Showing posts with label iiu. Show all posts
Showing posts with label iiu. Show all posts

Monday, April 22, 2013

My Myn


It has been a while. Seriusly sangat lama since we met.
My beloved more than twins.
Yup, that is what we address sesama sendiri.

Masa di IIU dulu, ke mana sahaja memang we all together. If dari dulu Ayu ada blog, I am very sure Myn's face will be everywhere. Silap-silap boleh buat joint blogger account. Haha!

But as time goes, kami yang rapat tidak mampu nak menolak keadaan.
Tanggungjawab, keadaan. Akhirnya menumpaskan kami.
But, of course, if kita bersahabat dengan ikhlas... InsyaAllah semua akan back again.
InsyaAllah.

Well, that's what happened to us.
I admit Ayu pernah merayu pasal my twins ni dalam blog all. But Alhamdulillah, after all this, our friendship grows.
Biasalah, kami berdua hanyalah manusia biasa kan. Mesti ada kekurangan masing-masing.
One thing yang we all berdua amalkan dari dahulu. Face it. Jangan assume. Kalau ada orang bercakap pun, kita dengar je. Pertama kali dengar mungkin kita akan percaya. But fikir balik, if kita di dalam situasi yang sama, mungkin kita juga bertindak sedemikian.

And apa yang Ayu pula belajar from all this.
Don't force.
Everyone needs their space.
Don't langgar limit orang lain.

So anyways, one fine day.... I received a call.
It's Myn.
"Myn nak datang tidur kat rumah Ayu. Boleh?"

OMG.... obviously lah BOLEH kan????
Punyalah happy excited. Habis Farezah pun semua Ayu inform. Mom and sis excited sampai confuse tak tahu nak masak apa all.
And the end, Ayu cakap...keep calm. Kita kan family. Rileks je.
Hehe.

1st destination lepas ambil Myn...pasar malam hari Jumaat belakang rumah.
Mengimbau kembali aktiviti lama la kan? Hehe.
Tangan masa ni laju je dok sibuk WhatsApp Farezah. Ayu memang excited nak berjumpa dengan Farezah juga, sebabnya inilah first time Ayu akan berjumpa dia berhijab. Alhamdulillah.
All my babes now berhijab. Syukur. We definitely will grow old together ok gals? xoxo



My two lovely ladies.

Excited ok. Walaupun lokasi hanyalah pasar malam. Bukan halangan lah ok untuk kami.
Tak perlu nak berproper ada class tak kena tempat. kalau bersahabat dengan ikhlas, dekat mana pun ok je.

And of course, my beloved mom... 






...of course turut excited dengan perubahan anak angkat nya.
Mom saksi persahabatan kami. Myn and Farezah paling selalu overnight at my place. Being with me through my ups and down.
Masa selamba Ayu gagah diluar rumah. Menyengih happy-go-lucky ... my girls (Farezah, Eton, Shida, Shifa, Mas, Myn, Kajol, Angah and Adik) were the one yang always there being my shoulder to cry on.
Yang tahu Ayu yang sebenar.
Besides my family lah.

One thing, kalau sesiapa bertanya apa-apa and they didn't know a thing. Itu je dah cukup untuk bagi jawapan yang the thing tak wujud.
Sebabnya, if anything, after my family they will know. Itu for sure.

We had a great night and catching up that night.
Ada la moment sayu sikit. Masa Myn sampai rumah, my sis hugged her and they cried together.
Aduhai. Priceless.





The next day, Ayu bawa Myn berjumpa dengan Aunt1. Dah lama Aunt1 sebut-sebut nak jumpa Myn.
Aunt1 pun sama bukan main sayu la pula. Myn bukan boleh. Hehehe.. Nanti dia join sayu.


It was the best two days ever.




I am very grateful to have such circle in my life. Thank you Allah.
Allah knows best for you. Never give up. Don't ever question apa yang Allah dah tentukan.
Tak salah punya impian. Teruskan impian. Berusaha dan berdoa ke arah impian itu.
Tetapi, andai masih tidak kesampaian... itu maknanya Allah ada sediakan yang jauh lebih baik untuk kita.

Alhamdulillah.
Semoga persahabatan kami dan hubungan ini kekal dunia akhirat. Amin.

P/S: This is a #throwback entry. I just got my vibes in blogging back.


Love, Ayu


Friday, August 26, 2011

Ramadhan 1432H: Day 17 & Day 18

Hari Nuzul Quran..
hari yang sama saya khatam 30 juzuk untuk Ramadhan tahun ini...Alhamdulillahhh..... syukur sesangat.

:)

Hari ni juga pertemuan or dalam erti kata lain gathering ala reunion dengan all my IIU Clan...
dengan mangkok2 ni, (panggilan mangkok adalah cara kami bermesra sila jangan salah faham) punya la payah masing2 nak decide...
tu tak termasuk pengutukan "bukan-aku-tak-sayang-dia" maha dewa sesama mereka yang bagai nak rak..but tak jugak confirmkan kehadiran and venue.. pftttt

Since dah sangat last minute.. main rembat je Restoran Nelayan.. katanya 5-in-1 buffet RM35 nett.
tolak tepi lah perihal makan kat situ... frust sesangat... yang penting ukhuwah...

our 13 years ++ of friendship

kesian our AngahYan yang tetiba kena sakit mata...pulak tu berjangkit lak sampai ke anaknya...
sabar je lah Angah ok? raya nanti kita try jumpa eh?
:)

we didnt enjoy the food that much. i personally didnt enjoy it. satu rushing nak balik... dua memang spread dan service yang teramat sangat menghampakan...
haih...

tapi yang best adalah the togetherness.
the laugh.
the updates.
owh the bodeks.
and the kutuks.

yes, org pergi solat selamba dia ni datang letak plastik sampah yang penuh sampah air2 tu atas kerusi..fine dia menjalankan tugas.. but banyak cara lagi kan?



hero2 saya dan my sisters masa kat UIA. but most of the time, its the other way round. ;)


my lovely sisters..missing Angah

we had fun hanging out. it was really short but sweet event.. should do more lah.. but dalam keadaan yang lebih tenang, venue yang lebih sesuai dan timing yang lebih perfect..
next time ye kengkawan,.... next time InsyaAllah.. :)

and the next day...
hemmm...actually dah tiga hari berturut2 ayu menapak ke area Jalan TAR tu hah.. nak cari baju raya.. :( baru ada satu.. pun tak tau apa masa depan dia...
so nak la ada backup...

and finally! di 18 Ramadhan yang berkat itu...
akhirnya... berjaya ke merempuh jam kat area TAR and dapat la sepasang baju...


simple je... tapi saya amaaaatttt menyukainyaaaaaaaa....
ai like like likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..
;)


Blurbings By,







BannerFans.com

Friday, February 18, 2011

Congrats Jaja!

ok fine.
memang tak de nya nak bersusun bagai.
entry adalah hari ni saya kat utara, esok kat PJ and now mari kita ke Pilah pulak yo... :P


the 2 in 1

hanya ada makan beradab. no sanding2.... so makanya the pelamin diletak as a back drop kat belakang tempat makan beradab.

so, makan pun ye. bersanding pun ye.
orang datang nak amik gambar dengan pengantin pun molek la pemandangannya.. ha...



pengantin adalah kawan lama ayu kat IIU dulu.
seriusly.. among the first new friends yang I jumpa mula2 masuk IIU.

yelah..kita budak sekolah biasa...
kebanyakkannya budak sekolah agama... bukan semua nak kawan dengan kita.
sobs.

so Jaja was among the first yang ayu kawan.
i mean my new networking in IIU la...



so its a wedding that i can't miss!

tapi takut jugak tak dapat nak pergi.. maka tidaklah saya RSVP kedatangan saya... kiranya SURPRISE!!!!

so, the first word utter from her when she saw me.. "Ayyuuuu!!! ko tak rsvp pun kat aku....terfikir aku eh ayu ni datang ke tidak ni...."

haaa..... datang la... :)


to Jaja & hubby...
may Allah bless you both with the best of love and iman forever.
amin.

Congrats bebeh!
muah muah!


Blurbings By,



BannerFans.com

Monday, September 13, 2010

Journal Ramadhan 1431H: Day 19 - 21

19 Ramadhan

hari sebelumnya budget nak kemas rumah kan? bila dah tak jadi, esoknya, kita layan kemas bilik sudah.
bila saya ada dalam bilik saya, there is no way my lovely bothDs will let me be alone. hehehe... which i likkkeee....
quality time bebeh!

so come.. lets ask what they wanted to do..
start dengan lilD...
saya kena lah layan derang sesiap... sebab the same day ni, saya adalah berbuka kat luar dengan alumni IIUM saya...
kang merajuk pulak kedua cinta hati saya ni..
;)



the lil Princess chooses nak buat sand art with me..
cemana sand art nak buat sesama?

senang.. i'll do all the dirty job for her... si kecik hanya perlu pilih warna and and instruct me where to put it.

i didn't even give any opinion. saje nak biar tengok tahap creativity dia. :)

and while my & lilD did all that... si bigD waiting for his session with me patiently doing....

that!

apa dia buat tu?
basically nothing pun.. just dok membebel... cepat la adiiikk... cepat la atttiieee...
:P


so now bigD's turn...


dia bantai pilih pictionary ni..
aduhaiiiii....

lawak kot main ni... alah macam concept win loose or draw tu hah..
cumanya i have to always make sure bigD's score lebih from me and always buat2 tak faham dengan apa yang dia lukis...
nanti barulah dia boleh feedback... "abang dah lukis mcm ni punya clear pun atie tak faham lagi?? isk isk issskk..."
atiee jugak. :P


and while melayan abang nya.. apa adik buat???


katil punya la luas.. dia nak jugak buat ala cinderella barng kat situ tau...
hiks..
macam2 budak2 ni...

and later that evening, i went to Istana Budaya to join my IIUM 97 enrollees Iftar.


gambar adalah sangat tak banyak. yang ada tu pun, hanyalah gambar kawan2 lama yang memang duduk mengadap depan ayu.

ai shy pulak ok nak merayap berborak dengan yang lain. but muka masing2 adalah amat amat familiar. lagipun gang saya tak de. ni organiser lah ni.. bias. muakakakkakaa....

but it was nice lah.
looking forward for the next gath with more people, of course. insyaallah..


20th Ramadhan

i am actually involve with another wedding project. matilah kan.. wedding angah pun tak sempat lagi nak update...
biarlah lambaaattt pun... kena gak update.. :P

makanya, di tengah2 hari musim2 puasa ni... gigih ok berjalan ke jalan TAR punyalah nak mencari barang for the wedding project.
jangan salah faham, not my wedding.
and next question... when is mine? again, the same answer.. saya ngak ada calon. if ada, of coz i know how to answer...
anyone? interested??? (owh sempat mmpromo diri disitu. :P)


seperti biasa.... jalan TAR sangat sangat sangat lah feel raya tahap gaban ok.

even selang few gerai or booth adalah item yang lebih kurang sama.. but you can't help but to stop at each booth just to tengok and jengah...
gila kentang ok!
memang pusat pelupusan duit sungguh sungguh jalan TAR ni tau....

huuhhu...
and nope. i stayed focus buying only the wedding project items.
and i'm very proud of myself. do damages done. yay me! :)


21st Ramadhan

another look forward iftar.
with my IIU clan...

ni clan zaman matric ok... sampai la tua ni hah (derang la tua.. ai paling muda lagi..and muda always.. ngeh ngeh ngeh)



kajol come over to my place and nak gerak sekali. yelah, husband nya tak dapat nak join. so dari dia sesat barat..marilah gerak bersama dengan saya...

no hal...
sebelum ke destinasi... kami adalah singgah jap kat pavilion sebab saya sudah menempah dua biji ke as our buah tangan.

mentang2 ada host. and host dah siap masak semua segala.. habis tu?? nak melenggang kangkung je keeeee????
isk! tau dek ibuku..memang 18 harkat petala langit la dengar sampai bernanah telinga...
;)



the lovely girls...

ni insan2 yang sama2 mengajar saya nikmat hidup berasrama...
yeee.. saya sorang je budak yang tak pernah duduk asrama ok... UIA tu lah asrama pertama saya...

going down back to memory lane... saya sangat bersyukur dikurniakan kawan2 yang sebegini. alhamdulillah...
buruk saya, baik saya (ada ke) ... they will still be there for me and yang penting they respected me. itu yang susah nak cari now a days. respect.



and the food masyaAllah....
was indeed sangat super sedaaaapppppp and super baaaannyyaaaakkk.....

buat tiap2 tahun boleh idok?
:P
(matilah!)



gambar group actually ada berjuta... i dont understand why hanya yang satu ni je yang diupload kat FB dek kawan saya....

so lets just ignore my unready face....ok?
(allah siti amiha.. kalau ready pun, bukannya semenggah mana muka awak tu...)

it was a night to remember.. definite.
i miss lepaking and makan ramai2 with them... but of course, dengan keadaan masing2 the 'quality time' agak kurang.... berborak macam tak puas... and its ramadhan... agak rushing...

insyaAllah... moga2 the friendship continues and after more and more of gath.. will make the friendship strengthen even more.. amiiinnn....
insyaAllah...



Blurbings By,




BannerFans.com

Tuesday, July 20, 2010

Mengulang sejarah 7 tahun lepas...

ha.. ulang sejarah ok..
sejarah apa? sejarah melepak bersama..
gila kau.. lepak pun pakai sejarah...
hahahahahahaa

sejak masing2 (tidak termasuk yours truly) dah ada family sendiri ni, agak payah kalau nak berjumpa without excess baggage masing2..
kiranya, ni ala2 miracle jugak la bila mana masing2 berjaya datang lenggang kangkung sendirian berhad. :)
again, tidak termasuk yours truly.. ;)
(tak habis2 ayat promote diri)

so, siapakah subject matter dalam sinetron pengulangan sejarah ni?

jeng jeng!
my AngahYan, my AdikLela & myKajol.

memang sejarah ni.. dapat berjumpa mereka berseorangan.. and much missed lah keadaan macam ni. but ayu kan.. rindu gak dengan anak2 derang..ada je benda yang ayu nak tanya pasal budak2 tu...
muka mak2 ni macam dah nak telannnnnnnn je kan. ;)
orang baru nak rasa single skets..kita bantai bertanyakan anak2 nya pulak. hahahaha...


banyak betul yang kami borakkan...
airmata dari bergenang... kering.. gelak... bergenang balik...

subhanallah...
persahabatan macam ni... memang tiada pengganti..
tapi tulah.. nak being there for each other macam masa kat uni dulu..
now, cara being there for each other adalah amat berbeza...

but still, the friendship & sistership tu masih kuat...
insyaAllah...

mana boleh ayu nak lupa kan mereka2 ni yang always there for me through out my uni days..
sakit pening demam segala.. ini lah dia manusia2 yang banyak berjasa.. (also myn)
paling berjasa, derang ni la tolong cover jangan bagitau mom. because i don't want mom to risau.


to that...
Syukur.. thanks Allah for the beautiful sisters and friends...

p/s: bila nak lari lagi korang?



Blurbings By,



BannerFans.com

Sunday, May 9, 2010

Kenangan terindah...

aisey..gambar blur pulak.
isk! potong mood betul la..huuhhuhu

tu actually cubaan sambil drive sambil nak amik gambar padahal ada orang kat sebelah boleh mintak tolong amikkan gambar.
ngok kan?
haih..

nak amik gambar tu hah.. gambar yang tulis.. "Universiti Islam Antarabangsa"

ceritnya, AngahYan ada debate budak2 sekolah kat sinun. alang2 ada opportunity untuk menebeng, wajib lah menebeng kan?
i missed this place so much ok...

tempat kenal macam2 manusia.
tempat kenal sikit payah kehidupan ni.
tempat suka duka la kiranya...


the debate was held kat kuliyyah of engineering.. (kuliyyah budak kecik lonjong ni)

yang lawak nya..i remembered my last time datang UIA ni.. jalan2nya masih lagi two ways segala.. rupanya dah layan one way ok.. gila kentang jauh kedaung nak kuar masuk.. yapedaaa...

tu air kegemaran saya masa kat UIA ye.. dapat minum ni, tak cari dah benda lain.
best gila!
tapi tu bukan saya beli.. AngahYan ku yang belikan...
dia lagi la lawak.. Angah dulu budak BENL, jadinya tu bukan Kuliyyah dia.. boleh dia siap sesat bagai dalam kuliyyah tu? ahhahaa....
sampai tak nak la lepak dalam tu... terus di ajaknya lepak makan kat luar..
hahaha..

comey.

me & AngahYan




makan kat simpang nak masuk UIA tu.
apa ke namanya entah.. hilang ingatan sudah.

ok. nak mengaku.
saya sekarang sangat mudah lupa benda ok.
kalau benda penting ingat la.. kalau separa penting..siap la..

so anyways, ayu dulu favorite food kat area Gombak and kawasan2 yang sewaktu dengannya is Bihun Kung Fu.
memang kegemaran nombor satu saya.
and yes, they still served the best lah.
bukan apa.. pedas cili padi tu.. terbaik.
kat tempat lain tak pedas yang gini. pedas cili padi ketuk tau.. bukan pedas masak sekali blend or tumbuk together tu.. kiranya pedas2 pijar tu..
owh! heaven. :)

dah la banyak, murah.. sedap.
uuii.. puji melambung ni. :D

lepas tu, ada pulak makhluk2 comey berkeliaran..
manja pulak tu...

comey kan?



Blurbings By,



BannerFans.com

Thursday, April 22, 2010

Mengimbau kenangan....

Bila ayu sebut kenangan.. memang kenangan lah yang ayu maksudkan, ok?
kenangan di zaman tok adam. hahahaha...
(membuka pekung pun ye jugak ni)


gambar satu:
lokasi: dewan sekolah menengah saya & rakan2.
masa: selepas habis paper terakhir SPM kami. (kira merdeka habis la ni)
siapa: saya, kawan2 saya dan penjaga peperiksaan kami.

soalan:
apa yang pelik dalam gambar di atas.

clue:
sila focus ke bahagian kanan atas gambar.
(meh nak tolong focuskan)

tu dia...
TON! APA KO BUAT TU TON oooIIII????

LOL.



gambar dua:
lokasi: parking lot Kuliyyah saya.
masa: Convocation kawan2 sehari selepas convocation saya.
siapa: saya dah WaHaB kuning kesayangan saya.

owh i so miss my kancil kuning.
tahukah anda, hanya saya seorang je perempuan yang memandu kancil kuning kat uni dulu?

semua orang cam kerana warnya..
dan WaHaB kuning saya ni.. 10 tahun lebih berkhidmat untuk saya.
siapala yang bawak dia sekarang ek?
kenapa nama dia pun WaHaB?? sebab saya bawak nama yang sama untuk badan baru dia. ;)

tu je lah kenangan si kuning yang ada.


gambar tiga:
lokasi: living hall, rumah.
masa: petang, lepas asar.
siapa: saya dan bigD.


percaya tak budak yang tengah senyum cheeky tu belum pun berusia 2 bulan waktu ni?
percaya tak budak tu ialah bigD????

masa convo, saya dapat tiga seat. but hanya mom & BIL je yang dapat datang. sis waktu tu, dalam pantang si bigD.
jadinya, habis je convocation ceremony, kami terus bergegas balik. ayu tak de nya melepak bagai macam orang lain layan convo. sebab tu yang esoknya tu, ayu gigih pergi balik uni. ;)


gambar empat:
lokasi: bilik kat rumah Myn.
masa: lepas maghrib.
siapa: saya dan angahku.

boleh tak kalau tak nak komen.
makan hati tengok gambar ni.
(sambil selongkar sports shoe nak pergi jogging)

HAIH.


Blurbings By,




BannerFans.com

Tuesday, April 20, 2010

Riang Ria dengan adik beradik.. ;)

Adik beradik?
apa la yang si ayu merepek ni?

ni adik beradik masa kat uia la...
yang belah kiri tu Angahku and yang belah kanan tu ialah Adikku...

and yang kat riba Adik tu is Areez yang baik lagi behave...
;)

bukan senang ye kami nak berjumpa melepak macam ni. kebetulan, Angah adalah 'solo' that day and Adik pun boleh la consider 'solo' la sebab si Areez hanya tidur sahajaaaa.. ;)

updates updates adalah amat best masa ni. macam2 cerita keluar. ayu asal bercerita je suka la ek?
(which makes me puzzle kenapa saya tidak menjadi penglipur lara je?)

we all lepak kat Ayam Penyet Ria yang kat Wangsa Walk tu hah. yang pernah ayu update pasal Soda Gembira tu kan..

I had soto ayam and both of them had bakso.
sedap! i love the soto.. very the nice..nyum nyum!

Angah tu kan.. dari dulu lagi ayu dah kata..dia sesuai jadi clown.
tengok tu, dia buat lawak..muka dia selamba je.. tengok Adik sampai bergegar gelak..

hahahahaha....

owh i love u gals lah! ni lah kakak and adik saya yang tidak sedarah tetapi kami akan bersaudara selamanya..insyaAllah..amin.
:)




Blurbings By,




BannerFans.com