tajuk macam orang tak de ethics makan merata. hahaa..
tak de, entry ni entry tempat makan jeeee.... saje nak share dengan kamu, kamu dan kamu yang kadang2 sampai dah tandus idea tak tau nak makan kat mana. ;)
The Humble Chef
macam nama dia.. humble chef.. memang tempat makan ni humble habis habisan.. haaa..
its located kat atas flyover yang dekat bangunan lama office2 kerajaan dekat Pusat Bandar Damansara tu hah..
tau kan?
kat atas flyover tu laaaa....
but, dia bukak hari2 9pm onwards... sebabnya, dia jenis bukak kedai ala touch&go.
kenapa ayu cakap macam tu?
humble chef ni, punyalah terbaik food dia kan, memang sebelum dia sampai lagi dah ramai yang menunggu.. masa dia baru sampai, baru nak setup lori, kitchen and meja kerusi segala, orang dah start giving orders..
haaaa... mana la taknya business derang ni boleh layan 2-3 jam je, lepas tu dah selamat licin boliau.
haaaaaaaaaaaaaaaaaa...
meh kita tengok menu dia eh?
hamik.. semua pasta hanyalah RM5 aje.. and rasanya adalah sedap!!!! especially the olio.
dia memang ada tiga kategori tu je makanannya.. pasta, sandwiches and omelettes.. lamb sandwich dia pun sedaaapp....
air pulak boleh choose in between mineral or coke. and harga air adalah flat Rm1.60. senang kan?
yang penting, rasa ada... and harga berbaloi2...
orang yang datang makan kat sini ayu tengok.. yang order makan, order makan.. yang order tapau pun berkepau2 ok...
Madam Lim's Kitchen
ha kalau yang ni, I'm quite sure ramai yang pernah makan kat sini or at least heard of this place kan?
But, I will not review on what I eat or what's the menu etcs... ayu just nak cerita pasal air yang ayu order...
ha nampak air tu...
nama dia.. Calamansi with Grape & Mango Puree.
untuk penggemar minuman yang masam2 manis, adalah highly recommended yer air ni.. (untuk orang yang macam ayu la tu).
sedap!!! mula2 masuk mulut manis.. dekat lidah tu kang masam2 sikit bila telan nyaman sejuuukkkk... owh sedap!
;)
Chocolate Lounge
Chocolate Lounge yang ayu ty makan ni is at Pavillion. Nama pun terjah time lunch.. harus la yang dekat sekitar kawasan jajahan sahaja kan?
;)
and memang nampak macam mahal etc.. but percaya tak I had their Lunch Set Meal for only RM15.90?
berbaloi kan?
dia ada macam2 la.. ada set chicken roaster lah.. ada set apalagi entah.. sorry tak ingat.. and this one yang ayu try is the Olio...
for the price, i would say it suites the portion, the taste and the ambiance.
taste dia sedap... tapi olive oil dia je tahap macam sup. so, ayu actually asing kan minyak tu bila dah sampai part hujung2 tu...
mentang2 la olive oil bagus tak melekat kaaannn..... hehehe
sambil2 makan tu, terperasan gak dia offer breakfast set for only RM 3.99.. murah kaaann???? boleh pilih either waffle or pancake.. and a hot drink of course..
murah kan?
so untuk sesiapa yang selalu lunch balik2 kat food court pavillion tu je hah.. boleh la naik belah2 atas pulak try makan kat Chocolate Lounge ni.. :)
Coleseum Cafe
nampak macam cafe zaman koboi kan? ngeh ngeh ngeh...
ni tau kat mana? dekat area Jalan Tunku Abd Rahman tu hah... betul2 dekat sebelah pawagam coleseum tu... mengadap arked tudung (tetiba)
nampak je rupanya begini.. but percayalah..rasanya meletop sedap ok... and senantiasa la kedai ni ada orang.. never putus..
ampun maaf i totally forgot the full name of this dish.. yang pasti its fried rice.. nama dia dalam menu tu ada raja raja.. kalau korang pergi korang usha2 la sikit...
ya ampun.. rasa nasi goreng dia sedap tak boleh blah ok.. bukan macam orang meniaga la.. macam masak kat rumah. tak kedekut bahan langsung.. cukup rasa semua.. puas hati..
ayu siap jealous sebab i ordered Fish & Chips. rasa macam nak tukar je.. LOL!
Fish & Chips je pun...original ok.. bukan fillet yang main goreng from frozen tu.. ni memang ikan betul2 layan salut tepung and deep fried gitu...
sedaaaaaaappp!!!!!
so, dah terliur dah pagi2 ni? saja keji letak entry ni pagi2.. geram sebab tak sambung cuti.. :P
Blurbings By,