meh kita flash back sikit yer.
for the last 22 years, mom ada sekelompok kawan yang amat rapat dengan dia. derang ni lebih dari saudara sendiri. ni lah dia, sahabat sejati. sanggup bersusah senang and bergadai nyawa bersama...
seriusly..i truly respect them for this friendship.
bukan derang je bersahabat. habis kami sekeluarga anak beranak juga kenal sesama anak2 yang lain. everytime school holidays, for sure ada je aktiviti or plans yang dah tersedia untuk we all sama2 spend.
bayangkan..kami rapat bagaikan keluarga. sakit pening, susah senang..ni lah orang2 nya.
jatuh bangun mom..ni lah penguat semangat yang sama tolong melindungi keluarga kami dari berbagai tomahan and cabaran.
semuanya terpukul bila kami dapat call on last thursday mengatakan makcik critical di ICU. mom dah mula tak lena tidur. myself, sis & BIL lagi la.. kami bagaikan takut nak buka bicara pasal perkara ni dengan mom.
ini sahabat dunia akhirat dia. dan, makcik dah macam ibu kami sendiri.
she knows what's sis's and my fav dish.
she knows our fav colour.
she's so loveable and care for us as if we're her own daughter.
mungkin juga kerana, anak2 dia semuanya lelaki. habis anak2 nya dididik melindungi kami.
senang kan? automatic dapat abang & adik instant.
tak cukup dengan tu, fikiran kami terfikir pada pakcik yang jarang bercerita tentang apa yang dia tanggung. dia amat rapat dengan makcik dan bukan mudah dia nak go through semua ni.
alhamdulillah, rakan2 yang dekat dengan mereka amat ringan membantu apa yang patut.
jadi, after breakfast last saturday, ayu & mom gerak ke JB. sis & family tak dapat ikut. lilD tak sihat. situasi pun tak menentu lagi. yang penting doa.
oleh kerana dia ditempatkan di hospital kerajaan, kami ada waktu melawat yang perlu dipatuhi.
sampai di exit Skudai lebih kurang jam 12 tgh hari. setelah berhubung dengan anak kedua makcik, mereka sedia menunggu kami di pinggir jalan.
kami tiba dia Hospital Sultanah Aminah, JB lebih kurang jam 1230 tengah hari.
masa ni, ayu sangat berdebar.
kisahnya macam ni, dah hampir seminggu, makcik demam tak kebah.
sekejap demam, sekejap ok.
ada satu malam tu, di saat mereka sekumpulan tengah menghadiri satu majlis maulidurrasul, makcik mengadu sakit di bahagian perut (hati/limpa to be exact) dan terus rebah.
semua orang panik dan terus gegas ke hospital berhampiran di Pontian.
Hospital Pontian enggan merawat makcik dan terus transfer dia ke JB.
sampai di sini, macam2 yang derang buat kat dia. macam process. amik darah la..amik apa lah..segala la..and she's all weak there...
keesokan harinya, kami dapat tau yang confirm she has blood cancer. dan tak ada cara lain lagi selain kimo.
pakcik pasrah. if kimo usaha terbaik, then, yang terbaik la yang patut kita usahakan.
kami hanya mampu doa dari jauh, agar Allah permudahkan segalanya untuk mereka.
ni semua terjadi beberapa hari sebelum berita critical sampai pada kami.
khamis tu, selepas kimo yang kedua, makcik muntah dengan teruk. bila doktor uji lagi darah dia, kimo tak jalan langsung. the cancer bukannya makin slow, malah makin active merebak. dah pun mula menyerang hati & limpanya. mata dia dah mula kuning.
dia terus digegaskan ke ICU.
doktor tak boleh buat apa2 lagi. kerana kimo jalan terakhir. dah kimo pun dah tak jalan..apa yang tinggal?
hanya doa & miracle.
luluh hati bila pertama kali melihat keadaan makcik di ICU.
bila dia buka mata & nampak mom..dia masih cuba mengukir senyuman.
dengan suara yang terketar2 dia sempat berpesan doakan yang terbaik untuk dia.
air mata dah leh tak dibedung lagi.
walaupun ayu & mom dah cuba untuk tidak menangis depan dia, kami tewas.
mom suapkan air zam2 yang kami bawa dan sedikit kurma nabi.
dia senyum dan ucap terima kasih.
dia lapar & panas sangat.
dia mintak kami lap kan badan dia...
i was so silent.
while crying i hold her hand and lap kan dia.
kimo tu sesuatu yang amat menyakitkan.
lebih menyakitkan bila tak berkesan.
kesiannya..makcik.
kami seharian di wad.
bila waktu melawat yang pertama selesai, kami beramai ker surau berjemaah dan terus ke kafetaria mengisi perut yang kosong sambil bagi peluang pada pakcik meluahkan rasa.
pakcik nampak cengkung sikit. dia akui dia amat susah hati dan tak senang duduk sejak beberapa hari ni.
dia mintak kami doakan dia sama. sebab dia perlukan kekuatan yang amat kuat nak tempuh semua ni.
dia bersyukur kami datang dan bagi dia semangat...
to all my gentle readers, ayu mohon sudilah kiranya kalian doakan makcik.
dia masih di ICU.
keadaan dia tak menentu.
tak kisah dengan apa yang ALLAH dah tentukan.
kami redha.
cuma, tolong doakan permudahkan segalanya.
jika belum masanya, permudahkan kesembuhan penyakitnya.
dan permudahkan juga, jika ia sebaliknya.. :(
TQ.

6 comments:
moga makcik diringankan kesakitannya..moga dia sembuh atau dipermudahkan dlm pelbagai perkara..amin...
kesiannya makcik....akak doakan miracle terjadi dan kimo memberi kesan pada dia. Insyallah. Allah mengetahui apa yang terbaik untuknya.
so touching...
moga segalanya kembali pulih...
ya ayu..
moga segalanya di permudahkan..
amin..tak tau nak type apa lg..cuma turut bersedih
tumpang rasa hiba la sis..semoga Allah permudahkan segalnya berkat dr doa2 kita semua.
dear all - thnks so much for the well wishes..
ell - sorry tak dapat langsung ceri peluang nak jumpa ell..
Post a Comment