Showing posts with label car sticker. Show all posts
Showing posts with label car sticker. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Journal Ramadhan 1431H: Day 2

Dah 2nd day ek?
Owh saya merajuk habis dengan Celcom semalam...
semua pun tak kena.. website derang, online system.. semua2 lah!!!
As I'm typing this.. I hope esok will be better. (pening tak? auto publish maaaa.. :P)


so, for 2nd day ni.... alhamdulillah, my personal quota yang memang tiap2 tahun ayu buat so far still no track.. esok tak tau la macam mana...
hope ok la hendaknya..

iman nak bagi kental bukan lah senang iyo.. huhuhu..

berbuka pulak, biasa je... and terawih yang nak cerita...
masyaAllah punya la panas semalam.. at first i thought it was me..
first half ok lah.. rasa macam ala layan trademill (punya nak explain kadar peluh tu ye)... but 2nd half.. dah macam sauna ok.....
huhuhuhu...

kesian dengan sorang makcik tu.. dia hampir nak pitam sebab terlalu panas.
macam membahang...

tapi tak kata lah.. semalam memang terlebih ramai pun umat yang ada. sebab tu sama kot...
alah..dugaan sikit je kan? sabar je lah. :)


owh btw, semalam kat tweeter...
ada yang dah update kata dah dapat Car Sticker 2010 from redmummy kan?


kalau boleh la ek.. boleh tak korang yang dah dapat tu reply to the email i've sent to you tu? just nak keep track. kot la... ada yang tercicir ke apa.. well, postmen kan busy nak ngantor kad raya.
huhuhu..
mekasih!



Blurbings By,



BannerFans.com

Wednesday, June 10, 2009

A call from Yayasan Nur Salam....




Alhamdulillah.. i just got a call from the Finance Division, Yayasan Nur Salam..
The cheque dah clear and they're preparing the official receipt under RedMummy.Com



why benda receipt bagai ni pun ayu nak buat entry?
sebab, now that i realise that semua benda nak kena berbukti.
buat yang tak tau.. i received a comment from an ANON bout the collection of this car sticker project.
it's a simple question but carries a very big definition.
so.. nanti bila receipt dah sampai.. ayu tayang yer..

not the AMOUNT, but the RECEIPT.




to anon, i have all the documentation. we have proper filings. so, bila mau jumpa meminum kopi sambil u jadi our UNofficial auditor???



Blurbings By,




Saturday, May 30, 2009

kenangan terindah...



the day that i one forget...
apakah tanggungjawab kita untuk generasi kita yang akan datang ni?




coverage of last sunday's (24th May 09) visit can be found at the links below:





Tuesday, May 26, 2009

Rumah Nur Salam, Jalan Chow Kit

hari ahad lepas, kami (RedMummy, Mayangsari, Diana-K and Daela - GBMs) kecuali UmiMiaRian ke Rumah Nur Salam yang terletak di Jalan Chow Kit.
Rose a.k.a UmiMiaRian tak dapat hadir sebab keadaan Rian yang still dalam hari. :)

janji semua kena ade kat situ dalam pukul 5pm.
Yan& Bojeng convoy sekali dengan Red family from VA. kul 4:45pm derang dah sampai. hadoih la.. big boss sampai awal lah pulaaaakkk....

pas derang, Sid lak sampai. pastu, baru la ayu & mom sampai. ayu dah bagitau sid soh proceed je dulu naik, tapi bila sampai terconfuse tengok derang dok ade lagik tunggu kat bawah...
sorry la korang ek... pusing berkali2 gak sebenarnya..kalau potong masa 3 pusingan tu.. rasanya bih kurang je sampai tu.. huuhhhu

tak lama lepas tu, si Dila and her good friend, Sue sampai.. terus la operasi memunggah from bonet kete Mak Merah berjalan...


bila barang semua dah kuarkan from bonet, terus la ngangkut naik ke Rumah Nur Salam.

Rumah Nur Salam ni, kira macam shop lots lah. shop lots tiga tingkat. Yang bawah is MayFirst's office and atas dia, lagi dua level is Rumah Nur Salams.


masa memula sampai, tak de sapa pun yang ade. muka dah macam blank dah. rupanya, itu office daaaa...

and, pekerja yang ade bertugas that day tengah ade kes yang dia ngadap kan. owh, Pusat ni juga bertindak sebagai tempat kaunseling untuk kanak2 yang berumur 12 tahun ke bawah di sekitar Chow Kit ni.

Untuk yang pertama kali dengar pasal Rumah Nur Salam ni, meh ayu nak cerita sikit yer..boleh kan?

I am very sure nama Rumah Nur Salam ni can sounds really familiar untuk kita semua. After some googling, i think it's because, ni lah rumah yang dipresent pasangan Lisdawati & Fauzi Nawawi masa rancangan sehati berdansa musim kedua dulu.
Rumah Nur Salam ni, bukan rumah anak2 yatim or rumah kebajikan yang biasa tu yer. Nur Salam ni is more like a Pusat Aktiviti Kanak2 or Pusat Jagaan Kanak2 berisiko tinggi. Apa maksudnya berisiko tinggi? Their parents mungkin ada yang sedang menjalani hukuman, ade pulak yang mungkin sedang bekerja dia kawasan sekitar Chow Kit tu. *need not to elobrate more lah kot kan?*

pendek kata, kanak kanak ni adalah agak terbiar dan tidak diberi perhatian yang secukupnya or yang sepatutnya dari sebuah institusi kekeluargaan.



sampai je kami di tingkat 3 rumah ni, terus kami di terpa mesra oleh derang. they will come and salam and terus introduce diri derang. sangat mudah mesra. and nampak sangat mencari perhatian daripada kami semua.



tengok je lah macam mana si Bojeng tu secepat kilat sampai 4-5 budak dok kerumun dengan dia. sebabnya, derang nampak gegirl ade dengan bojeng. so, they wanted the same attention.
the care that they didn't get from their family.




yang berbaju hitam tu is Dr.Hartini, the advisor and also one the founder untuk Rumah Nur Salam ni.
Waktu ni, Dr Hartini baru je lepas menceritakan pada kami semua tentang keadaan kanak2 kat sini yang kehidupannya sangat sangat terdedah dengan bahaya.


even yang baru berumur 3-4 tahun, jalan kaki berseorangan sampai ke Rumah Nur Salam ni, untuk berlindung ketika ibu atau bapa keluar tiada di rumah.
yes, they walked from their nearby home.
issuenya, derang semua kecik lagi. boleh derang jalan kaki macam tu jer? sebab tu, pernah terjadi ada antara mereka yang diculik. :(

kami melakukan aktiviti bebas kat sini. masa kami call untuk tetapkan janji temu, memang mereka ade tanya samaada nak adakan program atau tidak...
memang sengaja kata tak nak, sebab nak make it not that formal and wants to make it as simple and as mesra as possible.




tak putus2, Dr Hartini ucapkan terima kasihnya yang tidak terhingga to Kak Red. yes, that's the sumbangan from the Car Sticker Project with RedMummy.Com.
it's not the amount that matters, its the niat, the intention.

bukan jugak nak menunjuk2 yer.. gamba2 ni sekadar kenangan untuk simpanan lipatan sejarah kami, GBM khasnya.


waktu makan malam kanak2 ni dalam pukul 630pm gitu la.
oleh kerana tidak mahu mereka terganggu, maka, kami pun beransur lah pulang. sebab, selagi kami ade, mesti derang nak ajak main ker.. borak ker.. habis? perut derang nak diisi jugak kan?


alamak! ni jelah group photo yang ayu ade. our main group photo ade dengan Kak Red. nanti bila dia dah upload, i'll edit lah this pic ek?
all in all, we had a different paradigm all together being here and experiencing totally different environment and background.
syukur sangat dengan kehidupan yang kita ade.
walau hanya satu jam setengah di sana... dah cukup menggambarkan perbezaan nya.
kanak2 ni tanggungjawab kita semua bersama..
tak guna nak tunding jari sana sini situ sedangkan ianya umpama meludah ke langit.
dan akhirnya? timpa siapa??????





Monday, May 11, 2009

breakfast, keje & a celebration...


bertempat di Memori Corner, Taman Melati, Gombak.. ecehwah! cam bagi ulasan pullookk... NOT!

tukar jadi mode normal balik...

last saturday, kami (myself, Kak Red, Sid, Yan, Rose and Dila) dah set nak jumpa for breakfast for three main things...

1. our monthly meetups.

2. proses menjilat stem & envelopes.

3. Dila's birthday celebration.

kenapa during breakfast? sebab kami semua ade macam2 agenda hari tu. jadi the best is morning. lagipun, lebih elok buat keje pagi2 kan orang kata..murah rezeki, gitu. :)



as early as 820am, si dila dah sampai kat my house.

yes, ayu pegi sekali dengan dila. kami pun tinggal kat kawasan yang boleh kata dekat2 and sama jugak la... so, no prob la pegi balik sekali.

dila left her bike at my place, and off we go to Taman Melati, Gombak.

masa dah nak dekat2 sampai, dapat sms from Sid. dia dah sampai dulu daaaa..... actually, for our meetup kali ni, is Sid's turn to open table. jadi molek sangat la if Sid yang sampai dulu kan? he3...

since that baru kami bertiga je yang sampai... so mood nak start order tu adalah agak tak best.
instead, we all susun meja sampai deret tiga... pastu dok berborak pasal proses menjilat.
owh... tak explain lagik perihal menjilat nih ek?

alahh.. kan ke our project for this year dengan RedMummy.Com is the car sticker kan? so, semuanya dah siap. tinggal nak tampal2 stem and alamat and pastu terus lah jumpa dengan pak posto.. :)

jadi tu la gamba atas tu tunjuk betapa gigihnya Dila & Sid berposing dengan stationeries memasing... huhuuh...


and macam biasa, ordered this from my Aunty. saje je bawak untuk GBMs... they haven't taste it yet...

p/s: sedap kan sid kan??? dari satu, jadi berapa? :)

lepas kami bertiga, kak red lak sampai.. pastu yan, pastu rose.. eh chop! ker rose dulu, baru yan ek? ha betul betul... yan dulu, baru rose..
derang sampai time lebih kurang jer.. tu yang confuse tu....

bila semua dah ade, barulah reti nak order kan..


macam biasa, mak merah mesti dengan teh tariknya...
tu ha dia tengah testing cara tarikan tu, manusia bikin ke... machine bikin...
and yan & sid lak tengah belajar cara2nya..
hahahahhaaa...

ini pun boleh, ek?


i ordered this.
dry curry mihun and bread. (apa nama roti ni yan?)

dry mihun ni amatlah sedap ok..
portion dia banyak and ayam adalah tahap berketul2 wei...
termonyeh nak habiskan... tu punnn.. tak habis.. :(

lepas semua dah isi 'minyak'...perut adalah sudah berisi...
jom mula keje...


sebelum dera kak red, kita bagi dia posing dulu.. ahhahaa...
sama je macam potluck last year kan... ingat kak red tak turun padang.???

tak de maknanya!
kak red pun sama2 ngan kami, all out buat semua sama2 ok...
semuanya, insyaAllah tak banyak sikit mesti ada personal touch from Kak Red..



tu ddiiiaaaa.... kak red tengah gigih menulis thank you note to all yang ordered and support our car sticker project nih.
yes, its all handwritten. takde print main sauk masuk envelope je yer..

naik kebas2 la tangan kak red menulis satu2..


ha ko..ni penangan nulih banyak sangat la ni ek kak?

sampai specs pun akak selamba landing kan lam bekas fork & spoon tu... hahahahaa...

p/s: kami selamba jer proceed dengan all those yang dah bayar yer... jadi, yang belum bayar tu jangan tiba2 nak meroyan pulak kata tak dapat car sticker yer...

dah habis siap keje semua... kitaorang sambut pulak birthday dila.

her actually birthday is actually on the 28th of Apr, but kira aci lah kan..sambut belated..


and of course, bila ade part tiup2 lilin ni.. mestilah budak2 yang paling excited and happy kan?
tengok la muka budak berdua tu... senyum jer kan?
bila tengok muka budak2 ni.. alahai... tenang nya...
mmg ibarat kain putih sungguh la.. terpulang kita je nak corak kot mana kan?
sekali mak merah bawak kuar lak token from Jakarta...
aduh kak.. akak kan pegi blog job.. we all dah pesan dah tak yah apa2.. dia beli jugak tu...
so, sebelum dila dapat her birthday present, kami semua dapat token dulu from Kak Red..
tq very much Kak... lebiu..


ha..lepas pada tu, barulah sessi hadiah dila...
i bought her an aroma theraphy set from the lovely lace..
hope u like it lah ye dila...

and lastly.. group photo... wajib ada..
tengok gegirl tak pandang camera kan? tu dia tengah main geletek2 dengan ayu tu... hahahaaa.....
cheeky sungguh!

yan tuka kete ker yan??
no no no..
itu adalah ride baru cik mayangsari a.k.a sid kita yer...
peerrrgghhhh sid........ bila nak angkut kami semua naik sid?
hahahaaa....
semua gerak lam pukul 12 gak la..
ha ko.. 4 jam duduk keras bontot sapu bersih sampai 3 activity..
makan pun activity apa....


so people.. "ai read.. RedMummy.Com"... DO YOU??




Monday, April 27, 2009

RedMummy car sticker is out for grab! - SOLD OUT!!!!!!!

ADALAH INI DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA ORDER TELAH DITUTUP. TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA SOKONGAN ANDA.
BUAT YANG TELAH MELETAKKAN ORDER, SILA BERI KAMI 2 MINGGU UNTUK TUJUAN PEMPEROSESAN. TERIMA KASIH.



wahai rakyat jelata!
(he he he)

as u all tau, RedMummy.Com's car sticker is out for grab!

jadinya, buat kamu kamu dan kamu di luar sana, yang memang pembaca setia blog merah itu,

meh la order..
caranya sangat la mudah.. cuma perlu click kat sini and isi kan form yang ada kat situ.
form tu pun sangat simple mimple jer..
just fill in nama, email add, no hp, alamat and pilih nak berapa keping car sticker tu.

pastu nanti, in less than 24hours, adalah komiti GBM akan email kat you on the payment details.
senang kan?

meh la order reramai... selain kita tambah collection, kita jugak beramal tau.
insyaAllah, RM3 of each collection akan disalurkan ke badan2 kebajikan terpilih. (this part kami tak sort out lagi nak stay to one charity fund or multiple..rasanya multiple kot..)

WHAT??!!!! tak leh nak order sekarang?
budget lari?
not a problem..nanti bila dah ada that extra RM10, sila la click je kat section GBM Projects with RedMummy.Com at my right hand bar tu ha.. click on the RedMummy.com car stickers tu yer.. kalau tak jumpa, cari je my shout box..atas shout box tu sure nampak punyer... :)


waiting to here from you!