Friday, January 11, 2013

A father figure

Ayah Chu

My ayah chu is an ex army. Kalau korang ada sedara atau sesiapa yang close as an ex army, you guys should know macamana perangai dia.

Askar ni, dia tak garang. Tapi tegas. Dia berseloroh, lembut and sangat rational. Kecuali bila dia dah marah. Dia tak bising2 macam kita ni bila marah. But dia akan cakap facts yang perlu and bertindak. Cepat and tangkas.. paling penting firm.

Ayah Chu can become my wali. He is my wali. Sebelum Ayu berangkat menunaikan hajj dulu, dia dah start tak berapa sihat. Dia risau when I come back, dia tak sempat nak jumpa ke apa.... he said.. "sebagai wali kamu yang sah, Ayah Chu izinkan kamu buat apa sahaja dan pergi kemana sahaja di bumi Allah ini, selagi ianya tidak melanggar hukum syarak".....

Pak Wea Yusoff

Ha, yang ni ex police. Tegas gila. Ayu still remember masa kecik2 dulu, time cuti sekolah, dia ajar about table manners. Jangan makan berbunyi.. kunyah mulut tutup... duduk tegak etcs
Sekali dia keluarkan keropok sebalang. Acaner nak makan keropok tak berbunyi???? Gulp.
Kulum sampai lembik wei.. punya takut kan dia.
But dia tenang je makan dengan penuh rileks. Haha.

After arwah nenek meninggal, Pak Wea setiap petang datang checkin on me. Making sure I am safely at home after my mengaji class and making sure I have done all my homeworks.

Sebagai upah, dia akan bawak ABC makan sekali dengan dia berdua. I looked forward for my evenings since then. Lepas nenek meninggal he become so close and sangat lembut berbanding garang tegas dia sebelumnya.

It was my UPSR year. Bila dia pun tiba2 sakit few months after nenek meninggal.. even dalam ICU pun dia sang me "ketipak ketipang ketipung suara gendang bertalu2...pura2 bingung hati di dalam siapa yang tahu" ... he asked me not to worry. Dia sihat, nanti dia balik. He asked me to go back and study, tak payah tengok dia.
But the machines there shows otherwise.

Encik Zahid

Uncle paling lembut dan bersahaja. Sentiasa cool. Full of stories and experience. Sangat creative dalam bidang printing and penulisan.

Mak kata, Encik ni garang masa muda2. But yang Ayu kenal, dia tak macam tu. If we were to spent our holiday kat Penang, for sure akan tidur rumah dia. He will make sure dia videos cerita2 lama semua ready for me to watch with him. Adik Manja lah, all the P Ramlee series lah.

I missed our early morning berjalan beli nasi kandar for breakfast. Where habis sekampung ditegurnya or menegurnya. Macam YB kawasan pulak. Haha. Tu lah nak tunjuk cemana Encik and masyarakat.

Satu hari Encik sakit. Dia mintak mom balik jenguk dia. It was end of May. Dia nak makan apple, dia nak mom yang kupaskan for him. Masa tengah duduk dengan dia tu... dia cakap kat mom.. "cuba Jan tengok card doctor abang tu sat. Abang kena pergi jumpa doktor 6hb 3 kan?"

I giggled and said.."Encik..ni dah hujung bulan 5 la.. tulih sini 3hb 6.."
Who would have thought? Itulah tarikh keramat pemergiannya.

Pak Wea Li

Nak bermanja? Nak melawak? Nak nasihat? Nak belajar agama? Tafsiran? This is the guy.

Tak pernah sekali Pak Wea bersangka buruk pada orang. Even that someone dah hurt dia like zillion times pun, dia masih lagi sentiasa menyambut  and melayan orang tu macam biasa.

Dia sayang sangat kat my mom. Lebih dari seorang sepupu ipar. More like a brother to a little sister. Pulangnya kami dari hajj, masa pergi visit dia, he was crying none stop.

Bersyukur sangat masih punya nyawa untuk jumpa we all.

He is one of those yang senantiasa berdoa untuk zuriat for sis and BIL. Alhamdulillah, after years of waiting, lepas dapat bigD, kita bawak jumpa dia. MasyaAllah, segunung lagi doa mengiringi kami sekeluarga dan specifically bigD.

Tak perlu segunung emas atau tanah berekar. Doa dari yang ikhlas macam ni.... sangat priceless.

Ayah Andak

Masa kecik2 time cuti sekolah, Ayah Andak sure datang KL bawak Afreem. Nanti mom will sent me there to lepak with them.

Ayah Andak ni macam penglipur lara. And dia sangat tenang hadapi apa pun. Sentiasa dengan senyuman. He is always there for everyone of us. Always. Tak percaya, tanya la semua anak2 saudara dia.

Masa sis punya wedding, Ayah Andak ni siap berkampung kat my car porch tu. Bentang toto tebal2 and pasang ubat nyamuk dengan few uncles. Kita dah bagi bilik, tapi rumah punya la penuh and dia tak trust security. Dia kata, biar dia berjaga kat luar. Rumah memang macam fiesta.

Balik Kulim Syawal lepas, Ayu jumpa Ayah Andak. He was so happy with the news that I told him. He said, if dia pejam mata pun, dia bersyukur ada orang akan jaga Ayu. Terus dia akan tangan panjatkan kesyukuran. Ikhlas sangat doanya...all of us can feel it. Sangat menusuk.

------------------------------------------------------------

Ya Allah kau cucurilah rahmat ke atas roh mereka. Jauhilah mereka dari seksa kubur dan tempatkan mereka dikalangan orang yang beriman.

Al Fatihah to my Ayah Chu, Pak Wea Yusoff, Encik Zahid, Pak Wea Li and Ayah Andak.

I miss you guys so much.

Published with Blogger-droid v2.0.10

4 comments:

Dee said...

Al-Fatihah..entry yg dh buat dee meleleh air mata pagi2 kt opis..huhu..

Amiha Ayu said...

Dee:
I miss them so much Dee. I dont have experience with my own dad... inilah father figure ayu..

Madam Casper said...

you a very lucky dear :)

Amiha Ayu said...

Kak Casper:
Alhamdulillah kak. i am, indeed.