Monday, May 27, 2013

Awak bukan best mana pun...

Disclaimer :
1. Entry peringatan diri.
2. Segala yang disebutkan tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup mahupun yang telah tiada.
3. Public apology andai ada yang terkena atau terasa.

Dear Ayu,

Assalamualaikum.

Tolonglah sentiasa beringat yang awak tu bukan lah hebat mana pun. Always have that in mind. Perlu selalu merendah diri, ingat asal usul dan ingat Allah. Always ingat Allah. Bila takut dengan Allah, baru awak tahu nak sedar diri tu kerdil hina and such.

Perlu ada ambition.
Perlu ada jatidiri.
Perlu ada confidence.
Perlu ada ketegasan.

Jangan bagi can orang lain tindas hina awak. Awak bertanggungjawab terhadap hidup awak yang Allah berikan.
Be responsible!

Kita sebagai manusia memang akan ada perasaan marah, cemburu, seronok, bangga etcs. Itu menunjukkan kita ni normal sebagai seorang manusia.

But itu bukan alasan atau titik tolak untuk kita menyalahgunakan perasaan atau perangai itu.

Bersederhanalah.

Itu lebih baik. Kalau tengah happy melampau, cepat-cepat be on track and mellow it. Jangan sampai over excited atau terlebih seronok.
Kalau tengah marah melampau.. Don't say a word or type anything.. Words, once said tak boleh di ambil balik tau.. Better jangan menyesal di kemudian hari.

Biarpun orang kata siapa yang diam itu kalah, ingatlah.. Sekurang-kurangnya diam itu lebih baik.

Ayu,

Kalau ada rezeki yang lebih.. Jangan sesekali la awak nak sombong merata tak tentu hala siap comparekan diri dengan si polan sekian sekian.
NEVER!

Ingat! Allah bagi rezeki bersebab!

Lagi satu, jangan lupa pada parents. Especially Mak. Mak kita ni ada satu tu je. Tak dapat nak dijual beli mahupun disewa di mana pun.

Macam mana keadaan pun, sila cuba paksa diri untuk be there for her always.
(Ini tidak, tengok TV sama-sama pun awak yang lena dulu.. Ampun Mak)

Lagi satu adik beradik. Tu la seorang kakak awak.. Itulah satu-satunya Abang Ipar awak.. Appreciate lah mereka.

Most importantly, maintain sedar diri.

Jauhi sifat yang sesetengah orang ada. Tak perlu bangga menjadi mereka.

Ingat ok?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: