Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Smiling Merry...

eh nak tanya dulu.. biskut meri tu kan.. alah yang guna untuk buat kek batik tu.. eja dia mary ker..merry?
lets assume merry lah ek?

so, itulah kaitannya dengan tajuk 'smiling merry' ni.
merry here refers to the biscuit. hhehe..
si bigD learn in one of his enrichment classes recipe smiling merry ni.


basically, bahan2 yang diperlukan hanyalah biskut merry, icing sugar, pewarna and lots of M&Ms or apa sahaja yang sewaktu dengannya...



susun je biskut merry tu dalam pinggan.. lepas tu bancuh lah icing sugar tu... then, asing la ikut warna2 yang the kids like. like our case, bigD just nak plain white and red.

lepas icing sugar dah bancuh, just sapukan atas biskut merry tadi and susun lah pulak the M&M ala mata & hidung and draw a fine smiling line using the red color icing tadi...

sebab tu la nama dia smiling merry..
but, anak2 saudara saya yang bertuah dua orang ni.. sesuka hati derang je nak letak mata empat ke lapan ke...

budak2 kan.. ikutkan je creativity derang... :)
(boleh tahan sedap gak la.. lagipun, what can we go wrong with biskut meri? kan?)



Blurbings By,




BannerFans.com

Tuesday, November 3, 2009

Chatni / Chateni

apa tuh?
korang pernah dengar or makan tak masakan ni?
iyer la.. ini adalah nama sejenis makanan laaaa...


pajeri nenas korang tau? ha.. ni lebih kurang la.. but tak de unsur santan.
ni kalau tak silap ayu makanan masyarakat india atau pun punjab. i am not so sure. but kaum2 itu lah.
kat rumah, mom suka makan makanan makanan macam ni. so, selalu je kami masak benda ni..
nak tengok macam mana rupa nya?
siap resipi ayu kasi ni hah..
mana la tau korang nak mencuba kan??





ha.. ni la rupanya.....
macam kuning2 sikit.. but kalau dok panas2 kan.. dia jadi kemerahan sikit.
but sedap!
rasa masam manis semua ada...


ni resipinya..
(note: resipi ikut scle campak2 ibu saya yer..)


Bahan A: bawang putih bawang besar yang bersize kecik, blend serentak 10 each
letak periuk
bubuh minyak dan tumis semua bahan A
masukkan tiga sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang(2) & buah pelaga (4))
masukkan nenas, air dan gula.
agak2 air sampai nenas tenggelam.
biarkan sampai nenas layu, baru masukkan mangga (yang masam2 manis)
kalau terlalu pekat, tambah air.
belah dua biji cili masak dan masukkan dan tabur sedikit serbuk cili kering.
letak garam dan rasa sampai secukup rasa.
biar mendidih dan tutup api.


selamat mencuba!



Blurbings By,






Monday, October 19, 2009

Cheesy-Chicka-Rony ~ Ayu The Sun's style...

sesuka hati jer kan nak bikin style sendiri.
no no NO.. ini bukan contest yer.. ini adalah sekadar lunch sahaja.

actually macam nih, ayu & mama azlina or lagi mesra ayu panggil dia ina, had lunch kat the 'good things comes together' restaurant, which is KFC. :)
...and the queue hu mak aaaaii....... berjela panjang ok.
we actually went to KLCC. ayu ada benda nak dibeli and dicari. Tagged Ina along as dia free on the day. kalau tidak, memanjang dia busy sebab mak tiri dia yang suka ngaum tu. he3.


masa beratur, ayu still tak boleh nak decide nak makan apa.
untill, Ina suggested ayu amik that cheesy chickaroni baru tu.

i've tasted it before dah before. sedap memang la sedap. but masa makan first time tu, still panas panas. ni yang dah siap, order amik.



jadinya, rasanya jadi macam muak muak sikit.
still sedap. muak yang sedap. sounds gross kan? but thats how it tasted like.

so, what did i do?
ayu tuang satu kotak kecik POP CORN CHICKEN dalam tupperware cheesy chickaroni tu, and makan together...
kan ke pop corn chick tu rasa pedas pedas rempah sikit kan?
it kills the muak cheese punya rasa sikit and campur element pedas.
sedaaaapp!!!!!
apa kata korang try?
hehehee...
kalau lah ada contest... ayu masuk dah ni wei..
sedaaaaaaaaaaaaaaaapppppppppppp!!!!!!!!


Blurbings By,







Thursday, October 8, 2009

bubur durian kacang hijau.... sssllrrrrppp!!!!!!

mom kan.. dia kan ade dusun durian sepanjang tahun tau..
hahaahha...
sebab apa, everytime we buy good durians, she will store in few packs and letak jauh jauh nun di bawah sekali kat dalam freezer...
and bila ade sesapa yang teringin..muka dia selamba ker bawak kuar and hidang..
ya rabbi..rasa macam ice cream durian...
sedaaapp!!!

korang suka durian tak?
kami sefamily adalah kategori manusia hantu durian oooo...

so anyways, mom hari tu ade buat bubur kacang hijau letak durian.. ayu tak penah amik tau la hal hal dessert ni kan.. but that day terover rajin lak menebeng sama kat dapur..
selalu layan lauk jer..dessert dessert ni so not me...
:P
(alasan kena terbaek kannnn..)


memula, sila basuh dulu bersih2 serta selawat kacang hijau tu and rendam kan semalaman...
pastu, esok pagi2 tu.. toskan dia molek2, handsome2.. :P
pas dah tos, letak lam periuk yang nak guna untuk masak and letak air.


sukatan air lebih kurang macam sukatan masak nasi tu hah...
(ni la kalau pegi dapur dengan mom tau.. jawapan sukatan dia selalu macam tu.. :P)


pastu, letak periuk atas api and masukkan halia and ikatan daun pandan...
sesambil tu, go get your durrriiaaaann!!!!
yeeehhaaa!!!!

terus angkat tangan tinggi tinggi ko nak settle kan durian..
mom siap pesan...
"jangan masuk mulut... ni untuk bubur.."
eeelleeeeeeeeehhhhhh.... nyampah!



pisahkan isi durian dengan biji dia..
mom letak separuh santan kat dalam ni sesambil pisahkan and lagi separuh dia letak lam periuk tadi plus gula suku packet.

sukatan jangan di tanya oooii... aduh ibuku.. dia memang jenis masak main campak campak jeee..... tau tau jadik..
gitu.



dah settle durian, campur la dalam periuk tad and sprinkle garam sikit..
kacau2 and tunggu menggelegak...

rasa dia..sangat sedaaaaaaaaapppp!!!!
siapa lagi nak up mak sendiri kalau bukan anaknya kan?
eh!
i think yang buat terlebih sedap sebab ayu tolong laaaa....
lalalallalalalalalala...

*peace*


Blurbings By,







Wednesday, January 28, 2009

Bubur Pedas!


senangnya hati!!!!
:)

ok ok.. meh nak bukak cerita.. kan perihal gerhana tuh kan...
sebenarnya, saje je update pasal gerhana tu dulu sebab takot basi.. :P
ayu & family pulang ke kampung halaman mom yang hanya ada sedara mara saje ni hah.. since saturday sampai lah monday...

tujuan utama nak uruskan sedikit kekusutan pencerobohan tanah pusaka arwah nenek..
suspect dah dikesan..siasatan dah dijalankan..so, now, nak beradab sajer...mau kasi settle!
(wah! ayat....)

so, settle hal tanah segala.. kami ada la pit stop pit stop nya... dah alang2 kan.. jom la jenjalan rumah sedara.. and of course, rumah pusaka arwah nenek tak ketinggalan...
yang buatkan kami sekeluarga tersebut lebar tu, sebab kebetulan my cousin cooked our family tradition dish, BUBUR PEDAS!


bubur pedas nih, terdiri dari 44 jenis ramuan.. ramuannya terdiri daripada berjenis2 kacang, berjenis2 ubi, berjenis2 pucuk and berjenis2 ulaman (beberapa jenis temu pun ada)...and mee kuning.

nak buat, tak susah... penyediaan yang renyah...
yelah, mana nak potong dadu segala ubi tu, nak rebus segala kacang tuh...


tapi, rasanya sangatlah MARVELOUS!!!!!


memang tak nampak siapa dah weiii......
puas hati la balik kali nih...
nanti lah.. kalau ada rezeki, ayu update segala ramuan & recipe BuburPedas ni ok.. :)
P/S:
so, sepupu2 ku sekalian...jangan jeles ok.. KakJah wat BuburPedas... seddaaapp!!!!
ahhahahaa.. sempat berdengki lagik tuh!