Al-Fatihah.
Ayu actually baru edit perenggan atas ni.
My entry today memang dah buat untuk update Masita selepas entry yang Ayu melawat dia tu.
Her husband memang always update us semua on her current situation. Actually, pada hari Ayu melawat Masita tu, jam 1 pagi tu, dia mengalami sesak nafas dan dipindahkan ke wad ICU.
Nak melawat agak restricted. Jadi memang hanya sms penghubung kami.
According to the husband, sejak masuk ICU memang Masita tak sedarkan diri. Memang dia dalam keadaan koma. Doktor cakap mungkin tindakbalas ubat. Kami memang tak pernah putus asa dan terus berdoa yang terbaik untuk dia..
Masa tu jugak kami decide nak host kan solat hajat buat Masita. Allah knows best. Kami hanya mahu yang terbaik untuk Masita. Apa pun yang Allah tetapkan.. kami hanya mahukan segalanya dipermudahkan buat Masita..
Masita memang seorang rakan yang sangat baik.
Sepanjang kami mengenali dia, tak pernah langsung dia bercakap buruk pasal orang lain. Inikan pula nak ambil tahu hal orang. Dia suka senyum. Suka gelak.
Sampaikan kami tak tahu bila dia berduka.
Itu Masita.
Petang semalam tadi husband Masita ada sms Ayu inform Masita tenat.. Dan pagi ni.. Masita telah pergi mengadap Ilahi.
Al-Fatihah buat Masita Binti Mahat.
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.
Amin.
Love, Ayu