Wednesday, May 27, 2009

bila takde keje cari keje...



dalam usaha both my bigD and lilD untuk memujuk ayu on kan lappy and the internet for them, i insist both of them try to make me laugh.


which of course la derang berjaya kan?


wahai anak2 sedara ku..
both of you nevel failed to make me happy.

i'm so grateful to have you both as my dear nephew & niece.


sudah2 la tu.. jom masuk bilik...


perlu tolong on jer..


yang lain, nak search, nak google semuanya bigD tau buat sendiri...
while me?
lepak atas katil and baca Charmed series...
:)








Tuesday, May 26, 2009

Rumah Nur Salam, Jalan Chow Kit

hari ahad lepas, kami (RedMummy, Mayangsari, Diana-K and Daela - GBMs) kecuali UmiMiaRian ke Rumah Nur Salam yang terletak di Jalan Chow Kit.
Rose a.k.a UmiMiaRian tak dapat hadir sebab keadaan Rian yang still dalam hari. :)

janji semua kena ade kat situ dalam pukul 5pm.
Yan& Bojeng convoy sekali dengan Red family from VA. kul 4:45pm derang dah sampai. hadoih la.. big boss sampai awal lah pulaaaakkk....

pas derang, Sid lak sampai. pastu, baru la ayu & mom sampai. ayu dah bagitau sid soh proceed je dulu naik, tapi bila sampai terconfuse tengok derang dok ade lagik tunggu kat bawah...
sorry la korang ek... pusing berkali2 gak sebenarnya..kalau potong masa 3 pusingan tu.. rasanya bih kurang je sampai tu.. huuhhhu

tak lama lepas tu, si Dila and her good friend, Sue sampai.. terus la operasi memunggah from bonet kete Mak Merah berjalan...


bila barang semua dah kuarkan from bonet, terus la ngangkut naik ke Rumah Nur Salam.

Rumah Nur Salam ni, kira macam shop lots lah. shop lots tiga tingkat. Yang bawah is MayFirst's office and atas dia, lagi dua level is Rumah Nur Salams.


masa memula sampai, tak de sapa pun yang ade. muka dah macam blank dah. rupanya, itu office daaaa...

and, pekerja yang ade bertugas that day tengah ade kes yang dia ngadap kan. owh, Pusat ni juga bertindak sebagai tempat kaunseling untuk kanak2 yang berumur 12 tahun ke bawah di sekitar Chow Kit ni.

Untuk yang pertama kali dengar pasal Rumah Nur Salam ni, meh ayu nak cerita sikit yer..boleh kan?

I am very sure nama Rumah Nur Salam ni can sounds really familiar untuk kita semua. After some googling, i think it's because, ni lah rumah yang dipresent pasangan Lisdawati & Fauzi Nawawi masa rancangan sehati berdansa musim kedua dulu.
Rumah Nur Salam ni, bukan rumah anak2 yatim or rumah kebajikan yang biasa tu yer. Nur Salam ni is more like a Pusat Aktiviti Kanak2 or Pusat Jagaan Kanak2 berisiko tinggi. Apa maksudnya berisiko tinggi? Their parents mungkin ada yang sedang menjalani hukuman, ade pulak yang mungkin sedang bekerja dia kawasan sekitar Chow Kit tu. *need not to elobrate more lah kot kan?*

pendek kata, kanak kanak ni adalah agak terbiar dan tidak diberi perhatian yang secukupnya or yang sepatutnya dari sebuah institusi kekeluargaan.



sampai je kami di tingkat 3 rumah ni, terus kami di terpa mesra oleh derang. they will come and salam and terus introduce diri derang. sangat mudah mesra. and nampak sangat mencari perhatian daripada kami semua.



tengok je lah macam mana si Bojeng tu secepat kilat sampai 4-5 budak dok kerumun dengan dia. sebabnya, derang nampak gegirl ade dengan bojeng. so, they wanted the same attention.
the care that they didn't get from their family.




yang berbaju hitam tu is Dr.Hartini, the advisor and also one the founder untuk Rumah Nur Salam ni.
Waktu ni, Dr Hartini baru je lepas menceritakan pada kami semua tentang keadaan kanak2 kat sini yang kehidupannya sangat sangat terdedah dengan bahaya.


even yang baru berumur 3-4 tahun, jalan kaki berseorangan sampai ke Rumah Nur Salam ni, untuk berlindung ketika ibu atau bapa keluar tiada di rumah.
yes, they walked from their nearby home.
issuenya, derang semua kecik lagi. boleh derang jalan kaki macam tu jer? sebab tu, pernah terjadi ada antara mereka yang diculik. :(

kami melakukan aktiviti bebas kat sini. masa kami call untuk tetapkan janji temu, memang mereka ade tanya samaada nak adakan program atau tidak...
memang sengaja kata tak nak, sebab nak make it not that formal and wants to make it as simple and as mesra as possible.




tak putus2, Dr Hartini ucapkan terima kasihnya yang tidak terhingga to Kak Red. yes, that's the sumbangan from the Car Sticker Project with RedMummy.Com.
it's not the amount that matters, its the niat, the intention.

bukan jugak nak menunjuk2 yer.. gamba2 ni sekadar kenangan untuk simpanan lipatan sejarah kami, GBM khasnya.


waktu makan malam kanak2 ni dalam pukul 630pm gitu la.
oleh kerana tidak mahu mereka terganggu, maka, kami pun beransur lah pulang. sebab, selagi kami ade, mesti derang nak ajak main ker.. borak ker.. habis? perut derang nak diisi jugak kan?


alamak! ni jelah group photo yang ayu ade. our main group photo ade dengan Kak Red. nanti bila dia dah upload, i'll edit lah this pic ek?
all in all, we had a different paradigm all together being here and experiencing totally different environment and background.
syukur sangat dengan kehidupan yang kita ade.
walau hanya satu jam setengah di sana... dah cukup menggambarkan perbezaan nya.
kanak2 ni tanggungjawab kita semua bersama..
tak guna nak tunding jari sana sini situ sedangkan ianya umpama meludah ke langit.
dan akhirnya? timpa siapa??????





Monday, May 25, 2009

Biggest Participation in a Beauty Make-Up Event

mintak perhatian. entry ini adalah basi tahap gaban! muakakakaa....
sib baik la belum sampai tahap layan assignment ke apa kaaann...kena cam kak red.. melopong situ!



so anyways, ni nak cerita pasal the Biggest Participation in a Beauty Make-Up Event by Maybelline, Clara International and Watsons.

why am I here?
nak make over kah?
owh no no... saya adalah kena sembah ratu merah perihal beberapa perkara la..


mak merah kalau weekend, ya ampun... memain tengah2 jalan je.. muakakaka..



sampai je kat concourse old wing, carik je kaler merah.. sure tak kan miss punyer...
tu dia tengah duduk situ nak kena tenyeh conteng.


while mem kena conteng... sir layan tembak.
best kan tengok derang? very the cooperate gitu...

pastu, dok la melengung tengok Kak Red kena conteng sambil dok pot pet pot pet... i was there with my cousin and my nephew,bigD.
pastu, kak red soh g contribute buat make over tu... contribute to what?

contribute in the biggest participation laaaa.. masuk Malaysian Books of record tau.. in total 14++ orang gak la derang berjaya make up kan...
clap! clap! clap!


so, ayu pun heret la sepupu ku itu for the make over. memula dia segan. but lepas kena paksa, dia layan kan jer... ahhaaa... yelah, nothing to loose what.. tak yah bayar pun...

memula, g daftar. tulis apa segala nanti derang bagi nombor.

lepas dia bagi nombor, dia tahan jap amik gamba sambil tunjuk nombor. kiranya, muka before gitu la kan...

lepas tu, akan ade orang yang akan sambut and usher ke mana2 tempat yang available untuk makeup. sangat prepared and well organised.

seriusly... ni kira event besar lah kan. pastu nak buat Malaysia Records lak... tak de pun sampai beratur panjang2 sampai pitam ke apa segala.. memang well managed lah...


tu diaa....
dari perihal susun atur participants sampai ke barang makeup segalanya organised ooii..
memang bagus la.. clap skets untuk penganjur.. :)

eh! apsal berkerut tetiba muka cousin ku ini?
lerr..rupanya mulut amoi tu ade sikit bau la..
so, dia cam tengah tahan nafas...
hahahhaa... lawak pun ye gak time nih.....
hahhaaa...

bila derang dah habis makeup, si tukang makeup akan angkat no counter yang dia jaga menunjukan yang counter dia kosong and ready for the next participant. rasanya, derang fix makeup sorang lam 15 minutes jelah gitu.


taaarraaaa!!!! siap sudah.
dia request for a day makeup.
ok la kan? i think it suited her la...
nampak simple & nice.

pastu, derang amik gamba lagi sekali. gamba after.
lepas tu, kena pulangkan balik no tu and in return, derang kasi a bag of goodies. ade participation cert, watsons vouchers, facial voucher and also cash voucher.
on the spot cousin ku nyopping ooo...
huuhhuhu....
bila dia dah selesai... pi cari mak merah balik..
kami nak permisi.. si bigD ngan bunyik2 nak books la apa la...


opocot! Kak Red dah bertukar kah?
tak lah.. tu dia ngamik her after pics lak...

ok, meh amik gamba meh...
pas bergamba.. kak red & sirman pun chaaloo...
and kami?
lom lagik.. g MPH dulu...









Rian Shamuel Haidhar

after months of waiting, last friday akhirnya masa yang kami dok pompam pompam dubdab dubdab tiba...

setelah 5 hari kelahiran Rian Shamuel Haidhar or fondly known as Rian to us, baru la kami ade kesempatan nak visit the new additonal member of our GBM family and the latest bundle of joy to Rose & family .


kami bercadang kumpul reramai kat area VA dulu. the main reason berkumpul ni selain daripada nak convoy, sebab nak tunggu pesanan Chicken Lemon Rosemary from Kak Didi & Abg Jaz.

(kalau nak order, either korang click kat link sinun tu ha.. or sms/call je terus Kak Didi - 016 233 6597) - order laaa.. tak rugi oooo..



Awal2 lagi janji dengan Kak Didi kat tempat lain sebenarnya, tapi sebab kan jam itik pulang petang from 'The Sun', kena la adjust tempat..sib baik sekawasan and Kak Didi reply kata ok. Thnks Kak Didi..



yelah, nak visit orang hari bekerja.. Rose sah sah kelam kelibut dengan anak2 nya lagi and dia pun amatlah teringin nak merasa ayam rosemary tu. jadinya kami sepakat nak order.

masa sampai rumah rose, rasa macam nak terkam je si Rian tu...alahai kecik nya... alahai comey nya... alahaiiiiiiiiiiiiiiiiii...


tapi, pantang orang tua2, kena la jaga. so, kami agak behave la.. sume main duduk dendiam..tak terus terpa baby.. kita terpa kak aqilah dia dulu..


ihihih.... lagipun, Kak Red bawak abang & gegirl... so, aqilah adalah excited. owh, mia ialah aqilah. nama penuh dia Mia Aqilah. :)


seronok tau berkumpul dengan extended family... rasa best sangat.... budak2 tu pun dah pandai bawak diri dah.. dah kenal kan.. terus masuk bilik main.

jadi, sementara derang main leka lam bilik tu, kami kuarkan la a special pressie from the 5 of us (myself, Kak Red, Yan, Sid and Dila)

we bought Rose the things that she has listed in her wish list. not that she knows lah yang we all belikan dia apa yang dia nak tu..


we bought it from The Lil Caliph. sumpah senang. sebab pakai Kak Red kot...


eh no lah! memang senang bicara and senang order lah. u masuk je web tu hah.. nanti kompem Molina will contact you. masuk duit and lam 24 jam sampai le barang.. terbaik kan?


tetapi, untuk case ni..lain skets.. sebabnya masa adalah suntuk. kami semua adalah busy. so, kak red call molina, molina email gamba...pilih2.. pastu ayu masukkan duit.. esok barang sampai. settle!



lorrr..ceceh panjang2 tak citer lagik kebendanya yang rose nak tuh ek?
tu ha...HotSlings and a nursery bag. nursery bag tu bapak stylo ooo... best lak rasa.. leh sumbat2 botol kat depan tu hah.. sempoi lah!
beli siap2 simpan, aci tak? pastu berabuk..last2 buat bag ngaji.. dapat gak pahala kan? huh!


taraaaaa!!!
ini lah dia... Rian Shamuel Haidhar yang dinanti nanti..

alahai comeyl nyaaa.. subhanallah!!!!!!!!!!!

masa ni, Rian (pronounced as RI (ri as in RI not RAI) YAN) baru pas minum susu.. tu umi dia nak burp kan dia tu..
instead of burping, dia bukak mata sebab kami kami dok tertunduk2 panggil2 nama dia..

sure dia cakap lam hati.. hish! nak burp pun tak senang...
huhiihih...


mia, rose's daughter, sayang yang hamat oooo dengan adik dia nih..


Aqilah, aunty ayu bawak balik adik boleh tak?
tak boleh la...
aunty bawak aqilah sekali, boleh?
umi?
umi tinggal rumah la..
tak boleh la... tu adik aqilah...


so sweet!


no kak long.
no kak mia.
its, kak aqilah. she wants it that way. :)



geram la ngan dua badik nih...
anak2 kak red pun geram gak..
uii.. sonok la.. sekarang lepak ngan GBM ade 2 pasang budaks..
syok! syok!
pasni, abang ade lah gang...
tunggu Rian besor skets ek bang...
gegirl mmg dah sokmo gang ngan aqilah.


pastu, malam pun makin malam.. bilo nak makan ni kan?
so... maaakkaaann...

rose siap tambah salad and mashed potato!! sedaapp...
tetiba sume mata jadik hijau... mat salleh lak malam nih kaaaann.....
eh eh.. mana kak red?
majuk ker??

nooo..
sebagai hot mama yang baik, dia suap anak2 dulu.. before tu, bagi yang 'muda2' ni makan dulu..
(tak nak gak ngaku yang muda tak beralah kaaaan.....)


so, pas makan sume, kami pun mintak la diri nak balik.
bukan apa.. malam makin larut..
kesian rose..
lagipun ade new born kan? so, tak elok la....


anyways, to rose, may the arrival of Rian brings more and more barakah, rezeki, happiness and blessings to you & family.
i can clearly see the happiness and love tru u & aqilah. i'm very sure ur husband felt the same way too.
and as we told u before rose, we'll be more than happy seeing you happy.
if u need anything... u know where to get us...
Rian sayang, welcome to the family!






Sunday, May 24, 2009

girls day out!

matilah dah seminggu baru nak update.

ni lah cabarannya kalau keluar dengan bloggers jugak... susah hati ooo kalau jadi yang last to update... muakakakkkaa....
dulik! janji update even lepas setahun.. (sambil kenyit mata kat budak nih.. )


actually, dok bersms dengan ayuTAKsolo ni since birthday dia on 6th May ari tuh lagik... set punyer set... adjust punyer adjust... kami setuju nak jumpa la.. on the 15th for dinner... pastu tu, ayuTAKsolo kata, leh la sekalik sambut birthday eliyashazeli yang falls on the 18th..
double yay!
double celebration!


ayu yang pilih ajak derang dinner kat Chilis. bukan apa, selain dari diri sendiri pun dah lama tak bedal chilis.. sekali harung la nak treat both of them for their birthday... at that point, dah pun dok plan sms adik KakLong ni, ajak dia sekali and also banjer derang berdua tu...

lagipun... budak TAK solo ni kan letak chilis lam birthday wishes dia...
kira kena la tu....

even jumaat 'TheSun' tutup awal... ayu still la not the first one to arrive... si ayusolo tu jugak la yang sampai dulu.. haih la jam... dahsyat sungguh keadaan kereta yang batur cam itik pulang petang...huuhhu...

so, kami g la lepak berdua dulu..and tak lama pastu, eliya & yan pun sampai...








thats the food yang we all order.
malas nak review pasal food. biasalah food standard chilis le..

but, this time round ade special ingredients tau...
nak tau apa?

apa lagik... our gossip session lah...
terbaik ok!!!!!!!!!!

sauk habis semua segala cerita... sampai bb lam perut si eliya pun jadik mangsa...
cerita adalah berkisar dari semenanjung malaysia up waaaaaayyyy to UK.
(kenyit mata lak kat orang UK )





dah habis 'borak'... we decide to terjah Stila kat Gradens...
ater, kata Isetan members sale kaaaann...
Stila pun nak bungkus kongkalikong kaaann...
meh la sesama kita membantu apa2 yang patot... :P
(ker tak patot??)
teeeettttt.....

but before gerak, tetiba ayusolo & eliya bawak kuar packaging kaler merah and bagi kat ayu.
uii...berdebar ko!!!!! mcm birthday ayu laks... (perasan jap)





taaaddaaa!!!!!!
saya adalah dapat token!!!
yay yay!!!

kaler adalah kuning...
owh suka suka....
terus pikir nak pakai ngan baju apa..
nak pakai bila....
huuhuh...
pompuan... pompuan... pantang dapat barang baru kan....

yang penting its from TieRack, ok!!!!!!!

tq tq tq so so much ye korang2 toke TieRack..muah muah!



eh eh! tetiba dah sampai kat Stila ek?



ade cerita sebelum ketibaan kami menyerbu kaunter Stila tu yer..
since that its a members day card and me & Kak Red had checked earlier yang tak leh bawak masuk member yang non-members.. kami sepakat main gamble..

lepas kkoo.....
maybe sebab dah malam kottt...
kan sisters???
(dan dan sisterss.... muahahahaha)



tu dia!!!!
gigih minah tu cangkung2 carik stock..
kalau nak tau apa yang buatkan minah tu jadik gitu..
terjah je blog adik KakLong ni hah.. :P

pastu, kami adalah sedar diri.
terus insaf bila rasa purse memasing cam menyusut.
bawak2 la benti memilih, bayor and balik..
but of course, before balik... MESTI la amik gamba dulu....


itu lah dua budak comot yang diraikan..

hehehehhee... budak comey lah.... ayusolo and eliya shazeli...

happy birthday ye babes.... tu si eliya tu due lagik dua bulan tu... ayu doakan semuanya selamat yer... tahun ni GBM stock kumpul baby boy jer... yay!



what??
GBM?
ha.. jangan nak buat herot pekot terkujat terkejut yer.....
mereka juga adalah GBM.
jangan sangka kami berlima je yer...
uhhuhuhuhuhu......
Ratu Merah banyak cawangan GBM.
:)
i love them
i really treasure this friendship.