Showing posts with label skool. Show all posts
Showing posts with label skool. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

LilD's Birthday

Naik pening kepala fikir nak beli apa for lilD's birthday. 
She's not the type yang akan hint or cakap awal2 what she wants for her birthday.
Memang agak obvious she loves princesses and Barbie and all yang seangkatan dengannya kan? Well, just sama macam all other girls her age kan?
But, I wanted to buy something yang boleh dia ingat, not as similar as apa yang semua orang dijangka bagi.
Sendiri buat specifications.. sendiri pening kepala.

Then I remember.... the Barbie shop kat Mid Valley. Ada those packages yang dia make over jadi Barbie and all...
My friend pun setuju with the idea. Sebabnya, rasanya masa dia tengah hype nak melayan gedik ni lah best bagi dia experience buat semua ni. Kang dah besar dah busy with school and all.. tak de maknanya dia nak melayan Khalati dia benda2 macam ni.

So... the most challenging part pun bermula.
Finding time to go to Mid Valley.




Sampai sana, terus culik salah seorang SA dalam tu.
Tanya dia macam2 soalan... itu ini begitu begini... timbang tara budget, sponsor bersama and the best logical outcome yang sesuai as a birthday present... I end up with this package for lilD.




Package yang Ayu amik tu, nanti dia dapat bawak balik one mini album. Dalam tu ada 10 keping gambar dia. And also, empat berlainan jenis frames and pictures dia.
Ni semua all in with the make over.

So, I buzz sis for dates yang sesuai nak bawak si lilD ni. Kena la consider her schedule, my schedule as well. Jangan tak tau..calendar saya dah penuh sampai November ye.
haaaaaaaaaaaaaaaaa....

So nice..date dah dapat.
And I grab something simple as well for her. Love it!




For her birthday, Ayu order chocolate moist cake and oreo cuppies from Delicious Cuppies (DC).
Ayu order ni memang teramat last minute... jenuh la pujuk rayu membodek segala.. mana taknya.. it need time kalau kita nak hantar edible image tu. And, I have to wait from my sis & BIL for the picture yang dipilih oleh si kecik tu.. Siap pulak dia nak decide pic lain last minute..
sabar je lah....





Macam bigD dulu gak.. since this is the last year lilD kat kindy... makanya marilah kita menyambutnya at her school.
Ni jugak means, tak de dah lah involvement family ayu dengan school ni. Next year, dah besar anak2 saudara saya...
sobs sobs...

rasa macam baru semalam i tell the world.. i got a nephew! i got a niece! hey.. thats my baby niece..




Ni some of the pics kenangan.




Kami ni terawal pulak sampai dari waktu rehat si lilD..
maka melangut lah ye menunggu. hehe.






masa ni lah ayu merayap amik gambar merata.
yang gambar bawah tu, party pack for the kids.

eh tetiba cikgu bagi green light...
jom masuk class dia bawak cake.. yay!





nyanyi lagu sampai 3 version.
english
melayu
mandrin

tetiba BIL suruh derang nyanyi tamil.
melangut menganga semua budak2 tu..
muka dah cuak takut tak dapat makan cake.
hahahahahaa.....

all in all.. the kids are happy.
birthday girl pun happy. yay!




Can't wait for the photoshoot..
yay!

Happy 6th again lilD.
me love you.
muah muah



Blurbings By,





BannerFans.com

Monday, May 24, 2010

His request... haih la bigD.


cak!
lama tak letak muka budak bertuah ni kan?
tengok la tu..sejak dah sekolah ni.. agak gelap la sikit my bigD ni..
boys kan? melasak je lah kejenya...

so anyways, ni nak cerita about teacher's day celebration kat his school...
celebration tacher's day ni, i think semua sekolah pun for sure lah buat kan?
and selalunya, busuk2 pun kita akan bagi card kat cikgu class kita kan?

but si bigD ni, dia request nak bagi special card ada muka dia siap, dekat semua teachers yang pernah in contact dengan dia.
boleh?
maknanya bukan cikgu kelas sahaja... habis sampai ke homework teachers pun dia sapu bersih.. siap pulak bagi list nama kat mama nya...
to make sure mamanya tak tertinggal any names..


mama dia naik pening ooo..
mana taknya.. sampaikan cikgu ganti sehari pun dia list kan....

tak boleh tahan ayat dia...
"Jaddah kata, kita kena appreciate teachers kita.. kita kena doakan teachers kita..so, abang nak say thank you lah.. kan dia orang pernah teach abang..."

tell me..
salah ke ajaran ni???

GULP.

Blurbings By,



BannerFans.com

Monday, January 11, 2010

my bothDs step on one more level....


look at his face.. all set to step into another level of his formal education, primary one.
sis siap meleleh air mata terharu tengok anak dia dah besar.. aduhai..tu belum masuk uni lagi.. baru darjah satu..

but i truly understand how she felt...
(sebab saya sebagai her only sister yang duduk sebumbung dengan dia sejak lahir.. yang juga tumpas bergenang melihat bigD ke primary.. TT)


sekolah yang sis & BIL choose for bothDs (insyaAllah lilD will also be in this school in year 2012), ni kira boleh consider in our neighborhood area jugak lah.
but bukanlah neighborhood yang boleh ulang laik berjalan kaki. kalau jalan kaki. bukan setakat basah keti, malah boleh mengakibatkan penurunan berat badan yang drastik.
eh! itu merupakan suatu perkara mulia, kan?
hehehe...

eh termelalut..
so anyways....


macam biasa, suasana pagi kat sekolah mana2 pun adalah super padat penuh berderet.. kan?

same goes lah dengan sekolah bigD ni. but alhamdulillah, sekolah dia mengamalkan sistem yang sangat bagus. sekali masuk compound sekolah, terus 5 kereta and setiap kereta hanya dibenarkan selama 30 saat sahaja.
ada guard yang akan guide the cars and teachers waiting for the kids.

mula2 dengar macam tak percaya.. but bila dah experience sendiri.. terus rasa wow!
yes, untuk first day tu, sis turun sekali dengan bigD but of course lah we all try ikut system tu. ada setengah parents yang parking siap2 and jalan kaki masuk school dengan anak2 masing2. habis tu,bila nak test system sekolah kan?

compound sekolah ni masa first day obviously dipenuhi parents sahaja. but not long as the parents all being ushered to the hall. cikgu2 nya suruh mak pak tengok orientation for the kids.

masuk je dewan, nampak the principal, and semua cik beratur tersusun elok kat atas stage.. masa bigD masuk je hall, dia akan di handle oleh teachers punya asisstants untuk duduk kat class dia siap2..
ingatkan nak buat apa..
rupanya nak announce cikgu mana & sekian sekian jadi the class teachers.


mula2 principal kenalkan diri etcs.
lepas tu, cikgu seorang demi seorang kenalkan diri and announce derang akan mengajar what subject and jadi class teacher untuk class apa.



to my surprise all the school seniors (yang bukan darjah satu lah), excited tunggu siapa cikgu kelas derang. and bila dapat tau siapa, semua bertepuk tangan happy sangat2..siap cheer lagi.
masyaAllah.. seronoknya korang pergi sekolah kan? i still remember my first day, every year. ain't that fun, OK!
huhuhuhuuh........
dah habis the short orientation, masa untuk semua masuk dalam class masing2.. untuk primary one, setiap cikgu ada siap dua orang assistants untuk tolong2 cikgu tu dalam apa jua hal.
yelah, budak darjah satu kan.. kang mana yang menangis ke apa..


ada sorang budak dalam class bigD meraung tak hengat sampai kuar air hidung ok. padahal dia duduk tepi tingkap and mak dia betul2 kat tepi tingkap tu hah.
sian sangat tengok dia. mak dia pun sampai panic. hehhe..

bigD ada dua kali rehat. satu tu recess, satu lagi lunch. yang sempoi nya sekolah dia ni, tak de bilik makan khas untuk cikgu. means, cikgu duduk semeja makan sekali dengan the students.

ayu tak tau pasal korang, but sekolah ayu dulu, ada bilik makan guru. and bila tengok cikgu2 ni semua duduk sama2 dengan the students and siap berborak.. terasa macam cool giler!
(jealous kah?) muakakaka..



and this lil girl... dia dah masuk kindy one.. dah tak main2 sambil selit2 belajar.. dah start belajar and selit2 main.. huhuhu...

and paling sedih she misses her brother so much. balik je rumah, since dia adalah balik dulu from the brother, dia melengung je mom kata.. dia macam lost. lilD memang macam tu, dia kalau pasal abang dia, bukan main lagi.

but as i am typing this, she's fine already. abang dia pulak pagi2 sebelum pergi school, siap jumpa adiknya yang baru celik mata siap pesan macam2 and kiss the sister..
ya Allah..kekalkan lah kasih sayang antara mereka ni sampai bila2.. amin.


and that's my nephew.. growing up.
uhhuhuhuhu...


Blurbings By,




BannerFans.com

Tuesday, December 1, 2009

Bye Bye kindy...

hari terakhir my bigD kat his kindy.tempat pertama dia dapat his formal education.

tahun terakhir and hari terakhir dia, sis & BIL yang pick both of them from school.
yes, lilD insyaAllah will still be there for the next two years...but, that is a different story all together.
let us just focus on bigD lah ye.


kenapa pick up derang lambat and personally by the parents?

kerana benda yang atas tu hah...sekotak chocolate from the chocolate chapters (google lah ek? malas nak tepek link..huhuhuhu) for all the teachers and staff of the school.


semua teachers dapat benda yang sama kecuali dua orang teacher. yang dua tu, special sikit. sorang tu, very close to bigD. and bigD agak attached dengan dia not only as teacher, but also as his friend. i know him.. dia kalau dah start haring secrets and etcs.. maknanya, dia memang comfy habis lah dengan orang tu.

and lagi sorang tu, is his fav subject punya teacher. MATHS! bigD suka maths! sangat2 pencinta nombor budak nih...

even lilD will still continue her journey there, sis & BIL buat semua ni, sebagai tanda terima kasih dari kami sekeluarga to all kat that kindy.
kindy ni, bukan jer mengadap buku & education 24-7... derang semua sangat mementingkan character building and alert dengan tingkah laku & sebarang perubahan kids, there.


sis sentiasa dapat the latest info bout her kids via sms. each teachers ok. jadinya sms semuanya berlainan. pulak tu, kalau school holidays, sis will be given a guidance on what should the kids revise or look on during holiday.

so, we all start la buat activities yang fun at home or sis will handle a serius revision session dengan budak2 berdua tu.


bigD rasa seronok masa dok melambai ni. no, i was not there. ni pictures all from BIL & sis. they know i will keep all this in this blog. so, derang pun dah berjangkit penyakit ambil gambar for my blog. hehehehe..

i think bigD tak sedar kot that he won't be attending to that school anymore.why? the very next monday.. dia bangun pagi macam biasa and dok sibuk cari his shool uniform.

sis explain that it is school holiday and when the school opens, dia akan sekolah kat the new school pulak.
dia diam sekejap and ask.."i will be having new teachers? i will only be having ezzaq as my friend?"
ezzaq is the only boy from the same kindy yang akan satu sekolah dengan bigD.

sis said yes bout the teachers and pasal friends, sis kata.. yang dok ada will remain as your friends, kita still boleh jumpa weekends or any events lah...but you will also make new friends...
masa tu kot baru dia start rasa sedih. i think lah....

poor bigD...tak pe lah k bang.... nak beralih arah gitu lah.. kita yang dah adult ni pun susah nak ada pradigm shift dalam hidup.. ni kan pulak budak2..


so, nak tengok tak isi kotak chocolate tu?


tu ha.. dalamnya, BIL dah design tag and sis dah siapkan short note kat dalam tu. siap dengan gambar bigD sekali dalam tu.we are in a way teaching bigD to appreciate setiap ilmu yang dia dapat.even now pun, lepas solat ada diselitkan fatihah untuk semua yang bergelar guru to him.



mana nak bayar jasa seorang guru kan?



Blurbings By,



Monday, November 30, 2009

Congrats sayang ku!

last day masa budak2 sekolah... is also hari budak bertuah berdua tu dapat their report cards balik.
the 1st report card for lilD and the last report card from that kindy for bigD.


lilD was all cool about everything.
dia relax habis.
mama & papa dia yang risaukan dia.

everytime, she comes home from exam, bila tanya how was it & etc..
dia akan bagi jawapan yang sama...
"dah jawab dah...."

tu je yang dia akan jawab & ulang..
both of them very different lah.
yang si abang will actually gives you a better explanation lah kan...

"ok je.. ada la jugak yang susah. ada things yang abang tak sempat nak color. but, i have answered all questions."

berbeza kan?
sama je lah macam kita semua...
all individuals are different.
:)

syukur sangat.
the teachers dah pun misses him dah.
he is quite attached dengan few teachers kat kindy dia nih.

bigD ni, jenis cepat mesra sikit. especially dengan adults.
dengan sid pun jadi ok dia ajak berborak. mauakakkaakaka....
eh! tetiba sid. owh itu cerita raya haji... next next next cerita. :P



and also our princess.
hehehhe.. yang mama papa dia risaukan sangat...

patot lah dia cool...
she did better than the 1st term. hahahah...
cayalah adik! meh atie nak gomol skets!
:P

apa pun..alhamdulillah....
syukur derang dua beradik maju langkah demi langkah..
basic & foundation tu kan ker penting?
as what my sis & BIL always doakan derang.. also me & mom.. what we want them to become biarlah sehabis baik aqidah & akhlak.
the world is cruel. biarlah derang berdua tau nak menangani nya macammana..
jangan lah derang hanyut dengan apa yang tak patut.
semoga segala ilmu & didikan yang ada ni.. dapat mempekukuhkan asas mereka.
amin.


itu lah yang kita nak from our generation kan?


Blurbings By,



Friday, November 13, 2009

Potrait for the day...

selesai concert, budak2 tu duduk je diam2 kat atas stage. pastu teachers akan panggil mak pak ikut class untuk amik anak2 masing2. hehehee...
sis duduk je dendiam kat situ sebab anak dia dua kan.. so tunggu la dedua sekali....

sampai2 je ayu terus la hug budak berdua ni.
saje give them credits. and tell them if there is anything yang they could have done it better.

memang la pujian tu sangat sedap di dengar... but they need to learn to dengar kritikan as well. supaya, jangan bila dah besar, kritikan and kutukan tak dapat nak dibezakan.
and, jangan pulak, mereka rasa senang dengan setiap pujian yang derang dengar.

wah.. terbersyarah pulak.
biasa la.. ayu kan poyo.
:P

so anyways, back to the subject...
bergamba adalah harus wajib and sunat.
eh buang sunat. harus wajib yes...



of course dengan tuan tanah perlu.
inilah anak2 saudara kesayangan saya.
buah hati pengarang jantung saya.
busuk masyam intan payung saya.

=)




the fabulous FIVE!
only bigD and the one yang wears yellow (ezzaq) tu jer yang akan enroll to the same school next year.
yang lain memang berterabur la lainnnya.
yang we all hope is, the relationship will stays the same.

actually, dalam banyak2 yang paling rapat with bigD is the one yang pakai baju merah tu hah.
but tu lah... next year derang akan bertukar sekolah...
but one thing good is..



mak mak derang ni pun gang!
hehehe...

siap ada nama kumpulan wei..
they call themselves as HOT MAMA.
ihhihi....
hot kah?
HOT!!!!
:P
kang derang naik HOT lak ngan ayu kang. ;)


the happy family.
=)

perasan tak sis & BIL pakai baju sama?
gigih ok... gigih... :)

so, thats a wrap lah cerita concert budak berdua tu. habis dah.
sekian.


Blurbings By,







Our little stars...

yes it is my day... hehehhe...
but, entry budak2 ni belum habis lagi. my day je pun. nothing special pun.
budak2 ni lagi special.
paling special to me.
=)

after the graduation ceremony, budak2 tu terus masuk changing room kan? terus nampak lilD and her gang dah ready beratur nak naik stage.

look at her!!!!
happily and confidently dia berjoget sakan kat atas stage tu.
seronok habis tengok dia... mulut dia siap terkumat kamit ikut the background music...
wah! lilD... geleng2 kepala BIL tengok anaknya..
hahaha.. lek la brrrooo...

paling best ada part pegang2 tangan .... my sis excited habis!
hehehe...
cute!
lilD ye.. not my sis.
:P

and... suddenly.. budak2 berlima ni naik stage.
theme for their concert this year is 'One World'.

so, from the right... Dani, bigD, Bumi, Azri and Puteri.
Dani kononnya wakil from USA, bigD from Saudi, Bumi from Spain, Azri from China and Puteri from Thailand...

best la script budak2 ni... derang berlima ni, was in the school since they were 4 years old lagi.
seronok la tengok derang ni bercakap. dari derang bercakap pelat sampai la derang semua sangat fasih bercakap kat atas stage tu.
owh tetiba sebak.
:P


lepas tu, bigD involve dengan nasyid and ada another group with the reading performance. gambar bigD bernasyid entah mana ayu letak entah.
dia pakai baju jubah yang sama tu hah... and also the rest of the boys lah.
and girls pulak dengan jubah purple.

so meh la kita melompat ke liD balik...
ehehhehe...

tu dia tengah jadi butterfly tu..
alah, lagu yang kita selalu dengar tu... lagu tu ayu rasa dari zaman ayu lagi dah ada kot...
(zaman ayu katanya.... :P)
yang ni hah..

dari ulat jadi kepompong
tidur lena dalam kelongsong
sampai masa kelongsong pecah
jadi lah rama rama yang indah
rama rama terbang merata
sungguh cantik aneka warna
hisap madu dikelopak bunga
tapi sayang hidup tak lama...

ha.. lagu tu..
hamik! full lyric.
=)



lepas tu ada apa entah.

and, bigD again keluar buat tarian endang.
and i like it, i love it so so much!!!!!!!!!!!!

it is my favvy masa zaman sekolah uni dulu...
this is one of the tarian and i love most dedulu...
and tak disangka .. bigD buat!
and, saya nak memuji dia ni... he did it well!!!!!!
=)

and tarrrrra!
their last song... finale for the day..
closing dengan lagu apa tau?

lagu sekolah derang la...
muakakakakakaka.....
but tengok a the school leavers... bukan main happy lagi ooii....

seronok la tengok derang. so happy.
yelah, langkah mereka baru nak mula.
banyak lagi benda yang derang ni nak explore.
and i just hope the cruel world will do some justice to them.


Blurbings By,