Friday, February 15, 2013

Tragedi 14 Feb 13

Apa nak jadi dengan dunia ni?
I don't care what 14 Feb resembles to your life, but come on.. kenapa nak rosakkan your own life and add drama to the date?

First, terkejut budak umur 19 tahun terjun dalam bangunan Berjaya Times Square hanya kerana patah hati dengan kekasihnya?
At first I thought it was just another gossip pasal Valentine ni all. But kebetulan, my colleague was there with his family.
So, it is indeed a real situation.

Kenapa?
The world has a lot to offer lagi for you.
You baru 19 tahun. Memang ajal maut di tangan tuhan.. kalau memang ajal you, lain lah. Ni you plih ajal you.
Kerana lelaki?
Mana hati perasaan to your family? to your parents?
Fine.. maybe dia ada reasons dia sendiri.
Tak baik judge dia melulu like this.
But keputusan yang dia ambil ni boleh dikira salah.
This is not a solution. But actually another new problem.

And next.. isteri tikam suami.
Here's the text from Harian Metro Online.

Tikam belakang suami

Oleh Iskandar Shah Mohamed

Melaka: Akibat berang dengan suami yang dipercayai menegur perbuatannya kerana kerap keluar rumah tanpa izin, seorang wanita 'naik minyak' dan bertindak menikam lelaki itu menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah rumah di sekitar Malim di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 32 tahun terpaksa menerima rawatan di hospital akibat kecederaan di belakang tubuhnya. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan wanita berusia 27 tahun itu hingga menyebabkan pertengkaran di dalam rumah terbabit.


"Bapa kepada seorang anak itu dikatakan menegur tindakan isterinya yang sering kali keluar rumah tanpa keizinannya.

"Wanita berkenaan yang berang kemudian mengambil pisau dapur lalu menikam belakang tubuh mangsa hingga mendatangkan kecederaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, lelaki itu kemudian dipercayai keluar pergi ke rumah keluarganya di sekitar Kandang dan turut membawa anak perempuannya berusia dua tahun.


"Mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Malim pada hari sama untuk tindakan lanjut.

"Lelaki berkenaan turut ditahan di wad hospital berkenaan berikutan kecederaan dialaminya," katanya. Kata Gunarajan, bertindak atas laporan dan maklumat diperoleh, pihaknya menahan wanita itu di sekitar negeri ini, semalam.


"Siasatan masih dijalankan dan punca kejadian itu dipercayai akibat perselisihan faham antara pasangan suami isteri berkenaan.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.


Difahamkan, mangsa bekerja sebagai jurujual manakala isterinya seorang penyelia kilang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15
Kenapa? Dah la keluar tanpa izin. Kena tegur pun siap bertikam bagai?Nauzubillah.

3 comments:

Madam Casper said...

Semoga kita (dan ahli keluarga) di jauhkan dari hal2 seperti ini....biarlah kita terus berada dilandasan yang lurus ni. Amin..InsyaAllah...

attyfir said...

salam ayu..

itulah..mcm2 hal dunia sekrg..

takecare ayu

Amiha Ayu said...

Kak Casper:
Amin...... seram kan kak?

Kak Atty:
Wkumsalam kak.. u take care too ok?
hugs