i see things... i experienced things... i am a normal human being... i need space... i have hopes... i hated things... i treasure moments...
Wednesday, February 20, 2013
Friday, February 15, 2013
Tragedi 14 Feb 13
Tikam belakang suami
Oleh Iskandar Shah Mohamed
Melaka: Akibat berang dengan suami yang dipercayai menegur perbuatannya kerana kerap keluar rumah tanpa izin, seorang wanita 'naik minyak' dan bertindak menikam lelaki itu menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah rumah di sekitar Malim di sini, Isnin lalu.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 32 tahun terpaksa menerima rawatan di hospital akibat kecederaan di belakang tubuhnya. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan wanita berusia 27 tahun itu hingga menyebabkan pertengkaran di dalam rumah terbabit.
"Wanita berkenaan yang berang kemudian mengambil pisau dapur lalu menikam belakang tubuh mangsa hingga mendatangkan kecederaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
"Lelaki berkenaan turut ditahan di wad hospital berkenaan berikutan kecederaan dialaminya," katanya. Kata Gunarajan, bertindak atas laporan dan maklumat diperoleh, pihaknya menahan wanita itu di sekitar negeri ini, semalam.
"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.
Kenapa? Dah la keluar tanpa izin. Kena tegur pun siap bertikam bagai?Nauzubillah.
Thursday, February 14, 2013
4 days! (Day 2)
Wangi je nasi dagang bungkus dalam daun pisang macam ni.
Sangat jarang dah berlaku benda2 bungkus daun pisang ni.
Sedaps.
Dia dalam tin warna kuning.
Our final stop is of course Hai Peng.
Kecewa tak dapat nak tapau bun bakar dia... mana tak nya. punyalah pack manusia..
Ayu sempat grab the coffee pack je for my beloved Uncle at Taiping.
Dia tu coffee lover.. so, ada la souvenir for him.
And then.. off we go..
Kemaman - Genting Highlands - Batang Kali - Tanjung Malim - Taiping
Alhamdulillah.. reached Taiping around after Maghrib...
Malam tu, my anuty cooked a simple yet delicious dinner for everyone.
Ayu tak makan pun. I think semua orang lapar kot, semua duduk and tak perasan pun saya tiada tempat duduk. Alang2 tak payah la makan. Dapat jugak berdiet, kan?
So malam tu, lepas solat and mandi.. kami beramai2 lepak kat hall and bercerita..
Dah macam routine setiap kali balik.. sure ada cerita yang nak diborakkan.
Mom dah pengsan dah masa ni.. Hahaha..
and we call the day off at 2am.
Wednesday, February 13, 2013
4 days! (Day 1)
Kami mulakan perjalanan pagi Sabtu around 9am. Turun je DUKE kat Greenwood, terus sangkut jam all the way sampai Tol Karak. Hamek ko!
Imagine paling laju 20km/jam.
T__T
Bukan von je kebas, keseluruhan badan rasa tak best.
Boleh hafal muka, plate number, bilangan ahli dalam kereta semua yang disekililing.
Sampai tahap excited nampak exit and lepas tu frust semula sebabt tak banyak kereta yang masuk.
Journey yang sepatutnya 3 jam setengah tu je, ambil masa 3 jam hanya di Tol Karak sahaja.
Lepas Tol Karak, lega sekejap... Happy gils dapat tekan sampai 80km/jam (bersyukur sangat dah ni) tapi kemudiannya kecundang kembali bila di Maran.
(insert sad song here)
MSN and his mom dah start calling berkali2. Yelah, patutnya dah dekat sampai.
Sabar ye... kami juga ingin segera sampai...

Akhirnya... selepas 6 jam didalam kereta.. we reached Kemaman!!! Yay!!!
Rasa nak stop sujud syukur kat tengah2 bandar Kemaman tu jugak. But takpe lah, adalah lebih afdal isi perut yang berkeroncong ni dulu.
Hentian tak yah cerita lah.. penuh like no other.
So, kami pun bukak la kad kawin.
Tengok map.
Eleh senang je nih. Sure boleh sampai.
Terus... traffic light... terus ada Petronas.. traffic light, take right... terus.. rumah pengantin.
Senang!
But what happened to us?
Terus.. traffic light... terus ada Petronas.. but no traffic light right after Petronas as per map.. hanya ada hutan je... and terus lagi ada traffic light but we all masih terus mencari Petronas yang betul ada traffic light berhampiran and tetiba signboard tulis.. KUALA TERENGGANU.
Sobs.
Berhenti tepi, call MSN to the rescue!
Heheheeheehehe....
Taraaaa!!!
Dah sampai...
Itulah pengantinya...
Abg Yie & wife. Abg Yie ni cousin to MSN.
Ni Majlis Menyambut Menantu.
Dek kerana keseluruhan badan cramp kerana duduk terlalu lama dalam kereta, we decided to chill lepak dulu dalam rumah.
makan tu, kemudian la ye.
padahal perut adalah lapar.
But entahlah, maybe lega dah selamat sampai.
Ni opah.
She is 90 years old this year.
Simple and nice pelamin.
Theme white & grey.
The week before at bride's side, blue & pink.
Siap pengapit pun kena pakai pink. Siapalah pengapit tu ye. Haha.
Nak g dekat pelamin, malu.
Jejauh pun jadilah.
Tak sangka termasuk tema. KELABU.
Hoho.
Lepas tu, kami tak boleh tahan lagi.
Terus minta izin nak pergi makan.
Keluar je tengok MSN and his cousins, uncles all siap hidang for we all.
Janganlah begitu. Malulah. Dah lah sesat, lambat siap berhidang pula.
(dalam hati dah sujud syukur dah sebab boleh terus ngap)
Lepas makan, MSN ajak lepak tepi pantai Teluk Kalong. Pantai ni just belakang rumah pengantin ni jer.
Dia kata,jom lah layan ABC ke.. Lychee Kang ke..
Terus ku lupa keadaan diri yang batuk lagi demam ditambah selsema.
Tolak tepi semua tu.
I have come this far takkan nak tolak semua nikmat dunia itu.
No.
Cantik kan???
Subhanallahhhhhhhhh....
Cantik sungguh ciptaan Allah ni.
Saujana mata memandang.
Hilang penat tadi.
MSN.moi.MyCousin
Cantik sangat pantai ni.
Manakah para veteran kami? Sedang duduk menikmati minum petang.
Keropok Lekor meletop MasyaAllah.
We had this RM3 per pinggan sebanyak 3 pinggan!
Makan berlima sampai 3 pinggan oiii...
Dengan Lycee Kang sejuk.. slrrpppp...
sedapness.
Look at me mommy.
She really enjoyed the lekor, lempeng and Lychee Kang.
Selesai makan petang yang sangat satisfying, kami beransur ke Hotel.
Hotel apa berapa dimana, Ayu buat satu entry lain ye.
(",)
Lepas check-in, mandi and solat, we all rest sekejap.
And baru fikir nak jalan mana for the night.
Mom kata dia surrender.
MSN decided to jalan2 at Monica Bay area. Pilih jelah mana2 Seafood Restaurant yang ada katanya.
Semuanya InsyaAllah sedap.
Ikan bakar lah. What can we go wrong, kan?
So, we stopped at Warung Kak Ha Pak Clamp Seafood, Pantai Teluk Mak Nik.
Pantai Teluk Mak Nik = Monica Bay
Ehem ehem... What we had that night..
Ikan pari bakar
Tom Yam Poktek
Siakap Lime Stim
All for RM 79.
(with drinks sekali)
Selesai makan, we all jalan2 bandar Kemaman pulak.
Park agak jauh sebab nampak polis tutup jalan. Sure ada CNP celebration. So, nak la tengok kot ada lion dance ke apa.
Sekali makin dekat dengan kawasan acara.
Terdengar suara Black Mentor.
Haaaaaa... terus jalan makin laju. Amboih. Cuba dengar mengaji jalan laju camtu.
#insaf
ooooo Concert Belia. Sempena CNY la sekali harung.
Layan gak..
Black pandai la berinteraksi dengan crowd.
Tak boring and semua pun anticipate with him.
Good job black. Keep it up!
Tapi sebab berdiri lama and kami pun dah melayu..
Moh la pulang ke hotel.
Esok another long journey to go.
Saturday, February 2, 2013
Sayang by SHAE
Watch "SHAE - "Sayang" (Official Video)" on YouTube
Lirik Lagu Sayang – SHAE
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
[Ulang dari awal]
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu
Wednesday, January 30, 2013
A cat situation
Ayu and cats macam ada aura tarikan. Kat mana-mana tempat ada cats sure akan kerumun diriku ini.
Setakat kedai makan, agak normal kan? But if tahap jalan2 kat neighbourhood tetiba tengok belakang ada kucing ikut jalan sama. Acaner tu? Haha.....
Sebab tu, masa Ayu ada kucing dulu, nak balik kampus adalah sesuatu yang sangat payah. Bukak kereta nak masukkan barang, siap sekor dua dah ada dalam kereta. Tak nak keluar cara halus tu.... geram tul. But very cute.
Sampailah bigD lahir, we still have cats but sangat restricted their area. Tak bebas macam biasa. They are very ok with the new rules all, but sometimes, semua macam curious nak tau apakah or siapakah yang new member yang semua orang tatang tu? So, if we all bawak bigD keluar jalan2 petang dalam stroller, berebut2 semua menyambut. Hahaha.....
So anyways, after a very heart breaking incident, Ayu serik untuk bela cats dah.
Ayu rasa, Ayu pernah coretkan kat blog ni pasal cerita ni... tak berapa pasti, but I tak boleh nak cerita lagi lah. Sedih ooooo....
Jadinya, rentetan dari semua tu, baru2 ni.. ada la seekor kucing ni... sentiasa ada in front of my house. Macam biasa, Ayu buat tak reti je. Dia tak lari pun... bila Ayu sapu depan porch, dia will usha me from outside the gate.. if Ayu keluar to buang sampah, dia will come near by giving me a very manja look.
Ayu cakap kat dia.. "sorry lah, i dont have food for you. Dah lama rumah ni tak ada kucing.."
Dia datang dekat and golek2 manja...
Cairrrrrrrrrrrr....... T______T
Since then, dia always tunggu Ayu before I'm off to work. Jadi macam theraphy pun ye jugak. I will siap awal and lepak kat luar just to spend some time with the cat. No specific name yet.. when i shout "kucccinnnnggg..." she will come. Haha.
So, now "kucing" is my hiburan pagi, my morning theraphy.
Nanti nak belikan dia food lah...
Owh no.... sudah terpancingkah diriku?
Wednesday, January 16, 2013
jeng jeng jenggggggg....
Siapa yang dah biasa baca this blog tau that Ayu memang ikut satu class Al-Quran with mom every Tuesday kan?
If tak tau or terlupa..meh nak intro sikit... Every Tuesday night, me and my mom ada belajar Al-Quran or ayat senangnya belajar mengaji at our nearby Masjid Tun Abdul Aziz or nama glamournya Masjid Bulat.
Of course dia dapat nama glamour tu kerana bentuknya yang bulat. Mustahil bentuknya square and we sesaja nak panggil dia bulat, no? So anywaysssssss...... malam semalam routine seperti biasa. Ayu balik sharp from office to make sure nak kejar the 830pm class.
Seminggu sekali je. So, kena show effort. Benda lain sanggup, mengaji nak mengelak. Cubit nak?
Class kami actually kat bahagian atas masjid. Masjid bulat ni ada dua tingkat. Gate pun ada dua, bawah and atas. Sekali, malam semalam, dapat notice kata untuk semalam kami kena berpindah ke kelas KAFA kat bawah.
So berbondonglah kami bertukar venue.
Masa zaman uni seronok gak jalan2 tukar venue dengan classmates ni. Tapi, kalau class ni... Ayu paling muda... so you can hear all the ouccchh aduhhhh setiap langkah mereka menuruni anak tangga.
MasyaAllah, I believe banyak malaikat turun sama dengan perjalanan makcik2 ni menuntut ilmu Al-Quran. Insyaallah....
Lepas kami dah dapat class, dah duduk all... Ustazah mula baca doa.
Usai tu, turn kami baca untuk disemak dan disoal jawab tajwid oleh Ustazah. Baru dua orang baca, tiba2 blackout.
Kebetulan kat ruang legar tu ada another masjid punya activity.. but yang pelik, derang tak panic and sekecoh kami.
Ayu siap install flashlight and tab jadi lampu untuk class. Another aunty call AJK masjid yg dia kenal using hp and another makcik call TNB to report.
Berpeluh jugak lah dalam 15 minutes macam tu. When we all tengah decide nak call it off je that night, AJK masjid sampai... dia bawak lilin satu and minta maaf.
Dia cakap...
"Maaf ye, blackout pulak. Setiap kali ada 'perubatan' ni, memang jadi macam ni. TNB ke, technician ke, contractor ke, semua tak boleh solve problem ni..., maaf sangat dari pihak kami..."
Mom terus suruh Ayu check kawasan sekeliling. Ayu keluar... memang betul, hanya masjid yang blackout. Owh my!
Patutlah orang kat luar tu semua rileks.... memang derang tau.. tengah berubat rupanya.... Dahsyat jin ni.. pandai main electric... kena kejutan elektrik kang baru tau... eiiiiiiii....
Bila Ayu masuk class inform its true hanya masjid, kami terus berjemaah berzikir...
"Bismillah hillazi laaa yadurru ma 'as bihii syaiun fil ard dhi wa laaa fis samaa i wahu wassami ul 'alimmm .. "
Non stop.
Berjemaah dan sekata.
Alhamdulillah.... elektrik kembali asal few minutes later.
Syukur.
Ustazah kata, kita teruskan. Jangan bagi dia menang. Kita baca kalimah Allah, kita kena yakin Allah ada jaga kita. Maybe sebab tu tertulis kita mengaji di class bawah hari ni...
So, sambunglah kami mengaji.
Tak sampai 15 minutes, eh blackout lagi.
But this time we fight.
Secara berjemaah dan sekata, kami baca surah Al-Fatihah dan Ayatul Kursi.
Firt round, maybe nervous, ustazah tegur certain tajwid kami. Kena semua in place. Remember, syaitan itu melalaikan.
So we do it again and again.... and Alhamdulillah, electric resume semula...
Allah hu akbar!
Alhamdulillah, kami dapat menyempurnakan pengajian kami semalam.
Syukur sangat.
Langkah je kami keluar masjid, the electricity went off again.. waktu tu, kami masing2 mampu doa kan aje lah.. masing2 dah dijemput pulang....
Apa pun.... kita semua tak boleh panic if benda ni jadi. Ingat Allah. Zikir pun cukup. Fatihah, kursi.... kenapa tak boleh panic? Sebab nanti bacaan tunggang langgang..
Tuesday, January 15, 2013
Friday, January 11, 2013
A father figure
Ayah Chu
My ayah chu is an ex army. Kalau korang ada sedara atau sesiapa yang close as an ex army, you guys should know macamana perangai dia.
Askar ni, dia tak garang. Tapi tegas. Dia berseloroh, lembut and sangat rational. Kecuali bila dia dah marah. Dia tak bising2 macam kita ni bila marah. But dia akan cakap facts yang perlu and bertindak. Cepat and tangkas.. paling penting firm.
Ayah Chu can become my wali. He is my wali. Sebelum Ayu berangkat menunaikan hajj dulu, dia dah start tak berapa sihat. Dia risau when I come back, dia tak sempat nak jumpa ke apa.... he said.. "sebagai wali kamu yang sah, Ayah Chu izinkan kamu buat apa sahaja dan pergi kemana sahaja di bumi Allah ini, selagi ianya tidak melanggar hukum syarak".....
Pak Wea Yusoff
Ha, yang ni ex police. Tegas gila. Ayu still remember masa kecik2 dulu, time cuti sekolah, dia ajar about table manners. Jangan makan berbunyi.. kunyah mulut tutup... duduk tegak etcs
Sekali dia keluarkan keropok sebalang. Acaner nak makan keropok tak berbunyi???? Gulp.
Kulum sampai lembik wei.. punya takut kan dia.
But dia tenang je makan dengan penuh rileks. Haha.
After arwah nenek meninggal, Pak Wea setiap petang datang checkin on me. Making sure I am safely at home after my mengaji class and making sure I have done all my homeworks.
Sebagai upah, dia akan bawak ABC makan sekali dengan dia berdua. I looked forward for my evenings since then. Lepas nenek meninggal he become so close and sangat lembut berbanding garang tegas dia sebelumnya.
It was my UPSR year. Bila dia pun tiba2 sakit few months after nenek meninggal.. even dalam ICU pun dia sang me "ketipak ketipang ketipung suara gendang bertalu2...pura2 bingung hati di dalam siapa yang tahu" ... he asked me not to worry. Dia sihat, nanti dia balik. He asked me to go back and study, tak payah tengok dia.
But the machines there shows otherwise.
Encik Zahid
Uncle paling lembut dan bersahaja. Sentiasa cool. Full of stories and experience. Sangat creative dalam bidang printing and penulisan.
Mak kata, Encik ni garang masa muda2. But yang Ayu kenal, dia tak macam tu. If we were to spent our holiday kat Penang, for sure akan tidur rumah dia. He will make sure dia videos cerita2 lama semua ready for me to watch with him. Adik Manja lah, all the P Ramlee series lah.
I missed our early morning berjalan beli nasi kandar for breakfast. Where habis sekampung ditegurnya or menegurnya. Macam YB kawasan pulak. Haha. Tu lah nak tunjuk cemana Encik and masyarakat.
Satu hari Encik sakit. Dia mintak mom balik jenguk dia. It was end of May. Dia nak makan apple, dia nak mom yang kupaskan for him. Masa tengah duduk dengan dia tu... dia cakap kat mom.. "cuba Jan tengok card doctor abang tu sat. Abang kena pergi jumpa doktor 6hb 3 kan?"
I giggled and said.."Encik..ni dah hujung bulan 5 la.. tulih sini 3hb 6.."
Who would have thought? Itulah tarikh keramat pemergiannya.
Pak Wea Li
Nak bermanja? Nak melawak? Nak nasihat? Nak belajar agama? Tafsiran? This is the guy.
Tak pernah sekali Pak Wea bersangka buruk pada orang. Even that someone dah hurt dia like zillion times pun, dia masih lagi sentiasa menyambut and melayan orang tu macam biasa.
Dia sayang sangat kat my mom. Lebih dari seorang sepupu ipar. More like a brother to a little sister. Pulangnya kami dari hajj, masa pergi visit dia, he was crying none stop.
Bersyukur sangat masih punya nyawa untuk jumpa we all.
He is one of those yang senantiasa berdoa untuk zuriat for sis and BIL. Alhamdulillah, after years of waiting, lepas dapat bigD, kita bawak jumpa dia. MasyaAllah, segunung lagi doa mengiringi kami sekeluarga dan specifically bigD.
Tak perlu segunung emas atau tanah berekar. Doa dari yang ikhlas macam ni.... sangat priceless.
Ayah Andak
Masa kecik2 time cuti sekolah, Ayah Andak sure datang KL bawak Afreem. Nanti mom will sent me there to lepak with them.
Ayah Andak ni macam penglipur lara. And dia sangat tenang hadapi apa pun. Sentiasa dengan senyuman. He is always there for everyone of us. Always. Tak percaya, tanya la semua anak2 saudara dia.
Masa sis punya wedding, Ayah Andak ni siap berkampung kat my car porch tu. Bentang toto tebal2 and pasang ubat nyamuk dengan few uncles. Kita dah bagi bilik, tapi rumah punya la penuh and dia tak trust security. Dia kata, biar dia berjaga kat luar. Rumah memang macam fiesta.
Balik Kulim Syawal lepas, Ayu jumpa Ayah Andak. He was so happy with the news that I told him. He said, if dia pejam mata pun, dia bersyukur ada orang akan jaga Ayu. Terus dia akan tangan panjatkan kesyukuran. Ikhlas sangat doanya...all of us can feel it. Sangat menusuk.
------------------------------------------------------------
Ya Allah kau cucurilah rahmat ke atas roh mereka. Jauhilah mereka dari seksa kubur dan tempatkan mereka dikalangan orang yang beriman.
Al Fatihah to my Ayah Chu, Pak Wea Yusoff, Encik Zahid, Pak Wea Li and Ayah Andak.
I miss you guys so much.















