Thursday, December 25, 2008

mom's day ~ sharp 12am!

balik from Batu Feringgi sampai hotel lam 11:45pm gitu lah.. kami solat laju2 and lepak sebilik ngan mom borak2..
masa ni lilD dah selamat tido.. tapi, takper.. abang dia ada nak wakil..

tepat kul 12am.. kami berempat nyanyi la lagu Happy Birthday untuk mom..
yang best tu, dia tak perasan pun dah pukul 12.. hhuuhhuhu...

terus kami keluarkan sekali hadiah kad personalise written by bigD, our presents (from her both daughter & her son-in-law) and also present from my Aunt1.


masa ni rasa bersyukur kena sakit mata... ada hikmahnya..
kalau tak, pagi2 birthday mom dh kalut kelibut baru nak gerak ke Penang...


even dah lepas,
Happy 65th MOM!
I LOVE YOU!




Merry Christmas & Happy Holiday!

wishing all of you
Merry Christmas


and happy
holidays!



be good!



Wednesday, December 24, 2008

Happy Birthday Kak Azreen!!!!

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Kak Azreen...
Happy Birthday to you...
muah muah!





dinner @ Batu Feringgi...

1st night nih, BIL ajak g lepak jenjalan & makan kat Bt Feringgi...
saje nak layan flea market dia..
yang pasti, diriku berspec pula..
yelah, takkan nak layan shades lak memalam nih kan? rembat jer satu mom's spec yg ada less power.. tu pun pening2 lalat dibuatnya.. yelah, tak pakai spec, kena lak pakai..
hamik!

anyways, while waiting for BIL amik kete, layan la budak berdua nih bergamba kat ChristmasTree kat lobby hotel tu hah.. :P



yes, lilD is so lah terpegun teruja ngan all the perhiasan kat situ.. sikit pun dia tak pandang camera.. huhuhuhu...

sampai2, kami makan dulu..
since that kami agak penat la.. sebab, we had a very long day kan...
jadi, kami just order kueyteow & pasembur..

sedapnya....
:)
lepas tu...baru lah jalan2..
mak aii.. flea market nya.. mak bapak jer tak de jual..
BUT!!!!!, agak mahal la jugak.. sebabnya musim cuti sekolah and tourist pun agak ramai..
jadinya depa POTONG KEPARA!



and tiba tiba.. ternampak ni!


amcam Kak Red ? ada bran pakai ni during potluck nanti?
muahahahahhaa!!!!
LAAARRRIIIKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Medan Lebuh Campbell...

ok... kat sini, yang main thing nya.. mom nak beli buah berangan.. sedap, murah & fresh!
korang penah tak makan buah berangan?
sedap oooo... lemak2 rasa dia..
(anything berlemak is sedap kan? :P)


topi AOTEMAN also got.. :P



kat sini ala jalanTar lah kalau nak compare ngan KL. dia ada lorong2 masuk2 lam bazaar tu hah.. bila dalam tu, rupa cam PasarPayang kat ganu tuh pun ada gaks..

mom & sis sudah terpaut hati lak nyinggah kat satu kedai jual kain & tudung ini.. wah wah wah.. tau la anak mami suka mengerlip mengerlap kan.... tudung plain tak de langsung kat kedai ni ohkay.. semuanya berbatu bagai..

ayu time nih dah la kulu kilir ngan shades jer.. keluar kat tepi jalan ok la.. kat lam bazaar yg gelap tu.. dh mcm org buta ok.. nampak gak mata2 yg tengok muka ku ngan penuh kejakunan.. habis? takkan wa nak expose mata yang merah berair ini kan?

tu dia.. sepasang RM10.. amik banyak + bodek dapat la 5 pasang RM40.
apa kesimpulannya itu? yes, mom borong banyak...

masa ni, mmg nampak sangat she misses penang so much. sib baik we decide nak gerak awal sehari kalau tak, mesti dia tak puas lepak penang...

while mom pilih2 kain.. sis & lilD main kiss kiss...
lilD mmg gini tau.. kang tetiba jer dia lari kat any of us and cakap dia nak kiss... and she will demand us to kiss her back..
:)

ok, settle bab kain.. di settle oleh MenteriKewangan, SIS! :P
next, blouse.
mom mmg sangat teruja lah.. kalau tengok 2nd pic tu, anat terserlah kesembaman mukanya kan? huhuhuhu.. nampak na baru bangun tido.. bangun tido makan nasik.. perrgghh!!!!
welcome to penang, the food heaven!

and, sis amik gak chance beli kan terus bag sekolah budak berdua nih. isk..teringat pulak cerita bag sekolah EnAlang hubby Intan. sedih tau..
i'll make sure my bothD belajar appreciate apa yg derang ada sekarang nih.


lilD agak senang di settle, but bigD.. punyerlah cerewet! hadoih la..
so, siapa gang cerewet dia yang boleh layan? yes, his father..
ampun abg iparku! ampun! :P

and yg bertiga ni bagi opinion dari jauh jer.. ahhahahahhaa..


ada lah a few orang dok pegang2 pipi lilD tau masa dia jalan kat situ.. sudahnya, dia soh mamanya dukung dia..
mana la sis nak larat kan? ngan ayu? mana boleh wei.. mata gua lom settle lagik.. kang jangkit lak kang..
jadinya.. tengok turutan gamba tu yer.. yg atas, sis tgh gigih dukung dia.. yang tengah, dia dh turun sbb sis paksa dia jalan.. and yang last! muka muncung sbb kena kacau!
ahhahahhahahahahaa..

since that dia dah start grumpy segala.. kami pun beransur lah balik hotel..




our late lunch...

ok ok.. ayu tau ayu lama tak update.. lama tak jenguk blog korang.. and lama tak reply comments.. ok, malam nih, sedaya upaya ayu cuba khatamkan semua yer..
tak terkejar lah.. schedule sakit mata and gerak ke Penang awal buat kan all my scheduled schedule tonggang terbalik!
ni pun gigih jegil kan mata untuk stay up buat publish entry mcm biasa... huhuhuhu...

anyways, ni sambungan cerita hari jumaat lepas yer..
habis jer dari breakfast kat BrownGarden tu, Hotel call kata bilik dah ready. so, gerak la ker hotel.
mata masing2 terutamanya my eyes lah.. needs rest! tak leh tahan laaa...

sumer terlelap and sedar2 dah dekat zohor.. kelam kelibut BIL cabut g solat and kami yg lain siap2 nak carik lunch...
once BIL balik, we decided to lepak makan kat 'Norman Nasi Melayu'. dia sebelah hotel tu je hah.. so, jalan lah kaki beramai ramai..

gerai ni agak tersorok sikit and rasanya rata2 yang datang pun kerana words of mouth. bukan apa, gerai ni ada lam kedai makan akak restaurant cina. jadi, ramai yang tak tau adanya kedai nasi campur melayu dalam nih.

ok, ni ada info skets yer.. kat Penang, mmg terserlah sifat masyarakat majmuknya. jadi, gerai kat sini mmg campur... jadi, tengok perhati telek betul2 sebelum jump into any conclusion, okeh?

kat gerai ni, selain daripada kari ikan dia yang meletop d vass itu, dia punyer expertise is ikan belah belakang (also known as ikan sumbat) and sambal belacan! nak kata ita.itu, menangis la!


makan macam ni untuk 5 adults, 2 kids baru lam belasan jer.. ikan cencaru 2 ekor, ayam 3 ketul, kari ada ikan sekeping, ulam2 and ada amik daging masak mamak skets...


alhamdulillah... next, mom ajak g Campbell.. :)







Tuesday, December 23, 2008

Potluck with RedMummy.Com!

sticky mode: pls scroll down for latest entry.tq.


jom jom jom jom.. jom heboh heboh... wah! ternyanyi laks..
ok ok.. meh nak serius..

wahai kaum sekalian bloggers, silent readers, commentators.. sume sume lah..
sesungguh nya, kamu, kamu dan kamu di jemput ke Potluck with RedMummy.Com!

Details are as follows:
Tarikh: 27 Dec 08
Tempat: Taman Putra Perdana, Putrajaya. (opposite ngan Shangrila Hotel)
Masa: 4pm - 6pm
Parking: Free and open parking.

jom la korang... best ooo layan gathering nih....



ha.. ni ada map camner nak ke sana. tapi, tempat itu sangat senang la nak cari... just follow signboard Presint1 and pastu kalau nampak signboard Shangrila, follow tu pulak. sebab, Taman Putra Perdana ni ngadap tu jer.. dia atas bukit.. :)

and, semua yang nak join ni kan, meh copy paste template bawah nih and email ker potluck.redmummy@gmail.com


Name :

Url blog kalau ada :

Nick yang selalu diberi di dalam redmummy.com jika anda bukan silent readers:

Jenis makanan yang akan dibawa:

Jumlah kehadhiran: (kalau single nak bawak mak ke adik badik ke, yang kawan nak bawak berkawan2 ke ha gitu)

Mobile No:



Jumpa anda di sana!!!!!





Monday, December 22, 2008

kena santau babe!

jangan salah paham..
ini hanyalah santau blog aka tag dari Rose, Umi to Mia
:)

anyways...nak tau asal usul santau blog ni?
ni ada petikan skets from umimia.

Pencipta tag (santau blog) ni namanya Razor. Aku rasa dia ni takder makwe
lagi..sesapa yang masih single mingle kat luar sana..leh lah masuk jarum. Boleh
tahan hensem gak orangnya tapi takderlah sehensem laki aku (huhuhuhu...psst
razor..akak kena cover line sikit). Dia ni org Ganu kalau aku tak silap. Kesian
dia..asyik masuk blog aku nak tengok gambo makwe cun..tapi gambo makcik cun jer
yg dia terpaksa layan...muahuahua...Oit Razor...abis promote ko dah ni..mana
kain songket sepersalinan aku ha....huhuhu...


ok, jom start!

1. Pernah tak anda jalan sorang2, pastu terserempak dengan couple. Si perempuan (kalau anda lelaki dan vice versa la sendiri) asyik pandang2 anda.
- rose, ni dibenarkan perasan atau tak, nih? ha3.. jawapannya, penah. (i jujur you)

2. Pernah tak orang ingat anda bukan anda yang sepatutnya. (Cth: eh, ko ni dah kahwin kan? Eh, ko ni kerja spital kan? Eh, ko ni belajar lagi kan? Eh, ko ni adik hans Isaac kan? Eh, ko ni yang aku jumpa kat Lombok kan?)
- penah. sebab my and my cousin muka sama. seriusly, satu family kata muka ayu mmg x tumpah mcm her face. bezanya i am so much YOUNGER than her. ahahhahaa....

3. Pernah tak drive dan sesat. Atau pun jadi co-pilot tapi anda punca kesesatan.
- drive pastu sesat kira normal la.. tapi, wa maintain cool.. siap pusing2 tempat sama lapan ploh kali pun, wa ok jer.. :P

4. Apa cita2 yang orang tak nak buat tapi anda je beria2 nak jadi.
- bomoh! ahhahahahahahahaha... GILO!

5. Kalau ada, ceritakan satu dari kisah2 sedih dalam hidup anda. (tak payah cari yang 'paling sedih' sbb aku tahu, korang bukan ingat sangat pun)
- 21 April 1990. my beloved nenek passed away. :(

6. Kalau anda seorang yang pernah nakal dan jahat, cuba ingatkan satu kes yang anda nyesal tak sudah lepas buat kerja tu.
- panjat bumbung rumah via pagar sebab nak kejar kucing. pastu, ada accident skets and luka kat dahi sepanjang 3cm and 6 jahitan selepasnya. huh! serik!

7. Apa perkara yang anda suka buat sejak dua menjak ni? Dulu2 pulak, apa hobi2 anda?
- sekarang, suka kumpul parfume.. dulu, suka menari.

8. Apa pesanan penjaga anda yang paling diingat dan selalu membuatkan anda beringat2?
- apa2 hal, sayang diri kita dulu.. kita boleh kasi 150% to other people, but give 200% to our self... and apa pun, biar geting, jangan putus.

9. Apakah ketakutan yang masih menghantui anda?
- tempat gelap!

10. Dah itu je. anda dah makan?
- dah, alhamdulillah..

ok, now.. the tag goes to...
1. Sis Ell
2.
Ita.Itu - ko tak buat kalu, AWAS!

ok dah. nak dera derang dua orang jer..
huuhhuhuhu...

Sunday, December 21, 2008

Mom's day ~ her fav breakfast...

ni lah antara sebab utama gerak awal ke Penang.



owh sebelum tu, nak update skets pasal mata, mata dh tak merah and dah tak gatal and dah tak berair... cuma bengkak sembap tu masih terasa... huuhuhhu.. tapi, dh ok kot.. sebab tangan ni gatal asyik nak tonyoh..padan lah muka kan? thnks for all the tips yer.. (tapi kan EJ sayang.. x jumpa la sesapa yg tgh menyusu badan.. kalau tidak..harus mintak..tak kira...)


ok, sambung cerita. sebab awal datang ke Penang kan? sebab, on mom's birthday, kami nak saji kan dia all her fav food kat Penang nih.

lets start with her fav NasiKandar spot kat Kg Melayu, Ayer Itam.


ni flat Kg Melayu.. my Aunt2 's house. tp, kerana masalah kesihatan, my Aunt2 balik Penang during raya only.. selebihnya dia ada kat Subang with my cousin.

ha... ni lah NasiKandar itu...
masa ni kami gerak from hotel lam pukul 6:30am, sampai situ 5mins after.. and yes, orang dah pun beratur..


makna sebenar kandar ni, tak lah ayu tau. yang pasti, its actually nasi campur. yang buat dia kandar is semua jenis kari (ayam, ikan, daging) dia campur sekali.
itu yang buat nasi tu mesra and sedap!

ha..bayangkan..tu lah semua jenis kuah yang di campur lam sebungkus nasi. bila dh kembang bercampur... mustahil la tak sedap, kan? :)


next is kedai kuih. mom suka lepat liat aka lepat hitam.
note: gamba nasi lemak, sekadar hiasan. :P



kuih harga lebih kurang je ngan KL. dah pandai dah RM0.30 and RM0.40 each..
mcm Taiping.. sorggaaaa kuih..still ada RM0.20 and RM0.15 tau!

pastu, beli roti canai lak untuk budak bertuah berdua ittew...
anak2 sedara saya x biasa layan kari pepagi buta.. kang terperanjat pulak perutt derang...
huuhhuhu..

lastly.. Nescafe tarik special punyer for mom & us..

we go back to hotel dengan hati yang puas and tapau kiri kanan tangan penuh.
lalu depan pintu, bell boy tu tegur..
p beli NasiKandaq ka kak? bau dia wangi nooo...







Saturday, December 20, 2008

dari pukul 4am!

ok. ayu dapat MC dua hari kan? Khamis & Jumaat.
jadinya, pada Khamis malam, kami sekeluarga decide nak gerak g Penang untuk sambut mom's birthday a day earlier, which is Jumaat.
mom dah senyum2 dah,, all of them asked samada i am ok or not. bila tengok mak dah senyum mcm tu, angguk je lah. padahal mata masih agak ting tong!

but, nevermind...mata bengkak pun leh kasi cover ngan shades kan...

so, they decided to gerak kul 4am! angkut bothDs yg masih lena di ulit mimpi itu lagi yada yada...
note to KakRed&GBM : sebab tu la saya tak tentu arah skets berkomunikasi dengan kalian. :) sowie...

sampai Penang lam 8am gitu lah... BIL pecut x hengat gak lah.. x de kete lah katakan.. huuhuh... most of the perjalanan, saya tido. :P saya kan pandai mengambil kesempatan, gitu.

singgah dulu Hotel.. and since sehari awal, derang agak kelam kabut siapkan bilik kami.. so, kena tunggu.. BIL ajak layan breakfast kat BrownGarden dulu...
Penang == hometown my BIL.

sampai jer sini, terus grab camera. but, before that mom telek belek my eyes dulu.. mmg dh ok.. Alhamdulillah.. just bengkak sajer. uhuks!

jom? tengok apa yang best!

haaa... OLDTOWNWHITECOFFEE halal.. :P
terbaik la sandwich dia... mmg sedap sedap & sedap!


siap ada tiga rasa lagik.. Ayam, Daging & Tuna! and, its on RM1.70 wei.. and telor 1/2 masak kalau korang nak, RM 0.70 sahaja!
kira murah lah pada KL kan...
kalau nak kira camput tol minyak sumer, of course la mahal.. hish korang nih!

haaa.. nampak tu? Mami Tanjung Corner..
sini sedap dia punyer nasi lemak & nasi kacang dhal. (yes Sid..nasi yang u makan kat my house tu derang kat Penang buat breakfast...)
ni Mami dok susun atoq new batch nasi lemak.. :P

nampak tu? ayu tengah makan sandwich yang ayam.. sedaaappp....
gamba tangan je boleh lah yer.. i cuti tayang muka..sebab mata ku bengkak..

owh..separuh jalan kat sini, budak2 ni pun terjaga.. bangun2 jer terus dua2 cam pelik derang kat mana and etc etc... ahhahahahaa..
korang tgk? budak2 kalau kuar breakfast pakai baju tido tarak hal jer kan.. still nampak ok.. cuba kalau korang buat.. AWAS!


that's me mom & me sis.. muka kenyang puas hati bila perut dah berisi...
dah dah..jom g check-in...

we stayed here kali ni. kat Dorsett. nama lama dia Sheraton. entah apsal tuka nama ntah.. tak pulak Ayu amik tau..

mom yang nak stay kat town. ada lah agendanya tu...


tul2 depan hotel ni ada KFC.. kalau agak2 boring, harus ke sana.. :P (macam la KL x de kFC.. pui!)


dari sini nampak laut.. huuuh.. tingkat 17 woi.. mana lah x nampak kan?
apa pun.. kami sekeluarga now kat Penang...
nanti kan update dari Penang...
(still, without my face)
tengok la esok... masa birthday Mak.. ada la kots..