Tuesday, May 26, 2009

Rumah Nur Salam, Jalan Chow Kit

hari ahad lepas, kami (RedMummy, Mayangsari, Diana-K and Daela - GBMs) kecuali UmiMiaRian ke Rumah Nur Salam yang terletak di Jalan Chow Kit.
Rose a.k.a UmiMiaRian tak dapat hadir sebab keadaan Rian yang still dalam hari. :)

janji semua kena ade kat situ dalam pukul 5pm.
Yan& Bojeng convoy sekali dengan Red family from VA. kul 4:45pm derang dah sampai. hadoih la.. big boss sampai awal lah pulaaaakkk....

pas derang, Sid lak sampai. pastu, baru la ayu & mom sampai. ayu dah bagitau sid soh proceed je dulu naik, tapi bila sampai terconfuse tengok derang dok ade lagik tunggu kat bawah...
sorry la korang ek... pusing berkali2 gak sebenarnya..kalau potong masa 3 pusingan tu.. rasanya bih kurang je sampai tu.. huuhhhu

tak lama lepas tu, si Dila and her good friend, Sue sampai.. terus la operasi memunggah from bonet kete Mak Merah berjalan...


bila barang semua dah kuarkan from bonet, terus la ngangkut naik ke Rumah Nur Salam.

Rumah Nur Salam ni, kira macam shop lots lah. shop lots tiga tingkat. Yang bawah is MayFirst's office and atas dia, lagi dua level is Rumah Nur Salams.


masa memula sampai, tak de sapa pun yang ade. muka dah macam blank dah. rupanya, itu office daaaa...

and, pekerja yang ade bertugas that day tengah ade kes yang dia ngadap kan. owh, Pusat ni juga bertindak sebagai tempat kaunseling untuk kanak2 yang berumur 12 tahun ke bawah di sekitar Chow Kit ni.

Untuk yang pertama kali dengar pasal Rumah Nur Salam ni, meh ayu nak cerita sikit yer..boleh kan?

I am very sure nama Rumah Nur Salam ni can sounds really familiar untuk kita semua. After some googling, i think it's because, ni lah rumah yang dipresent pasangan Lisdawati & Fauzi Nawawi masa rancangan sehati berdansa musim kedua dulu.
Rumah Nur Salam ni, bukan rumah anak2 yatim or rumah kebajikan yang biasa tu yer. Nur Salam ni is more like a Pusat Aktiviti Kanak2 or Pusat Jagaan Kanak2 berisiko tinggi. Apa maksudnya berisiko tinggi? Their parents mungkin ada yang sedang menjalani hukuman, ade pulak yang mungkin sedang bekerja dia kawasan sekitar Chow Kit tu. *need not to elobrate more lah kot kan?*

pendek kata, kanak kanak ni adalah agak terbiar dan tidak diberi perhatian yang secukupnya or yang sepatutnya dari sebuah institusi kekeluargaan.



sampai je kami di tingkat 3 rumah ni, terus kami di terpa mesra oleh derang. they will come and salam and terus introduce diri derang. sangat mudah mesra. and nampak sangat mencari perhatian daripada kami semua.



tengok je lah macam mana si Bojeng tu secepat kilat sampai 4-5 budak dok kerumun dengan dia. sebabnya, derang nampak gegirl ade dengan bojeng. so, they wanted the same attention.
the care that they didn't get from their family.




yang berbaju hitam tu is Dr.Hartini, the advisor and also one the founder untuk Rumah Nur Salam ni.
Waktu ni, Dr Hartini baru je lepas menceritakan pada kami semua tentang keadaan kanak2 kat sini yang kehidupannya sangat sangat terdedah dengan bahaya.


even yang baru berumur 3-4 tahun, jalan kaki berseorangan sampai ke Rumah Nur Salam ni, untuk berlindung ketika ibu atau bapa keluar tiada di rumah.
yes, they walked from their nearby home.
issuenya, derang semua kecik lagi. boleh derang jalan kaki macam tu jer? sebab tu, pernah terjadi ada antara mereka yang diculik. :(

kami melakukan aktiviti bebas kat sini. masa kami call untuk tetapkan janji temu, memang mereka ade tanya samaada nak adakan program atau tidak...
memang sengaja kata tak nak, sebab nak make it not that formal and wants to make it as simple and as mesra as possible.




tak putus2, Dr Hartini ucapkan terima kasihnya yang tidak terhingga to Kak Red. yes, that's the sumbangan from the Car Sticker Project with RedMummy.Com.
it's not the amount that matters, its the niat, the intention.

bukan jugak nak menunjuk2 yer.. gamba2 ni sekadar kenangan untuk simpanan lipatan sejarah kami, GBM khasnya.


waktu makan malam kanak2 ni dalam pukul 630pm gitu la.
oleh kerana tidak mahu mereka terganggu, maka, kami pun beransur lah pulang. sebab, selagi kami ade, mesti derang nak ajak main ker.. borak ker.. habis? perut derang nak diisi jugak kan?


alamak! ni jelah group photo yang ayu ade. our main group photo ade dengan Kak Red. nanti bila dia dah upload, i'll edit lah this pic ek?
all in all, we had a different paradigm all together being here and experiencing totally different environment and background.
syukur sangat dengan kehidupan yang kita ade.
walau hanya satu jam setengah di sana... dah cukup menggambarkan perbezaan nya.
kanak2 ni tanggungjawab kita semua bersama..
tak guna nak tunding jari sana sini situ sedangkan ianya umpama meludah ke langit.
dan akhirnya? timpa siapa??????





21 comments:

Mrs Taj said...

my dad pun ada bukak Pusat Aktiviti Harian Kanak2 di Terengganu..seronok kn nengok derang happy aje..pusat aktiviti mcm ni bgs so derang takde la hidup merempat buat benda tak tentu arah..program pun bnyk..

like my dad punya pusat aktiviti tu mcm2 program dia anjur. me suka nengok especially waktu petang, ramai je yg berkumpul makan2, main badminton etc..so at least derang ada la hala tuju..

fyi, klu nk derma buku pun blh..juz buat surat to Perpustakaan Negara bahagian Hadiah..berkotak2 buku yg derang blh bagi..

seronok buat amal jariah ni..sekarang waktu kite senang, entah esk2 bila kite ssh harap ada la org dtg menjenguk..kite pun bukan selalu duduk di atas right?

{ Miss Syahira } said...

salam ayu the sun.
again 1,000,000 congratulations to GBM.
keep up the good job yer.
*clap clap..

Dee said...

good job ayu!! Allah SWT sahaja yg dpt membalas budi2 org yg bg charity ni..

adenium said...

nih reporter mna bagik stori nih.... mayangsari yang sampai dulu tau... sambil memberi petunjuk arah kat redmummy... hah g betul stori tuh..sebelum print surat kabar..hahahahah

Madam Casper said...

syahdunya tgk budak2 tu ayu...mcam mana la masa depan dia org nanti. Harap2 dia org akan cemerlang lah nanti...

rasp said...

last year my family pun buat collection and contribution to them tapi i tak gi coz i mmg hati tisu..so kang spoil everything...i baca ur n3 dah cukup buat i bergenang airmata...

haiyoooooo teruk tul i nie kan :D

neway, tis is a superb way to 'ingat diri kita' :)

azimask said...

alhamdulillah.....
semoga niat yang baik dibalas ngan perkara perkara yg baik jugak...
amin...

lily lotus said...

alhamdulillah ;)
...sejuk hati baca entry ni...semoga Allah membalas budi anda sekalian

Amiha Ayu said...

all - thnks thnks thanks... :)

Intan and The Boys said...

bagusla GBM ni. :)
kalau dekat, alma dah join. ni nak turun kl setahun skali pon payah.

Ada Dalina said...

bestnya kalo dpt join xtvt cam tu..
ermmm..selamat beramal...

Redbloodsnow said...

ooooo...tuh rupernyer tujuan projek sticker redmummy tuh ek. mulia sungguh uols taw...alhamdullillahhh...

:)

attyfir said...

ayu gud job..kty pun suka buat kerja2 gini..teruskan keje yg baik nie ye ayu.

Nukilan ida said...

salam kak ayu... lama gak menanti entry ni.. kesian tgk bebudak tu....teruskanlah berbakti..May Allah bless you and GBM always!

Anonymous said...

bestnyerr kan dpt gie.. lagi best kalo sy dpt join.. =p
cian kat budak2 tu,kecik2 lagi da lalui zaman sukar.. =(

kojah said...

clap2 GBM!!

Azie.Fauzi said...

congrates to GBM...u ppl are great!!

Anonymous said...

so, berapa ringgit pulak yang masuk poket redmummy???

Redmummy said...

anon

saya redmummy.

was told bout your sarcastic comment by ayu the sun. tq for reading nur salam's entry, harap2 donation awak wpun tak diwar2kan dapat membantu anak2 RNS.

fyi, mbe awak tak tau kot
semua duit yang masuk, adalah dijaga oleh rose and ayu the sun.

tidak ada seposen pulak depa bagi saya utk masuk poket saya.

lam poket saya ada 3 jenis duit:
1. dari duit gaji kerja saya
2. dari duit advertorial
3. dari duit nafkah suami saya

so kalau u meant duit car sticker, memang seposen pun takdak.

insyallah duit dari tetiga income saya tuh, masih boleh lagi nak beri pada RNS, sket2 lama2 jadi bukit kan.

atau awak nak donate kat poket redmummy? emm, takpe, saya suggest u donate je kat RNS.

ada details RNS kan?
kalau takdak bolehlah visit rns's web, takkan bagi komen sarcastic boleh, pi web RNS tak boleh kot..

salam hormat ye.

:)

Amiha Ayu said...

anon - ayu tak pernah approve kan komen from lalat before. ye, lalat is referring to you.
but, this needs to be clarified.

urusan car stickers, bayar printer.. beli stem, beli envelope... asingkan untuk charity.. SEGALANYA adalah menerusi kami, the GBM.

please yer.. i dont favor la sarcastism in my blog.

kalau nak berdengki, silalah ke blog lain.

kalau nak datang audit.. owh, itu lain. meh la..
i have all the documents with me..

so, lets have a cuppa?

Diana-k said...

ANON.....

lu nak sebok tau nape??

lu nak dtg audit kahhhhhhh??????