baru je gerak pulang 5min lepas call. She left her shades kat my house and mintak tolong we all simpankan dulu.



Assalamualaikum, *** ada tak shade KakS tertinggal kat atas meja kat living?

shades? jap nak tengok..

haah shades BMW...

BMW??!!!
(masa ni, terus kami semua berlari cari shades itu.. jakun ok.. jakun)








ini lah dia shades yang kami jakunkan itu...

adakah kejakunan itu terhenti disitu???
owh no....

guess what happen, next?

sis put it on...
trying hard to pose posh gitu kan..

masa ni.. satu rumah gelak tak hengat ooii....
ketor ketor nak snap gamba ni... hiks...

next?



pose mak & anak
(apa jadi blog angah ni ngah? bukan takat sawang dah ni..leh buat rumah pusaka dah ni..hahaha)

patutnya, si mak yang wat muka cam anak tu kan? but nevermind.. yg penting BMW shades..

buat yang confuse, yes, ini adalah sessi mengjakunkan diri secara berjemaah yer..
strictly family affairs.. hi hi hi..

so, nak tau mana satu tuan empunya shades nih?


tu dia.. yang kaaaaaannnaaaaannnn sekali tu.

owh, does she knows about this?

of course.. semua gamba adalah di ambil dengan kadar dua kali. sekali digicam.. sekali hp..terus MMS tuan punyer... pastu, gelak2 lagi... tuan punye reply.. gelak2 lagi..

owh, tell me why i shouldnt love my family?
so gila..
so fun..
hehehe...

and...sebagai bday boy yang sporting...
BIL pun wajib pose ok.. :P

ni lah dia.. special skets..sbb bday dia...

belah kanan tu paling tak boleh blah kan?

kah kah kah...




Tuesday, April 21, 2009

kepadaNYA kita akan kembali...

kan entry kat bawah ni kan?
just nak inform yang makcik telah kembali ker Rahmatullah pada hari ini, 21 Apr 2009.

di kesempatan ini, ayu nak ucapkan tq so so much buat semua yang sudi doakan yang terbaik untuk allahyarhamah.
to those yang ada suggest certain things, tak sempat kita nak cuba berusaha, Allah lebih sayang kan dia.. but again, thnks for the thoughts.

ironinya, makcik pergi pada hari yang sama, arwah nenek ayu. hari ni, genap 18 tahun nenek pergi dan dapat pulak berita pemergian makcik.

semoga mereka tenang disana.

Al-Fatihah buat Hjh Saniah Binti Harun (makcik) dan Hjh Zainab Binti Hj Abd Rashid (nenek).




Monday, April 20, 2009

bila sahabat bagaikan saudara...

last weekend sebenarnya, me & mom rush pergi ke JB. sebabnya, kami dikejutkan dengan berita isteri kepada teman baik mom dalam keadaan critical.

meh kita flash back sikit yer.
for the last 22 years, mom ada sekelompok kawan yang amat rapat dengan dia. derang ni lebih dari saudara sendiri. ni lah dia, sahabat sejati. sanggup bersusah senang and bergadai nyawa bersama...

seriusly..i truly respect them for this friendship.

bukan derang je bersahabat. habis kami sekeluarga anak beranak juga kenal sesama anak2 yang lain. everytime school holidays, for sure ada je aktiviti or plans yang dah tersedia untuk we all sama2 spend.

bayangkan..kami rapat bagaikan keluarga. sakit pening, susah senang..ni lah orang2 nya.

jatuh bangun mom..ni lah penguat semangat yang sama tolong melindungi keluarga kami dari berbagai tomahan and cabaran.

semuanya terpukul bila kami dapat call on last thursday mengatakan makcik critical di ICU. mom dah mula tak lena tidur. myself, sis & BIL lagi la.. kami bagaikan takut nak buka bicara pasal perkara ni dengan mom.
ini sahabat dunia akhirat dia. dan, makcik dah macam ibu kami sendiri.
she knows what's sis's and my fav dish.
she knows our fav colour.
she's so loveable and care for us as if we're her own daughter.
mungkin juga kerana, anak2 dia semuanya lelaki. habis anak2 nya dididik melindungi kami.
senang kan? automatic dapat abang & adik instant.

tak cukup dengan tu, fikiran kami terfikir pada pakcik yang jarang bercerita tentang apa yang dia tanggung. dia amat rapat dengan makcik dan bukan mudah dia nak go through semua ni.
alhamdulillah, rakan2 yang dekat dengan mereka amat ringan membantu apa yang patut.

jadi, after breakfast last saturday, ayu & mom gerak ke JB. sis & family tak dapat ikut. lilD tak sihat. situasi pun tak menentu lagi. yang penting doa.

oleh kerana dia ditempatkan di hospital kerajaan, kami ada waktu melawat yang perlu dipatuhi.
sampai di exit Skudai lebih kurang jam 12 tgh hari. setelah berhubung dengan anak kedua makcik, mereka sedia menunggu kami di pinggir jalan.

kami tiba dia Hospital Sultanah Aminah, JB lebih kurang jam 1230 tengah hari.
masa ni, ayu sangat berdebar.
kisahnya macam ni, dah hampir seminggu, makcik demam tak kebah.
sekejap demam, sekejap ok.
ada satu malam tu, di saat mereka sekumpulan tengah menghadiri satu majlis maulidurrasul, makcik mengadu sakit di bahagian perut (hati/limpa to be exact) dan terus rebah.
semua orang panik dan terus gegas ke hospital berhampiran di Pontian.

Hospital Pontian enggan merawat makcik dan terus transfer dia ke JB.
sampai di sini, macam2 yang derang buat kat dia. macam process. amik darah la..amik apa lah..segala la..and she's all weak there...

keesokan harinya, kami dapat tau yang confirm she has blood cancer. dan tak ada cara lain lagi selain kimo.
pakcik pasrah. if kimo usaha terbaik, then, yang terbaik la yang patut kita usahakan.
kami hanya mampu doa dari jauh, agar Allah permudahkan segalanya untuk mereka.

ni semua terjadi beberapa hari sebelum berita critical sampai pada kami.

khamis tu, selepas kimo yang kedua, makcik muntah dengan teruk. bila doktor uji lagi darah dia, kimo tak jalan langsung. the cancer bukannya makin slow, malah makin active merebak. dah pun mula menyerang hati & limpanya. mata dia dah mula kuning.
dia terus digegaskan ke ICU.

doktor tak boleh buat apa2 lagi. kerana kimo jalan terakhir. dah kimo pun dah tak jalan..apa yang tinggal?
hanya doa & miracle.

luluh hati bila pertama kali melihat keadaan makcik di ICU.
bila dia buka mata & nampak mom..dia masih cuba mengukir senyuman.
dengan suara yang terketar2 dia sempat berpesan doakan yang terbaik untuk dia.

air mata dah leh tak dibedung lagi.
walaupun ayu & mom dah cuba untuk tidak menangis depan dia, kami tewas.

mom suapkan air zam2 yang kami bawa dan sedikit kurma nabi.
dia senyum dan ucap terima kasih.
dia lapar & panas sangat.
dia mintak kami lap kan badan dia...

i was so silent.
while crying i hold her hand and lap kan dia.
kimo tu sesuatu yang amat menyakitkan.
lebih menyakitkan bila tak berkesan.
kesiannya..makcik.

kami seharian di wad.
bila waktu melawat yang pertama selesai, kami beramai ker surau berjemaah dan terus ke kafetaria mengisi perut yang kosong sambil bagi peluang pada pakcik meluahkan rasa.

pakcik nampak cengkung sikit. dia akui dia amat susah hati dan tak senang duduk sejak beberapa hari ni.
dia mintak kami doakan dia sama. sebab dia perlukan kekuatan yang amat kuat nak tempuh semua ni.
dia bersyukur kami datang dan bagi dia semangat...

to all my gentle readers, ayu mohon sudilah kiranya kalian doakan makcik.
dia masih di ICU.
keadaan dia tak menentu.

tak kisah dengan apa yang ALLAH dah tentukan.
kami redha.
cuma, tolong doakan permudahkan segalanya.

jika belum masanya, permudahkan kesembuhan penyakitnya.
dan permudahkan juga, jika ia sebaliknya.. :(

TQ.




saya tanam pokok taugeh...


assalamualaikum & hello semua...
dalam blog khalati saya, nama saya lilD...
kejap kejap lagi, akan ada nama betul saya..
sila lah buat2 tak nampak, okie? :P


anyways, masa my abang's reading soiree tu kan...
saya bawak khalati & jaddah saya jenjalan g class saya....

pastu, saya tunjuk kat derang latest class project saya..
apa dia?
ni ha gambanya..





ye, saya tanam pokok taugeh..

senang je tau... mula2, teacher sediakan tanah and kacang hijau..

lepas tu, teacher suruh letak lam pot tanah & kacang hijau tu..

lepas tu, hari2 saya & kawan2 saya kena water plant ni...



teacher kata, nanti plant dah besar, saya boleh bawak balik rumah plant saya ni...


saya suka class project macam ni..

later, kalau taugeh ni menjadi, saya nak suruh jaddah amik buat mee goreng..



sekian je cerita saya...
mekasih sudi baca... :)








Sunday, April 19, 2009

Benefit, Shu Uemura & Fish Manhattan

dari last week lagi sebenarnya nak g KLCC. bekalan benefit ku dh boliau la..jadinya, kebetulan pulak Kak Red & Rose ada order VCD Iron Wall.. ingat tak iron wall? nevermind..let's not go there..
anyways, kalau g KLCC harus la diroger the KLCC Queen, Kak Red kan?

since that ayu sampai terawal..and Kak Red ado keje laie.. terus la lenggang kangkung g benefit..sebelah benefit, kan..ada counter stila tau.. stila kan tgh stock clearance tau.. manusia ko.... mak aiii... cam piranha berebut2.. ayu nak jenguk kejap pun x dapat oii...

fine korang..mentang2 sampai dulu kan.. ok fine..ceh! tetiba..


so, terus la langkah g benefit..

nampak itu cosmetic bag yang kaler blue tuh?

ada sejarah tu... last year sis's bday kan, i actually wanted to give the cosmetic with the cosmetic bag to sis. sudahnya, cam terjatuh hati lak ngan cosmetic bag tu.. trus jadi hak milik kekal! ha ha ha..

yelah, daripada tak ikhlas bagi kan.. daripada membazir beli dua kan? kan ? kan? baik korang setuju jugak...



i need to buy my face refiner from benefit ni... face refiner ni cam balm la untuk muka... so, fine line..minyak2 segala cam nmpk smooth je.....

bila dh sampai benefit, kompem terbabit benda lain punye gak la.. ni salah Kak Red ler nih turun lambat. tak pasal je tershopping lebih dari yang sepatutnya...(cheh..nak salahkan kak red gak ttuuuuuuuuuuuuu...ampun mak merah...)

tengah2 terbabit tu, tetiba kena cuit..
eh! mommy eliya laaaaaaa!!!!!!!
excited gila wei..jumpa kengkawan..hahahaaaa...


elly ada lunch date ngan kawan dia..
tak sangka lak leh jumpa dia kat sini..so babe, pasni..kita roger2 lunch ek?


tu la hasil rembatan kat benefit.. yang nak beli yg bawah tu yer.. nama dia Dr Feel Good...
mmg feel good pun.. korang try lah.. rega dia RM113.
dr feel good ni kan, function dia jadi refiner.. mana2 line yg x patut ada tu..dia kasi repair lah.. bagi jadi flawless gitu.
dia leh di apply before make up or on top of makeup..
but for me, ayu apply before makeup.. pas toner moisturiser segala, apply la refiner ni..
and yes, i do feel good... texture dia sangat lembut..soft...uiiiiii.....
and yang atas tu, is barang yang terjebak.. eye shadow jer.. x yah la explain bagai, ek? rega? RM85.
pastu, dapat panggilan keramat from mak merah.. dia dah ada kat counter Shu Uemura kat Isetan and I'm in parkson..terus ok zassss ke sana!


cak!
hamboi2...tengah sakan exchange notes yer..
banyak kaut tips nampak?? hiihihh....
(nampak tak Kak Red terlebih seri?)

ini ialah base glamour yang dipasak kak red kat kita semua lam all her RedGlow entries..
bapa hinggit ni kak? alahai... korang nanti jengah je RM ek..ada je punyer rega nya segala...

ada lagi tips dapat kat sini.. but semua tu nanti baca kat blog kak red la ek? punyer terlopong dengar leka segala pasal tips ni, tak amik gambo.. hisk! tapi kak red..kompom ado.. so, tunggu di sana je ek?


pastu sebelum blah... promoter tu tunjuk la cleanser Shu Eumura yang amatlah top selling yer.. dialah make up remover..dialah cleanser.. best wei.. suka! suka!
botol besar gedabak tu..RM100..
ok la kan? kira reasonable la kan? berapa lama mau habis tu...
eii... best!


ni la rezeki kalau jalan ngan kak red tau.. apa dia dapat, kita pun sure dapat tempiasnya..
nak thnks kak red ker.. promoter itu?
nak thank kak red lah... thanks kak red! :)
next week kita beli ek kak red ek?
pastu kan..laju2 bayar sebab dua2 kebuloq weii..
laju ke kak red turun nak g makan kat fisherman...
teeett... fish manhattan lah!



see? see? berseri kaaaann? korang dah perasan belum ni?
kak red had salmon with garlic rice and i had garden herb dory fish with chips.. sedaaapp..
masa makan ni, prom pram prom pram kami dok menceceh pasal memacam... pasal entry hots meletops rezeki RM & rahsia RM..perrggghh... tengah dok makan, dok bicang, dok buat maths kannnn... komen masuk kat berry kak red... bertubi2 ko!!!!!!!!!!
jap jap bergegor meja.. jap jap bergegor meja..
kalau pasal duit..laju je orang interested ek? :P


pastu tengok time dah dekat waktu menyambung mencari nafkah...echeh!
so, laju2 bayar sumer and sambil jalan nak bye2 pelok2.. laju2 gak amik gamba berdua ngan kak red... kat tengah2 jalan weii... kah kah kah..
kak red siap sound.. ko jangan wat hal you..i work here, ok.. hehheee... ampun kak..

ehem ehem...
makan tengah hari adalah disponsor 100% oleh RedMummy from RedMummy.Com.
mekasih kak red! i lebiu... (dan dan lebiu...hiks!)
semoga RM terus maju...
semoga RM terus success...
amin amin...
so korang, apa lagik... g la click RM berjuta kali.. :P
tetiba pomot...yelah, kang kata GBM tak wat keje........
hehehehehe... tetiba GBM!
korang dah pasan lom ni? nampak tak seri kak red????
what??!!!! tak pasan???
tu ha laaa....

bling bling baru la!!!!!
mengerlip weeeii!!!!!!!! jeles jeles!!!!!!





Thursday, April 16, 2009

TV3 Kids Parade

korang semua tau tak last sunday ada TV3 Kids parade??
yelah.. orang sekarang semua tengok astro je kan.. mana nak tengok national TV kan? tu yang kena tanya tu..
actually, for that event, sekolah bigD was nominated to join this parade. jadinya, hari ahad tu.. seawal 7am dah kena ada kat Sri Pentas. jadinya by 630am dah kena kuar rumah.. so, bigD nak kena bangun kul baper? kul 6 ko.. pagi lah tu kan untuk budak kecik..


so, he's a lil confused and not in the right mood lah pagi2 tu..
dia terlebih excited benarnya. malam sebelum tu, dia tak leh nak tido sebab excited kan paradenya nih.. siap dok la bising menghafal the cheer lines semua...

kesian lah anak sedara khalati ni haih...

ok, meh cerita pasal participation kids parade ni lah okie?
dia ada kindy, primary, secondary, cheer leading and also band. in total campur tolak semua tu, ada lam 29 kontijen tak silap.. (kontijen, okeh!)

gamba belah kiri and bawah tu kan.. team cheer leading secondary school ayu... kenyit2 mata kat bebudak skolah ku yang baca blog ni..

bigD tak penah cerita whats his role etc etc.. itu mmg dia.. he keeps secrets and loves to give us surprises. we have no idea at all yang bigD is the ketua kontijen for his troop, the Krista Rascals! rascals katanya...hiks!

me & sis terkejut lah. owh, orang lain tak ikut yer.. hanya kami bertiga saje. orang lain kena melayan menjaga tuan puteri hang LilD yang masih beradu, gitu.



untuk budak2 ni, derang ada sediakan khemah untuk siapkan derang nih. yang kecik2 je yang dapat.. yang dh besar2 tu, pandai2 korang lah jaga diri sendiri.
all of them berkumpul kat parking space khas untuk staff Media Prima. breakfast disediakan. peka gak Media Prima nih ek?
heeheehhe...
bagus, clap clap skets.
masa ni la, cikgu cikgi amik time siapkan budak2 nih. macam bigD punyer case, sekolah dia konon nak pakai kan derang topi yang buat sendiri pakai kadbod tu ha.
tetapi... topinya asyik la terburai jatuh.. hadoih...
punca? ikat topi guna riben.. riben tu licin.. topi gini kan kena pakai yg getah yang selalu ada kat topeng tu kan.. melekap skets gitu.
but, nevermind.. think think think teachers.. for a solution! :)

bila perihal topi tu dah resolved, kami pun kuar la bagi laluan kat derang practise with their teachers.
kan ke sis dulu kan keje ngan Media Prima kan.. TV9 to be exact, so, dia dok la ditegur sana sini dek ex-colleagues dia yang terkejut ingatkan dia keje balik ngan derang..
dia siap sound.. "sorry gang! m here for my son, today"


tepat kul 8am gitu budak2 ni dah dapat announcement soh beratur ikut kedudukan kontijen and semua tak terlibat secara langsung (me & sis ler tuh...) diminta tunggu kat pentas utama.
owh, sebelum beredar..harus g jumpa bigD dulu.. peluk cium good luck kat dia..

pas babai bigD, kami pun terus la ke pentas utama. kat sini lagi lah sis hilang. kawan2 dia punya lah ramai.. hadoih.. mana Dato Seri Farid pun panggil dia segala... ayu?? lari la bawak diri..
kami berdua amatlah lain..
saya lebih suka berada di belakang tabir saje..
x leh la dengan orang2 expose camnih.. ai shy.. :P
kenyit mata kat korang..

dah dapat peluang berjalan merata kan.. sempat la snap macam2 perangai celebrities bertugas tengah hafal script. dernag nampak sebijik cam orang yang nak masuk dewan peperiksaan tu hah... sok la mengomel sambil tersenyum konon2 kamera depan mata..
lawak la korang...
ha ha ha...
yang si Ally Iskandar tu pulak, dia kena on air kat dua tempat yang berbeza.. tu yang kehulu kehilir dok berjalan tu. but mamat ni agak cool la.. dia rileks jer tak hafal script segala..sbb otai kots..
tengah dok leka gelakkan derang semua, MC wat announcement kat parade nak mula.. soh dia bagi la guide nak berdiri kat mana etc etc and berapa minit lagi nak on air and ada effect apa yang bakal meletop and apa yang kita kena buat..
so, bila semuanya on air, and Dato Seri Farid rasmikan Kids Parade ni, meletup la confetti yang super besar tu and the air looks so colorful and nice.
cuma kesian kat budak2 yang terkejut dengan letupan confetti itu.
tak rock la korang.... huuhuhuhuu (tak ngaku terkejut gak tu)
1st troop was a band. sekolah apa entah... kurang alert lah. by this time nampak kelibat Zed Zaidi.. so ada interruption disitu. awwww...
tapi, bila dia announce 2nd troop terus campak buang (katanya, kan...) jauh2 sebab its my bigD's troop!
super comel la derang.. and all the cheerings.. they did it well..
well done Krista Kids and Krista's teachers!
semua orang clap kuat2 sbb derang super comeyl... :)

masa ni, dah terdetik lam hati..ada potential nak menang ni...
owh ya.. ada hadiah untuk sekolah yang terlibat yer.. ada competition ok parade nih.. tapi, hadiah apa.. idak la pulak ayu tau...

habis sekolah bigD lalu, terkasima lagi tengok parade..sebabnya, my secondary school la...
:)
x mo komen bebanyak..
been there, done that!
enuff said!
*peace*

pastu semua kontijen pun lalu la..
boring la jugak sbb macam kompius la..
lam kontijen yang ke 15 gitu la.. teacher habaq kata dh leh amik bigD..part dia dh selesai..

so, kami pun amik bigD and bawak dia jenjalan tengok apa lagi benda yang ada..
kan TV kata ada hari kek la.. ada barbie dress a like la..
tapi, pagi tu, baru Hari Kek je yang ada.
kategori bawak & pamer tu kan.. mak aii... ramai tul org2 yg creative rupanya lam KL PJ ni ek? ayu tau order & makan jer.. haram tau buat.. huuhuhuhuhhu


ni lak persediaan untuk pertandingan menghias kek. kek adalalah disediakan. segala mak nenek ising ngan kaler semua ada disediakan gaks..
kalau dapat kat ayu nih.. x tau mana rupa lah agaknya kek2 tu kan?


habis pusing2 kat situ.. we all g luar balik jap. sis nampak kak deeb (Farah Adeeba aka my senior in uia) tengah keje.
we waited for her jap and once she's done, berborak lah kami sekejap. :)
masa ni, Ally & Fetri pun tgh keje and ada je lalu lalang situ. though i like them..but ada unsur gigil lak disitu.. eh! bukan gigil..pemalu.
sis kenal derang, but, she's talking to her other ex-colleagues..jadinya x nak la kaco kan..
balik rumah baru la rasa rugi

pastu, nampak erin Kelab Disney Malaysia. ha! dis one i can approach.. sbb pompuan kan.. so, terus terpa amik gamba dulik. jangan kata budak.. ayu pun suka tengok muka dia yang asyik senyum je tu..
owh, dia tgh peknen. peyut dia kecik jer.. alahai comey la....

and, akibat bangun pagi. budak ni sudah boring. we all x tunggu sampai habis and jalan to next door aka OU. :)
satu, kereta x de if nak balik.
dua, kena tunggu BIL dtg jemput and parking adalah horror tahap gaban.
so, pegi lah OU. :)

tak lama kat OU, BIL & lilD sampai.. we had a short and quick brekkie and balik...
bigD dh tak larat nak angkat kaki and bukak mata dah wei masa ni..
makin sepet je ayu tengok.. ahhahahaaa...
but, before balik..sis dapat sms from bigD's teacher kata they won 3rd place!
wah!
kagum.
bangga.
terkejut.
(sila baca dengan nada GAYA MUTU KEUNGGULAN, yer)
congrats Krista Kids! korang mmg best.....


ni amik gamba khas untuk BIL. dia soh amik and simpan and letak lam blog if nak..*katanya kan..padahal nak soh letak tu..hahahahahhaa...*
tu cincin jade. mom kata, it will changes it color to a darker green IF dia serasi ngan pemakainya..
we'll c how lah later.. akan ku update progress cincin ini.. :)
sekian saja hari ahad kami yang padat penuh. ni baru pagi yer.. nanti2 kuor lah cerita belah2 petangnya pulak...