Monday, February 25, 2013

Weekend lepas... kena serang kuning hijau... Heheh


So, budak di atas ini menyerang Klang Valley.
Hehehehe...

She needs a break lah. 
Plussssss.. turun padang to stock up her make up supplies, jumpa client pasal her bridal apparels and latest her shawl business.

plusssssssssss... she's staying over at my place.
yay!

So, last Friday, sebelum pulang, teman lah dulu Wanie ni berjumpa her customers also bloggers at Sogo KL.


Yang beli skin care.. yang beli tudung.. 
Presenting Sis Elly & Sis Dee.

:)

Kitaorang buat bising kejap kat situ and off balik PJ.
Its a working day so, tak sempat nak prepare apa for Wanie & Mama..

Ayu terus bawak derang to Pasar Malam kat area rumah. Nasib baik pasar malamku itu sangat reliable and sangat banyak choices.
Bought dinner for us all and off balik rumah.

Semua pun dah penat.
After mandi solat and dinner.. kami semua lena dibuai mimpi.


Sis actually masak nasi lebih the night before sebab tau ada tetamu.
But since I have bought dinner.. maka nasi tu, jadi lah nasi goreng for breakfast pagi esoknya.

BIL keluar beli roti canai.
So meriahlah meja makan kami.

Usai breakfast, sis & family off to Ipoh for a wedding and kami melingkar still at home.

Lepas semua dah ready.. Off kami keluar ke Al-Humaira at Kota Damansara.
Wanie yg from Kedah inform Ayu Al-Humaira ada sales.
hahahahaa... Aku apa pun tak tau ok.

Selesai Wanie & Mama shopping kat situ, kami gerak ke Ikea.


More on nak jalan2 je.
Plus... nak have our late lunch here.
Kami plan tak nak dinner.

Heavy breakfast..late lunch.. no dinner.


Kononnya late lunch.

Memang patut tak payah dinner lah kan??
mUakakkakakakakaa



Yang ni, Ayu share with mom.
Termonyeh jugak even makan kongsi.

Usai makan.. segala yang di usha tadi bakal dirembat kat bawah nun.
Bukan saya usha.
But ibunda berdua yang usha lebih.


  Askar Cambodia sesat.


Pomps gils ni dtg jauh2 from Loq Staq just untuk beli straw.
#cerdik

Alasannya:
1. Minum pakai straw Ikea lebih sedap
2. Motivation masa minum time sakit sebab straw colorful
3. Loq Staq x de Ikea


Macam biasa, jalan2 with mak2 memang kena banyak berhenti ye adik2.
They need to recharge.

Budak yang menyelit tengah2 mak mak tu pun nak recharge jugak.
Hahahaha..


Hasil rembatan yang tidak seberapa but cukup untuk buat mak berdua happy.

(geram je aku tengok straw tu)


Team tunggu kereta.
While we settle the parking and amik kereta..
Ibu berdua lepak tepi tu jaga troli.

Hehe.


Checkout my shawl.
Sweet kan?
Tq Wanie for the gift. Me like it.
xoxo

Balik Ikea, kami berebut solat. Hahaha.. Dah hujung waktu begitu lah ye. berbondong berebut. :p

Lepas tu, Ayu kuar lagi teman Wanie jumpa customer dia on bridal apparel and lepas Maghrib lak jumpa customer dia on tudung lak.
kencang minah ni.

balik je rumah tengok kedua ibunda pengsan lena diulit mimpi.
ZzzzzZZZZzzzZZZzzzzz

And the final day pun muncul....
Pagi tu, BIL & sis ajak semua keluar breakfast at Shah Alam.
Our family suka makan kat Restoran Hartinie ni..


Sebab banyak menu dia..
And semua food ada rasa.
:)

Balik rumah, sis mula bersilat didapur..
Sebabnya, memang dah plan nak buat kari ikan for lunch..
Makan ramai2 ni memang seronok..

Berkelentung kelentang kat dapur sesambil borak melawak semua....
Of course kami hanya menyibuk yang penting2 semua sis settle.. hiks..

Makanya... presenting..
our lunch semalam..


Sedapppppppppppppppppppppppppp.. sehingga menghirup pinggan.
hahahahaha..

Lepas rehat sekejap.. Wanie & mama ready nak ke Ampang pulak.
sobs.

All in all, tq Wanie sudi datang rumah akak. myself and on behalf of my family nak minta maaf andai ada kekurangan sepanjang stay Wanie & mama kat rumah kami.
Hope tak serik. :)


Love, 
Ayu

Thursday, February 21, 2013

The TRIPPLE M !!!!!!!

Hi korang!!!!
Semua dah makan?
Kalau belum... Ayu nak minta maaf sesiap ye..
Dan kalau puasa, pls pls pls ampunkan dosa kuuu...

Sebab apa?
Kerana entry ni akan memaparkan gambar yang bisa meruntun iman nafsu makan kalian.
Heheheeh...

Presenting THE TRIPPLE M from Menate Steak House.
Apa tu?
Menate Monster Meatball


Soon... very very soon... Menate Steak House will launch their very own signature of meatballs!!!!!
Ni menu yang lebih on the go and ringan untuk kita semua.



Each set akan look like this.
Ada 4 ketul roasted monster meatball.

Memang kenyang la makan.


The white sauce itself sedap gila.
Its a broth from air rebusan daging tu itself. Boleh bayangkan tak betapa lemak manisnya rasa white sauce tu?
*meleleh*


*terliur*




macam biasa.. meatball memang sedap meletop makan dengan black pepper sauce.
Here, at Menate of course element jam tu ada...

my suggestion, korang kacau dulu jam dalam black pepper sauce tu bagi rata dengan sudu..
pastu jilat sudu tu.. Ya Allah pengsan sedapnyaaaaaaaaaa...


and makanlah meatball anda ni dengan tanpa rasa bersalah langsung.

sedap sehingga menjilat mangkuk.
dengan juicy nya.
dengan kenyal meatnya.
perfecto!

But wait! It haven't launch yet at Menate.
Please do like their FB Page for updates on this...
Once derang update kata dah ada.... don't forget to ajak me alonggggggggggggggggggggggg..

me wanna eat those monster meatballlsssss..
nyums.


Love, 
Ayu

Wednesday, February 20, 2013

4 days! (Day 3)




The very next morning, Ayu terus keluar depan rumah. 
My habit if balik kampung... kena layan hirup angin pagi.. tengok pokok... segarnyaaaaaaaaaaaaaa..
and of course ditemani oleh Montel the cat. hehe.
So cute this cat.
Dia ingat kita bangun nak bagi dia makan.
Hampuns ok.. itu tunggu tuan mu bangun. Hiks.

Then, semua orang satu per satu mandi siap after Subuh because we have decided to have our breakfast kat luar today.
Jadinya tak payahlah my aunty nak berkocoh prepare breakfast (and also tak payah lah kami nak berkocoh tolong dia. haha)



Nothing beats Indian breakfast.
Kalau lepak bandar Taiping, silalah breakfast kat sini.
The best Indian restaurant in Taiping.



Total semua kami ada 11 orang. 
Imagine dengan kepadatan yang sedia ada dalam kedai tu, we still managed to dapat whole stretch of table for our family.
Yay to my uncle.
That guy kan, memang taiko Taiping lah. Bukan main senang sungguh kalau jalan2 kat bandar Taiping with him.


Semua amik macam2 jenis thosai.
Normal thosai, Rawa thosai, Egg thosai and Paper thosai.
Me? of course la my ultimate favourite.. Rawa thosai.
And I like it garing. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Usai breakfast, kami ramai ke Tesco Taiping.
Kenapa?
For our late lunch project.
Project Chicken Chop.

Ye..itu kami yang excited


Urusan ayam... my aunty and her 2 boys settlekan.
Dari menyiang sampai debone up till memenyet... segalanya my aunty and her boys.

biasa lah kami perlukan mereka yang gagah. hahahaha
alasan tak nak tangan belengas begitulah ye.


kami?
we decided to buat dua jenis kuah.
satu black pepper sauce satu lagi hainam oriental sauce.
from raw ye kawan2.. takdenya nak amik instant2 ni..

siap import chef lagi for hainam sauce..


tu diaaaa... gaya kena adaaaaaaaaaaaaaaa... ehheehhee...

Since dapur ada dua je.. kena bagi laluan to kuah dulu..
usai kuah baru kita breaded kan ayam untuk goreng.


classicnya recipe breaded my aunty ni, kita guna biskut. alah biskut cream crackers tu.
hancurkan.


abaikan kaftan ye.
masak kena pakai kaftan.
baru sedap masakan.
(alasannnn)

corn flour, telur, cream crackers... goreng
uiiiii macam tak percaya dia boleh jadi golden brown.
me likey.



apa benda hijau tu?
sesaja we all celur brocolli and goreng fries.

nyums.

while kami masak.....


my uncle entertains us.
sweetness kan?

kang tgh belengeh pegang bawang tu la dia panggil nama suruh nyanyi one song.
saje hiburan keluarga.
tak payah nak jadi penyanyi terkenal pun.
or berlumba sesama sendiri bersaing tak tentu hala.
its just a way of membina ukhuwah.

usai makan... kami solat berjemaah.
lepas tu melepak time... 


.... and also manja mengada time.
hahahaaha...
(this guy dont read my blog so i am very secure here)

then cerita pasal lama2 all..
lepas solat maghrib.. we decided to have light dinner..
my uncle suggested Yong Tau Foo..


sedapness...
simple light...

balik tu, all the boys keluar layan badminton.
entah what time derang balik... i dont know.

sehari yang panjang but full with activities.

kalah orang yang beraya. ye dok?


Love, Ayu

WW: Disappointed salesman




Friday, February 15, 2013

Tragedi 14 Feb 13

Apa nak jadi dengan dunia ni?
I don't care what 14 Feb resembles to your life, but come on.. kenapa nak rosakkan your own life and add drama to the date?

First, terkejut budak umur 19 tahun terjun dalam bangunan Berjaya Times Square hanya kerana patah hati dengan kekasihnya?
At first I thought it was just another gossip pasal Valentine ni all. But kebetulan, my colleague was there with his family.
So, it is indeed a real situation.

Kenapa?
The world has a lot to offer lagi for you.
You baru 19 tahun. Memang ajal maut di tangan tuhan.. kalau memang ajal you, lain lah. Ni you plih ajal you.
Kerana lelaki?
Mana hati perasaan to your family? to your parents?
Fine.. maybe dia ada reasons dia sendiri.
Tak baik judge dia melulu like this.
But keputusan yang dia ambil ni boleh dikira salah.
This is not a solution. But actually another new problem.

And next.. isteri tikam suami.
Here's the text from Harian Metro Online.

Tikam belakang suami

Oleh Iskandar Shah Mohamed

Melaka: Akibat berang dengan suami yang dipercayai menegur perbuatannya kerana kerap keluar rumah tanpa izin, seorang wanita 'naik minyak' dan bertindak menikam lelaki itu menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah rumah di sekitar Malim di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 32 tahun terpaksa menerima rawatan di hospital akibat kecederaan di belakang tubuhnya. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan wanita berusia 27 tahun itu hingga menyebabkan pertengkaran di dalam rumah terbabit.


"Bapa kepada seorang anak itu dikatakan menegur tindakan isterinya yang sering kali keluar rumah tanpa keizinannya.

"Wanita berkenaan yang berang kemudian mengambil pisau dapur lalu menikam belakang tubuh mangsa hingga mendatangkan kecederaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, lelaki itu kemudian dipercayai keluar pergi ke rumah keluarganya di sekitar Kandang dan turut membawa anak perempuannya berusia dua tahun.


"Mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Malim pada hari sama untuk tindakan lanjut.

"Lelaki berkenaan turut ditahan di wad hospital berkenaan berikutan kecederaan dialaminya," katanya. Kata Gunarajan, bertindak atas laporan dan maklumat diperoleh, pihaknya menahan wanita itu di sekitar negeri ini, semalam.


"Siasatan masih dijalankan dan punca kejadian itu dipercayai akibat perselisihan faham antara pasangan suami isteri berkenaan.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.


Difahamkan, mangsa bekerja sebagai jurujual manakala isterinya seorang penyelia kilang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15
Kenapa? Dah la keluar tanpa izin. Kena tegur pun siap bertikam bagai?Nauzubillah.

Thursday, February 14, 2013

4 days! (Day 2)

Esoknya.. macam ada orang kejut2 kan.. terjaga sharp at 530am..
terus Ayu pujuk diri untuk tidur semula.. come on laaa.. tgh bercuti ni tak payah nak bangun masak air punnn... haiyo mataaaaa..

Sebabnya, MSN ajak layan sunrise + mandi laut lepas solat subuh.
Pejadah nak bangun pagi buta ni.

Pujuk punya pujuk dapat la lelap sampai 615am.
Tu pun sebab MSN dah text cakap subuh dah masuk and dia dah nak gerak datang amik.
Kejut my cousin, kejut mom.
Ayu masuk toilet first and sementara mom dalam toilet, bancuh la semua apa patut for her.
Ayu memang bawak bekal her morning milk, her suplements all.. semua memang dalam jagaan saya.

Mom tak nak ikut pegi pantai..
dia nak rest betul for our next journey.


So moh la kami meredah embun ke tepian pantai.



Gambar sunrise tak amik.
terlalu kagum.
kami bertiga just duduk situ and menikmati pemandangan yang maha indah.

Subhanallah.
Tq Allah for this opportunity untuk melihat and menikmati keindahan ciptaanMu.



Anak jati Teluk Kalong.
Bukan saya, yang sebelah saya tu.

Ni pic terakhir bersama segala gadget.
Lepas tu semua simpan dalam kereta and off to terjun laut... weehooo...

Tak lama pun.. sebab boleh rasa hujan mau turun...
So, kami cepat2 gerak lagipun Opah dah suruh berjanji breakfast with her at her house.
Kesian lak orang tua tu menunggu lama.

Back to hotel, mandi proper all and terus check out.


tu dia.. penuh meja makan Opah dah.
Ada Nasi Dagang of course, nama pun Terengganu. Kalau tak makan rugi lah.



Wangi je nasi dagang bungkus dalam daun pisang macam ni.
Sangat jarang dah berlaku benda2 bungkus daun pisang ni.
Sedaps.


Ada lemang and also cucur badak.



Dalam banyak2, ni paling ultimate.
Kopi O cap Gajah.
Air tangan Opah.

MSN super manja.
Benda lain dia boleh orang lain buat. But kopi O ni.. kena Opah gak yang bancuh, baru kaw katanya..



Sesiapa pergi Terengganu cari lah kopi ni..
Dia dalam tin warna kuning.

Ramai datang ziarah pagi tu. Bersoreh la dengan few family members of MSN.
Kenal mengenal.

Usai segala, time for us to say good bye.
Kami jauh lagi perjalanan ni. Nak ke utara pulak.

But before sampai exit keluar, singgah lagi satu rumah.




Yelah, bukan selalu dapat peluang ni.
Lagipun, eratkan silaturrahim tu kan sangat digalakkan...

It was a very short trip.. But Alhamdulillah me & mom dapat accomplish semua nya.
Niat nak sambut jemputan orang, nak ziarah Opah siap bonus dapat jumpa dengan a few others as well.
Alhamdulillah.


Our final stop is of course Hai Peng.
Kecewa tak dapat nak tapau bun bakar dia... mana tak nya. punyalah pack manusia..
Ayu sempat grab the coffee pack je for my beloved Uncle at Taiping.
Dia tu coffee lover.. so, ada la souvenir for him.

And then.. off we go..
Kemaman - Genting Highlands - Batang Kali - Tanjung Malim - Taiping


Alhamdulillah.. reached Taiping around after Maghrib...

Malam tu, my anuty cooked a simple yet delicious dinner for everyone.
Ayu tak makan pun. I think semua orang lapar kot, semua duduk and tak perasan pun  saya tiada tempat duduk. Alang2 tak payah la makan. Dapat jugak berdiet, kan?

So malam tu, lepas solat and mandi.. kami beramai2 lepak kat hall and bercerita..
Dah macam routine setiap kali balik.. sure ada cerita yang nak diborakkan.
Mom dah pengsan dah masa ni.. Hahaha..

and we call the day off at 2am.

Love, 
Ayu