Thursday, April 18, 2013

TIPS: Kenderaan Awam - TEKSI

Wah kemain tajuk nak bagi tips konon. Actually I don't what is the correct term to use here. Takkan lah nak type Peraturan Menaiki Teksi... eh eh eh.. owner baru Public Cab kah anda?

....... and it is also not a complaint ke apa. Cuma sekadar few points yang dapat Ayu learn and relearn sepanjang hampir 7 bulan sebagai penumpang taxi tegar.

1. Beratur

Yes, as simple as beratur.
Ye, saya tahu dan sedar, yang beratur itu mungkin seorang pemilik syarikat, mungkin seorang CEO, mungkin seorang yang berpengaruh di pejabat atau juga mungkin seorang warga emas yang ingin ke hospital untuk rawatan susulan.

Jadi, selfish dengan cut queue is definitely NOT an option.

Contohnya dia LRT Station Ampang Park. Setiap pagi akan ada a few lines orang beratur. But, bukan di taxi stand. Samaada jauh sikit atau jauh banyak from the taxi stand. Tetapi, kerusi di taxi stand penuh dengan manusia yang menumpang duduk menunggu kenderaan masing-masing sampai. But again, pointnya disini, betul-betul di taxi stand itu, tiada orang yang beratur.

Kalau first timer, mungkin akan confuse sedikit. So, sebagai rakyat Malaysia yang penuh adat, tidak menjadi kesalahan kalau kita bertanya. "Excuse me, tumpang tanya, ni beratur untuk cab ke?"
Senang je kan? Berpeluh pun tidak.

But instead of doing that, kita join the line lepas tu, bila nampak orang lain selamba naik taxi dekat the taxi stand we go attack and marah-marah sebab kita salah beratur and dah lama menunggu.
Seriusly? Bukan salah orang lain wei.. 100% salah you sendiri.


2. Masuk taxi dulu atau tanya destinasi dulu?

Selalu korang buat yang mana dulu? Macam Ayu, it depends on where I tahan taxi tu.

Kalau dekat taxi stand yang memang beratur dan cab pun berjela dia belakang, I will assume cab-cab itu semua sanggup ke mana sahaja. Ikut rezeki masing-masing lah kan?
So, masuk and beritahu destinasi.

Lain lah kalau kita tahan taxi di tempat biasa. Tepi jalan misalnya. Of course, kita akan tahan taxi dan bertanya dahulu, kemudian baru masuk.

Tetapi, secara amnya, Ayu berpendapat, semua pemandu taxi perlu membawa ke mana sahaja yang penumpang inginkan. Kerana, penumpang akan bayar mengikut meter. It is a fair treatment. You give your service, the customer will pay accordingly.

If you memilih tempat atau takutkan traffic jam, the very first place, jangan bawak taxi. Sebab taxi ialah kenderaan darat bukan kenderaan udara jadi confirm akan tempuh traffic jam. Kalau tidak, jangan berhenti jika ada yang tahan.

Kalau orang tu ada alternative lain, awak rasa dia nak berdiri di tepi jalan dan sibuk-sibuk melambai menunggu taxi? Of course NOT.


3. Sediakan wang kecil atau secukupnya

Seriusly wahai penumpang taxi... Janganlah melampau gunakan taxi sebagai tempat pertukaran wang kecil anda.

That trip cost RM5.60 and you bagi RM50?
Pakai akal sikit please.

Kalau orang tengah beratur tunggu awak keluar cab, boleh longgar lutut ,menunggu pak cik cab mengorek serata poket mencari baki untuk diberi.

Kalau memang tiada sumber lain.... nasib kau la nak.




Sekian sahaja ceramah taxi kita.
Hehe.


Love, Ayu