dekat Jalan Bersatu, Seksyen 13, PJ... ade MPH Warehouse sale.. from 28th Apr hari tu sampai la 3rd May hari tu jugak. :)
dari sehari ke sehari kami dok plan nak bawak bothDs there.sis la yang paling excited. yelah, bila warehouse ni, banyak la good editainment books yang memang cut off price sampai hampir 70%!
masa kami sampai tu, tengah ada happy hour for cooking books. tu nampak betapa ramai manusia berpusu nak grab those books?
drop down price ada yang sampai RM5 sahaja tau! untung kan?
kalau tak silap, ni section pre-school. kat sini, banyak jugak la yang sis grab for her children.
books pulak yang disney themes... so, good books with great offer. couldnt resist kan?
lupa pulak nak cerita, kami bukan pergi kami sahaja tau.. two of my cousin sisters pun tag along jugak. in total, 5 adults and 5 kids. dah la dalam tu memang padat manusia.. kena pulak budak berlima tu ada.. GAMAT!
rasa seronok bila ramai betul malaysian yang rajin pergi warehouse yang begini. maknanya even though kita dah maju and leka dek teknologi yang pesat, we still go back to basics.. READING. :)
reading a physical book.
lama tak lama jugak la kami di sini.
bayar pun kena la take turn gitu.
kalau tak, mau gamat dengan budak nya.. dengan buku nya.. heh!
so, while taking turns, budak2 ni duduk setempat.
asalnya, semua berdiri.
sampai la bigD tak larat sangat, dia start squad down. sekali habis semua join.
and i thought the pose was to cute to be missed.
so apa lagik.. bawak kuar cam and ask them to smile for the camera.:)
thats bothDs with their 2nd cousin.
nenek2 mereka adalah adik beradik. (mom & Aunt1)
clockwise: Syabil, Syaddad, bigD and lilD. sorang lagi Inaya tak larat.. dia tak join squad down.. dia dah declare dukung dah.. hiihhi..
yer.. itu adalah hasil rembatan ayu.
aim ayu memang nak cari light entertainment.
saje nak kasi destress skets.
tak nak la yang berat2 tebal2 tu semua.
semua tu ayu dah selamat bungkus cun cun letak lam wardrobe paling ataaassss sekali. :)
nampak itu semua Charmed series?
my favvy tu..
i love Charmed the TV series and also addicted to the book series.
my fav character is Phoebe acted by Alyssa Milano.
owh.. she's super hot!
so, now my collection dah bertambah.
dulu, beli main pilih2 the best episodes jer.. sebab satu buku tu is around RM25 gak la..
and guess how much it is masa warehouse sale ni?
RM 3!!!!!!!!!!!
maunya tak pikir dah kan.
rembat bersih sapu licin ko.. :)
nyesal gak la tak pegi awal2... kalau tak mau macam2 series lagik ayu rembat..
kisahnya macam ni... kami, a few people la kat office ni (variance department & division) dah lama tak berkumpul buat makan2. once in a while, memang we all akan buat makan2 potluck ker gitu la... saje nak destress from work and saje seronok2 la...
yelah, kadang2 time lunch bukan nak dapat berkumpul dengan orang2 yang sama kan. ada yang keluar dengan orang ni. ada yang keluar dengan orang nun. so, kalau buat gini, dapat la jugak maintain silaturrahim tu...
tapi, kali ni berbeza skets. sebabnya, semua dah rindu dengan laksa terengganu specialty si Ham. Ham ni my colleague merangkap geng ronggeng and merangkap geng bandung ku. Ham memang anak jati kelahiran Terengganu. so, memang dia lah yang mengajar kami semua makan laksa terengganu ni.
yelah majoriti kami ni semua asal from utara. jadi laksa penang and apa2 yang seangkatan dengannya, kami reti la makan.
tu dia... kenapa projek ni projek rahsia? sebab kami curi2 buat discussion room as our makan2 port.
but, tak leh lama nak sorok... kuah laksa tu bau punya lah semerbak habis semua yang lalu lalang dok tertanya2 dari mana datangnya bau yang sedap tu.. kah kah kah...
discussion room ni, agak tersorok. so, pintu pun tutup. so, memang dengar la orang2 yang luar tu dok bertanya sesama derang.. kami yang kat dalam tu? dok diam sudah la... kah kah kah..
kami tong tong ramai2 pakat kumpul duit segala and serah segalanya to ham. bukan tak offer nak tolong dia apa2.. but, dia lebih comfy buat semuanya sendiri...
ham macam ayu la.. ayu pun tak reti nak bahagi2 tugas.. tambah kalau benda tu, memang asal from us.. buat je semua sampai habis.. settle! :)
and..ada pulak yang tambah beli aiskrim ni dengan roti as desert.... ha ko... termonyeh la makan lunch tu...
tapi ayu layan laksa jer.. tak leh masuk la wei banyak2... mau terkeluar balik lak kang.. isk..
seronok tau bila dah berkumpul macam ni.
very the nice.
ayu ni memang suka dengan suasana bising2 kot.
the more, the merrier lah.
lagi ramai lagi meriah la rasanya.
makan rebut2... update cerita sana sini...
owh..heaven.
ni lah bahana adik badik dua orang jer.. sangat teruja and seronok bila dapat ramai2 gini. hiks..
tu dia.. tak cukup kerusi.. duduk bersila kami kat carpet..
terbaik la...
rasa macam makan kat rumah pun ade...
masa ni la macam2 update dapat...
segala jenis topik la keluar...
perihal artis, AF, OIAM, office affairs.. memacam lagik la...
and we end up the session satisfied with the food and great company.
so next? siapa lagi nak masak?
:)
p/s: korang penah makan tak laksa terengganu ni? sedap ooooiii....
yes! that is RedMummy from RedMummy.Com!!!! after months of waiting, akhirnya keluar jugak ad ni...
siapa kata blogging is not a job? siapa kata dengan blogging tak boleh cari makan? Kak Red has prove it all....
makin berkembang pesat portfolio blogging redmummy nampaknya ni.. to add on her current porfolio (duta SIY, duta makeup, duta kasut, duta kaler merah, duta handbags, duta shopping and segala macam duta lagik...), ni dah jadi blogger model lak.. peerrgghh......
i like this pose.
rambut pun nampak cantik je tersusun...
actually kan, kak red ada hint hint kan kat lam blog merah dia tu pasal ni. but, due to certain factors, she couldn't reveal both magz that she's appearing in..
nak jadi cerita, while i was browsing tru this one mag kat KLCC the other day, terflip pulak la page ni..
gosok2 mata tiga empat kali jugak la.. then baru.. aha! confirm.. ini kak red.
nak tau mag apa? since kak red pun tak dibenarkan reveal lagi kan.. so, kalau korang nak tengok.. (yelah, takut2 ada yang kata propah lak kaann...)
sila ke kedai majalah terdekat and usha mag yang cover dia seperti ini... muahahahaaa....
ha! korang penah tengok tak spesis pokok pisang macam ni?
cantik kan???
jantung pisang dia kaler lilac ko....seo lah sweet kan?
ini memang sejenis pokok pisang tau. but, this type, orang guna untuk buat hiasan.
mostly, yang bela tanam pokok2 ini are all those nurseries yang khas jual pokok2 untuk tujuan landscaping, gitu.
kenapa ayu kata dia memang jenis spesis pokok pisang?
sebab... bukan je dia produce jantung pisang...dia berbuah jugak tau. tapi kecik2 comel je lah... tak leh dimakan pun.. leh tengok je... cantik comey cam plastic.. :P
sayangnya, ayu tak tau apa nama pokok ni. kalau sesapa tau, so srop me a comment, okie?
actually, my cousin yang bagi ni kat my mom. dia ada tanam kat rumah dia. and bila tanya kat dia, dia pun tak tau what is the official/scientific name pkok ni, boleh?
ni dah nak dekat musim cuti sekolah ni, memang kompem berpusu2 la orang mendirikan masjid, ek?
so anyways, last friday, hari labour day tu.. kami sefamily ada two wedding invites.
satu masa lunch (normal wedding hour) and satu lagi masa hi-tea and dua2 pun buat straight majlis lepas majlis akad nikah. :)
dedua pun just sama kawasan kejiranan jer.. but, bukanlah tahap yang boleh jalan kaki. kena la naik kereta gak. lain2 taman la gitu. but, very the dekat.
the first wedding yang we all pegi ni banyak sungguh hubung kaitnya.
1st, pengantin perempuan ni teacher kindy bigD & lilD. pastu, kakak pengantin perempuan is my friend since primary sampai la uni and her other sister is my niece best friends.
ha ko! pusing2..kat situ ler jugak....
yang paling excited is of course anak2 murid pengantin perempuan. kejap2 derang pegi tengok muka teacher nya...
yelah, budak kan? sure derang pelik tengok muka teacher nya yang tiba2 gorgeous ber makeup bagai kan... hehehe...
cantik both pengantin dengan baju kuning diraja tu. memang so sweet and meletops. very simple approach but yet stunning!
maybe, sebab kena dengan warna kulit and makeup ler tu.. memang naik sungguh seri pengantinnya lah...
lepas dah duduk makan, dah borak2 ngan our friends, dah bergamba dengan pengantin.. kami pun gerak la to the next wedding.
basically, jemputan yang we all jumpa at the first wedding ni, either just come back from the other wedding or sama2 baru nak pergi macam we all jugak. hahahaa... pusing2 pun, muka2 tu jugak, ek?
next wedding ni pulak.. is my school mate from primary to secondary. pastu, terpisah entah mana pegi ntah.. sekali leh jumpa balik sebab dia pernah couple dengan my best friend.
lets not go there, lah.. sebab dia pun dah kawin.. yes, dengan orang lain. :)
mungkin jodoh persahabatan kami panjang, masa ayu g haji pun back in 2005, kebetulan pengantin perempuan ni, pegi sekali... sangat seronok tau.. :)
since that this is the first wedding in her family. masyaAllah, orang adalah sangat super ramai. jenuh jugak kami dah fit in cari tempat duduk.
itu belum lagi masuk betapa merengeknya both Ds sebab kan panas yang tahap dewa!
pengantin memang sentiasa di kerumun lah.. memang tak dapat chance langsung nak bergamba etc etc.. just sempat salam and pass hadiah wish congrats jer..
sudahnya, bergamba je lah dengan yang bukan pengantin.
yes, thats Wardina Safiyyah. best friend to the pengantin and also my primary - secondary school mate. kebetulan, masa sis keje kat MediaPrima, ada few projects dia involve gak dengan Dina.. so, berkenalan lah jugak disitu.
Dina pun balik quite awal la that day. anak2 nya pun dah ngantuk grumpy segala. sama lah dengan kami.. tu lah leceh nya kalau bergerak dengan budak2 ni ek?
but i dont blame them.. cuaca sekarang memang menggigit kulit wei...
since tak dapat bergamba dengan pengantin, tunjuk her wedding favors je pun cukup la ek? sorang memang dapat dedua tu. satu isi chocs & candy and the other isi cuppies siap initial pengantin. :)
all in all, kami sefamily tak dinner langsung malam tu. yelah, rush pulak bersiap untuk g OIAM grand finals kan?
kenyang bawak ke malam.
to Amani & hubby and Kairin & hubby, congratulation.
may Allah always be with you guys in this new journey of life.
korang suka minum air suam or air kosong tak? ha??!!! tak suka??!!!!
tak boleh weii... kena suka jugak... walau macam mana pun...
nak tengok keadaan satu sudut kat dapur rumah ayu every morning tak??
tu dia....
inilah bekalan air untuk kami sekeluarga every morning.
bukan setakat sebotol sorang ye, kalau habis yang tu, wajib refill and minum lagi.
korang sure tau yang kita perlu minum atleast 8 gelas air sehari or 2 liter sehari kan?
fyi, formulae tu untuk orang yang beratnya tergolong dalam berat badan yang ideal.
orang underweight and overweight tak leh pakai tu...
untuk golongan yang berat tak berapa nak ideal, meh ayu nak share formulae macam mana korang nak tau berapa liter sehari yang korang perlukan untuk sehari.
ok, formulaenya gini, ek...
BERAT X 40
contoh:
Berat: 60kg
Jumlah pengambilan air sehari:
= 60 X 40
= 2,400 ml
= 2.4 L
ni untuk sehari tau.. jadi, tak la banyak sebenarnya...
penting tau minum air kosong ni.
ni ade some information pasal peratusan kandungan air yang diperlukan oleh organ2 utama dalam badan kita.
In medicine, body water is all of the water content of the human body. A significant fraction of the human body is water. Lean muscle tissue contains about 75% water by weight. Blood contains 95% water, body fat contains 14% water and bone has 22% water.Skin also contains much water.The human body is about 60% water in adult males and 55% in adult females.
so gang, rajin rajin la minum air kosong, ok?
start la slow slow.. nanti lama lama sure boleh ikut jumlah yang diperlukan oleh badan korang, ok?
yesterday, lepas solat maghrib, terus kami sefamily (myself, mom, sis, BIL, bigD & lilD) rushed to Stadium Malawati, Shah Alam untuk menyaksikan the grand finals of One In A Million (OIAM).
sis, got 10 VIP invites from her 8TVs friends. (*tak lah nak kata ex-colleague or colleague sebab derang ni memang kawan semengaji ... uhuhuhuh)
ok, that's my sis and her family. apa dia tengah buat tu? dia tengah explain to BIL and her two kids on the OIAM competition. just a note yer, only mom & sis jer yang follow OIAM nih.
so, everytime they discussed about this..and adore TOMOK.. i was like.. ler..biar betul mak & kakak aku nih. budak New Boyz tu yang di puji puji ni? (cakap dalam hati jer..mana leh komen kalau tak tengok..tak baik judge camtu..)
macam biasa, judge or pengkritik for the night is Syafinaz & Paul Moss. kenapa ayu kata pengkritik? sebab, for this grand finals, its 100% based on votes from the viewers/audience.
and..the crowd si super crazy!!!!
memang pecah tiga sama adil lah lam stadium tu. yang jerit Aweera.. yang jerit Tomok.. yang jerit Esther. peerrghhhhhh....
but, power and awesome lagik crowd masa we came for GangStarz yang One Nation Emcee menang tu.. terbaik wei.. ni ada sikit kureng lah..
at this point, ayu memang dah clear kan otak. memang aim nak tengok the 1st performance from them dulu, baru judge siapa my favvy. manalah tau, kot kot nak tolong2 undi.. wah!
even mom & sis bagai nak rak puji Tomok melambung tinggi, but i need to be fair lah kan. i love music. i love singing. so, i think, i want to make my own judgement.
*saya bukan professional yer.. setakat karok jamban.. JOM! :P
the event started with a very sweet, short and simple opening by the brass band, the top 12 featuring the the top 3.
seriusly, very very nice opening. orang pun tak rasa pelik & merepek with gimmic yang ntah apa2 segala. sempoi jer.. dah, settle. :)
masa ni, baru lah ayu ternganga nganga.. owh..amylia AF ada.. peeja Mentor ada... owwhh...
then, host yang ku nanti2 pun kuar..
kalau boleh undi, ku undi si Awal ni dah heh! oppss!! termerapu, sudah...
ok ok. so, set la diri nak tengok their first performances kan...
sekali, host nak announce the last elimination for the day. laa.. kekdahnya, 2 orang je ke yang bertanding malam ni? ok fine, tak pe. nampak gaya macam mana pun leh still tengok Tomok. supporters dia cam power jer..
sekali??!!!
Tomok was on the bottom??!!!!!!!
mom and sis dah ready nak ajak balik ok. derang kata, if Tomok tak perform, then, why are we here? ppeerrgghh.... kalau balik..tak ke habuk pun ayu tak leh nak judge kan? rupanya.. gimmick wei... gimmick...
ok fine, stay.
mom siap ready bawak kuar hp and soh ayu pegang kalau2 perlu tolong Tomok. see? see? ibuku ok... ibuku...
hai lah tomok.. what have u done???
lepas je derang announce kata yang derang bertiga ni akan berentap for finals, crowd dah kecoh balik dah. but, crowd baju kuning (Tomok's supporters) adalah senyap. semua tunduk and nampak cahaya2 jer.. mengundi ler tu... bagus bagus.. baru tau takut kan? tak yah jerit2.. yang penting undi.
siap pulak dapat tips wei.. ada cara nak undi ni. nak kasi undi pecah and nak bagi ada peluang menang even gap just around 0.002 % gitu kan.. kena buat gini.. (sekarang dah tak leh buat la kan.. tahun depan korang try, ek?)
contoh: A, B & C korang suka B. so, vote YES B and send. pastu, vote NO A and send. pastu YES B and send. pastu, NO C and send.
buat ulang2. so, harapan si B adalah boleh diharapkan. gitu.
show dimulakan dengan mamat from Perlis ni. nama dia Aweera.
mamat ni cita2 dia memang nak jadi rockstar!
ok, dari segi performance pulak. he definitely pandai main pentas la. dia tak lupa orang kiri kanan depan belakang. sangat tak duduk diam.
but, pitching agak kelam kelibut. and ada sebutan yang tak dengar. but again hey, dia nyanyi rock la.. tu sume tak berapa nak penting.
tapi, ni competition. so, penting la jugak kot.
do i like him? tak kot.. dia jerit la.. dia jerit yang tak sedap tu ha. ada orang jerit, jerit sedap tau. ni jerit tak menyengat.
buat peminat Aweera, sorry ek dengan review ni.. ini review adalah dari telinga ku. ampun ampun...
next, si Esther dari Sabah ni. dia punya baju... terkujat2 ayu masa tengok dia keluar.. hadoih la.. nevermind, shall not go there..
ok, suara minah ni memang best. sedap. memang boleh pergi jauh.
tapi, dia kena g cari sorang komposer and cikgu dulu and tentukan music jenis apa yang leh ketengah2 kan lagi suara dia. kita dah ada Siti Nurhaliza. kita dah ada Dayang Nurfaizah. kita tak perlu more of them. they're already the diamonds in our industry. Esther memang kena her voice and her own X factor.
so yes, i like her.
next, si tomok keluar. dia nyanyi lagu Aizat, Hanya Kau yang Mampu.
but.. in 5 seconds, ayu lupa macam mana Aizat nyanyi lagu nih. biar betul! ni ke mamat NewBoyz tu?
lain weii.... it's like a different person. suara dia matured. steady. and very very controlled.
bila dia keluar 2nd time, dia nyanyi lagu dia sendiri. baru half song, i can actually hummm along the song with him. mak aii... patutla mom & sis puji dia sungguh2..
and yes, i like him too....
masa show start, si Esther and Aweera lead.
pastu, pas Tomok masuk balik, si Aweera lead, pastu tengah2, Esther lead and Aweera lak last.. pastu mat mat rockers lam stadium muka dah ketat.. hadoih..
pastu, dekat2 lagi 9 minit gitu voting nak tutup si Tomok leads ko..
ehem ehem.. i vote dia you..
mom & sis tak yah cerita la... sis tak lepas langsung berry from tangan wei...
main resend jer melambak kali...
so, sementara the final counts dibuat, kami dihidangkan dengan performances from Bunkface and Ayu (OIAM - second season)
pastu, masa yang dinanti2 kan pun tiba...
masa nak umumkan.. berdebar gak wei..
mom & sis tak yah cerita la... muka stress jer... hahhhaa....
bila announced kata TOMOK wins.. mom & sis bersorak tak hengat!
and the crowd.. mak aaii... macam histeria!!!!
yang duduk dendiam is supporters Aweera & Esther.
seriusly, derang duduk diam and tak bergerak. tepuk tangan pun tidak.
uuii.. dahsyat wei... dahsyat...
but Tomok deserves it lah!
performance best.
semuanya best.
even Paul & Syafinaz pun favor dia.
to Tomok, congratulations dude!
lepas ni, sila lah gigih menjadi penyanyi / performer yang dihormati ok.
maintain the way you are...
and here's a clip on the winner!
p/s: pictures credits to mr google and and video from YouTube.
untuk semua yang sudah bekerja, selamat menyambut hari pekerja..
untuk yang belum bekerja.. u'll definitely love cuti2 macam ni and will definitely treasure it to destress later.. so, good luck. he3..
owh.. hari ni birthday my good friend kat office, KakNita.. happy birthday kak.. Ayu doakan yang terbaik untuk akak.. amin..
bercakap pasal birthday, birthday invitation si Wanie dah sampai.. insyaAllah ye dik.. tak de aral, umur panjang, sampai la akak.. thnks for inviting me.. :)
ok sudah.. short note jer ek? biasalah..kasi can nak cuti ek? aci kaaann??
sesapa yang biasa (ade ker?) masuk baca blog ayu ni kan.. mesti macam dah biasa baca pasal my babes kan? my best babes from school...
meh la nak cerita background la skets ek? we've been friends since form4.. that was back in 1994... so tup tap tup tap... dah 15 tahun la.. so, saper form3 angkat keyboard!!! ha.. tu la umurnya usia persahabatan kami...
well, i can say that i really treasure our friendship. with them, they will just tell me when i looked like real super huduh but they'll still hug me.. with them, ayu just tengok and buat muka sikit jer and derang dah definitely tau ayu suka or not sesuatu tu.. and same goes vise versa.. pendek kata, memang dah kenal betul la hati budi masing2..
but of course, kami tak penah la terlepas dari bergaduh ker..salah paham ker.. but, mesti ade yang amik role jadi neutraliser..(got such word, meh?)
kemana pegi dulu masa sekolah..memang wajib la berenam... siap ade nama gang... hahaha.. ngade kan? but, jangan tak tau..sampai hari ni we all still guna nama gang tu tau.. :) (nak tau apa nama tu ke? g je link tu hah.. u'll know.. sila buang perkataan STAY tu yer..)
as time flies... kami pun masing2 ade hala tuju masing2.. but sebulan sekali, kami akan amik peluang or cara untuk jumpa. tu tak termasuk ad-hoc.. kecuali dengan Ida.. dia ade sikit susah.. sebab, dari dulu lagi keje dia tak sama dengan orang...
ni lah Ida...
sweet kan bila dia senyum.. dia ni bekerja di awan biru... so, tu yang susah skets nak jumpa dia.. tambah lom kawin.. manjang cover orang tu la.. cover orang ni laaa..
takpe babe.. rezeki.. :)
anyways, hari tu, dia sangat down..
meh la ayu nak share sikit cerita Ida ni ek? nak mintak pandangan korang gak ni sebenarnya...
ceritanya macam ni.. Ida ni anak sulong from 3 beradik yang semuanya perempuan.. her parents memang jenis sempoi romantic segala la.. baru dalam 3-4 tahun lepas ni, derang semua pindah Seremban. masa tu, Ida keje dengan one of the TV station in KL and her 2nd sis tengah study kat Muar. tinggal lah her 3rd sis yang tengah sekolah with their parents. her dad jenis yang balik rumah for lunch.. hantar amik anak2 kehulu kehilir... kalau dulu, ngan kitaorang sekali pun bapak dia tarak hal bawak kesana sini... ahahhaa... her mom memang full time house wife..
tetapi... ha ni ade tetapi... kami dikejutkan dengan berita ni..
its been almost 3 weeks that her dad tak balik rumah. tak pegi keje. handphone dah tamat perkhidmatan. pegi report polis, polis kata tak de kes sebab takde apa nak dikaitkan dengan apa2 kes. pastu, g la usha2 dengan ustad2 ni.. katanya dia dengan warga seberang...cantik.. muda... and minah seberang dah bagi dia 'makan' sampai dia lupa dengan life dia. pegi balik wat report, 'mistik' is not a kes katanya...
since that gaji Ida lebih dari boleh nak support family dia.. she needs to move on. but, deep inside.. dia lagi rela stay in Seremban.
mana tak nya.. her mom. dah mula tak sihat. asyik blame herself about what had happen. asyik cari masa salah dia as a wife. lebih merisaukan, ade 'Ah Long; datang rumah cari her dad and dah start g ugut her 2nd sis yang keje kat seremban. sib baik la her 3rd sis dapat masuk asrama baru2 ni..
told her to bawak mak dia stay dengan dia kat KL ni hah... her 2nd sis boleh mintak transfer... but her mom tak nak.. kenapa tak nak? takut her dad balik nanti tak de sapa kat rumah...
kat sini, besides mintak pendapat.. ayu nak mintak cadangan kalau2 korang ade idea macam mana nak cari or bawak balik her dad ni.
just for the record, her dad eligible dh amik one third of his EPF this year. i can say that warga seberang itu ade motif.