Friday, November 15, 2013

Sehari sebelumnya Majlis Pertunangan

Bangun awal pagi mengalahkan hari kenduri. Hiks.
Yelah, rumah saya ni kecil je... Perancangan memang dah ada, cuma bila kita nak realisasikan tu, mesti ada sangkut disana sini.
Normal lah tu. InsyaAllah, semua boleh selesai.

My cousin sister, Elly is definitely my savior. I don't know how to thanked her lah. Dia lah yang menjadi runner Ayu. Tolong itu ini. Sebab masa ni, I am out of drugs dah. Painkillers tak sempat nak pergi topup. Sakit-sakit badan tu, Allah sahaja yang tahu.

So, awal pagi bila semua orang dah bangun, kami keluar dulu for breakfast. Memang tak nak renyahkan dapur sebab semua perabot nanti nak angkat semua. 

Balik je breakfast, my beloved CikPiah and her whole family dah sampai. Masyaallah, rezeki datang lagi.. CikPiah bawa 1000++ biji kuih peneram untuk dijadikan door gifts. Syukurnya.. may Allah grant my CikPiah and her family kemurahan rezeki dan kesihatan yang baik, always. Amin.

Nasib baik Ayu and mom ada beli plastics untuk "just in case" situation. Makanya, terus berkampung lah kita membungkus door gifts...


Tu dia.. anak-anak my CikPiah, Elly, mom, CikPiah and myself buat sama-sama and tak sampai 2 jam, semua dah siap.

Geleng kepala tengok. Tiba-tiba bertunang ada door gift. Ayu memang nak simple but memorable je. Tu la orang kata, rezeki.

Sementara semua itu terjadi didalam rumah, diluar rumah team khemah dah sampai.
Memang kena pasang khemah sebabnya rumah Ayu tak ada kawasan langsung untuk buat kenduri.

Jadinya, sejak seminggu sebelum majlis, BIL and mom dah siap jumpa jiran tetangga bawak salinan surat kebenaran dari MBPJ and sekaligus surat jemputan for them.
Drama nak mendapatkan surat kebenaran tu lagilah.... tak tahu macam mana nak thanked my sis and BIL. Jenuh mereka turun naik merata di taichi kesana kemari oleh different Police Stations all. 
Semoga Allah bless them always...Amin.


Betul kata orang, apa sahaja yang kita buat dalam dunia ni, don't ever kita harapkan balasan. Tetapi, kita kena always berterima kasih pada semua yang menolong kita. Always.

Orang khemah ada difficulties sikit nak memasang khemah tu. Bila nak naikkan khemah, pokok-pokok yang ada tu mengganggu. Alhamdulillah, sepupu-sepupu saya, suami anak saudara saya, MSN, anak saudara BIL saya membantu. Baru saya tahu derang hebat ada skill potong pokok. Haha! 


Cabaran tau memotong pokok ni. Sebab utama ialah, ianya pokok kesayangan mom. Nak inform dia tu semua letak kat kepala orang khemah. Hahahahaha....

Tu lah dia wajah-wajah hero memotong pokokku. Hiks.
Ingat senang dengan kerengganya...,uiiiii... tak sanggup.

Thank you sahaja memang tak cukup lah nak cakap. InsyaAllah, Ayu akan ingat jasa kalian semua sampai bila-bila...

My BIL ada pesan to orang khemah untuk bawak canvas putih nak tutup kiri kanan bahagian porch rumah. Sebabnya we all plan nak buat ala another hall kat situ. Letak furnitures and carpet. So, if dalam tak muat, kat situ pun boleh duduk.

Sekali canvas tu tak sesuai and tak cukup lah pulak. Idea my BIL ligat ke memikir. Terus dia ajak MSN ke Kamdar. Selamba dua orang  lelaki itu balik berbondong dengan dua kayu kain putih.


Nasib baik la ada idea bernas ni.
Pinjam staple gun dari orang khemah and off my cousin go to staple atas tu. Bahagian bawah and nak cantumkan kain, Ayu staple kan je. Selesai luar.

Next, dalam rumah pulak. Ayu memang dah tau cemana nak buat semua. But of course, I will leave it to my sis and BIL to explain. Mom duduk setempat and tunjuk-tujuk je. Haha.


Tu dia..nampak my BIL jadi mandor. Hehehehe...
Menganga je semua mendengar...

Sekali masa ni lah ada police officer datang bawak album sampai 3 besar-besar untuk Ayu buat kenal pasti. Stressnya. Saya dah seronok bergelak berpeluh even badan sakit pun tak sedar. Nampak je police datang hilang mood 250%!!
Nasib baik MSN ada temankan sekali masa Ayu diinterview again and again. Dia tau Ayu bukan boleh alone kena interview mula lah air mata berjurai-jurai. Semangat ooooo semangat.. sudah-sudah lah menghilang, kembali lah semula please.


Once in a while, semua duduk rehat. Yelah, kita buat santai-santai je. One of our nenek saudara, datang hantar seperiuk bubur kacang hijau untuk buat makan-makan sambil bekerja katanya. 
Ya Allah thank you untuk semua rezeki yang berlimpah ruah ini. Syukur.

We never know siapa yang Allah bagi untuk membantu. Allah knows best. Thank you Allah. Alhamdulillah.

Tu yang tengah tu is my beloved UncleM. Mom's one and only brother and bapa to my cousin Elly. Tulang belakang kami lah UncleM sepanjang majlis. Yelah, orang tua lelaki dia lah seorang. Cousin my mom ramai lah. Cuma dia kan adik my mom. So, extra responsibility lah sikit. Tu yang muka garang je tu. Jadi pemantau bukannya mudah ye dok? :)


Masa team Merisik Gallery (MG) sampai, lori orang khemah semuanya masih berterabur kat depan tu. Jadinya lori derang and their cars terpaksa lah diletak agak jauh sedikit.

Jadinya, my cousins, sedara mara and MSN lah yang gigih sama-sama membantu.
Cemana eh? Nak kata buat mini pelamin tidaklah. It is more like a feature wall for the day. Months earlier team MG memang dah datang tengok and dengar apa yang Ayu nak semua. Rumah kecil bukan penghalang. Kita make do dengan apa yang ada. Ideas and inputs from mom, sis and BIL pun penting. Also from MG team sendiri. Not to forget MSN. Ayu combine input semua, and make it happen.


Team MG tengah nak pasal backdrop. 
Backdrop memang do wonders. Terus hilang sinki belakang tu hah. Jadi macam rumah lain pulak. Hiks..

Good job MG!
Nanti we show lagi apa yang MG buat ok?
So far bekerja with them memang Ayu tak ada masalah. Even macam-macam jenis ragam client lah especially, Alhamdulillah MG memang pro lah deal with it. Ialah, mereka juga manusia biasa, of course lah derang pun sentap jugak kadang-kadang. But nak buat cemana, ikutkan ajelah kan?
Ada la a few yang Ayu memang refer to MG. Alhamdulillah semua yang direfer suka dengan hasil kerja MG.

Tak sempat MG selesai kerja, Ayu, MSN and my cousin and also adik angkat MSN keluar untuk pick up specs MSN and ambil Jelly hantaran from Q-Jelly. Bercakap pasal Q-Jelly I am so thankful my niece Nana bbmed and asked ada tak apa-apa yang dia boleh bantu. Since that I have lost all bills and receipts for deposits payment dalam handbag yang dah hilang tu, I don't have time sangat-sangat nak godek satu persatu google semua all. Masa so suntuk. Bila Nana offer, Ya Allah terima kasih sangat. Nana helped to track back semua and managed to change my pick up location to the nearest Q-Jelly. Sebab earlier Ayu sepatutnya amik dekat Q-Jelly Pavillion. Lega...


and yes... sepanjang entry ni korang perasan kan ayu sebut nama MSN jugak. Dia pun turut sama bertungkus lumus untuk majlis ni.... Bila orang suruh balik dia cakap.. Ni majlis dia jugak.. so dia rasa tak salah dia menolong.

Apo nak dikato lagi ye dak?
Hehehehee....


Love,
Ayu