Showing posts with label angah's wedding. Show all posts
Showing posts with label angah's wedding. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Cerita ceriti tertangguh...

Oleh kerana saya ada banyak masa terluang menunggu kenduri doa selamat di rumah sepupu saya, makanya, saya update je lah blog saya yang berderet cerita tertangguh since july.
(yes..july. Hahahaha)
(kejadian mengupdate adalah pada hari Ahad, 24th Oct and edited to be publish on Monday 25th Oct.. explain sebab tak nak orang confuse ada kenduri doa selamat di hari Isnin..agak peliks disitu. ngeh)

Hutang July...

*Cerita wedding angah,anak saudaraku*

Percayalah, this is the wedding yang ayu sangat look forward to tahun ni.
Yang sempat Ayu update on her surprised bridal dinner & our little surprise for her..

The doa selamat for her majlis, all the preparation for her wedding, her henna do, her pelamin do, her nikah ceremony & her reception.

Angah is not only my niece but I can also consider her as my childhood friend.
Rahsia kerajaan dia saya tau, and rahsia kerajaan saya pun, dia tau..
And even she's younger than me, kadang-kadang dia jadi advisor I tau. Huhuhu...

Jadi, boleh bayangkan tidak how important her wedding is for me? How kalau tak ada benda yang nak disibukkan pun, I will still menyibukkan diri? Haaaa... Gitu.

She wanted a white wedding. White wedding dress & white lah segalanya. So, nak meriahkan the white theme, mak pengantin a.k.a my cousin, decided to have a splash of green.
Jadinya kami semua adalah memakai hijau.. The decos are in green.. Makanya merata hanya warna hijau dan putih.. :)

Lambat macam mana pun, I will still put up the details with pictures, of course. :)
(jangan sampai angah dah ada baby, sudah. Hehe)



*BigD's 7th birthday bash*

We celebrated bigD 7th birthday bash at The One Club, Mutiara Damansara..

Theme yang dipilih oleh birthday boy sendiri ialah Iron Man. Untuk sesiapa yang ada add Ayu kat facebook, dah tengok kot his birthday album yang Ayu dah posted.

Biasalah, update kat FB & tweeter kena pantas dan tangkas.. blog tak pe... biar lambat asal selamat.. (apa kena mengena? :P )

It's a very closed party for family members yang sangat terdekat, family friends terapat and his teachers & classmates (also selected).

Party si bigD ni, boleh dikira sebagai retreat jugak lah untuk kami sekeluarga yang baru je settle bertungkus lumus dengan wedding Angah. Penat wedding si angah hu mak aaaiii... berminggu2 baru boleh recover...
penat orang menyibuk gitulah... muakakakkakaka...

yang penting, all of us had fun that day. Paling seronok masa ada parents & kids kena menari.. comel ok... best gila...

(yang ni pun korang doa je lah mood ada nak update eh? i mean, proper updates with pictures..)


Hutang August...

*Cerita bertunang Nana,anak saudaraku*

Sama dengan Angah, Nana pun considered as my childhood friend yang merupakan tittle asalnya anak saudara ku.

Bila raya ke, family events ke.. there will always be the three of us...

So kiranya, anak2 saudara seperjuangan ku.. sorang2 bertukar tittle tahun 2010 ni.. (sambil jegil mata kat korang ala bagi warning jangan gatal nak comment asking the 'mak ayu')

i will sentap ok if anyone ask.
(yes, ini adalah ugutan)


Hutang September...

*Cerita raya yang berderet tertangguh*

1. Hari kedua berjalan raya dengan family. dah la dua hari je yang dapat berjalan, itu pun sikit punya hazab nak mengupdate ye.. hik hik hik.

2. RM & GBM datang beraya ke rumah. kena update ooiii.... nama lagi bloggers datang rumah. update but schedule kuar untuk raya haji boleh? wakakaak....



Hutang October...

*Teater Tun Mahathir*

Nak tunggu ada Tun Mahathir dua agaknya baru nak update kan? hahahaha...

Esma Daniel terbaik ok berlakon. Dengan gaya jalannya... cara bercakap nya... eh eh eh... i yang tengok dia berlakon selama ni main tengok so so je.. terbeliak la mata Ayu terkagum dengan lakonan Esma Daniel.

Owh ok.. ni bukan bakat lakonan yang kita nak commentkan...
the theatre itself, kan?

It is definitely not easy to pull a bibliography thingy into a theater. well, that is the least that i think of it lah. yelah, bukannya nak cerita perjalanan hidup seniman ke apa... nak cerita pasal tokoh ok.. pasal mantan Perdana Menteri Malaysia yang jasanya tak perlu sesiapa pun pertikaikan....

Kalau sesiapa pun, meh tanya la semua budak2 upper primary and budak2 secondary now, I am very sure tak de siapa yang boleh jawab kalau ditanya sejarah Tun Mahathir. Busuk2 yang derang tau, maybe, beliau merupakan PM yang paling lama menerajui Malaysia and kalau ditanya lagi, maybe few projects like Wawasan 2020, KLCC, Putrajaya and Formula One will came out from them.

Not the personality of the figure (Tun Mahathir) himself.
Not his character masa kecik... his favourite pass time hobby... his education background... his first involvement dengan dunia politics and etcs...

but this theater, pull it together.. mungkin untuk orang yang betul2 dah tau or dah baca habis2an pasal Tun, akan rasa ada yang tak cukup kukuh, but to me personally, by watching this theater, semua golongan lapisan umur akan dapat an idea on siapakah TUN MAHATHIR ni.

:)
just my 2cents.. ;)



*Perkahwinan dua keluarga*


ha... ni pun another wedding yang menginvolvekan keluarga kecil kami secara langsung atau tidak.

alhamdulillah, the nikah, bride's reception and groom's reception semuanya berjalan lancar. hiccups sana sini tu, perkara biasa but alhamdulillah segalanya lancar... syukur.

the nikah was on 2nd Oct, disusuli dengan reception belah perempuan the next day and sambut belah lelaki a week later which is on the famous 10.10.10.

belum sempat penat lelah usai... on the 13th Oct, bapa pengantin lelaki yang juga merupakan abang ipar to my BIL passed away.

sangat mengejutkan semua orang. He collapsed masa tengah bertugas kat clinic (he's a doctor) and menghembuskan nafasnya yang terakhir....

Al-Fatihah to Dr Mukhtar Aajameer Abdullah.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin.

InsyaAllah, bila Ayu dah dapat all pictures, I will upload and update cerita wedding ni. Salah satu sebab utama, ni lah kenangan terakhir kami sekeluarga dengan arwah. Memories are meant to be treasured kan? :)


*Yanok's Birthday merangkap RM-GBM Meeting*

aduhaiiii... ni pun entry tertinggal keretapi ni.. ngeh ngeh ngeh...

takpe adikku.. kak long mu akan gigih jugak update nanti.. sabar eh? baru perasan, budak lonjong ni suka tau 2 in 1 kan birthday dia.. last year dengan convo.. this year dengan merisik.. *uhuk batuk*



*lilD's birthday*

dari birthday si abang tarik sampai birthday adiknya kooooo...
kah kah kah kah....

nasib baik yang ni belum celebrate lagi.. but ada la entry kita orang main potong2 cake kat rumah tu...
lawak ok kalau tengok video tu... abangnya menyanyi lagu untuk adiknya sampai empat version of birthday songs.. berapa kali dia nak blow candle tak jadi sebab si abang tak habis lagi menyanyi...
LOL.

start dengan english, lepas tu melayu followed by mandarin and tutup dengan ala Islamic sikit. hehehe...


-------------------------------------------------------------------------------

tu je kot yang main one...
but yang selit2 sipi2 yang tidak kurang penting malah lebih penting to me dari semua yang tercatit di atas banyaaaaaaaaaaaaaaakkkk....

haaaaaa..... yang pastinya.. jangan pelik kang datang mood ayu nak bawak kuar cerita ni.. terkeluar je lah kang... tapi synchronization nya begitu lah ye...

so, marilah hembuskan aura kerajinan mengupdate kepada saya. :P



Blurbings By,



BannerFans.com

Tuesday, August 17, 2010

testing! testing! :P


nampak tu?
ingat baring sebarang baring?
baring sebab menjadi juri ok...
;)

juri untuk??


ini!

apa tu?
itu ialah sessi jamming practice for Angah's wedding.
but angah tak tau ni.. ha asyik surprise je lah keje kan..

bukan, ceritanya gini.
when we ask her what she wants for her wedding...
dia jawab.. she wanted a white wedding and band macam wedding along.
along ialah abang dia. masa wedding along, adalah majlis menyambut, jadinya tak de pelamin segala, jadi masa dah hujung2 tinggal family je, abang2 sepupu ku & anak2 saudara ku main few songs and kebetulan we all sambut sekali birthday along si pengantin.

yes, semuanya family.
no, we don't have an official band ke apa. ni semua memang minat family.
memang family affairs.



kenapa surprise pulak?
sebab, angah kan perempuan.. ada pelamin..ada merenjis...
mana lah pulak nak buat setup band segala...

but somehow, kami diam2 dah buat arrangement siap2 dengan pihak dewan & etc.
;)
its her dream wedding.. kalau boleh tunaikan, tunaikan je lah kan?

pantang ada weekend free, kami menyelit ke rumah my cousin brother and practice..
kami ye.. ayu involve ker???
hahahaha....

nak tau jawapannya... pandai2 la korang teropong the next pic..
as i won't do any entry dah pasal ni. ;)


pic credit to farezah.



p/s: kalau nak oder tart nenas tu, just go to my ATS-Shoppe via this link or just click on the banner on each entry ni ye.
TQ.

Blurbings By,



BannerFans.com

Monday, August 16, 2010

Angah's Brides-To-Be

it was a komplot la jugak consider between myself, sis & another niece or ours, Nana.
komplot apa? komplot nak buat a simple bridal but more on to our 'bonding' session together.
anak2 saudara saya semua (cucu2 Aunt1 & Aunt2) memang agak rapat dengan saya & my sis. maybe because, we are among the youngest aunty in the family. macam ayu lagi lah satu sekolah ok dengan angah. haaa....

jadinya, kalau kami bagitau, memang angah takkan nak. sebab dia ni penyegan sikit. muakakaka... so, jadinya, i text her ajak keluar. dia siap berdebar. haha.. konon2 dia ingat ayu nak buat heart to heart session la dengan dia before dia kahwin. dia tak tau 4 hearts terlibat. :P

so, masa dia sampai amik ayu, dia terkejut sampai melompat keluar from kereta peluk my sis.
dia dah macam..eh bestnya!!! girls night out ke nih?
obviously, without knowing yang nana tengah tunggu kat Delicious, Bangsar. :)



masa sampai je Delicious, dia melompat again sebab nampak nana...she was like.. "apa ni koraaaannggggg!!!!!"
muakakakakakkakakakakaka.....

pastu muka menyengih je.. :P

ketua rombongan



tukang booking



masa ni dedua bride-to-be, now tinggal nana jer. soon. ;)



masa ni angah tak tau langsung, what we have hidden in our handbags for her. hahaha...
bak kata my sis (we bbmed each other right in front of her ok)
"kita bagi dia dinner dulu.. time dessert kang baru lah"
... hahahah..

selesai makan...dessert pun sampai...


dedua best ye. isk.


sebelum start makan dessert.. sis & nana pun bawak la keluar benda penderaan angah. while me, of course.. ready with the camera.

btw, notes to ponder: Angah hates surprises because she hated her surprised look.
:P
the moment my sis bangun, angah tak cakap apa. maybe dia ingat my sis nak pergi ladies ke apa...


but bila my sis walked towards her.. she started screaming bila dia nampak my sis pegang "Princess" crown. and when she turned, nana pulak pegang that Bride-to-be selempang.
when i said, she scream, i meant it ok.
meja paling sikit orang, but paling bising...
:P

dia punya la blushing... sampai bergenang air mata...
but that night, is indeed OUR night. of course, the first agenda is to make it as Angah's night. but we end up going home with a smile on our faces.
not only because we made it for Angah, but because of the heart to heart discussions we had.

yes, memang me & my sis pangkat aunty. but, malam tu.. we're just like a bunch of girlfriends hanging out talking bout life.
life as a whole. the risk. the commitments.
all of that we need to go through with strength and courage.


the two makciks with the two anak2 sedara


sampai midnight baru kami pulang. Thanks to my BIL sebab sudi tolong cover sis with the bothDs. kalau lah derang tau, harus hentak2 kaki nak ikut ok. :P

saya sayang kamu bertiga.
saya sayang lah semua yang ada dalam hidup saya.
tanpa semua tak pening lah hidup. tak meriah lah hidup. tak de apa lah dalam hidup.
;)


p/s: kalau nak oder tart nenas tu, just go to my ATS-Shoppe via this link or just click on the banner on each entry ni ye.
TQ.


Blurbings By,



BannerFans.com

Rombongan Cik Kiah ke Jakel.

In between those wedding meeting & meetups for Angah's wedding, kami adalah sekeluarga (yes, ala sekampung) dok berulang alik ke Jakel membeli material nak buat baju for the big day.
Angah always wanted a white wedding. so, dia adalah harus wajib putih. makanya, the mak pengantin has decided us all to be in green. to splash off the white and also bila amik gambar Angah adalah akan menyerlah because she's in white.
;)


barang belian
(tak semua)



kalau pergi Jakel, adalah wajib bawak my sis.
kenapa? dia ada lesen besar kat situ. I don't want to go details bout it. yang pasti, we chooses Jakel sebabkan lesen my sis...

;)


cantik kan???
nice kaaaaannn???

i love the color combination. tapi tu lah, material adalah thai silk. adalah fragile penggunaan nya.. tak sesuai untuk kami yang akan berkerja .. makanya... beli untuk pengantin je lah.
leh buat bertandang ke apa ke...
gitu.

dan dalam pada kami berkeliaran floor to floor memilih kain segala...
ada seorang yang akan and perlu say the final yes dulu...
dan orang itu ialaaaahh.....


ibuku.
"ni berapa RM semeter ni?"
"tak de tone lain ker? nampak biasa sangat ni...."
"elok ke nak pakai kain macam ni? tak nampak pelik ker?"
and list goes on and ooonn....

so, agak2 dapat lepas semua soalan...
cepat2 la suruh orang tu potong and letak kat kaunter.
hiks.


p/s: kalau nak oder tart nenas tu, just go to my ATS-Shoppe via this link or just click on the banner on each entry ni ye.
TQ.



Blurbings By,



BannerFans.com

Olio !!!


tu dia.. macam perjumpaan apa je kan?
hahaha...

kalau korang perasan lah, ada a few entries few months ago yang ayu main cak cak je letak on my family gathering. sebab musababnya, menjaga adat and also kata orang2 tua, tak elok sangat nak expose perihal nak kahwin segala ni.
yes, my niece, nak kahwin. i mean now, dah selamat kahwin lah.
but demi menjaga segalanya disamping berdoa agar segalanya selamat (alhamdulillah all went well) ayu postpone nak cerita segala steps yang kami buat.

even adik beradik mom seibu sebapa hanya tiga orang sahaja, but didikan arwah my nenek memang senantiasa menyatukan kami. tak kira apa hal.. benda kecik mahupun besar, we will discuss it over together. Alhamdulillah, masih kekal cara tu sampai sekarang.
setakat arguments and hanky panky tu, normal lah. mana2 pun macam tu. aternya, bukan satu kepala, banyak kepala... orang ni nampak macam ni, orang tu nampak macam tu..
kan?
but Alhamdulillah, we pull it through lah.
:)


kebetulan in one of the wedding meeting, disatukan sekali dengan kenduri doa selamat for Syaddad. kenduri dia nak berkhatan.
tu yang mom tengah buat tu is one of our family tradition, called upah-upah. all i know its from my nenek's side which is from Kualoh, Sumatera.
but, that day keluar dalam Nona that masyarakat Mendailing pun buat jugak ek? arwah my atok Mendailing.
alah sama je lah. pusing2 Sumatera gak.
huhuu...

so anyways, oleh kerana my niece, Angah nak kahwin. makanya dia telah didera dek kesemua uncles & aunties dia (saya tak termasuk ye.. i aunty yang baik..never buli anak2 sedara.hahaha) untuk memasak.
and she chooses Olio bebeh!
terbaaaaiikkk... ;)

jom, let the pictures says it all...

muka ketat pressure takut tak jadi


terus lapan kali mintak bantuan back up suruh merasa ok ke tak ok.
sambil mulut mengomel suruh ayu stop taking pics.
hahahaha...



bahan bahan.
patut tunjuk ni dulu.. but lantak lah. :P



ok. dah habis confident ni.
hahaha...


taaaaraaa!!!!
bau nya.. masyaAllah!
(eh entry ni kuar bulan puasa ek? nasib korang laaaa)


ok now, cari someone yang realiable untuk rasa final. siapa ek?
kami sepakat membawa berkat memilih my sis...
jom tengok apa reaction dia...


ha ok!
pass! sedap la tu....

jom hantar depan.
;)

p/s: muntah la korang lepas ni on Angah's wedding. from the prep up till the day sampai la menghantar and also the appreciation lunch.
hamekkkk.....
sebulan tak habis.


p/s: kalau nak oder tart nenas tu, just go to my ATS-Shoppe via this link or just click on the banner on each entry ni ye.
TQ.



Blurbings By,



BannerFans.com

Friday, April 16, 2010

Mesyuarat Agung katanya!


budak budak ni kan..
bila dah pergi sekolah.. family gathering dikatanya mensyuarat agung! LOL.

cuba korang try baca sebelah tu.. yang kurang pekat tu.. tempat: RUANG TAMU.
hahaha.. so comel.
besar sok jadi setiausaha yang rajin berusaha ok?
:P


apa-apa hal sila la mulakan segalanya dengan doa ye..
asal ada je family gath mesti ayu sayu teringat dengan arwah nenekku..
TT


kan best kalau arwah nenek ada lagi..
ni bukan tak redha ye.. just saje nak berangan betapa seronoknya kalau arwah nenek masih ada disisi we all lagi...


kami cucu2 nya ni sorang pun tak pernah tak de kenangan dengan dia..
dia pukul bersih sama rata kasih sayang dengan semua orang...

arwah ada satu tin ni.. besar jugak la. tempat dia simpan gambar cucu-cucu dia.
my cousins ramai yang study abroad.. jadi gambar2 they all yang derang post kat nenek, semua dia simpan dalam tu...
hari2 dia akan bukak and tengok...
lepas tu, hari2 jugak dia akan call anak2 dia (my Aunt1 & Aunt2 je sebab arwah tinggal dengan we all) for updates and sharing session.

tu belum masuk panggilan dia to her rakan2 sebaya yang selang dua tiga rumah je..
tau call untuk apa?
tanya apa nak masak..
comel kan?

eh! rindu sungguh saya dengan nenek saya.
Al-Fatihah buat Hjh Zainab Hj Abd Rashid.





Blurbings By,




BannerFans.com

Wednesday, March 10, 2010

Sambutan maulidurrasul kami...

Masa cuti maulud-nabi last two weeks, my big family amik kesempatan untuk kami gather sambut maulidurrasul and sekali gus berbincang sikit agenda keluarga yang akan mula sibuk berderet from May up till Oct this year.
aduh aduh....


since that Maulidur Rasul jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari, my cousin decided that kami berjumpa bergather and berbincang pada sebelah pagi nya.
so berjumpa waktu breakfast.
lepas pada tu, mana yang kena pergi solat Jumaat, boleh lah proceed and tak la terkocoh sangat kan?
kalau tunggu lepas soat jumaat baru nak jumpa, kang jadi lambat sangat pulak...

pagi lah. lebih afdal.

sebelum derang yang lelaki bersiap nak pergi solat jumaat, kami berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

sedih and sayu je masa ni... my Aunt1 tak dapat nak bedung rasa rindu & sayangnya pada baginda.. berjurai2 laju airmatanya ketika berselawat ni..

"muliakan Ya Allah makam junjungan yang mulia.. dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera..."



Blurbings By,




BannerFans.com

Wednesday, March 3, 2010

Kepak kepak kepong (sila baca ala bunyi kompang)

no no! jangan speku.. jodoh saya, rezeki saya, belum sampai lagi... (ada rezeki, ada jodoh ada lah.. bilanya?? entah... :) )

but, this year ada wedding yang sangat2 saya look forward. wedding someone yang saya sayang. someone yang bukan sahaja a family member to me, but also my childhood friend, my childhood partner in crime.


bit by bit memang akan ada update progress wedding planning dia ni.. but demi menghormati dia, saya tak akan reveal openly sangat...
mana yang tau & boleh agak.. diam je situ, ye. :)

masa ni, we all tengah bincang some wedding packages yang ada. i have to say.. i love the quotation and offer here..

eh seronok & excitednya! kalah bakal pengantin tau!!!!
huhuhuuh....

tahukah anda saya amat suka kerja2 wedding planning ni??? its my passion.... huuhuh...



Blurbings By,




BannerFans.com

Thursday, February 18, 2010

meeting keluarga...

insyaallah, tahun ni kami sekeluarga bakal sibuk menyibuk segala untuk satu event besar family kami.
apa eventnya? nanti lah akan diupdate jugak nanti step by step. sabar ye...

so, sebab kan kesuntukan masa, kami sekeluarga terutama keluarga yang terlibat dah mula berjoget caca, joget lambak, tango dan berbagai jenis tarian yang kami cipta sendiri pun ada.
menggelabah adalah umpama 'sirname' kami sekeluarga sekarang ni.
he3...
mengong kan?

so, kami ni jenis meeting. sepakat membawa berkat gitu. arwah nenek yang praktik kan benda ni.. so, dah jadi macam amalan dah.. apa2 sikit bincang.. jangan cakap2 belakang.. jangan gaduh2.. selisih faham dua tiga ketul.. normal.. tarak hal.. nama pun manusia.. but we learn from each other.. gitu.

jadinya, first meeting dah pun selesai.. nampak la sikit frame event tu nanti segala bagai..
apa yang tak cukup.. apa yang perlu dia tambah tolak bahagi campur..semua dah jot down..
uhuhuh...

since that most of us (i think all) actually ada group family kami sendiri dalam FB, tengah2 meeting.. ada la aksi begini...



taaaraa!!!

tu konon multi tasking tu.. telinga layan meeting.. mulut sahut menyahut bagi cadangan ke apa.. but dok busy capture candid gambar orang..
hahahaa....

the power of FB, ek?

but, paling tak boleh blah.. ayu & my niece, Angah. (entah apa jadi la blog budak ni.. korang abaikan lah entry tahun lepas tu.. kalau boleh ganti je tahun tu tu 2010..konon2 update tahun ni la tu.. ahhaha)

nampak tak???
kami terboria hari tu ok..
ni betul2 TEERRR.. sebab memang tak plan..
macam mana nak plan kan?

baju pinjam baju mak masing2 ooiiiiii...
(kantoi)
:P



Blurbings By,




BannerFans.com