dan akhirnya dapat jugak kami masuk....
so, sebelum askar2 Istana Budaya datang and announce penggunaan camera segala, sempat snap 3 pic tu je hah.
stage, before the show starts, kak red & yan and also pakcik yang ditugaskan membuka majlis serta memberi arahan berdiri tegak untuk Negaraku.
(maafkan daku pakcik, apo lah nama pakcik.. tak lak tangkap malam tu ha..)
ok sudah.
meh kita cerita pasal teater ni yer.
amaran : saya bukan orang yg mmpunyai nilai artistik yang tinggi. tetapi, ini bukan teater pertama yang saya tengok. dan apa sahaja komen adalah dari pendapat saya yang lemah ini. ecehwah! :)
semua orang tau kisah mahsuri kan?
simple sinopsis, mahsuri ni, seorang yang terkenal di Pulau Langkawi suatu ketika dahulu, terkenal dengan sifat lemah lembut dan baik budi pekertinya. kira serba serbi terbaik la... jadinya, dia ni jadi rebutan dua orang lelaki penting lam Pulau Langkawi.
macam biasa, best man wins. and adalah lalat langau yang berdengki. bila hero kena pegi berperang segala, timbul fitnah dan mahsuri dituduh menduakan suami. kerana hukum yang tidak disiasat sehabis mungkin, kerana fitnah manusia yang dengki, mahsuri dihukum sula (yang ayu tau yer... but, kat teater ni, hukum tikam eh! hukum bunuh). dan membuktikan mahsuri tidak bersalah, sumpahan dia sebelum menghembuskan nafas dia yang terakhir tu, jadik real. apa yang dia sumpah? sumpah bahawa pulau langkawi akan menjadi padang jarak, padang tekukur selama 7 keturunan.
ok? sudah recall?
orait. pasal teater ni pulak.
keseluruhan cerita. cerita ni ok.
yes, just ok. sebab seolah2 tiada x-factor yang boleh membuatkan kita tak sedar masa berlalu.
kredibiliti pelakon2 dan jugak pengarah sendiri memang tak dapat nak disangkal lagi. memang terbaik!
tapi tu lah, apa x-factornya entah mana menghilang.
scene kemeriahan rakyat pulau langkawi prop segala, superb.
multimedia effect, also superb.
but, confusing scenes ada lah jugak dalam dua babak yang agak ketara.
first, 'malam pengantin' mahsuri & wan darus.
tiba tiba jer ada jembalang hitam ramai2 keluar attack seorang perempuan berbaju putih.
ok, maybe i'm not the right person to say anyhting about this scene. meaning, mungkin secara artistiknya, babak ni ada maksud yang tersirat. but, why sampai sudah, none of us boleh link or channelled.. kenapa ada scene nih?
kenapa tak ditonjolkan kehidupan harian mahsuri sendiri.
betapa tulus budi pekertinya dan lain lain lagi?
ini kan teater mahsuri, kan?
the 2nd second one yang wan mahura mengamuk lepas dapat tau mahsuri pregnant.
hu mak aiii... lakonan memang terbaik la..
but, i think agak meleret. bila mana dayang2 wan mahura nak tenangkan dia menggunakan kemenyan yang diasap. makna nya? dia ni pengamal ilmu? dia tengah sakit? kalau sakit, kenapa bawah rumah? kenapa bukan scene dalam rumah?
apa pun.. ini lah serba sikit yang ayu confuse..
confuse yer, bukan tak suka.
just plain confused. mana la tau, kalau2 ada yang terbaca and faham maksud tersirat scenes ni, pelase do drop me a comment. thnks.. :)
dan disebabkan wan mahura begitu menonjol dan lebih banyak scene daripada kemunculan mahsuri sendiri, seakan2 dia sedikit meng'over shadow' mahsuri.
mahsuri keluar sikit2 jer... macam tak puas tengok mahsuri...
wan endah jugak berlakon terbaik gaks.. dengan gaya lenggang nya.. something that we will laugh and remember at.
but, nasib baik diakhir akhir show, watak pandak mayah pulak nampak menonjol. cara dia meratapi kematian mahsuri, sangat meninggalkan kesan yang mendalam. jelas terpancar tingginya kasih seorang ayah terhadap anaknya. dia cuba melawan demi maruah anaknya. that really touches my heart.
so, what about wan darus & mahsuri?
yang pasti, kedua2 nya pelakon hebat. tak dapat nak disangkal.
cuma, tiada babak yang dilakonkan yang boleh memberi kesan sangat. especially wan darus. (sib baik dia HOT! :P )
nasib baik jugak, mahsuri dijalankan hukuman. itu lah babak yang bagi kesan mendalam. terutama masa dia menatap anaknya buat kali terakhir dan masa dia melafazkan sumpah tujuh keturunannya.
all in all, syabas kepada ibu fauziah nawi.
secara keseluruhan, it if something that we shouldn't miss ok.
dan kepada pihak pengurusan Istana Budaya, if la happen ada yang terbaca, boleh tak tolong check all the sound system sebelum show? suara mahsuri dan wan darus banyak tenggelam timbul. mereka dah la watak utama. jenuh nak paham tutur katanya. ok? mekasih.
so, sesapa yang nak pergi tengok, silalah..
show bermula 24hb Apr - 30 Apr.. tu ada nombor kalau nak order tickets ok.
and again, tq very much to kak red & her supplier. tq tq tq....
9 comments:
emm wah bes ker teater tue cik ayu?
bestnyer layan teater..
vanidah tu sesuai dgn watak mahsuri.. sker tgk muka dia yg lembut tu..
kali ni tk dpt pulak u bergambaran ngan vanidah sis...u buleh jadi pengkritik teater la sis..
bestnyerrr!nak tiket free gak kak!!
kf - g la tgk kf.. so so la..
khas - tu lah.. tapi dia kurang pulak dtonjolkan..
ell - i x leh tunggu lama..kena balik cepat.. kalau boleh, for sure i pegi punyer amik pic dengan dia..
kojah - g masuk contest kat RM!
ayu, kata blogger baru, tapi page ada macam2 lakulah! oklah cite awak tuh, seronok gaks baca, pengalaman anak muda menonton, selalu2lah menonton teater, tapi tak perlu ada artis popular baru nak menonton!
kakk...
saye br nk gi tgk esok niii...
hehehehe...:)
akak, stiker tu saye udah order..:)
zubin - as i said, just an opinion..
fana - haah akak nampak ur order dah. :) thnks fana..
Adegan nightmare Mahsuri yang mana keluar jembalang hitam beramai-ramai mengganggu awek yang pakai baju putih tu sebenarnya mewakili 'rasa tidak sedap hati' ataupun petanda yang sampai kepada Mahsuri bahawa sesuatu yang sangat tidak baik yang bakal berlaku kepadanya. Tapi, I agree with you the two scenes were rather exaggerated. Kalau dipendekkan kepada 2 minit aje pun, dah boleh meninggalkan kesan kepada penonton.
Post a Comment