
i see things... i experienced things... i am a normal human being... i need space... i have hopes... i hated things... i treasure moments...
Friday, April 15, 2011
Happiest Thursday so far... :)

Monday, October 25, 2010
Cerita ceriti tertangguh...
(yes..july. Hahahaha)
(kejadian mengupdate adalah pada hari Ahad, 24th Oct and edited to be publish on Monday 25th Oct.. explain sebab tak nak orang confuse ada kenduri doa selamat di hari Isnin..agak peliks disitu. ngeh)
Hutang July...
*Cerita wedding angah,anak saudaraku*
Percayalah, this is the wedding yang ayu sangat look forward to tahun ni.
Yang sempat Ayu update on her surprised bridal dinner & our little surprise for her..
The doa selamat for her majlis, all the preparation for her wedding, her henna do, her pelamin do, her nikah ceremony & her reception.
Angah is not only my niece but I can also consider her as my childhood friend.
Rahsia kerajaan dia saya tau, and rahsia kerajaan saya pun, dia tau..
And even she's younger than me, kadang-kadang dia jadi advisor I tau. Huhuhu...
Jadi, boleh bayangkan tidak how important her wedding is for me? How kalau tak ada benda yang nak disibukkan pun, I will still menyibukkan diri? Haaaa... Gitu.
She wanted a white wedding. White wedding dress & white lah segalanya. So, nak meriahkan the white theme, mak pengantin a.k.a my cousin, decided to have a splash of green.
Jadinya kami semua adalah memakai hijau.. The decos are in green.. Makanya merata hanya warna hijau dan putih.. :)
Lambat macam mana pun, I will still put up the details with pictures, of course. :)
(jangan sampai angah dah ada baby, sudah. Hehe)
*BigD's 7th birthday bash*
We celebrated bigD 7th birthday bash at The One Club, Mutiara Damansara..
*Cerita bertunang Nana,anak saudaraku*
*Cerita raya yang berderet tertangguh*
*Teater Tun Mahathir*
Monday, December 14, 2009
Natrah
setelah berminggu minggu mencuba mendapatkan tickets... (ayat kena power..padahal dok leka dengan keje.. memanjang tangguh lepas tu, padan la muka kan SOLD OUT!),
akhirnya.. dapat jugak ayu & sid pergi tengok teater Natrah ni.
the situation before kami dapatkan tix ni agak funny & gelabah jugak lah.
satu, kami berdua adalah sangat busy denagn kerja and none yang dok menebeng kat web Istana Budaya (IB) nak reserve ke apa bagai. again, ASSUMING that the tix will still be there. konon nya lah kan?
bila sid online, dia nampak ada lagi sits and bila ayu masuk tinggal satu jer.. pastu sid sms kata dah ada lagi..ayu masuk tengok tak de..
and last last..refresh entah kal keberapa barulah ada available sits yang sebelah menyebelah..
motip pulak nak duduk asing2 jauh2 kan? kang ayu nak nangis segala kang.. HOW? HOW? hahahaha...
kami adalah sangat awal. sebab, from office kan? but it's ok.. kita leh lepak2 duduk makan2 dulu....
masa we all dok menyalahkan to one another sebab masing2 dok ajak makan makanan yang 'SESUAI' untuk diet...mata dua2 terpaku sebab nampak si cantik jelita..MAYA KARIN...
dia pun baru nak makan...
and yes, kami tak stop her for a picture pun. teruk kan? memang teruk.
(kepala tengah weng memang gini. masing2 dok membusy kat office.. terus kurang cekap jadi blogger.. buleh? huhuhuhuhuhu)
kami adalah makan secara berjemaah. ala makan nasi ambang dalam dulang tu.. but, ni pakai pinggan la..
hahahaha....
konon2 kurang la sikit rasa bersalah bila bahagi kolestrol sama rata, gitu.
:P
ok, back to the theater lah ek?
kalau mana yang tak sempat nak pergi tengok.. i would say, go get the book. i will get a copy as well later. ayu & sid tak leh la nak berebut kat booth buku tu that day atas sebab2 diriku menjadi OKU. huhuhuhu.... (mana yang tau, tau lah cerita ni...)
kehidupan Natrah... atau nama sebenarnya, Huberdina Maria Hertogh...yang dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Tjimahi, Jawa ketika Belanda menakluki Indonesia.
but later, Jepun pulak menyerang Indonesia and menyebabkan bapa kandung Natrah ditahan sebagai tahanan and disebabkan kesulitan hidup, Natrah diserahkan kepada Che Aminah yang kemudiannya telah membawa Natrah ke Tanah Melayu.
and that's how the theatre begins. kehidupan Natrah di Terengganu.
Che Aminah bawak Natrah ke Terengganu pun disebabkan nak memelihara keselamatan dia.. sebab tentera Jepun memang tak suka dengan orang putih.
macam2 dugaan yang Natrah and Che Aminah lalui.. ayu sendiri rasa macam tak boleh and tak cukup tempat nak coretkan kat sini..
but, below, ayu tulis balik the summary of Natrah's life ok..
(just untuk pengetahuan kita semua)..
24 Mac 1937
Lahirnya Huberdina Maria Hertough di Tjimahi,Jawa yang kemudiannya dikenali sebagai Natrah.
10 April 1937
Natrah yang masih kecil dikristiankan di Gereja Roman Katolik St. Ignatus Tjimahi oleh Paderi de Koster.
8 Mac 1942
Pendudukan Jepun yang antikulit putih di Indonesia menyebabkan bapa Natrah, Sarjan Adrianus Hertough dipenjarakan di kem tahanan.
15 November 1942
Untuk mengurangkan beban dan penderitaan ibunya, Natrah dipelihara oleh Che Aminah sebagai anak angkat.
Disember 1945
Bapa Natrah, Hertough dibebaskan setelah Jepun menyerah kalah. Sarjan Hertough dan isterinya berusaha mencari Natrah tetapi tidak dapat ditemui.
Julai 1946
Setelah gagal mencari Natrah, Sarjan Hertough dan isterinya kembali ke Belanda tanpa Natrah.
1947
Demi memelihara keselamatan Natrah daripada asker Jepun, Che Aminah membawa Natrah berpindah ke Kemaman, Terengganu.
1949
Che Aminah membesarkan Natrah dengan kasih sayang dan ajaran agama Islam.
September 1949
Natrah ditemui oleh Tuan A.A. Locke, Penasihat British Wilayah Timur sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
12 April 1950
Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas cadangan A.A. Locke untuk menyelesaikan pemilikan Natrah sebagai anak angkat.
22 April 1950
Che Aminah menerima surat arahan daripada Ketua Hakim Mahkamah, mengarahkan Natraj diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura.
24 April 1950
Natrah ditempatkan di Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura.
28 April 1950
Che Aminah merayu kepada mahkamah untuk mendapatkan semula hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguamnya, Encik Ahmad Ibrahim daripada Syarikat S.C Goho.
25 Mei 1950
Encik Ahmad Ibrahim mengemukakan hujah di mahkamah sebab musabab Che Aminah layak mendapat hak penjagaan terhadap Natrah.
23 Julai 1950
Che Aminah berjaya mendapatkan hak penjagaan terhadap Natrah semula.
1 Ogos 1950
Atas dasar suka sama suka, Natrah dinikahkan dengan Mansor Adabi secara nikah gantung.
2 Disember 1950
Ketua Hakim mengeluarkan surat perintah ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.
4-11 Disember 1950
Akhbar Melayu Raya menyiarkan artikel-artikel yang memperlihatkan kes Natrah, sebagai isu agama diantara agama Kristian dan Islam.
12 Disember 1950
Ketua Hakim, Justice Brown, memutuskan bahawa perkahwinan Natrah - Mansor tidak sah dan beliau perlu diserahkan semula kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.
12 Disember 1950
Rusuhan bermula pada waktu tengah hari, 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera. Singapura diisytiharkan perintah berkurung, selama dua hari, dua malam.
13 Disember 1950
Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Singapura menuju ke Belanda dengan kapal terbang.
15 Disember 1950
Natrah tiba di lapangan terbang Schipol, Amsterdam, Belanda,dan disambut oleh lebih 4,000 orang beserta sorakan selamat datang dan sepanduk.
20 April 1956
Natrah berkahwin dengan JG Wolkenfelt, seorang askar, walaupun tidak direstui oleh ibu bapanya.
15 Februari 1957
Natrah melahirkan anak pertama dan sehingga kini, Natrah memiliki seramai 13 orang anak kesemuanya.
25 November 1975
Stesyen televisyen Belanda, NRVC menerbitkan filem dokumentari kisah hidup Natrah dalam rancangan The Times Just Stood still selama 20 minit.
16 Ogos 1976
Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya, JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah bercerai dengan suaminya.
Disember 1979
Natrah berkahwin dengan suami keduanya, Tom Ballermans.
1983
Natrah bercerai dengan Tom Ballermans.
1984
Natrah dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung.
15 September 1984
Natrah meninggalkan Belanda dan tinggal di Nevada, Amerika bersama-sama dengan Ben Pichel.
Antara 1984-1989
Natrah berkahwin dengan Ben Pichel.
Oktober 1988
Mansor Adabi meninggal dunia akibat sakit jantung.
1998
Natrah pulang ke Kemaman melawat saudaranya untuk merakamkan sebuah dokumentari mengenai kisah hidupnya di Belanda.
9 Julai 2009
Natrah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda pada usia 72 tahun.
credit to Istana Budaya and sesiapa yang terlibat dalam menghasilkan summary ni. saya tukang taip semula jer.. thank you!
selesai tengok semua, cast akan keluar for autograph session semua kan?
tapi manusia... ya rabbi!!!!!
dengan keadaan OKU ku...
lupakan saja la nak berebutkan si 'Adam' itu..
hehheeh...
overall, the show was superb!!!!
ada lah part yang a bit dry here & there but message adalah sangat sampai...
meleleh jugak airmata ni.. menghayati script and lakonan semua yang terlibat..
To Eirma Fatima (I dont know why they spelled her name like this), JOB WELL DONE!
dalam pada kita mementingkan apa yang kita rasa penting...
kita abaikan sifat kemanusiaan sesama insan...
kita biarkan seorang insan tersepit diantara dua dunia yang bukan mudah untuk dia pilih...
dalam Islam, tiada paksaan...
dalam lembut, dalam beralah, dalam penuh kasih sayang...
Rasullullah sering menang menyebarkan Islam...
renung renung kan lahh....
Monday, August 3, 2009
Heroes Wears Blue - Kaki Blue, the new malaysian musical

korang tau tak yang ayu suka tengok theatre?
i lover performances... live performances..
i enjoy watching and to me, it will somehow makes me satisfied... ha..gitu!
jap ek.. meh nak merapu jap..
dedulu kat uni, my roommates rajin gak melayan theatre segala ni..
so, sekepala la gitu kan...
so anyways, its been a month dah kot Arja Lee (hero lam Mahsuri the theatre and also hero Arja-Ared the theatre..;)), dok promo Kaki Blue in facebook.
and of course i wont missed it lah kan.
besides, i need time for myself..doing things that i love.
so.. kalau korang senang.. pegi la tengok Kaki Blue nih..
tayangannya adalah sampai 16 august ni...
sempat lagi nih kalau korang nak pegi.. pergi la.. serius.. bessstt... :)
korang call jer no KL PAC nih.. 03 4047 9000
tickets pricing are as follows:
Show Time: 8.30pm daily except 3pm on Sun (no shows on Mon)
Ticket Price: Adults - RM100 / RM80 / RM60 / RM40;
Concession for students, sr. citizens, disabled & ex-NS trainees - RM30
Special Promotion: RM30 flat for Tues - Thurs shows
jom g hari rabu..rm 30 je weeei... hiks..
dan buat korang yang tak tau mana KL PAC ni.. meh nak cerita skets..
korang tau tak Dynasty Hotel kat Sentul tu?
ha.. now bayangkan Dynasty kat ur left hand side k..
pastu korang terus jer... sampai nampak HSBC on ur left and KFC on ur right.
and korang akan jumpa satu traffic light.
After that traffic light, ada tempat buat U-turn. silalah u-turn di situ..and keep to the left.
slow down sampai korang nampak satu pintu gerbang dengan perkataan HOME.
masuk dalah tu and redah sampai ke hujung..disitulah KL PAC.
:)
so, jom theathre??
Blurbings By,
Saturday, June 20, 2009
Pak Pandir The Musical!
uiii... kenapakah nama itu di highlight?? actually, the one yang plays Pak Pandir itu is my babes, Shida punya bf. besides showing support to kengkawan, ayu jugak kan ker memang pencinta theatre gini..
eh eh..anis pun ade.. haah. last minute roger2 minah nih and terus on nak tengok sekali. terbaik la.. ayu pun dah lama tul tak jumpa dia.. so laaayyaaann....jpg)
pastu, ade lagu pengenalan pasal Pak Pandir. memang lawak la.. si jenin kawan Pak Pandir keluar memang lawak la. semuanya lawak la. setiap watak kita akan ingat. sebabnya, sampai ke watak Pak Aji and Mak Bidan pun ayu leh senyum2 kalau teringat. hiks.
korang pernah baca tak buku Pak Pandir dulu2?? ha.. cerita tu memang sebijik sejibon la yang di lakonkan.
Pak Pandir yang memang terkenal dengan kekurangan penggunaan akal fikirannya kaaann... ha, Mak Andih is the wife. semua watak ambik bahagian la. mana life Pak Pandir before Mak Andih give birth... mana yang along the way orang2 kampung dok tease Mak Andih sebab bersuamikan Pak Pandir.
kesian sebenarnya tengok Mak Andih.
but, ade satu slot pasal apa perasaan Pak Pandir tu himself. on apa dia rasa bila orang persendakan dia. on betapa dia pun rasa ralat bila dia tak membantu Mak Andih langsung. kesian ooo..
habis satu hall senyap sunyi.. tak de bunyi langsung.
and anis & myself was tetiba look at each other and cakap serentak "mak aii.. tersedih la pulakk.."
yes, terasa sangat kesian and sedih pulak. kita ni dari dulu dok gelak2 kan si Pandir. but, kita tak penah tengok apa perasaan Pandir kan?
.jpg)
the real PakPandir & Mak Andeh.. :)
.jpg)
my beloved Ida.. sweet as always..
.jpg)
all in all i am truly satisfied with this musical. kalau out of 5 stars.. memang ayu bagi 4 star la!
Blurbings By,
Saturday, April 25, 2009
Teater Mahsuri, Istana Budaya
Tapi, waktu tu, semuanya still TBD lagik gitu.
(walhal dalam hati punyalah dah melompat lompat ok..sebabnya, ayu kan peminat si Vanidah Imran tu haaaa... )
betapa seronoknya hati ni, bila pagi Jumaat tu, Kak red bagitau kata "it's ON"!
uuiiiii... rasa macam nak melompat je masa ni wei...
Vanidaahhh!!!!!!! here I come!!!!!!!!
kebetulan masa sampai parking, sama lak sampai ngan si Yan tu.. so, sempat la kami berposing sekejapan kat banting tu hah..
Kak red and Rose got their invites from Ajami.
and kami berlima lagik dapat invites from Kak red.(kalau campur tolak GBM tinggal 4 je kan...apsal ber-5 ek?)
haa... sebabnya, Ms. Lemb pun tag along jugak.
Ms. Lemb ni, 1st time la ayu jumpa live. alahaiii... sweetnya orangnya... senyum jer sokmo..
dalam pukul 8:30pm gitu, kami pun gerak la ke ruang legar depan pintu masuk. Humakaiii!!!!!! ramainya manusia!!!
since that this is a preview night, semua masuk based on invites jadinya tak de la pass apa segala bagai. pastu, dok pusing2 alih2 bloggers gak semua... tu yang kak red and rose dok minggle around tu...
while kami bloggers beginner ni, dok je dendiam sengih2 sana sini yer... learn... learn! :)
pastu, semua dah pakat beratur depan pintu masuk dah. ya allah..dah macam beratur nak naik AirAsia tau... hallo people.. ini Istana Budaya tau.. mana BUDAYA nya?
terus teringat kat those days berpusu2 naik bas mini tau.. hish!
beratur punya beratur rupanya kami beratur belakang Abu Bakar Omar. korang kenal kan? siapa tak kenal pelakon drama handalan ni. otai ni.. rasanya kalau si bigD ikut pun, sure dia kenal. :)
ok? sudah recall?

dan disebabkan wan mahura begitu menonjol dan lebih banyak scene daripada kemunculan mahsuri sendiri, seakan2 dia sedikit meng'over shadow' mahsuri.




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


