Showing posts with label prayers. Show all posts
Showing posts with label prayers. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Berkenduri kita....

My days are filled with overloaded parenting relationship tips and tricks over my babes FB private messages. We call it our very own "Reality daily rumbles". So currently, our Farezah memang sedang sarat mengandung anak keduanya. Yay! So, the topic of the day waktu tu ialah Farezah, obviously. Asking her health, her condition now, her eldest daughter cemana all coping with her pregnancy semua lah. And our dear Shifa berseloroh cakap.. "Tak ada baby shower ker?"
Then, Farezah replied that all she could think off nak buat kenduri ke sikit. Mohon semuanya selamat. Selain kekangan masa segalanya, tenaga main peranan. For this time punya pregnancy, doctor banyak pesan dia jaga diri macam-macam.
TING! kami pun berebut nak join berkenduri juga lah. We wanted to contribute to her kenduri and sekali gus berniat untuk kesejahteraan kami semua as well. Bermulalah agenda memilih tarikh and apa yang nak dicontribute all etcs.

Kami sepakat memilih apam polkadot as a 'door gift' untuk jemaah masjid. Yeap, buat kenduri dekat masjid. Senang, mudah dan ringkas. Imarahkan masjid pun ye jugak. Since that the main dish, Farezah and her hubby dah settle... kami join contribute yang manis lah ye. Mula-mula nak bagi cupcakes, but bila fikir balik bukan semua orang suka cakes kan? Jadi bertukarlah kepada apam polkadot ni. Comel dan sedap. Dan paling penting senang nak handle. Kalau cuppies nanti sememeh cream semua kalau tersalah handle.




Siap pilih warna kami berenam. Kuning, Hijau, Purple, Pink, Biru dan Merah. Barulah adil, semua warna ada. Apam polkadot yang kami tempah ni cost RM 20 for every pack. Satu pack ada 50 biji apam size medium. Siap ada filling.
(Kalau sesiapa nak, Ayu boleh tolong ambilkan order. Just email me at siti.amiha.ayu@gmail.com or PM je akak yang buat apam ni kat FB dia, HotRacks. - Nanti Ayu suruh dia upload service apam polkadotnya ni)


Then, MSN tolong belikan plastic and pengikat. Also tolong sama-sama packed kan seperti gambar di atas. :)
Selesai we all buat semua off we go to masjid...
Perasaan yang sukar digambarkan. Seronok sangat dapat contribute dan dapat berkenduri. Terasa macam contributing to the society pun ye jugak.
Thanks to farezah sebab trigger benda ni semua. Best sangat dapat join in even hanya seciput.



May Allah listens to our prayers kan babes? Semoga persahabatan kita dunia akhirat. Semoga iman, akhlak, aqidah, hati, pendirian, ketegasan and kekuatan kita senantiasa dilindungi dan didorong ke jalan Allah. Amin.

....and few weeks after tu pulak. Selepas dapat tahu mengenai kawan kami, Masita, ada seorang dua kawan yang approach Ayu bertanyakan kalau-kalau boleh kitaorang sama-sama buatkan Yassin hajat atau solat hajat untuk Masita.
Yelah, apalah yang kami mampu lagi selain berdoa to Allah memohon yang terbaik dariNya.

The problem is now, venue. Memandangkan  kami nak buat secepat mungkin dan ketika hari bekerja, kami perlu cepat untuk fikir venue all. Ayu biasa lah, sure call my mom untuk berbincang. Mom suggested our Madrasah Salihuddin. Lagipun jemaah pun ada untuk sama-sama berdoa.

Ayu terus inform my friends and inform yang mengelolakan Madrasah tersebut. A few perbincangan here and there. Alhamdulillah... niat kami dimudahkan Allah.
Kebetulan, dalam lingkungan kami juga sedang diduga Allah dengan masalah kesihatan. And kami sendiri masing-masing sedang merisau. Kesempatan ini, Ayu ambil untuk sama-sama berdoa hajat mohon yang terbaik dari Allah.
Allah knows best.

Plan asal, Ayu akan terus ke Madrasah pulang dari kerja. Even pengelola Madrasah berpesan jangan risau pasal kenduri ke apa sebab yang penting niat kita. Makan jatuh nombor dua.

Baru je tak sampai 10 minit Ayu habis berbicara dengan pengelola Madrasah, my mom called.
"Ayu, mak nak buat la kenduri masa solat hajat tu nanti. Boleh tak balik awal sikit and ambil mak kat rumah. I want to join..."
Ya Allah, please grant Jannah to my mother. She is one incredible women.

MSN jemput Ayu from office agak awal as I already told him the plan etcs. Masuk je kereta, dia suruh Ayu tengok ada apa dekat seat belakang. Ayu toleh and nampak seloyang kuih also untuk kenduri. Mothers with beautiful heart. MasyaAllah! Tq Aunty!




Alhamdulillah... Madrasah dapat buatkan bacaan Yassin hajat dan juga solat hajat tiga malam berturut untuk niat kami. Kami join satu malam je.. tetapi lagi dua malam merupakan usaha dan prihatin jemaah Madrasah sendiri. Syukran. Alhamdulillah...

Sebak juga dihati mendengar doa yang imam bacakan.
Setiap bait memohon keampunan kami, keampunan yang sedang sakit, memohon agar Allah permudahkan perjalanan mereka, memohon agar Allah mengurangkan kesakitan mereka, menyembuhkan mereka...

sangat-sangat menginsafkan.



Ya Allah please give this great women a good health, a great iman agar dia sentiasa dapat melakukan kebaikan kerana Islam.
I want to be like her. As strong-willed and strong like her.

Semoga Allah mendengar rintihan kami semua.
Amin.


Love, Ayu

Monday, April 22, 2013

Tahlil buat nenek


Doa Tahlil

Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Puji-pujian yang melengkapi segala tempatnya, dan membalas segala limpah kurnianya. Ya Allah ya Tuhan kami, untukMu jua segala puji-pujian sebagaimana yang sayugianya lagi sesuai dengan kebesaran zat dan kebesaran kerajaanMu.
Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad sebagai rahmat yang akan menyelamatkan kami daripada segala macam ketakutan dan kehuru-haraan, Engkau tunaikan dengan sebab selawat itu daripada segala macam maksud dan hajat. Engkau bersihkan kami dengan sebabnya di sisiMu setinggi-tinggi darjat dan Engkau sampaikan dengan sebabnya sejauh-jauh tujuan kebajikan baik semasa kami hidup mahu pun sesudah kami mati.
Maha suci Engkau ya Allah, tiada terhingga kami memuji-mujiMu sebagaimana Engkau sendiri memuji-muji akan zatMu.
BagiMu kepujian sebelum keredaanMu, bagiMu kepujian sewaktu keredaan dan bagiMu kepujian selepas keredaan.
Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam dalam kerajaanMu yang maha tinggi hingga hari kiamat, cucurilah rahmat dan sejahtera atas junjungan kami hinggalah Engkau mempusakai bumi ini berserta orang-orang yang berada di atasnya. Engkaulah Tuhan sebaik-baik yang mewarisi.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah dan sampaikanlah serta terimakanlah pahala segala yang telah kami baca daripada ayat-ayat al Quran, tahlil, perkataan istighfar, kalimah-kalimah zikir, dan juga perkataan-perkataan selawat pada saat yang berkat ini sebagai hadiah yang sempurna sampai daripada kami dan sebagai rahmat daripadaMu yang mencucurinya, berkat yang meliputi, sedekah yang dipersembahkan, yang kami hidang dan hadiahkan ke hadrat junjungan kami Nabi Muhammad bin Abdullah sallallahu alaihi wassaalam, serta isteri-isteri baginda, keluarga, sahabat-sahabat, pengikut-pengikut, dan pengikut-pengikut kepada pengikut-pengikut baginda dari masa ke masa hinggalah hari kiamat.





Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah pahala seperti pahala yang tersebut tadi serta ihsan yang berlebih-lebih kebaikan kepada sekalian roh orang-orang yang dengan sebab mereka kami berkumpul di sini, lebih istemewa lagi kepada roh Allahyarhamah Hjh Zainab Binti Hj Abdul Rashid, asal-usulnya, anak cucunya, dan setiap orang yang ada hubungan dengannya.
Persampaikanlah ya Allah pahala bacaan-bacaan seperti yang tersebut tadi daripada kami kepada roh-roh mereka dan jadikan pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu cahaya menerangi dan bersinar di hadapan mereka. Gandakan ya Allah akan rahmat dan keredaanMu kepada kami dan juga roh-roh mereka.
Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah juga pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu perisai mengelakkan mereka daripada azab neraka, penyelamat, pendinding dan juga penebus daripada azab neraka.
Ya Allah wahai Tuhan kami, ampunilah mereka, kasihanilah mereka, selamatkan mereka serta maafkanlah mereka. (3X)
Dan di dalam keadaan yang seperti itu juga ya Allah sampaikan pahala kami yang telah kami katakan itu kepada arwah sekalian datuk ninik kami, guru-guru kami dan juga kepada sekalian kaum muslimin dari timur hingga ke barat walau di mana mereka berada.
Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dalam suratan kami dan suratan ibu bapa kami dan saudara mara para hadirin sekalian merata semuanya dengan pencucuran rahmat dan keredaan, masukkanlah kami dan juga mereka itu sekaliannya ke dalam keluasan syurga – Ya Allah, Tuhan yang memberi berkat, ya Allah, Tuhan yang yang mengurniakan rahmat, ya Allah, Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi – Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.
Ya Allah wahai Tuhan kami, pindahkan mereka itu sekalian daripada kesempitan lubang kubur dan liang lahad pergi ke syurgaMu – syurga yang kekal abadi – pergi ke perlindungan naungan yang berpanjangan, air yang sentiasa mengalir, mendapat buah-buahan yang tiada bersukatan, lagi tidak terhenti dan tidak pula terlarang mendapatkannya, mendapat tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya bersama dengan orang-orang yang Tuhan kami telah kurniakan kepada mereka itu nikmat-nikmat iaitu daripada golongan nabi-nabi, orang-orang yang taat setia, orang-orang yang mati syahid, orang-orang yang saleh yang mereka itu ialah sebaik-baik kawan.
Mohon limpah kurniaMu jua, ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Selawat dan salam Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Dan segala pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Amin.



Love, Ayu

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal hijrah korang!!! :)

salam korang semua...
hari ni punya entry memang ayu akan end kan dengan doa akhir & awal tahun...
jangan lupa baca ok...

semoga tahun2 yang mendatang ni, membawa sejuta rahmat & keberkatan untuk kita semua.amin, insyaAllah....


1. Doa Akhir Tahun ni, korang baca lepas waktu Asar, sebaik2nya sebelum masuk waktu Magrib sebanyak 3 kali yer...





2. Dan, doa Awal tahun ni pulak, dibaca tiga kali jugak, selepas waktu Maghrib... malam satu Muharram.. senang cerita malam ni, ok?




kalau tak nampak, just click on the picture to enlarge. lepas tu, korang print lah...
ok?

take care!
*hugs*


p/s: semoga ibadah kita diterima olehNYA. amin.



Blurbings By,



Thursday, December 10, 2009

Hanya doa mampu dipanjatkan...

salam all...

while i was blog walking yesterday, ayu tertarik untuk membaca perihal bakal kakak ipar kawan to syahira.
i cried.

hebat sungguh dugaan yang Allah turunkan pada mereka sekeluarga.
ingat, setip dugaan itu diturunkan kerana kita mampu menempuhinya.




bakal kakak ipar kawan syahira tu, sedang bertarung nyawa kerana sakit buah pinggang yang dihadapinya.

sebak sungguh ayu nak cerita details pun kat sini..
but more information and detailed story & updates boleh dibaca disini..




so, with a humble heart, ayu mohon kita semua sama2 berdoa untuk yang terbaik buat RAHIDAH BINTI ABDUL RAHMAN dan keluarganya...

doakan semoga mereka tabah and kuat untuk menghadapi dugaan yang hebat ini.
doakan semoga mereka redha akan sebarang pun kemungkinan yang terjadi.
doakan semoga segalanya dipermudahkan... semoga tiada sebarang kesulitan lagi berlaku dalam pada usaha menyelamatkan beliau.. insyaAllah...

insyaAllah...
amin...

p/s:
thanks korang.

pictures credit to google image
personal credit to
Syahira & her friend, Syazana.



Blurbings By,



Thursday, September 3, 2009

a little prayer for abang, son of redmummy...and also all of us..


as ramai yang dah tau, abang, son to redmummy is confirmed H1N1...
sedih...terkedu and speechless...
tak tau nak kata apa kat kak red..selain pada sabar sabar and take care take care...



abang kan active and very happy go lucky..
bila beberapa hari sudah kak red bagitau kata dedua anak2 nya down with fever... tak rasa apa sangat lagi..sebabnya, derang dah bawak pegi clinic and alhamdulillah gegirl nampak makin elok & kebah...

but abang according to kak red.. still tak kebah kebah..
habis kak red & sirman berkubang kat rumah, kena work from home sebab nak monitor keadaan anak anak...

dugaan ramadhan..



but alhamdulillah, gegirl ada perubahan..
but abang.. still tak kebah...



sampai la semalam, bila kak red & sirman bawak abang for a checkup kat Prince Court..
according to kak red, abang sesangat weak.. dengan tak de selera makannya... tak larat segalalah..
doc check abang and nak buat test untuk influenza..
setengah jam lepas tu, result keluar and kak red texted me...
kena admit, positive influenze a, but not confirm h1n1 so doctor nak monitor and he is too weak.

and i was already dalam smart tunnel.. memang ikut hati nak pusing balik.. i did try to.. but traffic was really crazy!
i inform the others...

and malam semalam.. got another sms informing that its h1n1 positive...
gigil lutut membacanya..
i was still kat surau waktu tu...
sujud terakhir ku.. doa untuk abang...
moga cepat sembuh..

abang..
please get well soon..
abang kuat kan... aunty tau abang kuat.. kalau tak, takkan abang sanggup nak berpuasa even abang sakit.. sampai la mummy paksa abang.. baru abang nak berbuka..
u stay strong ok abang...
get well soon.. my prayers are always with you..
amin...

kak red, sirman & gegirl..
do take care too..
orang yang menjaga pun kena jugak jaga diri baik baik...
i'm always here...
just buzz me..
take care...



iklan jap:
berminat nak beli Pineapple Tarts? Please click
here .



Blurbings By,







Wednesday, September 2, 2009

tabah la wahai kakak..

kamu semua sure kenal dengan RedMummy kan?

mari kita sama2 doakan red family boleh?
mereka sedang diduga...

to kak red & family..
take care...
i'll always be here for u guys..
*hugs*



iklan jap:
berminat nak beli Pineapple Tarts? Please click
here .



Blurbings By,







Wednesday, August 26, 2009

indahnya islam...

jap jap..
nak serap aura ustazah..
cheeee..


no lah.. bukan nak berkhutbah..
cuma nak ingatkan diri sendiri..
kot la kena tempias.. moh la kita sama2 beringat..
kaaannn???


anyways, saje nak share sikit ilmu, apa yang ayu dapat masa kuliyyah subuh yang ayu attend baru2 ni...
tajuk dia simple jer.. tentang keindahan islam..
subhanallah...

mula2 tu, ustadz tu cerita pasal keindahan bulan Ramadhan ni..
bagaimana kita seharusnya menangisi pemergiannya later on sebab kita belum tentu lagi tentang dapatkah kita berjumpa lagi dengan the next Ramadhan, kan?
but masyarakat kita lebih excited and seronok dengan pemergian Ramadhan ni... sebab apa? sebab nak raya.. bukan kerana Syawal.. tetapi kerana raya itu itself...
terasa sekejap.. uhuks..
but pastu, ustadz tu cakap la yang memang la kita kena seharusnya seronok jugak sebab its a kemenangan buat kita semua .... kan?
terus senyum balik.. tadi dah pandang2 mom dah.. muka dedua dah...teeett....hiks...


cuma apa yang penting kat sini is..
jangan la kita berlebih2han sangat....sampai membazir...
ha..tu la yang dia nak sampaikan...

perihal Ramadhan pulak.. ustadz tu sebut pasal how kita kena pandai occupied masa kita sebab cuma dalam satu bulan ni je lah yang boleh solat sunat terawikh..
terawikh ni pada dasarnya, membawa maksud rehat.
yes.. solat sunat berehat.. rileekkssss jee...
maksudnya.. kita leh solat dua rakaat..pastu rilek gi minum ke apa ker... pastu sambung lagi...
and kalau korang pernah terbaca perihal solat ni kisah Nabi Muhammad SAW dulu, Nabi & sahabat siap solat sepanjang malam lagi...
sebab ada pause in between...

but again.. kita semu kenala practical kaaannn...
cuba korang cakap dengan ayu.. berapa ramai yang berani solat sunat terawikh sengsorang kat rumah???
why?
sebab culture kita sendiri tak didedahkan dengan perkara2 sebigini...
kan?

jadinya... baik kita join kat surau or masjid..
selain dapat pahala terawikh..insyaAllah dapat la jugak berkat berjemaah tu itself kan?
but untuk langkah ke arah mendidik diri & family ke arah yang lebih baik, tak salah kan kalau jap lagi kita semua ke the nearest book store beli buku solat2 sunat?
mana la tau... satu hari nanti... boleh lah kita buat sendirian kat rumah..
tak de alasan la nak skip terawikh..
buat lapan pun ok what...
setahun sekali je nih nak kejar kan?


ni bukan bebelan tau... ni reality nih..
ayu dulu cam tu gak...
kalau kengkawan ajak berbuka kat luar mula la gigil nak bagitau mom sebab takut nak bagi alasan nak skip terawikh..sure mom tanya punya.. "terawikh?"
haaaaaaaaa...lain la kalau bendera jepun naik kannn...
but bila dah belajar2.. slow2 la ayu layan buat sengsorang....
so, Alhamdulillah.. mana yang kita rasa boleh perbaiki.. buat je lah slow slow kannn...?

i really hope that kita leh sesama share la pengalaman & ilmu sesama kita..
jangan la pulak korang ingat ayu suka tarbiah and perasan bagus..
NO!
ayu sendiri tengah pelan2 nak ubah diri jadi a better muslim..
we should, right?
Allah bagi kita nyawa..
bagi kita kehidupan..
salah ke kalau kita belajar untuk membalancekan diri sebaiknya antara dunia & akhirat?
tak kaaann??
(",)


iklan jap:
berminat nak beli Kek Lapis Sarawak or Pineapple Tarts? Please click
here and here .



Blurbings By,