Thursday, April 18, 2013

Siapa ada kucing PUT YOUR HANDS UP!!

Hehe... Siapa ada binatang peliharaan PUT YOUR HANDS UP!!!
Kenapa?
Sebab kamu orang sebenarnya golongan yang sangat bertuaaaahhhh... *sambil kelip2 buat muka comel*

Ni Ayu nak share 10 sebab anda perlukan binatang peliharaan.
Jangan memain.. 10 ok.. bukan sikit anak.. SEPULUH ok... :)

1. LEBIH BANYAK BERGERAK
Kajian menyatakan, dengan mempunyai binatang peliharaan, dapat membuatkan kita lebih aktif bergerak dan dapat mencegah bertambahnya berat badan.
Means, bersenam dalam keterpaksaan gitu. Yelah, katakanlah kita bela kucing, but kita tak bagi kucing kita masuk dalam rumah.. kucing itu hanya boleh lepak kat luar sahaja,... contohnya kucing dibawah ini..


namanya Ralph.

Dia ni, memang family Ayu bagi lepak diluar sahaja. Selalu dia ok.. tapi ada musim2 dia sangat playful, dia akan menyorok dan bila kita bukak pintu entah dari mana datangnya dia meluru masuk ke dalam rumah.

Bukan Ayu sorang.. habis dengan mom pun semua lintang pukang berlari mengejar dia.
Maka terbakarlah kalori kami sekeluarga tanpa sedar.
Hiks.


2. LEBIH BANYAK KETAWA
Bukan ketawa sengsorang please. Itu gila namanya.
But ketawa dengan gelagat dan tingkah laku binatang peliharaan kita lah..Jadinya, secara automatic dapat menghilangkan stress dan dapat mendorong kita melakukan perkara-perkara yang menyenangkan.

Memang diakui lah. Saya stress, saya memang cari kucing saya.



3. MENGAWAL KEMARAHAN
Ketika korang sedang membelai atau bermain dengan binatang peliharaan kita kan, badan kita secara naturalnya akan mengeluarkan hormon oksitosin iaitu sejenis hormon yang mengurangkan stress.
Oleh sebab itulah, semasa bermain dengan binatang peliharaan kita, kita rasa lebih happy.

4. TIDAK LAGI KESEPIAN
Ada kajian dari Saint Louis University, orang yang mempunyai binatang peliharaan ni, sangat jarang merasa sepi. Percaya atau tidak, ini adalah kerana haiwan kesayangan ini boleh memberi dorongan secara sosial kepada tuannya.

5. ERATKAN HUBUNGAN SOSIAL
Alan Antin, seorang pakar psikologi dan kepimpinan The American Psychological Association ada berkata... haiwan peliharaan boleh mengeratkan hubungan di luar linkungan kita.

Contohnya, now kan kita ada sangat banyak social networks kan? So, kalau kita bela kucing, kita boleh like pages yang perihal kucing ni. Jadi from there, secara tidak langsung kita dapat kawan baru selain dapat information mengenai kucing daripada pemilik kucing lain yang mempunyai minat yang sama.

6. HIDUP LEBIH BAIK
Ini Ayu tak ada contoh. Tetapi berdasarkan penelitian dari Coronary Care Unit, mereka yang memelihara binatang peliharaan mempunyai tingkat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang berbanding mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

WOW!

7. SAYANGI DIRI SENDIRI
Dengan haiwan peliharaan ni, kita menjadi diri kita. Sebab apa? How can your cat judge you kan? Bila kita nak bermanja, dia lebih lagi extra manja sampai kita geram nak cubit-cubit dia.

Secara tidak langsung, kita rasa di appreciated dan sekali gus.. kita memupuk diri lebih positive dengan masyarakat sekeliling. Kita lebih penyayang, caring... manjaaaaaa.....


8. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Haiwan peliharaan ini sebenarnya membawa pengaruh menenangkan. Yes, mungkin ada yang kurang bersetuju dengan fakta ini.. Sebab ada manusia yang stress dengan haiwan peliharaan ini..
Tapi, dalam stress itu, cuba renungkan..kita sebenarnya lebih tenang compare sebelumnya.

Kan amalan pembela anjing akan bawak anjing mereka berjalan-jalan kan? Amalan ini bagus actually.. sebab in a way.. kita pun sama berjalan menghirup angin luar...

9. MEMBAKAR KALORI
Cuci kandang, cuci tempat najis.. menyapu mengemop rumah, ketuk-ketuk kusyen etcs...
Semuanya aktiviti pembakaran kalori yang berjaya.

Seseorang yang berjalan dengan anjing peliharaannya dapat meningkatkan kelajuan berjalan sebanyak 28% berbanding hanya 4% ketika berjalan santai bersama kawan-kawan.

Uiiihh.. patut la dulu kecik sikit dari sekarang. #alasan #kbye

10. TINGKAT IMUNITI ANAK
Seorang penyelidik kesihatan psikologi dari Universiti Warwick berkata, haiwan peliharaan boleh membanti meningkatkan imuniti kanak-kanak kerana jika rumah terlalu bersih, ia boleh menghalang sistem pertahanan anak-anak dari membini imuniti lain seperti habuk, kotoran dan haiwan.

But that doesn't mean perlu menjadi pengotor ye. Maksudnya exposure. Naturallnya. Bukan biar kotor tak boleh blah.

Above all, banyak perkara yang perlu kita ambil kira if nak bela haiwa peliharaan ni. Jangan sampai menganiaya diri kita dan juga haiwan itu. (",)

* sumber dari Majalah RAPI 15 April 2013
* gambar adalah hak terpelihara persendirian. Kucing-kucing yang dipaparkan adalah Abu, Ralph and Tommy. Kesemuanya kepunyaan MSN, myself dan my cousin.

Love, Ayu