Tuesday, March 31, 2009

wanie, dee & mamaAzlina

Wanie ada kat KL ni ha.. dia datang KL sorang kali ni without mama. dia datang sebab nak attend kenduri kawen blogger gak la.. (alamak! ampun.. x ingat la sapa nama dia ek wanie?)

katanya, wanie tak sempat nak jumpa sesapa pun during her trip kali nih.. sekali entah macam mana entah apa angin puting beliung datang, she texted me ajak lunch... and, dia pun ada la pesan nak jumpa sekian sekian orang juge...



so, dengan gigihnya, ayu pun text la Dee and call Ina ajak set arrange lunch kat pavilion. :)

senang2 pun senang..dekat pun dekat. gitu. :)

yang kelakarnya, bila si Ina@MamaAzlina menggelabah nak jumpa budak berdua lagi tu. dia dok risau tak keruan sebab dia tak sempat nak beli apa2 untuk derang.. eventhough, ayu dah banyak kali bgtau dia not to worry as me myself pun tak sempat nak grab even chocs untuk derang.. but dia tak la habis2 mengeluh...

(Babe.. ko jumpa aku selalu kat office tak pulak ko kasi apa2 kan? mauahahhaha *ayat dengki, disitu*)

tengah2 decide siapa nak gerak g beli food dulu, tetiba si wanie bawak kuar kotak kasut and declare nak tuka pakai kasut baru sebab kasut yg dia pakai tu kureng selesa..

hamboi2 ko dik.. nak beli food pun ada kategori kasut ek? mauhahaha.. laaarriikkk......

gambar adalah gegar+blur sebab wanie seboleh2 tak bagi amik gamba nih.. so dee, ampunkan diriku.. mission kita GAGAL. :(

i ate yong tau foo soup.. tu yang kanan bawah sekali tu.. dats mine.. yang lelain.. orang tu punyer.. orang ni punyer..

wanie adalah diet ooo.. makan ciput jer... tu pun jenuh paksa kasi habis licin.. :P
padan muka.. lunch ngan kakak tiri kan? huhuhuhu...

anyways, it was quite a stress reliever la.. bergelak tak hengat. paling teruk kena si wanie la.. especially on her lawak cochrane... hahahaa... sorry lah wanie.. tak psal ko jadi bahan ek dik? :P

anyways, balik kedah nanti, kem salam kat mama yer..
to dee & ina.. bila lagi nak lunch date nih? *wink*


Come & Join us this 5th Apr 09! (CLICK HERE FOR DETAILS!)




Monday, March 30, 2009

screw kah itu??


cuba teka apa tuh?
screw kah?
oh no no no..

itu adalah earings OK!!!
sangat pelik owh colleague ku ini..

note: dia mmg seorang yg pelik.. hahahaa..
matilah kalau dia baca ni.. ;P


see? ni subang yang pusing punyer.. memula tengok kat telinga dia..sumpah terperanjat..
bukan apa, ayu budget dia layan sumbat screw kat telinga dia tu ha..

dengan minah yang sorang ni, anything can happen ooo...



nampak cam real kan? nampak cam betul2 sumbat screw kat telinga kan?

nak beli gak la..nak kasi mom terperanjat.. hiks!

Come & Join us this 5th Apr 09! (CLICK HERE FOR DETAILS!)




Earth Hour - Dimana anda?



itu adalah rumah saya yang berada dalam keadaan gelap. kami sekeluarga menyokong EARTH HOUR!

:)



walaupun kami menyokong..adakah kami akan melepak melahu menghalau nyamuk and melayan asap candle selama satu jam?
no no no.....
please bare in mind, that kami juga ada 2 orang budak di bawah umur 7 tahun yang banyak cakap & complaint..teeeettttttttttttttttttttttt!!!
so, we all keluar and jalan2 ke KL. but before that, of course la keselamatan rumah kena tiptop.. kalau tak, mau MENUNG je balik nanti.. hiks!


memula, BIL ajak layan downtown kat BTR tu ha.. but, it starts at 10pm and sis tak nak lepak tunggu since bigD kena g skool the next day sbb ada project. project tu, we talk later, ok.. :)

so, kekdahnya, kami jalan2 la dari BTR sampai ke ChowKit nuuunnn...

tu kat atas tu, one of the shoplots yang we all lalu.. bagus.. ikut seruan.. dah la banyak yg tak sedar kita dok harm bumi and contribute to the global warming secara tak langsung kan..takkan yang sejam ni tak leh nak usaha sikit, dok? :)


ini ialah PublicBank.. ok ok.. tak per, dia bank.. adalah dimaafkan..
kang konkalikong semua RMs lam tuh kang.. uisshh.,.bahaya bahaya... ;)




sebelum sampai area ChowKit tu, lalu lalang la kat area Sogo & Campbell segala ni kan..
sedihnya.. derang berpesta like nothing happen..
kalau big malls like KLCC, MidValley semua boleh participate.. why not them?
and.. people kat situ yang sedang berseronok pun seakan tak tau yang now is the earth hour time..
sedih ooo...
but, BIL kata, its hard to admit but that's Malaysian... :(


we're not saying that we're a good citizen lah kan.. kalau we're too good.. harus berpeluh berbasah keti lam rumah for one hour kan..
but we think it this way lah.. kita tak dapat nak larikan diri dari jadi one of the indirect contributer to the global warming..
yelah.. contohnya macam bekas makanan kaler putih yang kita guba bila kita nak tapau tu.. pastu all those plastic bags..tell me, Malaysian layan ke beli shopping bag and bawak kehulu kehilir... ????
so, all the campaign ask from us is ONE HOUR. bukanlah untuk shut down segalanya.. yang essential sahaja...

lam kul 10 gitu.. we all pun balik la.. and tetiba nak masuk PJ banyak lak kete..
adakah semua warga PJ/Selangor layan kuar rumah and menagih kasih lampu2 jalan selama sejam itu? mauahhahahaaa....


and ni hasilnya lam kul 1030pm gitu la at home..
i am so proud of my bothDs since their teachers at school educate them well about the earth hour..
derang la yang paling excited nak tutup lampu nak bergelap semua..
dalam kereta, dok potpet pasal earth hour sampai tertido..
lagipun, kalau kita tak do our part, macam mana la kehidupan next generation like bothDs nanti kan? are we being fair to them?


think think think... :)



Come & Join us this 5th Apr 09! (CLICK HERE FOR DETAILS!)




Saturday, March 28, 2009

Geng: Pengembaraan Bermula

Alamak?!! dah basi ke cerita nih?
lantak pi la basi or not.. yang penting, ayu nak kuar ngan family for a family outing. mom was not around..ada perihal family yang perlu dia selesaikan..
so, daripada melahu kat rumah and mmbosankan diri.. we went to Pavilion and watch movie..

lepas belek telek, ni jer yg suit untuk the kids as well...
so, layan kan jer...

ini adalah sinopsisnya yer..

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.
nota: diambil solely from the official website.so, credit to them.


kesimpulannya, the kids had fun..
and what about me, sis & BIL. we had fun too coz budak2 gelak terkekeh2...
mind you yer.. sampai ke hari ni, both of them will screm.. "Sappy!!! GO!!!"
ahhahaa.. (sapa yg dah tengok jer paham ni... sambil lenggang eksyen angkat2 kening..hiks!)

tapi.. ada gak yg x kena la to me.. part ular naga entah apa tu and part lintan besor alam tu... tak payah kot.. waaayyyy tooooo imaginative...... :P
ampun korang.. just pendapat.. :) PEACE!

all in all.. it was a really nice outing and how i wish mom could join us.. takper la, next time..insyaAllah..

oh btw..ada gak beborak ngan one of my colleague baru2 nih.. dia kata, husband dia tak suka galakkan budak2 tgk movie.. kenapa ek?

what say you?
selagi kita mengajar apa yang baik, apa yang buruk.. camner ek?
(alahai.. kontrevasi x soklan ni?)









Come & Join us this 5th Apr 09! (CLICK HERE FOR DETAILS!)





Friday, March 27, 2009

Earth Hour!!!!


jom bergelap!
sejam je punnn...
tak yah la berkira mana...
:P



Come & Join us this 5th Apr 09! (CLICK HERE FOR DETAILS!)










The Iron Wall

COMPLETE is organising a screening on Iron Wall ni. Apa Iron Wall ni?
Basically, screening ni is a thought provoking and impactful documentary which delves into the racist policy of Zionist Israel...

Screening is a kind of nak menimbulkan kesedaran and to give us the clearer picture on what happen there. This documentary will definitely clearly depicts the terrible effects of the wall of the live of the Palestinians.

Hampir 90% of the wall construction is dalam West Bank, yang obviously cutting all the people from families, schools, farmlands, hospitals and also their workplaces.




kalau just sekadar explain macam ni jer, memang payah nak explain la.
so, jom la kita ramai2 attend documentary ni.

bukan je kita leh tengok sendiri screening on this Iron Wall, we could also join the discussion after the screening. and guess who will become one of the panelist? One of them is the Ambassador of the State of Palestine itself.

jadinya, kalau calendar korang still lagi kosong and belum di book next weekend.. marilah kita beramai2 menyokong program ni, at a very minimal cost.

Details are as follows:-

Day: Sunday
Date: April 5th 2009
Time: 9:30 am
Venue: Auditorium DBKL, 3rd Floor, Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut.
Ticket: RM20 p/person

for tickets, korang leh email Ayu at siti.amiha.ayu@gmail.com .

Other links on the event (insyaAllah, this link will be updated from time to time):
1. RedMummy

2. Diana-K

3. Daela

4. UmiMia

To those yang tak leh nak join, appreciate lah you all punya kind help to promote this event at your blog. Do grab the picture from this entry and leave a comment so that ayu leh update list atas ni ha.... Terima Kasih banyak2 ye....

kepada yang berminat, i'll see you there... :)
InsyaAllah....



Wednesday, March 25, 2009

bila lama tak jumpa.. ;P

ini adalah cerita super basi. maafkan saya ye kengkawan.

Sis Dee dah lama dah update cerita nih... but macam biasa la.. keretapi Ayu lately nih amatlah slow motion! :P

al kisahnya, dee ada hal kat our place. so, dia ada lah roger si Ita.Itu ittew.. dia kekdahnya rindu ngan ita sebab ita kan dah ala2 pencen blogging, gitu.



best jugak sekali sekala layan cafe kat sini rupanya.. hahahhaa.. dah ada tetamu datang kan.. baru lah nak reti melepak situ.. if not, ayu memang tapau jelah..
kuasa nak layan.. :P
anyways, bila next visit dee? leh la makan2 lagik....
;)









Tuesday, March 24, 2009

lilD kena nebuliser


tu dia! tetiba our family clinic Dr Siva's ni masuk my blog kann?? hik hik hik..
ok, ni ialah panel clinic BIL's biz merangkap panel clinic family saya.

we love this clinic sebab dia akan bagi solution and ubat dia power and dia bukan jenis doctor yang typical tanya "apa sakit?" or "what do i have here.."..
dia akan tanya what happen and bgtau kita, kita sakit apa lepas dia check.

let say, me & mom demam. dia akan bagi ubat yg lain2 sebab ikut age & level demam tu. gitu.
bukannya main taram bagi sama je ubat and end up datang balik clinic 80 juita kali.


and clinic Dr Siva ni, agak complete lah services yang di offer. dah leh jadi hospital dah nih. hiks!
satu jer tak best.. dia tak jadi panel kat untuk tempat saya bekerja..huuhhu..sedih!
but, it was quite a surprise to know kenapa dia tarik diri dari jadi panel my workplace.. pam pam paaammm......
anyways, we're here one weekend tu untuk lilD amik nebuliser.
sis tak penah start any antibiotics lagi untuk anak2 dia... dia nak immune system derang lawan penyakit.. and doctor pun tak advise la cepat sangat bagi budak2 ni antibiotics.
so, kalau batuk/flu yang agak teruk, memang Dr Siva akan opt for nebuliser untuk cairkan kahak budak2 nih..
dia x sedut segala tu.. dia lagi prefer kasi nebuliser.


ini adalah info dari en. Wikipedia:
nebulizer is a device used to administer medication to people in the form of a mist inhaled into the lungs. It is commonly used in treating cystic fibrosis, asthma, and other respiratory diseases.
There are different types of nebulizer, although the most common are the jet nebulizers, which are also called "atomizers"
[1]. Jet nebulizers are connected by tubing to a compressed air source that causes air or oxygen to blast at high velocity through a liquid medicine to turn it into an aerosol, which is then inhaled by the patient.
As a general rule, doctors most commonly prescribe
metered-dose inhalers for their patients, largely because these are more convenient and portable than nebulizers. However, jet nebulizers are commonly used in hospital settings for patients who have difficulty using inhalers, such as in serious cases of respiratory disease, or severe asthma attacks[2].
Newer, compact electronic nebulizers are also available
[3].
These nebulizers, such as the Pari eFlow, the Resironics i-Neb, the Omron MicroAir series, and the Aerogen Aeroneb, use vibration of membranes or meshes to produce the aerosol and are more portable since they do not need the compressed air source that accompanies jet nebulizers. However, electronic nebulizers are more expensive. Piezoelectric nebulizers are used in electronic cigarettes.

lilD & bigD memang dah sangat biasa la ngan treatment Dr Siva nih. dia layan derang dengan baik.. tu yang apa Dr Siva soh buat, derang buat jer..
si lilD siap ajar pulak kat we all macam mana nak sedut asap tu..
siap dia pesan kalau nanti kena buat, tutup mata sebab asap tu pedih kalau masuk mata.. hehehe..
when i ask her apa rasa nebuliser tu... dengan jujur dia je dia cakap.. dia rasa sejuk & pahit skets.. so lah comeyl! :P


tu dia.. penunggu setia lilD... abang nya dah bosan berdiri, layan duduk.. last sekali, dia baring! :)

and that's my brave girl!
budak ni, bezanya dia ngan abang dia.. dia tak takut ubat & tak takut heights.
jangan abangnya.. kalau ubat, jenuh nak kena berupah bagai or siap bawak medicine pegi playground semua.. baru lah jalan...
ni baru dua anak sedara.. dah lain2 pangai...
imagine lah orang yang ada anak sampai 10 , 12 orang...
macam mano nak layan tu?
*thinking*
p/s: sesapa yang duduk or selalu lalu lalang (kasi kenyit mata skets kat budak ni ) are KelanaJaya, adalah digalakkan pegi clinic Dr Siva ni. tetiba pomot kaaann??? :P






Monday, March 23, 2009

Potluck breakfast!

breakfast pun ada potluck, eh?
ada weiii..... when it comes to me & my lovely babes, we'll create about anything just to make sure we meet each other atleast once a month.

yelah, communicate via sms, calls & emails tu, cerita lain lah kan. but berjumpa ni pun penting..actually, this is not our first potluck breakfast. last year pun, we all dah buat satu dah.

but this year, we bring our extended family together.

lagi ramai, lagi meriah, kan?so, memula mmg plan nak bawak mak & bigD jer..lagipun lilD tak sihat.. kalau nak bawak g padang pun, macam kesian kat dia yang cepat penat tu.jadinya, kami bertiga je lah. mom cooked bihun goreng pagi tu. bukan main seronok lah my babes especially Farezah yang memang die hard fan my mom's cooking! :P

kami bertiga tumpang kereta Farezah jer.. bukan jauh pun. venue is at Taman Jaya, PJ. alah, taman yang dekat dengan Amcorp Mall tu. situ lah.


as usual, kami lah yang sampai paling awal. lepas nak pilih tempat segala, terus ala bukak apa2 yang patut.yes, kami selamba je start makan dulu sebab bukan nak ngadap sampai habis pun. daripada buang masa kan?

baru je nak bukak2 makanan, Mas & family pun sampai.masa ni, bigD memang dah hilang ke mana hala entah lah sebab saja amik location dekat taman permainan tu ha.. so, memang dia asyik hilang je lah ke playground tu.


terus la mas pun datang bukak makanan yang dia bawak and we all layan borak segala gosip ngumpat semua lah. hahaa..and yes, my mom join each and every conversation we had. mak saya amat kenal la dengan we all semua. dari budak hingusan lagik sampai ada yang dah kawin beranak pinak semua.. kira macam, katalah ada yang berkenan ngan derang ni, tapi derang takot nak bawak jumpa mak bapak derang sendiri, leh sub dulu ngan my mom. gitu.

farezah bawak sandwich tuna & telur and mas bawak kuih muih. :)

owh, tu mug from farezah to each one of us. siap ikut kaler memasing... tq tq babe.. luve you! muah muah!not only for us..untun kids pun farezah belikan yoyo lah.. soft toys lah.. bagus tul mummy to be nih ek?;)


and akhirnya shifa & eton sefamily pun sampai.. shida tak dapat join kali ni sebab dia fly fly away!!! AGAIN.
yes, most of our get together, we all terpaksa did it without shida. dia pun paham sangat lah dengan sebab musababnya and kami pun kenalah faham dengan keadaan kerja dia yang tak menentu tu.

that's lil armand tengah 'breakfast' his soft toy from aunty farezahnya. hiks!this is pur first outdoor outing ngan armand. dia sangat behave ok but sangatlah bersyarat.. hanya mama & abahnya sahaja yang boleh dukung dia... geram mama chik tau armand.. isk isk isk!





and tengok lah budak2 nih.. derang lah yang paling excited kan? seronoknya outing macam ni, mak pak takkan ada gangguan from anak2. yelah, playground dekat and mas well trained anak2 nya menjerit if strangers dekat. so, it does help la mak pak dia lepak ngan the troop. ;)
oppss.. tetiba lilD pun ada kan?
yes, sis & BIL akhirnya tumpas gak datang bawak lilD and she had so much fun there! seronok tengok dia had fun. kalau tak,monyok jer sepanjang hari kat rumah dengan hidung meleleh la segala.lagipun, ni nak umpan dia sebab after this, nak bawak dia pegi clinic nak amik nebuliser. alah benda yang asap2 nak bagi kahak cair tu. mak mak yang ada anak2 mesti tau nebuliser tu apa kan?
lilD tak de asma/lelah so far..(mintak simpang), but nebuliser will help her to cairkan kahak tu and buat dia rasa lega.itu, next entry lah ek?


nilah dua perempuan yang bertakhta di hati saya. eceh wah!actually, ada tiga, lagi sorang arwah my nenek...
we're very close to each other and trust me, even kami rapat, ada jugak at times, ni jugaklah musuh utama. ahhahaaa.. normal lah kan?(haaipp..jangan nak salah faham ek.. muncung sentap sesama family tu biasa lah kan?)



and last but not least.. US!

me & my family had so much fun sampai mom ajak kami sefamily divert our riadah from Taman Aman to Taman Jaya...wah wah wah.. mom dah naik syok ler tuh.. ;)






gubahan bunga pinang

last weekend, ayu & mom gigih g my Aunt1's home to belajar buat bunga pinang.you all tau tak bunga pinang ni apa?
ok ok.. kan kalau hantaran kawin merisik tunang segala kan ada sirih junjung kan??(note to yan: yes, ni barulah sirih junjung .. :P)


my Aunt1, memang amatlah terkenal kehebatannya buat bunga pinang, bunga kapur, tembakau siap dengan bunga gambir segala..with a lil touch of bunga cengkih..main letak je sirih pun leh jadi meletups..

oleh kerana ayu memang teramatlah minat ngan benda gubahan segala ni kan, so, me & mom decided to 'lepak-chill'sambil belajar ngan my Aunt1 tu..lagipun, kalau bukan kita sendiri yang nak tuntu ilmu ni, siapa lagi, kan? rugi ooo kalau tak belajar.


note: hari ni just belajar buat bunga pinang jer.. Aunt1 kata, yang lain2 tu senang jer..
ok,tu kat atas tu, is the main barang2 yang perlu untuk buat bungan pinang nih.
main item is of course lah buah pinang, kacip,dawai, tampuk pinang (alah, yang kat buah pinang tu.. yang ada atas & bawah tu..) and gam UHU.
nak pakai glue gun pun bulehhh.. :P


first, sila belajar cara2 nak mengopek, mengupas & membersihkan buah pinang from raw.
untuk beginner seperti saya yang pertama kalidalam hidup pegang kacip ini, hadoih la mak.. takot gak layan kacip nih.takut terkena tangan lah... gigil gak la pegang kacip tu.

but alhamdulillah, after dua kali try..terus pro oo... vangga..vangga.. oppsss.. takbur di situ..astghfirullah.. ;)
lepas dah kasi bersih segala, sila la mengacipnya pulak.
ye tuan tuan puan puan, kasi kupas, bersih molek2 punguna kacip, nak mengacip pun of course la guna kacip jugak.
kacip Aunt1 ni pulak ada 2 type. satu tu, dia cam lembut skets.. so, bila mengacip,dia leh buat pinang tu jadi curly gitu. yang lagi satu lak, dia jadi straight jer..tapi, dua2 shape tu penting tu.. ada sebab musabab and seni dia yang tersendiri, gitu.


lepas pada dah kacip and dah asing mana yang curly, mana yang straight, amik la tampuk pinang tu tadi and cucuk la dawai kat situ.pastu, kasi letak gam UHU lam tampuk tu and amik la those yang telah dikacip kecik2 tu letak susun lam tu..buat la ikut seni sendiri...
kalau berseni, jadi la cam bunga.. jangan la keras je lak tangan time ni..masa ni lah kasi lembut elok2 tangan tu sikit, gitu.

dah siap bahagian dalam tampuk, kita buat pulak kat bahagian luar tampuk.. pastu, baru lah kasi sumbat2 lak in between gitu jangan kasi kosong..yang penting bagi la nampak bunga... :)



tarrraaaa!!!!!!!!!
asil pertama ku..Aunt1 kata pass dah ni..mom pun kata dah pass...


and what about me?
macam biasa, tak pernah nya puas..
so, i did another round mengacip segala sebab kat rumah tak de kacip..and bawak balik rumah buat lagi few sets of flowers...
baru lah puas!
so, what say you?
*wink*