Monday, April 22, 2013

My Myn


It has been a while. Seriusly sangat lama since we met.
My beloved more than twins.
Yup, that is what we address sesama sendiri.

Masa di IIU dulu, ke mana sahaja memang we all together. If dari dulu Ayu ada blog, I am very sure Myn's face will be everywhere. Silap-silap boleh buat joint blogger account. Haha!

But as time goes, kami yang rapat tidak mampu nak menolak keadaan.
Tanggungjawab, keadaan. Akhirnya menumpaskan kami.
But, of course, if kita bersahabat dengan ikhlas... InsyaAllah semua akan back again.
InsyaAllah.

Well, that's what happened to us.
I admit Ayu pernah merayu pasal my twins ni dalam blog all. But Alhamdulillah, after all this, our friendship grows.
Biasalah, kami berdua hanyalah manusia biasa kan. Mesti ada kekurangan masing-masing.
One thing yang we all berdua amalkan dari dahulu. Face it. Jangan assume. Kalau ada orang bercakap pun, kita dengar je. Pertama kali dengar mungkin kita akan percaya. But fikir balik, if kita di dalam situasi yang sama, mungkin kita juga bertindak sedemikian.

And apa yang Ayu pula belajar from all this.
Don't force.
Everyone needs their space.
Don't langgar limit orang lain.

So anyways, one fine day.... I received a call.
It's Myn.
"Myn nak datang tidur kat rumah Ayu. Boleh?"

OMG.... obviously lah BOLEH kan????
Punyalah happy excited. Habis Farezah pun semua Ayu inform. Mom and sis excited sampai confuse tak tahu nak masak apa all.
And the end, Ayu cakap...keep calm. Kita kan family. Rileks je.
Hehe.

1st destination lepas ambil Myn...pasar malam hari Jumaat belakang rumah.
Mengimbau kembali aktiviti lama la kan? Hehe.
Tangan masa ni laju je dok sibuk WhatsApp Farezah. Ayu memang excited nak berjumpa dengan Farezah juga, sebabnya inilah first time Ayu akan berjumpa dia berhijab. Alhamdulillah.
All my babes now berhijab. Syukur. We definitely will grow old together ok gals? xoxo



My two lovely ladies.

Excited ok. Walaupun lokasi hanyalah pasar malam. Bukan halangan lah ok untuk kami.
Tak perlu nak berproper ada class tak kena tempat. kalau bersahabat dengan ikhlas, dekat mana pun ok je.

And of course, my beloved mom... 






...of course turut excited dengan perubahan anak angkat nya.
Mom saksi persahabatan kami. Myn and Farezah paling selalu overnight at my place. Being with me through my ups and down.
Masa selamba Ayu gagah diluar rumah. Menyengih happy-go-lucky ... my girls (Farezah, Eton, Shida, Shifa, Mas, Myn, Kajol, Angah and Adik) were the one yang always there being my shoulder to cry on.
Yang tahu Ayu yang sebenar.
Besides my family lah.

One thing, kalau sesiapa bertanya apa-apa and they didn't know a thing. Itu je dah cukup untuk bagi jawapan yang the thing tak wujud.
Sebabnya, if anything, after my family they will know. Itu for sure.

We had a great night and catching up that night.
Ada la moment sayu sikit. Masa Myn sampai rumah, my sis hugged her and they cried together.
Aduhai. Priceless.





The next day, Ayu bawa Myn berjumpa dengan Aunt1. Dah lama Aunt1 sebut-sebut nak jumpa Myn.
Aunt1 pun sama bukan main sayu la pula. Myn bukan boleh. Hehehe.. Nanti dia join sayu.


It was the best two days ever.




I am very grateful to have such circle in my life. Thank you Allah.
Allah knows best for you. Never give up. Don't ever question apa yang Allah dah tentukan.
Tak salah punya impian. Teruskan impian. Berusaha dan berdoa ke arah impian itu.
Tetapi, andai masih tidak kesampaian... itu maknanya Allah ada sediakan yang jauh lebih baik untuk kita.

Alhamdulillah.
Semoga persahabatan kami dan hubungan ini kekal dunia akhirat. Amin.

P/S: This is a #throwback entry. I just got my vibes in blogging back.


Love, Ayu


Friday, April 19, 2013

It is our right that we can request for new ballot paper. #PRU13 #GE13

Please forward to your contacts. Don't waste our vote! Understood it is our right that we can request for new ballot paper or bring eraser.





Love, Ayu

Bertukang and makan ice cream nyum nyum....

Of course bukan saya yang bertukang. Hahaha..
Eh eh eh bukan bererti I don't know how ye. Kalau tak de pilihan, tidak menjadi masalah untuk saya.
Tolong lah percaya.

Macam biasa. Mom's rumah sewa dah macam menjadi tanggungjawab Ayu.
Selagi mampu, buat lah kan. Tak rugi apa pun. Pening je lah sikit melayan kerenah penyewa.

Masalah paling simple ialah utility bills.
Sewa yang mom kenakan adalah termasuk bill api dan air setiap rumah.
Ye, kami serik dari sejarah lampau, bila tenant cabut lari, bill bukan makin menggunung beribu ringgit. Sobs.
Reason perkhidmatan mereka tidak dipotong, sebab rumah sewa mom ni di atas tanah lot.
Dia ikut keseluruhan. Means kalau rumah no 1 tak bayar but rumah no 2 bayar, dari segi per lot, diconsider berbayar walaupun alahai cenonit sebulan.

So, untuk memudahkan segalanya, bagi jelah Ayu bayarkan bills online.
Sap sap soi. Settle.

Tetapi, setiap kali mengutip sewa macam-macam drama pulak yang timbul.
Bil hilang anak buat main.
Bil basah terkoyak berkecai sebab kena hujan.
Saya tak tau bill bulan ni dah wujud ke belum... (sedangkan rumah sebelah dah ada bill)
Pffttt...

So, we decided to put a post box khas untuk utility bills di dinding rumah.
Jadinya, orang bills pun tak pening nak selit-selit bill dekat pintu masing-masing.\
Dia masukkan je ke dalam post box tersebut.


Konon nak mudahkan kerja.
Saya pun gigih lah beli paku semua siap-siap.
(Orang perempuan beli barang bertukang...beginilah...)

Sekali bukan paku dinding daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Nasib kedai hardware sangat lah berdekatan.
Hiks.


Yay!

Kalau beli post box warna merah, sila make sure pakai baju merah untuk bertukang ye.
Wah!

Selesai semua, orang tu dah angkat-angkat kening tanya.. "apa upah pasang post box ni?"
La... nak upah ker? Ingatkan kerja amal...
Yelah yelah.. Kang susah lak nak bertukang lagi...

Sambil senyum-senyum saya pun bertanya.. "Nak lepak mana? Jom lah..on me.."

Dengan lajunya... "Bubba Gump Sunway eh? Nak makan ice cream..."
Ya Allah! Urut dada dapat orang bertukang mintak upah ice cream Bubba Gump.



Nah! Amik ko!
Makan puas-puas ni upah bertukang for setahun.


Love,
Ayu


#justsharing




self motivation. :)


Source: Google image

Love, Ayu

Thursday, April 18, 2013

Siapa ada kucing PUT YOUR HANDS UP!!

Hehe... Siapa ada binatang peliharaan PUT YOUR HANDS UP!!!
Kenapa?
Sebab kamu orang sebenarnya golongan yang sangat bertuaaaahhhh... *sambil kelip2 buat muka comel*

Ni Ayu nak share 10 sebab anda perlukan binatang peliharaan.
Jangan memain.. 10 ok.. bukan sikit anak.. SEPULUH ok... :)

1. LEBIH BANYAK BERGERAK
Kajian menyatakan, dengan mempunyai binatang peliharaan, dapat membuatkan kita lebih aktif bergerak dan dapat mencegah bertambahnya berat badan.
Means, bersenam dalam keterpaksaan gitu. Yelah, katakanlah kita bela kucing, but kita tak bagi kucing kita masuk dalam rumah.. kucing itu hanya boleh lepak kat luar sahaja,... contohnya kucing dibawah ini..


namanya Ralph.

Dia ni, memang family Ayu bagi lepak diluar sahaja. Selalu dia ok.. tapi ada musim2 dia sangat playful, dia akan menyorok dan bila kita bukak pintu entah dari mana datangnya dia meluru masuk ke dalam rumah.

Bukan Ayu sorang.. habis dengan mom pun semua lintang pukang berlari mengejar dia.
Maka terbakarlah kalori kami sekeluarga tanpa sedar.
Hiks.


2. LEBIH BANYAK KETAWA
Bukan ketawa sengsorang please. Itu gila namanya.
But ketawa dengan gelagat dan tingkah laku binatang peliharaan kita lah..Jadinya, secara automatic dapat menghilangkan stress dan dapat mendorong kita melakukan perkara-perkara yang menyenangkan.

Memang diakui lah. Saya stress, saya memang cari kucing saya.



3. MENGAWAL KEMARAHAN
Ketika korang sedang membelai atau bermain dengan binatang peliharaan kita kan, badan kita secara naturalnya akan mengeluarkan hormon oksitosin iaitu sejenis hormon yang mengurangkan stress.
Oleh sebab itulah, semasa bermain dengan binatang peliharaan kita, kita rasa lebih happy.

4. TIDAK LAGI KESEPIAN
Ada kajian dari Saint Louis University, orang yang mempunyai binatang peliharaan ni, sangat jarang merasa sepi. Percaya atau tidak, ini adalah kerana haiwan kesayangan ini boleh memberi dorongan secara sosial kepada tuannya.

5. ERATKAN HUBUNGAN SOSIAL
Alan Antin, seorang pakar psikologi dan kepimpinan The American Psychological Association ada berkata... haiwan peliharaan boleh mengeratkan hubungan di luar linkungan kita.

Contohnya, now kan kita ada sangat banyak social networks kan? So, kalau kita bela kucing, kita boleh like pages yang perihal kucing ni. Jadi from there, secara tidak langsung kita dapat kawan baru selain dapat information mengenai kucing daripada pemilik kucing lain yang mempunyai minat yang sama.

6. HIDUP LEBIH BAIK
Ini Ayu tak ada contoh. Tetapi berdasarkan penelitian dari Coronary Care Unit, mereka yang memelihara binatang peliharaan mempunyai tingkat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang berbanding mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

WOW!

7. SAYANGI DIRI SENDIRI
Dengan haiwan peliharaan ni, kita menjadi diri kita. Sebab apa? How can your cat judge you kan? Bila kita nak bermanja, dia lebih lagi extra manja sampai kita geram nak cubit-cubit dia.

Secara tidak langsung, kita rasa di appreciated dan sekali gus.. kita memupuk diri lebih positive dengan masyarakat sekeliling. Kita lebih penyayang, caring... manjaaaaaa.....


8. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Haiwan peliharaan ini sebenarnya membawa pengaruh menenangkan. Yes, mungkin ada yang kurang bersetuju dengan fakta ini.. Sebab ada manusia yang stress dengan haiwan peliharaan ini..
Tapi, dalam stress itu, cuba renungkan..kita sebenarnya lebih tenang compare sebelumnya.

Kan amalan pembela anjing akan bawak anjing mereka berjalan-jalan kan? Amalan ini bagus actually.. sebab in a way.. kita pun sama berjalan menghirup angin luar...

9. MEMBAKAR KALORI
Cuci kandang, cuci tempat najis.. menyapu mengemop rumah, ketuk-ketuk kusyen etcs...
Semuanya aktiviti pembakaran kalori yang berjaya.

Seseorang yang berjalan dengan anjing peliharaannya dapat meningkatkan kelajuan berjalan sebanyak 28% berbanding hanya 4% ketika berjalan santai bersama kawan-kawan.

Uiiihh.. patut la dulu kecik sikit dari sekarang. #alasan #kbye

10. TINGKAT IMUNITI ANAK
Seorang penyelidik kesihatan psikologi dari Universiti Warwick berkata, haiwan peliharaan boleh membanti meningkatkan imuniti kanak-kanak kerana jika rumah terlalu bersih, ia boleh menghalang sistem pertahanan anak-anak dari membini imuniti lain seperti habuk, kotoran dan haiwan.

But that doesn't mean perlu menjadi pengotor ye. Maksudnya exposure. Naturallnya. Bukan biar kotor tak boleh blah.

Above all, banyak perkara yang perlu kita ambil kira if nak bela haiwa peliharaan ni. Jangan sampai menganiaya diri kita dan juga haiwan itu. (",)

* sumber dari Majalah RAPI 15 April 2013
* gambar adalah hak terpelihara persendirian. Kucing-kucing yang dipaparkan adalah Abu, Ralph and Tommy. Kesemuanya kepunyaan MSN, myself dan my cousin.

Love, Ayu

TIPS: Kenderaan Awam - TEKSI

Wah kemain tajuk nak bagi tips konon. Actually I don't what is the correct term to use here. Takkan lah nak type Peraturan Menaiki Teksi... eh eh eh.. owner baru Public Cab kah anda?

....... and it is also not a complaint ke apa. Cuma sekadar few points yang dapat Ayu learn and relearn sepanjang hampir 7 bulan sebagai penumpang taxi tegar.

1. Beratur

Yes, as simple as beratur.
Ye, saya tahu dan sedar, yang beratur itu mungkin seorang pemilik syarikat, mungkin seorang CEO, mungkin seorang yang berpengaruh di pejabat atau juga mungkin seorang warga emas yang ingin ke hospital untuk rawatan susulan.

Jadi, selfish dengan cut queue is definitely NOT an option.

Contohnya dia LRT Station Ampang Park. Setiap pagi akan ada a few lines orang beratur. But, bukan di taxi stand. Samaada jauh sikit atau jauh banyak from the taxi stand. Tetapi, kerusi di taxi stand penuh dengan manusia yang menumpang duduk menunggu kenderaan masing-masing sampai. But again, pointnya disini, betul-betul di taxi stand itu, tiada orang yang beratur.

Kalau first timer, mungkin akan confuse sedikit. So, sebagai rakyat Malaysia yang penuh adat, tidak menjadi kesalahan kalau kita bertanya. "Excuse me, tumpang tanya, ni beratur untuk cab ke?"
Senang je kan? Berpeluh pun tidak.

But instead of doing that, kita join the line lepas tu, bila nampak orang lain selamba naik taxi dekat the taxi stand we go attack and marah-marah sebab kita salah beratur and dah lama menunggu.
Seriusly? Bukan salah orang lain wei.. 100% salah you sendiri.


2. Masuk taxi dulu atau tanya destinasi dulu?

Selalu korang buat yang mana dulu? Macam Ayu, it depends on where I tahan taxi tu.

Kalau dekat taxi stand yang memang beratur dan cab pun berjela dia belakang, I will assume cab-cab itu semua sanggup ke mana sahaja. Ikut rezeki masing-masing lah kan?
So, masuk and beritahu destinasi.

Lain lah kalau kita tahan taxi di tempat biasa. Tepi jalan misalnya. Of course, kita akan tahan taxi dan bertanya dahulu, kemudian baru masuk.

Tetapi, secara amnya, Ayu berpendapat, semua pemandu taxi perlu membawa ke mana sahaja yang penumpang inginkan. Kerana, penumpang akan bayar mengikut meter. It is a fair treatment. You give your service, the customer will pay accordingly.

If you memilih tempat atau takutkan traffic jam, the very first place, jangan bawak taxi. Sebab taxi ialah kenderaan darat bukan kenderaan udara jadi confirm akan tempuh traffic jam. Kalau tidak, jangan berhenti jika ada yang tahan.

Kalau orang tu ada alternative lain, awak rasa dia nak berdiri di tepi jalan dan sibuk-sibuk melambai menunggu taxi? Of course NOT.


3. Sediakan wang kecil atau secukupnya

Seriusly wahai penumpang taxi... Janganlah melampau gunakan taxi sebagai tempat pertukaran wang kecil anda.

That trip cost RM5.60 and you bagi RM50?
Pakai akal sikit please.

Kalau orang tengah beratur tunggu awak keluar cab, boleh longgar lutut ,menunggu pak cik cab mengorek serata poket mencari baki untuk diberi.

Kalau memang tiada sumber lain.... nasib kau la nak.




Sekian sahaja ceramah taxi kita.
Hehe.


Love, Ayu

Wednesday, April 17, 2013

A prayer for a dear friend...


Ayu tak tahu macam mana nak start menaip.
I am lost of words.

Malam Ahad lepas, just like the normal nights, I will be browsing FB and etcs for updates and communication. Despite of macam macam agenda buruk yang semua gunakan dan assume dan buat negative conclusion about FB, FB to me menyatukan silaturrahim saya dan my circle.
Salah satu berita yang diinform melalui private group my schoolmates ialah, berita mengenai our dear friend Masita.

Way back....Masita is not only my secondary schoolmate, but she is also one of my childhood friend...
Masita dibesarkan sepenuhnya oleh her late grandmother which she addresses as 'Mak'. Orang kata, Masita dilahirkan berganti nyawa dengan arwah ibunya. Kerana dia anak sulong dan bapanya tiada pengalaman menjaga anak, neneknya yang mengambil alih tugas membesarkan Masita.
Rumah Masita pun tak jauh mana from my house. All my family pun kenal dengan Masita sekeluarga. Jiran tetangga dulu dan sekarang teramat banyak bezanya.
Back to cerita Masita.

One of her cousin, ada inform one of our classmate yang Masita is now hospitalised and keadaan dia agak critical. Bila ditanya Masita sakit apa... jawabnya, doktor belum detect Masita sakit apa, tapi yang pasti, sekarang ni, ada kuman di otaknya. Berdasarkan keputusan ujian darah terkini.
Kami semua sehingga tengah malam dari FB group bawa ke WhatsApp group bercerita dan berkongsi information.


Sejak berkahwin, Masita pindah pun tidak jauh dari kawasan rumah Ayu dan dia sendiri bekerja sebagai pembantu di klinik berhampiran. Setiap pagi dia hanya berjalan kaki ke tempat kerjanya itu. Selalunya, hanya lambaian senyuman je sempat kami sama sama hulurkan jika terserempak. Ada la sekali sekala, waktu lampu traffic light merah, Ayu sempat bertanya khabar dan pelawa dia untuk dihantar ke klinik.
The jovial Masita. Now, terbaring lesu.

Semalam, waktu lunch, Ayu pergi melawat dia.
Tidur.
Sesekali dia meracau. Tangannya kiri kanan dah lebam kena cucuk sana sini. Demamnya turun naik tak menentu.
Ada disisi, suaminya.

Masih tersenyum ketika melihat kami, rakan rakan isterinya datang melawat.
Menurut suaminya, Masita selalu mengadu sakit kepala. Mereka dah ke klinik, dah ke PPUM dan Masita dah pun pernah warded di Kelana Jaya Medical Centre namun, tiada apa yang dikesan. Kebah demamnya, surut sakit kepalanya, dia dibenarkan pulang.
Bila balik rumah, perkara yang sama occur lagi. Family menyarankan Masita cuba berubat rawatan alternative.
Juga tiada perubahan.

Sehinggalah Sabtu lepas (13 April 2013), dia dimasukkan ke emergency Hospital Ampang.
Keputusan darahnya mengejutkan suami dan keluarganya. Dan tindakan biasa untuk bunuh kuman, a high dosage of antibiotic given to her.

Sebab itu, dia lebih banyak tidur, meracau, shivering.... etcs.

Sejurus Ayu pulang ke office, 3 of our classmates menyusul melawat. Kebetulan doktor pakar yang merawat Masita ada sama. Dia menjelaskan yang kuman di otak Masita terlalu banyak. Kuman dan air di kepala. That's the exact words.

Rawatan? Doktor mensarankan ubat yang digunakan untuk merawat TB digunakan for Masita. Namun, ubat ini ada kesan sampingannya... kepada sesetengah orang.

Kami hanya mampu terdiam sejurus mendengar berita ini. Sepasang anak anak Masita dah terlalu merindui dia. Suami dia sendiri berkata yang sulong asyik menyebut nama ibunya. Apalah anak kecil berumur 5 tahun dan adiknya yang 11 bulan tahu apa yang sedang ditanggung ibunya.

Keputusan dan risiko yang perlu dibuat oleh si suami.

Jadi disini, Ayu harapkan sedikit simpati dari semua yang membaca.... tolong doakan kawan saya, Masita Mahat. Semoga Allah memudahkan perjalanan dia.
Amin.

AUTO PUBLISHED on Tuesday, 16 April 2013, 11pm, PUBLISHED on Wednesday, 17 April 2013, 8:38am.
EDITED Wednesday, 17 April 2013, 8:41am -
Masita telah dimasukkan ke ICU jam 1 pagi tadi. Ya Allah dengarlah rintihan kami semua. Amin.

Friday, April 5, 2013

Haih la petrol..


Ini adalah cerita lawak Sabtu yang lalu.

Weekends usually is the only two days in a week where I have the time to spent with my family and/or myself.

But most of the time, it will be filled with mom scheduled. (Because mom on the other hand, weekends is the only two days in a week where she got to go out and enjoy life)
Every Saturday morning after Subuh prayer, I will go to mom's room and ask her the timetable. (Just because I need to see the possibility of me having some nap in between. Haha)

So last Saturday morning our first journey begins just behind our house. A simple grocery do, home made chili sauce pick up and sending some stuff to beloved Mak Tun.

Since that I only drive during weekends (with mom by my side of course) so I told mom that, I want to fill in petrol first then only proceed with the above.

Mom answered.. "Alah, belakang tu je, lepas minyak tu.. Balik semua tu karang kita singgah isi minyak..."
Ok mom.
T_____T



Chili sauce.
CHECKED!
Groceries.....
.................Just about 50 metre away.....
.... And the car stopped.

Mom : Eh kenapa ni?
Me: Errrrr... Petrol? (While putting the car in neutral mode and slowly move it to the side road..phewww)
Mom: La.. Ye ker?? Selalu tak pulak dia macam ni.. Selalu dia mesti bagi can kita jalan-jalan sikit dulu.
Me: (tak tau nak senyum ke nak menangis)
Since the grocery shop is not that far and its indeed just our neighborhood area... me and mom walked to the shop and beside the shop is actually our regular workshop.
....But the owner is not there yet.

I was just about to walk to the nearest petrol station (which is not that near after all) , when my dear Uncle Willy (the workshop owner) arrive...

Uncle: Hey! Apa pasal lu orang parking kereta jauh-jauh? Mau exercise ka?
Me: Uncle, tolong boleh? Petrol habis...
Mom: Saya ingat nanti baru mau isi.. Belum sampai kedai sudah mati enjin.
Uncle: (Laughing non stop) ... Ok ok.. You tunggu aaaa saya settle. Haiya! Ini macam pun boleh.
Me & Mom: (muka redha kena gelak)

Moral of the story:
Parents sometimes needs to listen to their children as well.
*flips tudung*

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.















Monday, March 4, 2013

Innalillah...


Exactly 3 weekends ago...
Our CNY trip from Kemaman to Changkat Jering...
Exactly 3 weekends ago, I had a chance to spent time with my beloved family at Changkat Jering, Taiping.
Exactly 3 weekends ago, I introduce MSN to my step grandmother...

Who would have thought, that's the last time we met her.

The following weekend, we were informed that she fell down during gardening, her morning routine.
Genap a week after, she's home... But bed ridden.

Since we just come back, we had a lot of agenda scheduled for both weekends. We planned to pay her a visit next weekend...

This afternoon at about 130pm, my uncle called to inform us that she's gone forever.

Now, I don't have a grandmother anymore.
I've been blessed with two grandmothers since born. My late grandfater had two wives and 5 children.

My two grandmoms never fought with each other.
Which is why, my mom and all her siblings are very close.

03.03.2013
Al-Fatihah to RAJA SEHAN BINTI RAJA SULAIMAN.
May Allah bless her soul.
Amin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 1, 2013

Jangan pandang remeh

Apa tu?

Itulah rupanya bila pintu lift dibuka.
Apa kena mengena dengan subject?

Ayu just nak pesan, jangan pandang remeh and sambil lewa bila lalu mana2 lift.

My friend pernah terjatuh kunci keretanya dan selamba kunci tu masuk terus dalam lubang tu.

And yes, terus sampai bawah.

And dia bukanlah orang yang lalai ye. Benda nak jadi, maka jadilah.

Cuma just nak cakap.. Marilah kita semua berhati2 tak kira dimana sahaja kita berada.

Happy weekends u all!!!
Stay safe.

XOXO

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.