Tuesday, April 23, 2013

Bangunan SUK, Shah Alam

Sabtu lepas (21st Apr 2013), mom dah awal-awal pesan and inform Ayu ada dua wedding yang kami kena attend. Wedding anak-anak kawan mengaji dia. No problem. Both aunties Ayu kenal. Baik sangat.
Penambahan fakta, ada dua lagi kawan mengaji mom yang ikut sama.
Me no problemo. Come come. The trusted supirah on duty. (Padahal lagi ramai, lagi supirahnya berani nak memandu..Cerrr suruh sengsorang.. mau tinggal kereta tepi jalan and pakat tahan cab)

So, the plan. Jemput mom's friend at 10:45am and zasss ke Dewan Perdana Felda, KL. Selesai sana around 1:30pm terus ke Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam. In between, or after kenduri Shah Alam, cari port solat Zohor.
Supirah setuju. Mak supirah setuju. Penumpang setuju. Ok cun.

Alhamdulillah, semuanya lancar tanpa sebarang traffic jam meruntun jiwa. Syukur.

Since sampai SUK awal, mom and her friends decided nak jengah kenduri dulu. Lagipun we all baru je sudah makan. Ni more on memenuhi jemputan dan minum la air sikit plus kuih muih mana yang ada. Jangan tidak. So, lepas usai jengah kenduri baru lah kami berbondong bersama mencari surau.

Keluar banquet hall tu, Ayu nampak sign tulis surau. Ok, good. Ayu inform mom and her friends and semua pun happy lah dapat jumpa surau. Senang. Nak jalan ke surau tu boleh tahan jugak jarak dia. But nevermind. No rush.

Masuk je area yang bertulis "Surau Wanita", mom dah tegur cakap.. "Kenapa malap? Tak de lampu ke Yu?"
Ayu cakap.."Tak pe mak, Ayu bukak pintu, biar cahaya masuk sementara mak semua masuk. So takde lah gelap sangat.."
I went it first. Tahan pintu dengan tangan kanan my mom menyusul terus ke tepi Ayu because I was trying to reach suis lampu and the moment the lights on kedebummmm bunyi!
Ibu saya jatuh. :(
At that moment, my heart stopped. Ayu lepas kan pintu. Sampai hari ni, Ayu tak tau and hope I didn't terhempas pintu tu at my mom's friend.

I rushed to her. Terus cuba dudukkan dia. Looked at her face tengok terhantuk mana. And now, check on her leg and lutut. Dah la mom memang ada masalah lutut. And since dia ada sakit lutut plus dia memang pesakit high blood, all of us sangat berhati-hati jaga dia. Jatuh mahupun 'nak terjatuh' is never an option for our mom. :(
Last mom jatuh masa kena ragut last two years. 

Then, I try to calm down and asked her as calm as possible.
"Mak sakit kat mana?" (I am actually trying to make conversation with her. Ayu nak observe cara dia reply all. Dalam hati hanya Allah je tahu betapa Ayu panic dan takut sangat apa-apa jadi to mom especially stroke. Nauzubillah)
Lega hati bila mom menjawab normal. Takde changes ekpresi muka mahupun suara. Sounds normal. Then, dia cakap.. "Lutut mak sakit..."
Slowly Ayu pangku dia and pegang lutut slowly. Terus ayat-ayat shifa' yang selalu Ayu amalkan dalam kitab Manzil berpusing-pusing dalam kepala. Dengan lafaz bismillah..Ayu pegang lutut yang mom cakap sakit tu sambil baca verses from kitab tu. Lepas tiga kali baca dan hembus, Alhamdulillah mom said, she wants to get up.




Ini puncanya.
Nampak split level tu?
Nampak carpet yang tiada langsung perbezaan tu?

Ini jer cahaya lampu yang ada dalam surau tu ye. Ini sahaja. Memang sengaja Ayu tak guna flash untuk ambil gambar ini.

1. Maintainance mana? Kenapa benda-benda kecil seperti tukar bulb lampu tidak dibuat segera.
2. Kelesaan surau. Jangankan aircond, kipas pun tiada di dalam surau ni. Stuffy tak payah cakap lah.
3. Buat lah sesuatu untuk orang tau ada split level disitu. Malang tidak berbau.

Alhamdulillah, nothing serius happened to my mom. But what if? Orang lain ke kena? Dan menjadi sebab dan punca pula surau ni?
Nak salahkan surau ker?
Kenapa boleh habiskan berpuluh ribu ringgit terhadap benda lain tetapi tidak kepada ruang ibadat?
Walaupun yang disewa untuk acara hanyalah dewan banquet itu sahaja, tetapi, tempat awam seperti tandas dan surau sepatutnya di pastikan berfungsi dengan baik.

I lost respect to bangunan gah mana sekali pun kalau surau dan tandas camples! (read: Chaaa-peh-less)

Ye, saya marah. Orang boleh kata saya emosi sebab yang kena tu ibu saya. Kalau anda? Tak marah?
Ok lah, benda nak jadi. Tapi perkara ini bila dikaji, sepatutnya memang boleh dielakkan dari terjadi.

A note to the Management of Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor.
Tolong pastikan kebajikan surau anda terjaga. Pasang la sekurang-kurang kipas. Bilik kecil tu tak ada ventilation langsung. Dan buatlah garisan ke, apa-apa sahaja lah yang boleh membezakan split level tersebut. Jangankan orang berusia, orang muda seperti kamu pun boleh tergolek kat situ.
Dan ingat, risiko jatuh ni, bukan terletak pada orang berusia sahaja ye. Orang muda kalau jatuh sekarang ni pun, bermacam benda boleh terjadi.

And to all yang membaca, please be extra careful jika sesiapa ke sana. Tempat tu nampak old dah pun. Tapi tempat lama mana pun, kalau dijaga dan dimaintain InsyaAllah masih terpelihara. Tapi, maintainance disitu.. entahlah.


Love, Ayu