Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Saturday, December 26, 2009

Macam mana nak link kan entry di blog/web to Facebook.

Si Mama Azlina ni... bertanya...
"babe, macam mana ko link kan entry kat blog ko ke FB ek? aku dok paste kan link entry aku je everytime.."

so since dah berkurun dah tak buat tutorial.. meh la nak buat. kot la ada lagi yang tak tahu, boleh la jugak kita share2 ilmu, kan?
:)

so, apa maksud Mama Azlina?
jom tengok gambar kat bawah ni..



nampak tak yang dibulatkan merah itu?
tu kan ker entry ni kan? ----> click here.

ha.. tu la maksud mama azlina. macam mana nak buat dia appear automatically kat FB.
actually, dalam FB, ada function yang bernama RSS Feed. kat function tu lah ayu letakkan my blog link address and everytime ada entry baru, it will refresh itself and appear kat my FB wall.

dulu2 ayu tak buat kat FB. sebab konon kat FB banyak sedara mara lah.. kang tau pasal blog kang.. kecoh. hahahaha.. but lama2 macam.. tak heran. sebab ayu memang rapat with my family.. jadinya, kalau tak link kan pun, derang tau my activities. apa kejadahnya kan? whats the different? hahahahaa...

so, back to the subject...

jom kita buat satu satu, step by step, ok?

No 1.
click kat profile anda.
sila la make sure you are the owner of the profile. takkan la ko Siti Amiha feeling2 masuk profile Siti Nurhaliza ye! mana nak jumpa kang function seterusnya.



No 2.
Perhatikan di bawah box yang korang selalu update your status tu... Nampak tak yang ayu bulatkan tu? Nama dia.. OPTIONS.
ehehehehe... sila click situ ye..



No3.
Bila korang dah click OPTIONS tu, dia akan berubah jadi perkataan SETTINGS.
Click on SETTINGS pulak.




No 4.
Bila SETTINGS tu click.. a lot of other setups akan appear kat wall tu.

Just focus cari benda or cari icon yang ayu bulatkan tu jer. I cant really remember how does it looks like yang belum pernah di setting. serius tak ingat. yang penting, korang just focus cari anything yang ada kena mengena dengan RSS Feed or that orange icon lah. will do.




No 5.
Click on the icon, nanti akan keluar a dialog box.
Key in lah your blog/web address.
and Save.

Selesai.

Nanti, bila ada entry, dia akan automatically upload kat FB wall anda. Dia upload kat NOTES actually. But, akan keluar sebijik sejiban macam dalam blog. :)

Jangan pulak dicari comments ye. Comments adalah tidak dihangkut sekali. Entry only.
:)


Blurbings By,




Sunday, May 31, 2009

Nak buat link personalised kat entry? meh meh...nak tunjuk.. :)

habis setiap pelusuk... call... shoutbox.. live... MamaAzlina dok mengaum mintak tolong ayu tunjuk kan how to do the personalised link..
mintak ampun ye babe.. aku nih kalut skets....
alhamdulillah..ni hah dah ade time dah.. :)

ok, mamaazlina requested nak tanya macam mana nak buat link, in an entry.. from http://www.mamaazlina.blogspot.com/
to
MamaAzlina


jom start!




create new post macam biasa.
sila perhatikan yang salam ruangan new post tu...ade tab Edit Html and Compose kan?

by default, kita akan terus ke Compose.




lepas tu, type entry macam biasa... nak upload pics ker..apa ker.. semua2 nya lah macam biasa..
sekali macam nak letak link kengkawan kita..
contohnya kita lunch dengan blogger sekian sekian... so, kita nak la letak link dia kat entry tu so that readers kita pun boleh jenguk2 link kawan kita tu...

leh la tambah network... kan?
so, tambah la link tu kat situ...
yes, sila type link tersebut...
www or http KENA ADE. :)




bila dah sudah letak url address tu, click pulak at the Edit Html tab.
ok..
sila cari code yang starts with
a

dalam tu, confirm akan ade url yang korang type tadi..
jumpa tak?

pastu....
dia akan close with code..... < / a >

sebelum sampai < / a >/a, ada ulangan url tadik...
macam gamba yang bawah ni ha.. the one yang ayu highlighted kan...




dekat URL yang diulang tu, the one yang ayu highlight tu, sila la personalised kan link tadi.
nak letak nama timangan kawan tu tadi ker.. nak letak nama moshi2 ker..
apa saje lah...



ok.. dah tukar kan?
pastu, click balik ke Compose..

taraaa!!!! jadi dah..
kalau tak jadi jugak... tengok balik betul2.. ade la yang kita salah letak tu...

ok..dah habis dah pening?
habis dah sakit kepala?
ok fine...
ada sana senang mudah meletop laaa.....
korang highlight jer atas ayat yang korang nak link tu.. lepas tu, click button gamba globe kat atas tu hah..alah.. yang sebelah text color tu...
kalau korang browse mouse kat atas icon tu, dia keluar LINK.
highlight ayat mana nak link, click link and sila la typekan URL yang korang nak link kan tu.
:)


ok, buat yang baru nak belajar, selamat mencuba!












Wednesday, May 13, 2009

Top Commentators...

ini adalah special request untuk mama to azim yang cun lagi langsing . hehehe....

actually, u're not the first one lah dear yang tanya how to get codes untuk top commentators ni..
meh meh..sapa lagik yang pakai blogger/blogspot nak belajar..meh meh..

mula2.. sila click kat sini.. http://www.bloggerplugins.org/2008/06/top-commentators-widget-for-blogger.html



pastu nanti screen ni akan kuar.

ok, dia ade 2 choice. yang button yang atas tu, is for comments yang dapat lam 50 comments kebawah la gitu (saya adalah kategori ini).. kalau comments kat your blog cam melambak haaakk... sila click yang bawah....


pastu, pop up window ni pulak yang akan keluar...

korang edit la part title tu...
pastu letak URL blog korang..
and last sekali.. sila letak nama ID korang..
alah, ID ni nama yang kuar kalau korang komen tu hah.. macam ayu nama ayu kuar gini kan.. *ayu*
so, korang kena letak semua tu siap dengan tanda * tau..

ni adalah untuk counter tu exclude nama korang.. kekdah top commentators ada nama korang sekali kan? tak raawwk laaa.. :)

pastu click customize..
sila perhatikan button add widget to my blog lom enable lagik kan?



but once korang dah click customise, dia pun enable la..
so, sila click button Add Widget To My Blog itu...



terus dia bawak korang datang sini..
click je terus add widget tu..

of course, kalau korang nak edit title tu, adalah di alu2 kan...


pastu, dia ke sini secara auto pulak..
terpulang korang la nak drag letak widget tu kat mana.. ok?


ok, dah siap! :)
faham tak murid2??!!! :)


apa2 sila drop comment or email ayu kat siti.amiha.ayu@gmail.com
ok?
muah muah!








Thursday, April 30, 2009

Macam mana nak buat auto publish...

entry ni khas untuk Ida..
orang lain, tutup mata , ok...

kejam kejam... ok lah.. entry ni, adalah untuk semua yang nak tau or dah tau or dah terlupa or apa2 jelah! :P
lepas2 ni, entry ni akan dok lam listing kat my side bar tu ye.. under topik *my tips* tu ha..

so anyways, meh kita mula kan k?
ok, mula2 just click jer kat NEW POST macam biasa kita nak buat entry yang kat dashboard tu...



tu ha.. macam yang dah dibulatkan tu..



lepas tu, buat semuanya macam biasa..
type tajuk... type entry.. upload gamba... upload video (kalau ada la)... letak label..
pendek kata, semuanya adalah seperti biasa yer..

lepas tu, nampak tak kat tempat yang ayu bulatkan tu? Post Options, kan?

ok, click kat situ and nanti dia akan expand display Readers comments & Post date and time.

note: kalau kita nak wat entry tapi tak nak bagi orang comment, just click jer kat Don't allow kat bawah Readers comment option tu ha...



ok, dekat bahagian Post date and time tu, type la tarikh bila and pukul berapa korang nak publish kan entry tu.

contohnya, macam hari ni 30hb April kan?
so, kat situ akan secara default tertera 4/30/09 and sekian sekian time.
jadinya, ayu nak enrty tu kuar esoknya, which is 1st May 2009 kul 1:31 petang..
so, ayu tuka situ jadi 5/01/09 and time 1:31 PM.

date format adalah month/day/year
ok?


pastu, terus click publish post.

selamba je click macam dok publish entry macam biasa tu ha...



taaaddaaa!!!!
bila dah click publish, dia terus pegi kat page Edit Post ni, and categorised that entry as scheduled.

so, esok nya kuar la entry tu pukul 1:30 petang...
(jangan pulak korang cari entry tu esok yer.. itu contoh jer..)


sekian. So Ida.. , hope Ida faham la ek? if tak faham just tinggal je komen.. kang akak jawab.
eh eh! korang pun leh gak tinggal kan komen.. :)




Friday, December 5, 2008

macam mana nak letak Nuffnang Ads

first sekali.. sila lah mendaftar diri anda di website Nuffnang ini...
lepas itu... bila dah register, nanti akan masuk kat dashboard ni..



kan page ni yang ada gamba profile kita kan?

kat menu tu ada earnings, analytics and happy-o-meter kan? click yg bawah kecik kaler hijau tu.. "more" (alahai.. terblur pulak perkataan more tu.. kira halal la ek?)

pastu, dia akan ker next page of the menu...



so, silalah click kat blog manager..




ok, kat sini, add your blog details kat 'add a blog' section and layan la buat survey tu... (sekejap je.. tak lama..)


pastu, bila blog dah add.. g balik kat menu tadi and click 'add ad'
ok, now, bukak blogger.. (jangan close nuffnang yer.. bukak in separate window)
pegi kat layout, add gadget, click yg html/script...
pastu, copy paste coding yg ada bawah "To put on sidebar Skyscraper (160 x 300)".



ok done. itu untuk kat sidebar...


kalau nak tambah yg kat atas pulak..save yg tadi tu dulu..
lepas tu pegi kat edit html
sampai kat sini, kat bahagian coding yg melambak lagi mengkompiuskan ittew.. (he3)
click jer on it and tekan Ctrl F and type and enter..
nanti, dia auto pegi kat coding tu..bawah perkataan tu, copy paste pulak coding yg bawah "To put on header Leaderboard (728 x 90)"



ok..save & done..


lastly, yg in between post pulak...pegi kat tab settings and click on formatting.
cari column post template and copy paste coding nuffnang yang bawah "To put on between contents Large Rectangle (336 x 280)"



save & done.


kalau masih blur and macam tak reti sangat.. boleh je email ayu kat siti.amiha.ayu@gmail.com
kalau nak YM, ayu punyer id is amiha_ayu1311@yahoo.com.sg
but, ayu prefer email.. sebab YM & GTalk jarang online.. kalau tak pun, invisible.. hiks!

and...
kalau nak tau concept iklan NuffNang ni, boleh jugak pegi kat page Ceera.. click kat sini untuk paham concept iklan NuffNang ni.. (Ceera, thnks babe sbb bagi aku guna link ko nih..)

kalau agak2 tak paham jugak.. ni ada tunjuk ajar from NuffNang sendiri..

untuk yang guna blogger..click sini..

kalau guna wordpress, click sini..

kalau guna xanga, click sini..

and last sekali.. kalau guna tabulas, click sini..

huhuhu.. sekian, mekasih.


btw, ayu ada column under 'my tips' kat my side bar tuh.. kot kot la ada yang nak buat reference...(ade ker? hiks!)



Thursday, December 4, 2008

nak tanya skets...


korang...
ada yg tanya kat ayu mcm mana nak letak iklan nuffnang kat blog memasing..

so, nak tanya..
nak ayu buat post mcm pasal gamba tu ker or u all boleh individually email ayu kat siti.amiha.ayu@gmail.com

how?


Tuto untuk gamba kat blog

ok. kan si Ita.Itu ada masalah nak upload gamba kan?
so, memula dia delete all the pictures yang lama2 from the posting itself.. and, still tak jugak dapat nak upload gamba baru..


well.. ada tiga jalan la nak solve kan masalah nih..
1. resize gamba EVERYTIME nak upload.
~ selalunya jarang kita buat ni sebab nak cepat.. contoh terdekat Ita lah.. dan hasilnya? he3.. ampun nok! bagi contoh jer...

2. upload gamba kat tempat lain.
~ contoh nya multiply ker.. fotopages ker.. flickr ker.. mana2 lah.. and pull it back to blogger. again, tak semua rajin nak main pull nih...


3. kena rajin manage gamba yang dh kita upload ke blogger ni.
~ ni kira dh last resort lah nih..
ayu guna cara ni untuk solve masalah Ita. sebab cepat and on the spot. (lagipun, dah terlambat nak buat kaedah yang pertama & kedua tuh kan..hahaa.. laaarrriikkk!!!)

~ additional info - semua gamba yang kita upload ke blogger, akan di simpan di sini. even kita dah delete post tu, kadang2 terlekat jugak sekeping dia kat sini. so, better delete kat sini terus.

~ additional info lagi - dia akan delete gamba ni from the blog dalam masa 24jam.. but, in terms of storage, dah clear. dah clear means, dah boleh upload gamba macam biasa.


- ok, mula2, pegi kat web ni..http://picasaweb.google.com/ .

masukkan gmail id korang & password macam biasa. (maknanya, gmail, blogger & picasa ni semua pakai ID & password yang sama, gitu).

- lepas tu, korang punyer page picasa akan keluar... ada banyak2 album macam yang listed kat gamba ni ha.. ni contoh ayu punyer lah yer...

ok, on each album ada tulis kat bawah tu berapa keping gamba ada in each album. takat yang kecik senonet tak yah lah nak risau.. cari la yg gamba beratus2.. baru la berbaloi nak delete kan? hiks!


- bila dah decide which album nak jadi korban untuk di delete picturesnya, click atas album tu.

now, kita dah masuk dalam album.
pastu, click edit and pilih organise&reorder... seperti yang tertera di atas yer...
lepas nak pilih tu, dia akan re appear macam lebih kurang sama jer ngan screen yang atas ni. so, tekan button Ctrl kat keyboard and click la satu2 gamba mana yang agak nak jadi korban...
(pilih la gamba2 merapu yang kadang2 kita guna buat bahan blogging.. gamba muka korang yang cun melecun tu, tak yah la .... rugi! :P )

- pastu, lepas kan button Ctrl and click Delete kat button atas tu.
bila keluar dialog box tu, click OK. tak yah pulak nak meraung yer sbb gamba dah delete... huhuhuhu....

- pastu, korang click kat My Photos kat tab atas sekali tu, untuk korban kan gamba2 lain or untuk just gatal nak browse through hasil2 gamba yang korang dah upload selama ni...


- owh, lagi satu... masa kat page MyPhotos tu.. korang leh scroll sampai bawah sekali and kat situ ada notification berapa percent storage yang korang dah guna untuk blogger ni.
macam ayu punyer.. tak sampai pun 40% lagi kan? macam ita dah 98%++.
jadi nya kawan2.. silalah guna method pertama or kedua supaya tak susah payah untuk method ketiga..
tima kasih!