Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

A prayer for a dear friend...


Ayu tak tahu macam mana nak start menaip.
I am lost of words.

Malam Ahad lepas, just like the normal nights, I will be browsing FB and etcs for updates and communication. Despite of macam macam agenda buruk yang semua gunakan dan assume dan buat negative conclusion about FB, FB to me menyatukan silaturrahim saya dan my circle.
Salah satu berita yang diinform melalui private group my schoolmates ialah, berita mengenai our dear friend Masita.

Way back....Masita is not only my secondary schoolmate, but she is also one of my childhood friend...
Masita dibesarkan sepenuhnya oleh her late grandmother which she addresses as 'Mak'. Orang kata, Masita dilahirkan berganti nyawa dengan arwah ibunya. Kerana dia anak sulong dan bapanya tiada pengalaman menjaga anak, neneknya yang mengambil alih tugas membesarkan Masita.
Rumah Masita pun tak jauh mana from my house. All my family pun kenal dengan Masita sekeluarga. Jiran tetangga dulu dan sekarang teramat banyak bezanya.
Back to cerita Masita.

One of her cousin, ada inform one of our classmate yang Masita is now hospitalised and keadaan dia agak critical. Bila ditanya Masita sakit apa... jawabnya, doktor belum detect Masita sakit apa, tapi yang pasti, sekarang ni, ada kuman di otaknya. Berdasarkan keputusan ujian darah terkini.
Kami semua sehingga tengah malam dari FB group bawa ke WhatsApp group bercerita dan berkongsi information.


Sejak berkahwin, Masita pindah pun tidak jauh dari kawasan rumah Ayu dan dia sendiri bekerja sebagai pembantu di klinik berhampiran. Setiap pagi dia hanya berjalan kaki ke tempat kerjanya itu. Selalunya, hanya lambaian senyuman je sempat kami sama sama hulurkan jika terserempak. Ada la sekali sekala, waktu lampu traffic light merah, Ayu sempat bertanya khabar dan pelawa dia untuk dihantar ke klinik.
The jovial Masita. Now, terbaring lesu.

Semalam, waktu lunch, Ayu pergi melawat dia.
Tidur.
Sesekali dia meracau. Tangannya kiri kanan dah lebam kena cucuk sana sini. Demamnya turun naik tak menentu.
Ada disisi, suaminya.

Masih tersenyum ketika melihat kami, rakan rakan isterinya datang melawat.
Menurut suaminya, Masita selalu mengadu sakit kepala. Mereka dah ke klinik, dah ke PPUM dan Masita dah pun pernah warded di Kelana Jaya Medical Centre namun, tiada apa yang dikesan. Kebah demamnya, surut sakit kepalanya, dia dibenarkan pulang.
Bila balik rumah, perkara yang sama occur lagi. Family menyarankan Masita cuba berubat rawatan alternative.
Juga tiada perubahan.

Sehinggalah Sabtu lepas (13 April 2013), dia dimasukkan ke emergency Hospital Ampang.
Keputusan darahnya mengejutkan suami dan keluarganya. Dan tindakan biasa untuk bunuh kuman, a high dosage of antibiotic given to her.

Sebab itu, dia lebih banyak tidur, meracau, shivering.... etcs.

Sejurus Ayu pulang ke office, 3 of our classmates menyusul melawat. Kebetulan doktor pakar yang merawat Masita ada sama. Dia menjelaskan yang kuman di otak Masita terlalu banyak. Kuman dan air di kepala. That's the exact words.

Rawatan? Doktor mensarankan ubat yang digunakan untuk merawat TB digunakan for Masita. Namun, ubat ini ada kesan sampingannya... kepada sesetengah orang.

Kami hanya mampu terdiam sejurus mendengar berita ini. Sepasang anak anak Masita dah terlalu merindui dia. Suami dia sendiri berkata yang sulong asyik menyebut nama ibunya. Apalah anak kecil berumur 5 tahun dan adiknya yang 11 bulan tahu apa yang sedang ditanggung ibunya.

Keputusan dan risiko yang perlu dibuat oleh si suami.

Jadi disini, Ayu harapkan sedikit simpati dari semua yang membaca.... tolong doakan kawan saya, Masita Mahat. Semoga Allah memudahkan perjalanan dia.
Amin.

AUTO PUBLISHED on Tuesday, 16 April 2013, 11pm, PUBLISHED on Wednesday, 17 April 2013, 8:38am.
EDITED Wednesday, 17 April 2013, 8:41am -
Masita telah dimasukkan ke ICU jam 1 pagi tadi. Ya Allah dengarlah rintihan kami semua. Amin.

Friday, February 10, 2012

2 weeks down with everything....


yes, darah.
hidung ayu sampai berdarah tak hengat. kahak also berdarah.
pergi clinic doctor segala ubat berkoyan... tak campur orang berkubang dalam bilik sahaja (kecuali with mak)... for almost 2 weeks.

memula sakit tekak.
lepas tu perit.
demam mula jengah.
hidung start sumbat.
badan mula sakit2.

stress.

ubat, ubat jugak...
ada one night tu i can't sleep at all.. batuk like hell.

so, let's go tradisional.
mari cari susu and madu.


madu. susu. mug. sudu plastik. dapur. periuk.

susu tu bukan kena HL.
Ayu gatal nak HL.
sebab HL je yang ada kat rumah... my dada sakit sesangat tak tahan... belasah aje.....

so, boil kan susu itu...
anggar la ikut mug itu....

agak2 dah mendidih sikit tu... angkat la letak dalam mug...


macam ayu yang sangat gagal dengan air panas, makanya saya didihkan dia light2 aje...
i will wait for hours nak bagi air suam untuk minum.

i respect people yang boleh telan air hangat2 berasap2.
lidah korang memang power...

so anyways... next, letak madu dalam dua sudu dalam susu tu tadi...


kacau2 and minummmmmmmmmmmmmmmmmm....

Alhamdulillah..... lena tidur malam tu. (",)


and since tekak melampau sakitnya...

my food hanya berkisar dengan sup.... sup... sup... yogurt.... and tu hah.. kurma.


mata berat je... makanya eye bag.. ya rabbi....

so conclusionnya, cuaca these days amatlah tak menentu...
jaga pemakanan korang and banyakkan minum air kosong...
jangan pemalas nak ulang alik pergi toilet....
bukan untuk orang lain pun... untuk diri sendiri jugak.

ok?
take care...


Blurbings By,




BannerFans.com

Sunday, September 12, 2010

Journal Ramadhan 1431H: Day 16 - 18

cerita raya KIV aaaa... lagipun orang semua cuti lagi kan? so saya better pulun kencang2 siapkan entry Ramadhan 2010 saya. :P
problem utamanya my picasa photo album adalah sudah penuh laaaa... that is why i'm facing a lot of problem lately uploading pictures in this blog.

or, is it a hint for me to just blog without pictures?
if that happens, ada tak lagi orang yang nak menebeng baca blog ni?
uuhhuhu... sobs.

so lets just finish of cerita Ramadhan ni dengan kadar sesegera yang mungkin lah ok?


16 Ramadhan

i started worried with my work. tarikh raya adalah sangat tak handsome. memang waktu kronik tu. die die.. :P

malas nak fikir lah. kerja ni sampai mati pun tak habis kan?
so anyways, hari ke-16 puasa ni, my nenek sedara ada buat majlis berbuka puasa kat madrasah nearby out house.



Alhamdulillah, ramai orang... moga2 makin bertambah lah rezeki nenek saudaraku itu. amiinn...

banyak2 hari, hari tu lah pulak jam dia masyaAllah.. ayu sampai rumah ngam2 7pm.. where mom dah stressfully waited for me and i had a super quick freshen up salin baju etcs and laju2 ke madrasah.
Alhamdulillah on time. but seriusly.. i was so exhausted.
but what to do, nama pun dah berjanji kan... uhuhuhu...



17 Ramadhan

this is indeed one of the day in Ramadhan yang I've been waiting for. Dalam setahun, everytime Ramadhan, I always look forward to buka puasa with my 'Reality' babes, my IIU babes, few other close friends and also certain close family members.

So, 17th Ramadhan, adalah turn my 'Reality' babes.


ha! kad raya!

yes.. bila buka puasa dengan my babes, its a tradition untuk kami bertukar2 kad raya. its been ages dah.. memang inilah amalannya...
dari kami mula berkawan baik & rapat since 1994 sampai la sekarang... kami semua masih bertukar2 kad raya...

siap dengan ucapan ok. tak main yang sign2 kosong ni. haaaaa....


Masa ni, nuzul quran. and all my babes adalah bekerja di Selangor. makanya mereka adalah bercuti ok. owh dan saya yang lahir, besar dan educate kat Selangor ni, boleh pulak berkerja kat KL. aduhai!

Since that we decide to have our iftar kat Shah Alam nuuunnn kat Ifa's home, gagah jugak nak mengejar time so that i will reach there in time.



Alhamdulillah,timing sampai agak perfect la.. sempat la lagi nak lepak2 borak2 and tolong2 apa2 patut... even saaangggaaatt light.
aternya, saya yang paling last sampai kan.
uhuks...



and tahun ni pulak si tuan rumah si shifa came out wit an idea nak kami semua layan macam lucky draw kuih raya. so, sorang bawak kuih raya, and later cabut undi tengok dapat kuih raya siapa. gitu.

yelah,kalau exchange dah tak boleh bawak sebalang je kan? uhuhu....

sayangnya, kami yang berenam ni, akhirnya end up berempat sahaja. Farezah lepak wad sebab lil Zara was admitted due to high fever and Ida was called for duty last minute around 4pm gitu. :(
tak de rezeki.. apa boleh buat?

nasib lah kami jenis yang the show must go on kindda person. so, have fun tetap have fun, tanpa melupakan yang lagi dua orang tu.
:)



18th Ramadhan




I planned to berkemas rumah tak hengat dunia la konon.
When suddenly mom received a call from my cousin informing about her husband yang admitted and que for an op immediately few days later.



apa pun, alhamdulillah, segalanya lancar..

he is recovering. hope terus terusan recover... insyaAllah...
dugaan Ramadhan menandakan Allah sayang sangat dengan kita, kan?



Blurbings By,




BannerFans.com

Friday, April 23, 2010

Chocs & melawat...

Sebelum Ayu start dengan entry di pagi hari Jumaat yang mulia ni, I would like to tkae this opportunity to wish one of my babe, Mas a very happy birthday.
Mas, may Allah bless you & ur family with the best..not only today but all the year through..amin.
(nanti aku balik kita celebrate, ok?)

balik manakah???
saya tiada di KL la weekend ni.
uhhuhuuh...


so anyways, nak cerita pasal chocolate kan?
NO.. bukan ayu dah praktikkan buat chocs..itu not yet.. itu project bulan may. :)
ni ha.. my colleague baru balik bercuti.. cuti-cuti Malaysia katanya..


maka dilimpah ruahkan lah kami2 di office ni dengan chocolate pelbagai rupa dan rasa..
ayu macam biasa la.. bawak balik, bagi my bothDs and sambil2 rasa la segigit dua..

beli saya rajin.. part makan chocolate ni.. belum lagi.
kalau orang sua, makan la.. tak baik tau.. kena la jaga jugak maruah orang..
yelah, ayu ni sensitif.. jadi ayu selalu bayangkan kalau orang buat ayu..apakah perasaan ku??? gitu.
(emo emo.. pepagi. hiks)

bukan apa, saja la nak share kan...
terasa diri ini hina la kan...
masa my birthday last two years, saya bagai nak rak order cuppies and saja la bagi bagi merata.. sekali kan, ada sorang makhluk ni kan..buang dalam tong gitu je..
kalau tak nak, cakap la tak nak..atleast i can give that portion to someone else.
very tttthheeeeeeee...
:(


ah lantak la dia!
nyampah..

tu cerita colleague yang baru balik bercuti..
ni pulak cerita colleague yang baru kuar hospital..

gambar pesakit adalah tiada.
:)

kami ni dah la tak sempat nak visit dia kat hospital..takkan lah dia kat rumah pun tak boleh nak jengah kan?
sekadar memberi sokongan moral gitu.

as of today, alhamdulillah, kawan kami itu dah beransur pulih..syukur sangat.. however ada banyak lagi treatment yang dia kena go through..but insyaAllah, semuanya akan ok..

happy weekend korang!
kita bersiaran dari luar KL lepas ni, ok?
;)




Blurbings By,




BannerFans.com

Thursday, April 1, 2010

Sebeban ubat...

salah satu sebab punca saya agak ting tong adalah keraaanaaaa...
ibu saya adalah kurang sihat.
(as i type this, insyaAllah & Alhamdulillah she's getting better)


bermula dengan demam secara tiba2...
serius.. tak de apa2 pun tanda2 nak demam.. tau2 mom demam.
demam stock mengetar gitu. once demam dah ada, datang la kawan2 dia like batuk & selsema.

bila dah makan ubat segala.. she's ok. Alhamdulillah..

But, sehari je dia baik.
the very next day, lepas breakfast, dia sakit perut pulak. berulang2 alik to toilet like 11-15 kali.. nak kata dehydrate tak la kot.. sebab we all adalah amik certain langkah2 yang doc ajar. sampai tahap doc datang rumah... tengok dia semua...

and, even one night tu, family BIL's sister (abang ipar my BIL and his niece is a doctor) datang check her jugak..
(thanks so much!)

and now, I can say..Alhamdulillah.. mom dah ok. but she is still weak. yang penting she is currently recovering from kepenatan melampau berulang alik toilet dalam kadar melampau banyaknya...

so people, cuaca tak menentu.. sila jaga diri baik2 ye..

and to those yang doakan ibu saya masa ayu letak kat status FB last week.. THANK YOU!
:)



Blurbings By,




BannerFans.com

Thursday, March 11, 2010

Sian tau...

sian siapa?
ada la.... meh continue baca meh..
:P

sebelum kita ke cerita kesian ni.. meh nak cerita pasal orang yang baru pulang dari kampung mertua ni...

ni budak ni.. bercuti sakan tak hengat dunia sampai dua minggu ok.. balik nnuunnnn ke east malaysia. aternya, kawin dengan orang sana..balik jarang2..sekali balik..tak nak balik sini okeh.
sabar je laaaaa....

hehehe.. actually, ayu ada sedikit urusan rasmi dekat Shah Alam, tu yang menyinggah jumpa minah ni sekejap. dia kan kerja kat sana..
and another kebetulan pulak..ha...ni lah cerita kesian tu..
anak Shifa, si Armand masuk hospital sebab demam panas...


kesian sangat kalau dengar cerita shifa pasal armand. badan dia jadi panas sampai dia menggigil. shifa dah risau takut kena sawan je...

yelah, demam panas ni, bukan something yang kita boleh buat main. dah la sebelum kena admit tu, doctor dah start bagi armand ubat yang letak kat von tu.. ubat tu kan ke hanya akan dibagi kalau demam terlalu panas, kan?

shifa kata, masa sampai hospital, doc terus mandikan armand dengan ais.. kesian nya the lil boy..
:(
ayu sedih pulak dengar cerita shifa.. yelah, armand that i know is very active.. tetiba sekali sakit sampai macam ni...



he was so restless duduk dalam bilik tu and sangat phobia everytime nampak nurses lalu or keluar masuk bilik.
the only thing yang dia suka is this wheel chair..
kalau dia merengek resah ke apa.. tu la modal shifa..

pinjam wheel chair.. bawak dia naik and jalan2.. bukan stroller ye.. specific.. kena wheel chair..
;)
demam2 pun.. comey budak ni!
hahaha...

ada lagi satu yang boleh kurang kan keresahan dia...


dat ride!!

patutnya tu untuk bawak pesakit or pelawat nak ke parking yang jauh etc etc.. but since armand enjoy the ride and petugas tu pun dah biasa dengan armand.. di bawak nya jugak seround dua...
and he was so happy with the ride..

kesian dia.
i think mesti dia ingat dia dah boleh keluar..sebab tu dia excited.. but bila dah selesai,shifa bawak dia balik naik ward.. owh! the drama begins again..

but as this entry is out..alhamdulillah, armand dah discharge and segalanya stabil la.. cuma shifa kena observe dia betul2.. musim2 ni sekarang ni.. kita kita ni pun kena jaga diri masing2 tau..

drink more water, people!



Blurbings By,




BannerFans.com

Sunday, February 21, 2010

Menziarahi yang kurang sihat...

masuk je bilik, kami keluar balik. betul2 check in untuk letak barang je.. sebabnya, mom dapat tau from my CikPiah that ada my relative yang kurang sihat. kebetulan, biras yang menjaganya tu, rumah adalah sangat super dekat dengan resort yang kami tinggal tu.


posing dulu sebelum naik kereta



siapa orang perak? taiping la to be exact?
pernah tak dengar or pergi tempat berkelahan bukit jana ni???

rumah yang kat atas bukit tepi air terjun tu la rumah sedara saya.
:)


nama pun long weekend... punya lah ramai manusia berkelah kat sini. sampai tak boleh langsung nak tebus bawak kereta naik.
kesian jugak dekat mom.. menapak sikit lah.. but alhamdulillah her lutut is getting much better now. so, dia agak cool jugak la menapak naik ke rumah my relative tu.



ni bukanlah pertama kali kami kesini.
actually, yang saudaranya adalah arwah suaminya.. but kerana hubungan yang baik, memang sekali sekala kami akan menziarahi siapa yang tinggal.
lagipun, anak2 nya kira bersangkut jugak kan?



ni lah dia sedara yang sakit yang kami nak datang ziarah ni. ni bukan rumah dia tau. as i said earlier. ni rumah arwah adik iparnya.. her husband punya adik.
yes, walaupun, suaminya masih ada, dan dia sendiri ada tiga orang anak2 yang dah besar & dah bekerja, biras dia anak beranak yang menjaga dia.

:(

ayu nak kupas lebih2 pun.. kita tak tau punca. but, tu lah. dalam hidup ni, kita tak tau dengan siapa yang bakal kita menumpang kasih.



berbalik pada kawasan rumahnya dikelilingi tempat perkelahan ni kan...
ada yang sanggup menapak naik and lalu dibelakang rumah sedara ayu tu hah.. sebab nak dapatkan port yang best.

best kan? belakang rumah ada air terjun...
bessstt....


tu la dia mom and the tuan rumah..

semoga Allah membalas setap jasanya.. ayu insaf sangat2 lepas melihat sendiri ketulusan hati tuan rumah ni menjaga birasnya...




Blurbings By,




BannerFans.com

Wednesday, January 20, 2010

The not so happy story.. on 20.01.2010 TT

semalam... terkejut dengan sms from my Adik Lela on accident yang menimpa ibunya and family kakaknya...
Alhamdulillah family kakaknya takde apa2.. but ibunya warded dekat hospital Kuala Pilah.

mereka sekeluarga perdi attend family wedding kat sana. her mom's condition to me is quiet bad lah.
kaki tak boleh bergerak walaupun tak patah or anything.. tulang dada retak.
and my adik Lela is 8 months preganant dok berulang alik kesana kemari sebab hospital Pilah tak encourage bawak balik or transfer to Hospital Ampang.
katanya risiko tanggung sendiri. bila part mak kita, of course we wouldn't want to take any risk kan?

Ya Allah permudahkan lah dugaan family adik Lela ku Ya Allah..
sembuhkan lah ibunya Ya Rabbi..
amin.

and pagi ni pulak.. di tarikh 20.01.2010 i received another shocking news.
adik to my 3rd cousin passed away.
kenapa tekankan adik to her sedangkan yang arwah pun also by default is my cousin?
sebab kami berkawan baik dari sekolah sampai uni and dah kat uni baru tau, kami sedara.

so anyways, adik dia terlibat dengan kemalangan kat Kuantan.
dia ke Kuantan berkursus.. subuh tadi kena.
jenazah semua akan disempurnakan kat Ipoh, hometown derang.
the thing is, tak de siapa bagitau dekat Opah lagi.

masa i talked to Izy (my cousin also my good friend), she's on her way back to Ipoh and her condition herself is not good.
i cried talking to her. i can feel her sadness.
Ya Allah.. tabahkan keluarga ni Ya Allah...

Bukan tak redha dengan semua dugaan dan ujian ni..
cuma di mohon padamu Ya Allah, tabahkan dan kuatkan lah iman kami dalam menempuh semua ini.
yang ada pasti akan pergi..

Al-Fatihah.

P/S:
i am pulling back all my entries for today. esok baru roll macam biasa balik.
sorry, macam tak kena nak share cerita yang agak ceria sedangkan saya sendiri sedang berduka.
yes. this is a live entry.




Blurbings By,





BannerFans.com

Friday, December 11, 2009

KL-Subang-KL in two hours. :)

kek lagi?
sesungguhnya kali ini, ayu adalah tidak langsung teringin. :)

sebenarnya, salah seorang dari teman sepejabat ayu kurang sihat dan dapat cuti sakit selama sebulan. lama kan?
yelah, kena go through operation. lama lah kekdahnya. :)

jadinya, kami sepakat la rancang2 nak pergi menziarahi dia. so, tak tau nak bawak apa and since her birthday dah lepas adn obviously dia tak celebrate sebab sakit, we decided to belikan dia kek.




kami pergi berlima.
naik kareta kakak yang berada paling kiri di atas tu hah.

lupa pulak nak mintak permission dia boleh ke tidak publish nama. haihs...

but anyways, kakak tu lah. hahahahhahaa...
since that kami pergi melawat tu hari jumaat, so, masa lunch tu panjang lah sikit kan? boss pun bagi greenlight balik office pukul 3pm. huhuhuhuuh...

baik pulak hati dia secara tetiba.. dah insaf lah kot.

kalau dia tak bagi memang tahap melampau lah. sebab, rumah kawan we all tu kat Subang Jaya ok. office dah la dekat kawsan tiga segi emas ni. mana sempat dalam sejam. tu pun dah habis kaup dah DUKE lah.. NPE lah.. segalanya lah!
tol tol dan TOOOLL!!!




sampai sampai rumah pesakit di atas.. dia pun explain la apa yang jadi dekat dia.

actually, dia kena sakit yang orang perempuan selalunya akan kena. and cara nak mengelaknya atau cara nak maintain hormones tu semua ok and takkan berulang2 menghasilkan apa2 yang dia tak patut hasilkan is to give birth.
terus rasa insaf nak cari calon. anyone? hahhahahha......



we were then served dengan lunch yang sedaaapp...
she insisted for us to have lunch dekat rumah dia sebab dia kata datang jauh2 etc etc takkan nak lunch kat tempat lain..

pasrah je lah.. lagipun, semuanya dah terhidang.
tak baik ooo...

lepas dah main mata aku pandang ko.. ko pandang aku.. ok lah.. meh la makan. kesian pulak kat tuan rumah. sampai mak dia pun datang jumpa we all semua.
malu malu.. so, duduk dendiam makan & appreciate.
dalam erti kata lain.. hormat. :P




lepas makan nasi, we were served pulak degan MURTABAK DIRAJA.

inilah pertama kali ayu makan murtabak diraja ni. katanya famous ek? i asked my cousin pun semua tau & pernah rasa. aduh! terasa jakun sekejaaapp...

murtabak tu, dah la tebal, mewah sedap pulak tu. my collegue kata, her auntie yang buat and memang do business on it lah. but sorry gang, ayu lupa kat mana korang boleh dapatkannya. nanti ayu tanya and insyaAllah i will update this entry later ok?




and tara!
tu la rupanya Cappuccino Cheese from Secret Recipe that we brought for her.
sila perhatikan ejaan WELCOM tanpa E itu...

and nope, kami tak makan kek tu beramai ramai. itu memang untuk tuan rumah. aternya, tuan rumah pun dah bagi makan macam2 kan? melampau ok kalau nak suruh bukak kek pulak. yang sendiri bawak pulak tu. haiiyyooo..

so anyways, alhamdulillah...she is recovering.
to all ladies out there.. jagalah diri korang (diriku yg berharga ini jugaaa) baik2...
stress is not good... go destress.
walaupun setengah jam.. dah lebih dari cukup untuk korang mengreleasekan tense korang.

minum air kosong banyak2.
take care!



Blurbings By,