Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Six of us - Day 1


Its been a while since the last time the six of us spent a breakaway together.
So, when sis suggested Cameron for a weekend.. BIL, myself and mom terus OK.



semua urusan reservation ke, booking ke apa ke... semuanya diuruskan 100% oleh my sis. percayalah, kalau my sis yang dah start buat, none of us yang lain akan masuk campur.
she's a very detailed person.. memang for sure dia dah timbang kati semua aspects. preference suaminya, preference anak2nya, preference our mom and saya yang memang tak de cekadak. uhuks.



we stayed at La De Fern, Tanah Rata. my sis amik family suite... senang for the kids to 'visit' me & mom.. budak bertuah berdua tu, macam dah jadi habit.. kalau holiday semua ada, its a must for them to check us out every there and then. bukan we all yang check them out.. but they're the one yang check us out.
hehehe.


Cameron Valley: Cameron Bharat Tea Plantations

Lepas dah checked-in, solat and freshen up sikit, kami keluar to lepak minum2 teh.. ye lah, even Cameron adalah tidak sesejuk dulu, but it's still consider sejukkkk...


manusia punya lah ramaiiiiiii.............
so, my mom macam biasa adalah orang terbaik untuk diassign menjaga tempat duduk. hehe..
BIL orang terbaik untuk beratur beli minuman and makanan, of course.
then, apa my sis, myself and the kids buat?
look around lah.....
kata holidayyy.... someone kena buatlah that role kannnn????
(gelak evil sikit)



meh sini ayu nak list out kan their beverages menu ye..

House Speciality
Masala Tea & Cardamom Tea
*ibuku adalah pesan Masala Tea.. sedappp....

Classic Tea
Fruit Flavoured Tea
Strawberry, Blackcurrant, Orange, Earl Grey & Lemon.
*Ayu amik strawberry tea tu... sedappp....

Chocolate Tea

Green Tea

Mint Green Tea & Lemongrass Green Tea

Healthy Infused Tea
Honey Ginger/Honey Lemon, Garden Mint Tea, Lemon Grass Tea

Chilled Tea
Iced Tea, Iced Lemon Tea, Iced Mint Tea, Iced Lemongrass Tea

Local Speciality Tea
Triple Pleasure (pandan melaka, tea & cream), Milky Lava, Teh Tarik

Float
Teh Tarik Float, Iced Tea Float & Coke Float

Other Beverages
Strawberry Smoothie, Mineral Water & Strawberry Mineral..

Semua ni price range dia dari RM5 sampai RM20. jangan la terperanjat yang RM20 tu.. itu harga dalam pot lah..
boleh minum 3-4 orang.. :)

ada teh je ker? no no.. of course ada all the sinful snacks yang matching nak layan with tea...
Ada scones, brownie, cheese cakes and macam2 lagi lah..



kat sebelah tempat minum tu ada kedai souvenir...and kedai jual bermacam jenis teh segala perisa tu lah...

while ayu, mom and sis sibuk dengan kedai teh... my bothDs were more interested dengan kedai souvenir.
sebagai aunty yang bijaksana (uhuk batuk) saya biarkan mereka pergi ke kedai tersebut dengan parents derang je lah ye....
(kes takut kena pau)



and they're such a happy kid after that.
:P


Marina Chalet

Next stop, we all saja2 pergi visit our family friend yang memang mengusahakan chalet kat Cameron ni.
Years ago, mom, myself & sis ada holiday bertiga kat sini.. i mean, we stayed here la...
now alhamdulillah banyak dah perkembangan and kemajuan chalet ni..



lilD adalah yang paling excited sepanjang our trip there...
yelah, everywhere adalah fresh flowers kan?

sampai bigD cakap..."why doesn't cameron has things for boys?"
hehe.

Dinner at De Fern Cafe



we had dinner kat hotel jer. tapau kan for mak.. memula ingat nak keluar.. but hujan lah pulak.. lagipun tak rest lagi kan..

makanya... lepas makan.. balik bilik... and selamat malam dunia. :)
sekian cerita Day1 kami.. ada cerita Day2.. :D

(bila tahun nak update nggak ketahuan yeee)


Blurbings By,




BannerFans.com

Monday, May 10, 2010

Pekan Kuah


lepas muka dah berlengeh berminyak dengan panas... moh le ke pekan kuah kejap.
ni actually, tak de dalam agenda.. but bila golongan mak mak dah berbunyi... tour guide tu layankan jugak la berhenti..
siap ada timing ok..
muakakaka...

kemut tul time shopping..
nak shopping pun nak main undi bagai..
sabar je haku tau..



basically, my first impression nampak macam pekan cowboy pun ye gak pekan kuah ni ek?

macam2 kedai la ada.. yang rata2nya menjual benda yang sama..
pinggan mangkuk segala bagai...
sotong2 kering and segala hasil laut yang boleh dikeringkan...
chocolates.. lotssa chocs!
and barang2 lain yang boleh tahan murahnya...

luggage bag.. tak boleh blah ok..
benda yang harga memang kalau tak beratus tak dapat boleh dalam RM35 gitu?
pitaaaamm!!!


ni lagi satu tak menahan...
RM23.20 ajoooo....

kalau kat KL yang ni dah berapa ooii????
memang gila laaa...

actually kan, was told by my colleagues yang dah pernah jejak Langkawi, bahawasanya banyak2 tempat, yag murah sikit daripada yang dah sedia murah ni adalah kat Underwater World tu hah..
for chocs la..
but bila harga yang diberitahu sama je dengan Coco Valley kat Kuah Town ni, ayu grab je lah pesanan penaja mereka semua...
sekali, bila esoknya pergi area Chenang & Underwater World tu, rupanya sama Coco Valley gak uoollsss.. muakakakakkakaka...
;)

lepas tu, ada la kedai perfume la.. kedai rokok la apa...
but since dah petang.. Kuah ni tutup awal.. kalau Chenang ye sampai ke laaaateeee night...

so, banyak yang dah mula tutup kedai2nya...
dalam pada dok perhati kedai2 tutup tu...
ternampak ni..

botol sisha...
ni kalau dapat kat Syahrul & his sisha gang ni...

haih...


Blurbings By,



BannerFans.com

Sight seeing...

korang pening tak dengan cerita langkawi ku yang lompat melompat ni?
memang sengaja pun... tak nak bagi orang muak baca cerita yang sama...
kita main lompat2 la ek? boleh la ek?
:P

so, lepas dah check-in solat semua, kami dah berkumpul naik balik bus yang disediakan untuk sight seeing, shopping sikit and dinner.
yelah, masa ni pun dah pukul 4pm kot.



even panas tahap bahang tertinggi, i must say that kehijauan sangat terpelihara lagi lah kat Langkawi ni.
which is good lah.

ayu ni actually, dalam serabut2 pun, saya suka and gemar sangat berjalan2 ni..
ayu memang jenis main redah lah... kalau korang jenis yang melayan jalan kaki.. ayu boleh layan ok..
seriusly..

so, bile tengok kawasan kampung yang macam ni.. rasa macam..eii..bestnya.. jalan kaki pun best gak ni...
but bila toleh tengok muka colleagues yang memang tahap nak ajak panjat tangga even bilik kat level one pun tak nak tu.. holahai.
:P

so anyways, dok dalam bas sambil2 tour guide bercerita itu ini.. tunjuk2 itu begini segala.. and akhirnya turun kat tempat yang ada helang besar tu ha..
kiranya signature la kalau datang Langkawi.. kena amik gambar kat situ.
:P

i love this bridge.

tak tau kenapa. rasa macam bridge ni best.
kiranya, ala suka tanpa sebab.

eh memang kalau dah suka benda, actually tak memerlukan sebab.
kalau hati dah suka kan... kalau bersebab dah macam terpaksa la pulak...
hoohho...

me & mr helang

tahap confident yang helang tu jantan adalah tinggi.
muaakakkaa...

see? see? gambar wajib kan? kiranya siapa pergi Langkawi tak datang sini amik gambar macam that's it man! tak de dah helang kat Langkawi yang boleh stay still di ajak bergambar..ok??
:P

dah nama pun pergi berkumpulan kan.. dok la tunggu sorang2 nak bergambar kat situ..
ayu dah habis pusing dah that place..

so, layan la angin sepoi2 bahasa yang cuacanya menggigit kulit sampai bila balik office isnin tu semua tego saya dah hitam. FINE!
:(

layan punya layan...
ternampak ni...

ikan apakah?
korang tau tak??
gayan muncung macam todak... but kecik la..

comey je jalan tiga2 ekor gitu...
macam tak berenang je.. more like main ikut je arus gitu..
ikan apa ek?



Blurbings By,



BannerFans.com

Thursday, May 6, 2010

Langkawi Lagoon....

ok lompat la seentry dua.. lepas tu sambung balik.. kira aci la kan?
(ni lah cara terbaik untuk tidak merasa bersalah mengepam entry dalam draft)

our flight to Lagkawi was delayed by half an hour kot. memula katanya sejam, but jadi half an hour je.. so bersyukur lah disitu..
45 minutes later, sampai lah Langkawi....

aha! bumi Langkawi...
first time jejak ni... excited lebih ni..

eleh..tipu.
tak excited sangat. i don't know why...
mood tak excited ok nak pergi holiday.. konon je wehooo sana.. yuhhuu sini.
konon... konon...

nasib la banyak kata2 semangat suruh have fun apa segala...
so, ok.. meh la cuba divert diri menghave funkan diri...


again, kami diminta berkumpul dulu..
nama pun pergi berkumpulan... sikit sikit kang gather.. sikit sikit kang gather...
huuhhuuh...

for the whole trip, 3 days 2 nights, we stayed at Langkawi Resort.
mula2 katanya kat Awana, but entah macam mana tukar kesini pulak..

i don't know how to compare, but I am satisfied dengan condition hotel ni.
cuma service nya ajo... haiyo haiyyyoo... but not all lah.. ada la sikit2.. tu, cerita kemudian, ok?

kami disambut dengan welcoming drink yang bergelen2... hahahahhaa
yang datang ramai kan.. di halanya lepak lounge yang maha kecik lagi berkuap.

sudahnya, semua keluar ngamik angin..
tapi! panasnya ek? dengar2 nya sampai 38 degrees kat sana masa ayu pergi tu..

we were supposed to get a two single beds and a smaller room. rezeki kot.. dapat bilik besor..
actually tak heran sangat.. yang penting selesa tidur..leh solat selesa...and toilet best. tu je.. sebab based on the schedule given, memang selagi bukan maghrib..jangan mimpi nampak hotel. dah la keluar sejurus selepas breakfast...
uhuks!



Blurbings By,



BannerFans.com

Monday, May 3, 2010

Rezeki itu..

rezeki apa? rezeki harimau kah?
:)

rezeki berjalan la.. actually gini, i was one of those yang lucky selected for an educational trip hosted by one the division in my office kerana rasa terima kasihnya mereka to us. terima kasih untuk apa? ni perihal business and income lah ye..

so, actually, the trip was supposed to be last year to Bandung, Indonesia.
but along the way dengan case H1N1 nya segala, it has been postponed memanjang. last sekali, lepas paper berapa kali ting tong ke sana ke mari, the management setuju untuk berjalan dalam negeri sahaja. kira konon less risk habis la ni.
makanya my Bandung trip menjadi Langkawi trip.
:)
yes, Langkawi it is..

Fakta2 penting:
- 3 days 2 nights
- my first time ever ke Langkawi. Dalam banyak2 pulau dalam Malaysia ni, saya hanya pernah jejak ke Pulau Pinang sahaja. :P

since bertolak tu adalah hari Jumaat tengah hari, makanya ada satu masalah.. siapa and bagaimana saya nak berangkut segalanya from office and dah nama pun from office..mana gayanya pulak dengan WaHaB saya?
:(
hehee.. drama drama.. settle la semua.. sebab saya ada seorang kawan yang baik hati nak tolong selesaikan masalah ni..
pendek cerita, settle semua..
Thanks Syahrul!
:)

so, sampai je airport, kami semua kena cari la sesiapa yang patut tu, untuk penyerahan few documents and things and segala bagai.

lepas settle semua tu, kami masih perlu tunggu and tunggu and tttuunngguu... redha je lah.
budak2 ni ramai yang dok berlapar dari pagi. saya dah selamat makan.. jadinya dek kerana still kenyang..redha je lah meneman.

tak lama lepas tu, semua pun dah panggil2 suruh masuk... masuk check-in je.. hakikatnya kena gak menebeng duduk dalam tu kang..
masa ni la saya kusyuk bertweet sana sini.. terima kasih la untuk yang rajin melayan.
korang memang ubat pembunuh kebosanan yang paling terbaaaaiikkk...
:D


sementara tunggu boarding sesambil tweet.. sesambil fb segala.. masa ni baru la hegeh2 baca jadual yang dah disediakan untuk kami semua...

pack nya ya aaammpuunn.....
and tak de slot shopping ok.

owh no!
and tak de slot ke tempat2 yang ayu google on. yelah katanya first time kan? and saya ni jenis yang susah sikit nak percaya cakap orang.. sejak dua menjak ni lah. dulu2 senang je nak percaya orang. huhuuh...


tapi, lantak lah semua tu.
yang penting enjoy and i know i need to get out of town.

everything to so lah stressful lately.
so, marilah kita layan kan aje apa yang ada.. ok?
dalam hidup ni, less complaint is better kot.



Blurbings By,




BannerFans.com

Sunday, February 21, 2010

Jana View Condotel @ Taiping Golf Resort

setelah menelefon merata hala... akhirnya kami sefamily dapat slot for connecting room kat Taiping Golf Resort or nama lamanya Bukit Jana Golf Resort.



it's a condotel. pelik kot nak sebut mula2 kan? hahahaa...
actually all the rooms adalah kepunyaan orang and bertuan. tuannya ada hak duduk selama 6 hari je setahun. yang lain adalah untuk guest. segala maintainance bagai pihak hotel uruskan. dia tau tiap2 bulan terima habuan bahagian dia je..

owh! indahnya jadi orang kaya kan?

manusia adalah super ramai ok. penuh dengan semua bangsa. foreigner pun ada gak. patuylah semua tempat pun fully booked...
sekali terpandang.. eh! eh! welcoming drink laaa...


dah macam air kenduri kahwin dah...
we all tak minum pun.. sebab all the glasses mixed up and tak pe lah kotttt...


the kids dah rasa sangat nak terjun dah waktu ni... kekdahnya tunggu kunci bilik lama sangat.. agak beratur jugak la.. sebab ramai sangat manusia kan.

semua pun dah booking dari awal.. bayang kan laaa..
isk isk isk..
nama pun long weekend.. menjawab la...

dan dek kerana tak sabar nak terjun.. akhirnya ayu pujuk budak bertuah dua orang tu berposing instead...

posing tak sabar nak terjun namanya.. :P



Blurbings By,




BannerFans.com

Friday, February 19, 2010

Penangan menyibuk...

orang nak raya.. we all pun sibuk gak kaaaaannn...
orang nak balik makan besar.. kita pun sibuk gak kaaaannn...
nak kata semangat satu Malaysia.. i dont think so lah kaaaannnn....

ok.
what happen?

a day before CNY, kami sekeluarga adalah bergerak ke arah utara. banyak agenda kekeluargaan yang perlu disettle kat sana.
konon2 budget cun la nak gerak dari PJ 3pm. firasatnya konon.. jalan jam pagi or tengah hari je sebab orang berpusu nak balik makan besar.. but ternyata meleset sama sekali.. meh pecat or potong gaji ahli nujum negara! (tetiba)

dari PJ bumi bertuah dalam 3pm and sampai Taiping pukul 10pm ok... von dah tahap kematu kebas dah...
semua turun dari kereta layan terhoyong hayang kaki macam tak boleh pijak...
tu lah, orang lain raya, orang lain cari nahas kan. padan lah muka!
:(


Taiping adalah rumah nenek tiri saya ye. arwah atok punya 2nd branch. my nenek HQ gitu. ada paham?? tak paham??
abaikan then.
:P

so anyways, itu adalah kaki mom yang dah tak larat langsung nak berjalan. dia masuk je rumah, lepas settle bag segala bagai.. tumpas mintak kaki ayu nak tumpang angkat letak kaki dia, plus urut2 la sikit...
ehhehe... penangan jam... penangan...

my nenek tiri and my Aunt3 (mom's sis sebapa) dok la pujuk kami sefamily for dinner. kesian derang cooked dinner for us but kami betul2 tak larat nak sumbat makan makanan berat langsung.
akhirnya???


teh o panas and biskut hwa tai jugak la yang terbaik...
segar badan ooooo...

oh btw, Taiping adalah panas terhamat ok. terus terasa berdozen dozen dosa sebab panasnya ya haaammppunn..
insaf...insaf...
(part utara & selangor sampai keluar berita kan? ngeri...)


dan budak sorang ni.. dok leka practise math dia kat this web --> world maths day. sebab mata dia & adiknya adalah celik sebab lena tido masa dalam perjalanan.
huhuhuhu...

starting esok..cerita pasal utara trip back to back. okie?

Blurbings By,




BannerFans.com

Tuesday, February 16, 2010

Hari Wilayahku...

ok jom gelak. raya cina baru nak keluar cerita hari wilayah. means, lack sampai dua minggu. hebat hebat.
(sebab tu update masa CNY long holiday kurang sikit orang kutuk cerita basi. hahaha)

so anyways, memandangkan saya seorang je isi perut rumah yang bertugas di wilayah, makanya hanya saya seorang je yang bercuti.
so, things are quite the same lah for me pagi tu.


but right after house chores yang pagi.. instead of mom buat her daily routine which is bergayut dengan kakak tercintanya, and me going to work.. kami berdua melayan DVD Nur Kasih...

gila kentang lah tengok straight ni. sebab mainan emosi sungguh. kalau series tu, berdebar kejap je iklan.. berdebar power sikit dah bersambung.. lepas tu dah calm balik... minggu depan pulak nak berdebar.. ni debar dan berdebar.
apsal debar lebih2?? sebab kami sefamily tak pernah dapat tengok Nur Kasih ni secara full. name it lah masa ulangan ke apa.. memang tak pernahnya complete. uhuhuh..
sebab tu la kami beli DVD tu hah...

but tak lama, 12pm, ayu dah keluar amik lilD balik from school..
punya lah dia melompat nampak ayu yang amik dia.. means, dia ada la kawan sepermainan dia. hahahaaa..
yeah, dats me. :P

ni la budak kaki melaram ni.

kitaorang main make over tu hah. obviously dia lah yang d makeover.. makeup adalah olok2 ye.. tak elok makeup budak2.. ayu & sis selain dari pertunjukan sekolah.. kami mula makeup masa masing2 masuk uni. tu pun setakat bedak and lipstick ye.

mom memang tak bagi kami ni makeup awal2.. nanti kulit cepat nampak kusam. dia pentingkan basuh muka and moisturiser sun block segala tu..
which i thanked mom lah for being strict with us about that. sebab alhamdulillah, skin adalah kurang masalah and tak la sampai kena treatment ke apa.. :)

korang pulak macam mana?



Blurbings By,




BannerFans.com