Eh eh eh bukan bererti I don't know how ye. Kalau tak de pilihan, tidak menjadi masalah untuk saya.
Tolong lah percaya.
Macam biasa. Mom's rumah sewa dah macam menjadi tanggungjawab Ayu.
Selagi mampu, buat lah kan. Tak rugi apa pun. Pening je lah sikit melayan kerenah penyewa.
Masalah paling simple ialah utility bills.
Sewa yang mom kenakan adalah termasuk bill api dan air setiap rumah.
Ye, kami serik dari sejarah lampau, bila tenant cabut lari, bill bukan makin menggunung beribu ringgit. Sobs.
Reason perkhidmatan mereka tidak dipotong, sebab rumah sewa mom ni di atas tanah lot.
Dia ikut keseluruhan. Means kalau rumah no 1 tak bayar but rumah no 2 bayar, dari segi per lot, diconsider berbayar walaupun alahai cenonit sebulan.
So, untuk memudahkan segalanya, bagi jelah Ayu bayarkan bills online.
Sap sap soi. Settle.
Tetapi, setiap kali mengutip sewa macam-macam drama pulak yang timbul.
Bil hilang anak buat main.
Bil basah terkoyak berkecai sebab kena hujan.
Saya tak tau bill bulan ni dah wujud ke belum... (sedangkan rumah sebelah dah ada bill)
Pffttt...
So, we decided to put a post box khas untuk utility bills di dinding rumah.
Jadinya, orang bills pun tak pening nak selit-selit bill dekat pintu masing-masing.\
Dia masukkan je ke dalam post box tersebut.
Konon nak mudahkan kerja.
Saya pun gigih lah beli paku semua siap-siap.
(Orang perempuan beli barang bertukang...beginilah...)
Sekali bukan paku dinding daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Nasib kedai hardware sangat lah berdekatan.
Hiks.
Yay!
Kalau beli post box warna merah, sila make sure pakai baju merah untuk bertukang ye.
Wah!
Selesai semua, orang tu dah angkat-angkat kening tanya.. "apa upah pasang post box ni?"
La... nak upah ker? Ingatkan kerja amal...
Yelah yelah.. Kang susah lak nak bertukang lagi...
Sambil senyum-senyum saya pun bertanya.. "Nak lepak mana? Jom lah..on me.."
Dengan lajunya... "Bubba Gump Sunway eh? Nak makan ice cream..."
Ya Allah! Urut dada dapat orang bertukang mintak upah ice cream Bubba Gump.
Nah! Amik ko!
Makan puas-puas ni upah bertukang for setahun.
Love,
Ayu
Makan puas-puas ni upah bertukang for setahun.
Ayu