Monday, March 16, 2009

Pentingnya wasiat...

apa lah pulak tetiba topik wasiat nih kan?
lumrah masyarakat kita, hanya cakap pasal wasiat bila seseorang tu dah 'tiada'.
kononnya, tak elok lah nak bertanya atau mensarankan orang2 tua kita mengenai wasiat atau buat wasiat segala nih?
kenapa? sebab mentality kita lebih kepada .. "kurang ajar lah pulak nak suruh2 buat wasiat segala as if like suka orang tua kita 'pergi'"...




bukan tu sebenarnya..
i think it's about time orang2 kita ni keluar dari kempompong pemikiran yang mcm tuh..

dalam dunia sekarang ni, dunia yang mana manusia semakin tipis rasa kasih sayang bonding and also sifat bertimbang rasa, jangan nak kata sesama manusia, kengkadang sedarah sedaging pun... wasiat nih memang penting...


personally, ayu sendiri sekarang ni, terasa akibat daripada harta pusaka yang hanya ada satu nama sedangkan haknya untuk 6 orang.
bukan niat untuk memperlecehkan atau memperlekehkan harta itu sendiri.. nauzubillah.. tapi, yang berhak 6 orang tu, ada anak cucu yang ramai dan lineage faraid (pembahagian harta mengikut syarak) itu dah berpanjangan kerana yang 6 tu dah pun tiada.
and pls believe me that it is not easy untuk duduk secara damai dengan semua sepupu sepapat untuk menyelesaikan perkara macam ni, begitu sahaja.

secara jujurnya, bukanlah ayu nak sarankan yang wasiat ni penyelesai semua masalah ini.. NO.
but atleast, wasiat boleh jadi pentunjuk and jalan penyelesaian buat yang tinggal.
sekurang2 nya, setiap bahagian and hak telah dia bahagi mengikut kehendak seseorang individu itu.
bila seseorang tu, dah 'pergi' apa yang paling penting waris yang tinggal selesaikan untuk dia? HUTANGNYA ok...
even segala pembayaran atau sebarang unsur pembayaran di dalam process menyelesaikan jenazah, adalah lebih baik/afdal menggunakan duit dia sendiri...
dah selesai hal hutang piutang and segala urusan 'dirinya', barulah boleh harta yang tinggal, di baca wasiatnya atau jika tak de wasiat, di laksanakan pengurusan hartanya secara faraid.
banyak lagi sebenarnya yang ayu nak share... but man man lah ek?
ni semangat tengah tinggi sebab baru balik dari dengar ceramah kat surau pasal perihal wasiat dan harta nih...
more info can also be read here..faraid...






11 comments:

adenium said...

pernah jugak dulu kene handle mende2 gini.. lpas my dad meninggal....

Intan and The Boys said...

betulla ayu.
wasiat ni penting kan?

hmm...
orang kata at least sebelum tido, tulis dulu wasiat.
supaya tak susah orang yang kite tinggalkan.
dengan hutang2 lagi.
kan? kan?

Liza said...

honestly, k liza dah pun buat wasiat for my family just in case if something happen to me, i want my childrens' interest to be well taken care of, hidup mungkin nampak ok sekarang, masa depan Allah jer yg tahu so better be prepared kan?

Dee said...

betul ayu..dee dh rasa..walau dee x kisah tp mak dee lg rasa sedih..sbb dia anak tunggal..n harta arwah ayah dia suma pi kat cousin2 dia..n skrg harta arwah ayah dee suma adik beradik lain dpt..dee x dpt apa2..tp dee x kisah sgt..sbb dee boleh cari rezeki sendiri...

~ Lady ell ~ said...

betul sis..krn wasiat ikatan silaturrahim pn boleh putus...dek kerana nk merebut harta pusaka sedarah seedaging pn boleh mermasam muka.ell tengok sendiri benda2 mcm ni,tp bukanlh dr kalangan keluarga ...

Amiha Ayu said...

sid - penting kan sid kan?

intan - betul babe... kita x tau apa akan jadi.

kak liza - betul tu kak.. x semestinya nak tunggu pergi jer.. in case jadi apa2, mmbuatkn kkita x mampu pun, wasiat boleh jadi guidance, kan?

dee - tapi, msti dee tetap rasa ralat kan?

ell - dats y ell... manusia, we never know..

UmiMia said...

of course penting...I dah cakap kat mak I..I nak gelang dia nanti..ahahahha...dah tu..dia yg tanya..kita jawab jer lah kan...hehehe

rasp said...

mmg tul tu ayu. i pun dah siap buat wasiat tau. takmo anak2 i nanti bermasam muka nak rebut harta yg tak seberapa nie :)

Adry said...

betul tu... wasiat memang penting... kena la buat wasiat...

Madam Casper said...

ermm betul tu ayu...
kena ajak en.atan nihhh...yg penting nama akak harus ada hahahahahha

Ada Dalina said...

yer, wasiat tu penting..nak2 kalo org yg byk harta...huhu