Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Merisik


23 June 2012.

MSN's family datang untuk merisik. Masa plan semua takde pun apa2 perasaan. But masa MSN bbm kata derang dah depan gate... MasyaAllah.. berdebar gila!
Baru merisik oiiiii.... 

My sis & my BIL was my backbone. Mom & Aunt1 pun ada. Itu je yang diberitahu pun. Because, ni lebih kepada nak kenal2 family terdekat jer.

By the time I heard their voices kat living hall, my sis laju gila masuk dapur and asked me .. "Kenapa Ayu tak inform derang bawak hantaran? Kita tak ready apa pun as balasan.."
Errr.. of course la I didn't know derang datang bawak macam2.. All I know cincin risik je lah kan?

Rupanya... Sebeban fruit basket and Godiva chocs. Haiyo! How lah??




Sesambil pening fikir nak balas apa semua.. sesambil tu jugak make sure meja semua ok on set. I cooked mom's recipe of fried beehoon and ordered roti jala from Aunt2.

Cukup lah kot for minum petang kan?

MSN came with his mom, his aunty, his sister and his brother.
Yeee.. dia datang sekali.

Mula2 I dengar suara his mom bercakap all.. Tetiba macam ada sangkut, and I heard his voice.
Dia masuk merisik and wakil diri dia sendiri.
Owh selambaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
(Clap! Clap!)

Habis MSN bercakap, mom call me out.
Katanya Aunty nak sarung cincin. Eh apakah? Bukan merisik takde sarung sarung ker?
*confuse*





Nervous gilleh!

Rasa macam tak jejak tanah.

Selasai semua.. salam semua orang...
Pastu makan..





Masa derang makan, Ayu nyorok kat dapur lagi. Takut siut. Kot la tercekik semua makan ke apa kan.. seram.
But alhamdulillah, tiada sebarang keracunan makanan berlaku.
Phew.

It was the best Saturday ever.
Knowing that someone is serius to make me as his responsibility.

Ya Allah please bless our journey.
Amin.

Next is bertunang.....
3 months from merisik..

....................and the clock start ticking.



Love, Ayu

Wednesday, November 13, 2013

Buka mulut

Sementara segalanya sedang berjalan... In this next few days... Ayu akan coretkan perjalanan Ayu menghadapi the marriage proposal, merisik dan bertunang...
So, here we go..

06 May 2012

MSN called and ajak me & mom out for lunch. I told him that I got plans with mom to shop few things. Masa tu, venue pun Ayu tak sure lagi.. maybe MidValley.

Terus dia kata, OK, let's have lunch at Mid Valley.

Few weeks before this luncheon, MSN ada temankan Ayu tolong settlekan few things berkenaan rumah sewa Puchong mom. So, ada satu hari tu, mom invite dia masuk and hidang makan all. Cara mak mak berterima kasih. Bagi makan kenyang. Ye dok? Hehe.

MSN tumpang solat, and lepak with mom and myself. 

Tetiba... dia bukak mulut.. "Mak cik, nanti selesai hal renovation rumah saya, saya nak jumpa mak cik perihal meminang anak mak cik ni ye.. boleh ye mak cik?"

Me?
I AM SPEECHLESS.

Rasa macam nak pengsan. Gelap dunia. Serius rasa pitam.
KO DAH KENAPA TAK BINCANG DULU DENGAN AKU WEI????

Mom was shocked too.

And maybe MSN realised mom terkejut, dia berbunyi lagi.. "Sorry mak cik, saya ni tak de pengalaman.. family saya pun kakak je yang dah lepas...memang kena jumpa makcik beforehand berbincang cara etcs.."

Mom smiled and cakap dekat MSN.. "tak pe, benda tak tahu kita boleh belajar.. no worries.."

So, there goes my angan angan nak di propose dengan penuh sweet surprised etcs. Forget about it Ayu.. Forget about it.

So, tujuan MSN nak ajak luncheon ni pun, nak ajak berbincang cara bagaimana apa yang patut untuk proses merisik...

 

Lokasi: Bumbu Desa Indonesia Cuisine, Mid Valley Megamall.
Makanan lunch semua Ayu tak snap pic as I was so scared.

Itu dessert. Hujung2 bila dah loosen up sikit baru Ayu snap pic. Itu pun curi2.
Konon2.. semoga segalanya manis sahaja hingga ke Jannah.. ecececehhhhhh...


Love, Ayu

My 34th Birthday

Alhamdulillah...

Thank you Allah for a wonderful 34 years of life.

Ya Allah, please grant me with the best of iman, faith, beautiful aqidah, good health, blessed wealth, happiness and love forever here, and the hereafter.

Ya Allah, please grant Jannah for my parents.
Ya Allah, please give my mom a beautiful life and good health. Don't let any harm or sadness be with her.
She is my everything Ya Allah.. Please give me the chance to pay what she have done to me. For atleast to give back what she has given me.
Ya Allah, please spread your love, nur and protection to my mom, sister, brother in law, nephew and niece.
I love them so much Ya Allah...
If I don't have the chance to tell them, kindly let them feel it,one day.

Ya Allah, this year, on my 34th birthday I will embark another step in my journey of life.

Today, is the day I will become a wife.

To that Ya Rahman, I pray for good strenght and iman for the new journey. I hope that our love remains forever lillahi ta'ala.
Amin.

13.11.13
.....my new journey begins.

Love, Ayu

Friday, June 14, 2013

Tips untuk perempuan : How to make your man happy in a relationship

Berdasarkan permerhatian saya (bukan main nak perhati2 sekeliling) and of course a little bit of research (Masters ko dah habis Ayu? Belum kannn.. topik ni kemain ko buat research) anddddddd experience sekeliling saya, I conclude a few notes about Man & Relationship.

1. Bagi dia ruang. (space)

Ruang apa?
Ruang untuk dia menjadi boys. Percaya atau tidak all men are still boys. Lelaki yang baca tak payah nak jegil mata tu sangat ye. Baik mengaku je.
Means, dia nak ada his sports day ke.. his time with his friends ke.. biarkan.. Badminton, Futsal, lepak mamak.. shisha... biar je.

Yang perempuan pulak, masa bagi tu manis je senyum..siap wish take care lagi.. but during the session, mata dah nak terperosok masuk dalam jam. Apa tak nya dok menghitung waktu and saat berapa lama 'his time' berlangsung. Itu belum masuk lagi kotak fikiran dah merapu fikir macam2.
Yelah, perempuan lain ada di mana2 sahaja. Sebarang kemungkinan akan terjadi. No matter how you trust your partner, you definitely don't trust other women out there.

Makanya. Redha je.
T.T

2. Hormat privacy dia.

Means. Jangan jadi inspector sahab.
Jangan jadi machine punch card.

"Kat mana tu? Buat apa?"
Bila orang tu dah jawab..
"Kenapa saya tak diberitahu yang awak bla bla bla bla blaaaaaaaaaaa..."

Yes, saya faham. Kita ni hanya nak tunjuk kita care. Masalahnya, bila dah jadi habit, lama2 partner malas nak melayan.. Sudahnya dia menjadi semakin diam. Bila dia banyak diam, kita balik yang curiga, thinking dia ada sembunyikan sesuatu.

Fikir macam ni jelah. Kalau hp dia, dia main boleh sepah2 je merata.. Means, he got nothing to hide from us. Jangan la pulak tengah family dinner ke apa, dia bukan main angkat tangan baca doa makan pun still genggam handphone tak lepas.

Yang tu takpe, jom jadi inspector. Jadi Incredible Hulk pun OK.

3. Jangan paksa tanya apa dia rasa.

Jom terima hakikat fantasi kita dalam those novels and TV series TIDAK WUJUD.

Walaupun cerita itu dilakonkan oleh Aaron Aziz (hamaigoddddd) and Aaron Aziz memang sayang isteri dia like nak mampos punya sayang... Tak beerti dia kat rumah sama melayan wife dia macam dalam Ombak Rindu tu.. Get it?

I mean, you don't go and accuse things like.. "You tak pernah pun belikan I cake or cuppies, surprise you karipap lah, apam balik lah... You tak sayang I eh? You rasa I ni biasa je eh? Tak special pun eh?"

Oiiii come on.. Sib baik dia belikan. Daripada dia cerita..."Tadi lalu nampak makcik jual apam balik yang I kata sedap tu. I berhenti la beli. Ya Allah licin I makan lima lima keping...."

Mana ko nak kan?

Lainlah it's your birthday and he bought you an Apam Balik birthday... Itu moh pelnagkung!

Yang kita ni jangan lah fikir dengan bagi hint cerita pasal orang lain, bagi those forwarded emails, Retweet segala... Jangan lah assume he will understand and do it. Tak natural pun if dia buat. Sebab, dia tak jadi diri dia. Dia buat sebab ada guidance. Sebab kita nak.
Pasrah je OK. (Makan je karipap tu...kita melayu pun.. karipap sardin sedap apa)

4. Jangan banyak soal

Kepantangan orang lelaki ni. Sorry lah baru terfikir. Terus jatuh No 4. Patutnya letak kat No 1.

Dia soal kita tak pe... T__________________T

Jadinya, bila dia yang banyak soal, kita feeling2 je dia caring sangat pasal kita okeh. Jangan part dia. Boleh tercabut bumbung kereta kalau kita banyak soal. Kadang2 soal tu lebih pada mengepoh.. kita bukan nak soal sangat pun.. But bila hujung2 bila banyak soal, kita start compare situation etcs... So, better don't start asking. Asking will also lead to investigating.. Makanya refer lah No 2 tadi ye.

Bukan juga beerti korang boleh biar mereka ini bebas sesuka hati mereka ye. Cuma kawal takat cium2 bau je lah.. gitu.

5. Terima hakikat

Terima hakikat kita tak dibenarkan mempunyai perasaan defensive, over protective, insecurities, low esteem.

Sedih kan? Sebabnya, semua ni yang akan lead masalah to the relationship. Sebab slowly sikap2 ni yang akan ruin things.

By the way, saya bukannya ada pengalaman sangat pun perihal begini. Saja je nak share apa yang saya dan kawan-kawan borak2 semua.



Love, Ayu