Wednesday, February 10, 2010

The Niece & Nephew...

keluarga yang jauh insyaAllah bakal dirapatkan..
the ties insyaAllah will be getting stronger...

i think ayu dah pernah bagitau sebelum ni, BIL's nephew bertemu jodoh dengan our niece.
:)
bak kata Aunt1, kita berbesan dengan BIL.
ahhahaha...

oleh kerana BIL ku adalah anak yatim piatu and his sister (mom to be groom-to-be) adalah quite close with my family, makanya, rombongan lelaki berarak dari my house.
huhuhuhuhu....
kata my long distance cousin (mom to the bride-to-be), kami adalah pengkhianat...
ahhahahaha....
nasib laaaaa...



kami membawa 5 dulang hantaran...
semua dulang ni, adik groom-to-be yang tempah. dekat mana, ayu lupa pulak.. maknya ada cakap the other day but saya adalah lupa..
uhuhu... hampun hampun...



ni yang penting ni...
cincin tunang.. seutas rantai and gula.

yes, gula.
tu adat orang penang. majlis tunang pun derang panggil suap gula.
my BIL adalah anak jati penang ye.. my sis dulu masa tunang pun kena suap gula gak. hahah..

BIL's sis sibuk memasak breakfast untuk rombongan kami. semua yang datang, wajib datang dengan perut kosong and makan kat my house.
while semua orang dok sibuk makan and berborak segala...
tau apa orang yang nak bertunang tu buat???


main PSP bigD!!!
bigD paksa dia selesaikan satu level game hapa nama ntah tu...

kiranya ni cousin bigD... and bigD rapat gak la dengan cousin dia yang sorang nih. tu yang asyik kena buli je tuh. hahaha..


sebelum kami mula baca doa selamat, amik gambar dulu otai otai ni..
dari kiri, mak pengantin, bapak pengantin, my Aunt1, my Aunt2 and my mom.



and later, kami pun berkumpul untuk doa selamat pendek.. mendoakan agar segalanya dipermudahkan... agar jodoh mereka kekal ke akhir hayat... agar segala dugaan dapat mereka tempuh bersama.....

insyaAllah.. amin.

bergambar wajib before gerak.




semua sekali 6 kereta kami pada pagi tu... lead by me.. kiranya kalau ayu nak buat dajal hala ke jalan lain ni best jugak kan?
sebab, derang bukan tau jalan sangat pun..

hahaa.. keji.


dek kerana kami sampai agak awal 10 minute sebelum terima 'Q' dari pihak perempuan suruh masuk.. dengan penuh lepaknya Aunt1 & Aunt2 duduk dalam bonet. ahhahaa..
comel habis!


while all of us busy arranging the hantaran. siapa bawak apa.. riben mana yang senget.. semua nya touch up sesiap la masa nih..



bila dapat 'Q' kami pun berarak la....

ayu berdebar and excited jugak la for this event.. sebabnya, ni pertama kali my BIL akan jadi jurucakap mewakili pihak lelaki.
weeewwiittt!!!!!!!



terpaksa puji ni..
he did a very good job maaaann!!!!!!!!!!

terus rasa nak cari jodoh cepat2 sebab my BIL dah pro jadi tukang cakap. hahaha..
ok meh pang ayu ramai2.
:P

eh serius.. siap pantun segala.. wah wah wah... leh taaahhaaann..




sebagai tanda persetujuan perbincangan, both sides bertukar tepak.

ni adat. adat yang tak patut kita lupa. simbolik sangat. most people dah tak buat. but not my mom. dia akan pastikan benda ni dibuat.
sebelum my BIL bukak mulut, tepak dibukak... bila dah selesai nak mintak persetujuan, tutup tepak and serahkan...
kalau dapat balasan, maknanya kata sepakat dah dicapai...

settle?
jom sarung cincin and suap gula. :)

bakal mak mentua sarung cincin


bakal adik ipar sarung rantai




selesai tu, pihak perempuan membalas hantaran sebanyak tujuh dulang...
all fresh flowers... english concept..
cantik cantik canttttiikk!!!!!

and time semua dah selesai and kami tengah makan kat khemah... orang ni pun sibuk nak datang jugak.. hahaha



tengok la muka happy dia tuh..
tunangan orang... harus la happy...
hahahaha...

(u better behave lepas ni... )

semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat
semoga hidup mereka dilimpahi berkat dan rahmat dan senantiasa dilindungi Allah SWT

to both of them.. congratulations!
:)



Blurbings By,




BannerFans.com

The toothfairy with a lovely fairy.. :)

eh eh! blog saya bersiaran macam biasa hari ni kan?
kepala tuan blog dah ok sikit kot. few weeks ni ting tong memanjang.
bak kata my cousin.. "you are only human".
:)

so anyways, last friday, saya adalah sempat berjimba berjumpa budak sweet nama yaty ni sekejap.
(sempat tengok wayang sekejap katanya)



but since kami sampai sebelum movie starts, kami pun melepak la memakannya diri dulu.



we all tengok wayang kat GSC MidValley.. so, nak cepat & senang makan kat Zen. ayu rasa, everytime i had movie mesti lepak makan kat sini kan?
:)

nampak la sangat Zen ni adik beradik dengan Secret Recipe.. sampai barang2 pun recycle je ye. tttteeettttt!!!!!! :P

i had this..
superlicious sedap crispy chicken salad.
yummyy!!!

and yaty had fish & chips.
baru ku tau.. dia tak gemar pasta.. tak berapa dengan noodle.. let alone nak meratah sayur2 seperti ku...
nasi dia tak nak makan.
so, she ends up with fish & chips.
huuhuhuh....




lepas makan, ke GSC la kami...
bergambar berdua adalah mesti la kan...

so, kami tengok cerita apa?
The Toothfairy...



dari si ganas ni..
menjadi...

dia ni.

kesimpulan yang ayu boleh share, cerita ni menghiburkan.

sesuai nak bawak budak2 or nak jalan2 dengan mak2 budak pun ok. it's a light movie lah. but the values yang nak ditonjolkan tu yang penting.

child development pun ada ditekankan jugak. tak percaya? tahukah anda budak2 membesar dengan imagination?
which is why books are good for them. so, they will imagine and go beyond with knowledge.

same goes dengan cerita ni. fantasy toothfairy tu, senang lenang je si 'the rock' tu lenyapkan. kesian kat the kids. kalau tak, takkan kita sendiri ada cerita rakyat macam pak pandir, sang kancil & etcs kan?

kerana disbelief, dia dihukum menjadi toothfairy tu sendiri.. along the way, macam2 lagi values yang kita boleh muhasabah diri. kalau nak la.. kalau tak nak, duduk gelak sakan je. pun, ok.

paling tak boleh blah ayu gelak sakan, masa toothfairy dah habis task dia.. punya la dia nak keep in touch dengan his guardian tu, siap nak exchange email and siap tanya.. "so u have a blog?? i have a blog..."
ayu & yaty gelak siap pandang muka each other lagi.
;)
(terasa la kot)

siapa yang belum tengok.. go lah. nice movie. melainkan korang dah aim nak tengok cerita lain. pun boleh. lepas tu, buat review ek?
;)



Blurbings By,




BannerFans.com

Kalau dah rezeki.. :) Congrats Anis & Kadzim!


korang ingat tak my wish for my good friend and my colleague sebab tak dapat attend wedding derang?

yang Anis tu, memang Ayu nak sangat pergi sebab she's one of the closest babes kat office ni. masa ayu masuk keje mula2 dulu, semua nya seniors. mahu dari pangkat, ranking and jugak umur. tak lama lepas tu, Anis pulak join. tu yang boleh ngam soi tu....

pucuk dicita ulam mendatang bila Anis bagitau, she can give away slots for me for the groom's side in KL.
rasa macam nak melompat kegembiraan.
uhhuhuhu...

ayu heret mom together. the reception was held at the banquet hall of UPM, Bangi.



masa ayu & mom sampai kebetulan ada dua spot elok2 je dekat dengan buffet spread. pulak tu, senang nak nampak pengantin masuk ke hall later. agak2 je pengantin akan lalu pintu tu, sebab carpet merah ke arah tu. hehehe..



true enough, baru makan sikit, pengantin berarak masuk.
and the normal stuff lah, selawat, doa etc.. pengantin duduk.. kami pun sambung makan bagi settle.

lepas tu, terus ajak mom jumpa pengantin and make a move lah.



and that's Anis.
rasa puas sebab dapat tengok dia berbaju pengantin live. ahha... she's so gorgeous like usual..

congratulations once again babe.
be good!
:)


Blurbings By,




BannerFans.com

Monday, February 8, 2010

Bukan 'Apartment' saya..


a friend of mine.. a very good friend of mine sebenarnya, ajak makan2 kat the curve...
since that saya adalah free and memang agak lama jugak tak jejak the curve, why not.

last jejak the curve adalah masa family bowling tournament tu. (ayat tournament tu.. up up lelebih sekali sekala.. hahaha)


dari mula apartment ni bukak lagi, ayu suka betul dengan konsep nya.. memang rasa macam dalam apartment.
cuma kalau kita berziarah ke apartment kawan2 ataupun sedara mara kita, we don't have to pay for the food.
hahaha.. keji.

kami tiada arah tujuan actually.. dok la aku tanya ko.. ko tanya aku.. ko tanya sana.. aku tanya sini..
yang akhirnya, we end up kat apartment sebab ni je yang tak santak penuh.
yang laaaaiinnn... PENUHNYA yang hamat. siap beratur bagai kat entrance. owh. tak boleh blah.


sedap ni.. siapa pergi apartment silalah order ni ye..
BAKED FISH..
serius sedap..
even dah sejuk pun sedap jugak.

tetiba complaint pasal food sejuk kan?
korang kisah kalau food korang sejuk? ayu seriusly jenis tak kisah. but bukanlah tahap yang sejuk from peti ais kind of sejuk ye.
ni akibat food sejuk sebab bawah kipas or kerana cuaca.. korang kisah?
ayu no hal.

but ada orang kisah...

budak syahrul ni kisah.
hahaha..
(tetiba ko disiarkan dalam blog aku ooiiiii)

dia dok la pegang pinggan segala to make sure that the food is not a pre-heated food.
(ye..sila pegang pinggan anda untuk memastikan makanan itu adalah si masak..kalau dia panaskan..pinggan mangkuk segala adalah sejuk)
masalahnya.. bukanlah food tu sejuk sangat pun. it's suam ok. sejuk pun sebab i was waiting for his food.
duduk pulak tu bawah kipas.
jadinya? obviously bukan salah tukang masak kan?
ahhahaa... pasal makanan panas sejuk ni pun boleh ayu berargue dengan dia sesambil makan tu.

we all kenal dari matric masa kat uia dulu lagi... gila kentang punya lama.. since 1997 tu.
ramai actually se'gang' la dulu konon... but bukan senang nak gather kan everyone. now, banyak main jumpa runcit2 gini je.

tengok la macam mana.. kalau ada rezeki nak jugak gather kan semua ala reunion.. insyaAllah lah..kalau ada rezeki..

punya la macam2 topik keluar.. tak boleh blah punya bergelak tak hengat. sampai la si Aaron Aziz duduk kat meja sebelah. terus ayu behave.
muakakakaka.. keji kan?
handsome nya umat yang sorang tttuuu...
sempoi je kot dia malam tu, but handsomenya...

syahrul rasa macam nak ketuk2 je kepala ayu kot. mulut bercakap dengan dia.. mata kepala segala dok menebeng usha Aaron.
(tu la ko.. makan tak habis siapa suruh)

tetiba.

kesian kat ayam tu.
ahhahahahaa....

Blurbings By,




BannerFans.com

Sunday, February 7, 2010

For Baby Ammar...

if you're a nuffnanger's i am very sure all of you dah pun baca kisah charity project for baby ammar ni kan?

kalau belum, let me copy paste the story untuk you all kat sini, ok?
(quoted from nuffnang web)

2-year-old Ammar Danish has suffered from Patent Ductus Arteriosus (PDA) since birth. He has a hole in his heart which results in oxygenated blood and non-oxygenated blood mixing together, which in turn puts a lot of strain on his heart and lung arteries. In some cases, the hole eventually seals itself up after some time, but during a routine checkup on 11 January 2010, it was clear that that wasn’t the case with Baby Ammar and doctors pronounced surgery as being necessary to prevent the situation from growing worse.

Baby Ammar’s mother is Nuffnanger Azmaniza bt Mohamad Kamal, who blogs at http://mylife-asz.blogspot.com. When this misfortune was brought to our attention by some concerned Nuffnangers, we immediately felt compelled to do something to help a member of our community. The deposit for the surgery to close the PDA will cost RM12,000 and is a tremendous burden for Azmaniza, a full-time working mom with five children to feed.

ammar2


and, kalau korang pun nak menyokong and sama2 sudi untuk membantu baby ammar.. come come.. senang je..
below are the same steps ayu amik from nuffnang web.

1. Enable ‘Show Charity Ads’ in your Blog Manager preferences for the duration of this fundraiser. You will not be paid for displaying the ads, but the ads will greatly help to promote this cause to more people who might be willing to do something for Baby Ammar.

2. Blog about Baby Ammar’s condition, and include a link to this Nuffnang blog post so that your readers will know where to go for more information. Again, this will also do a great service to Baby Ammar by spreading the word about his condition.

3. Make a donation to Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank). Every little bit helps, so please do contribute any amount you can.


InsyaAllah, the surgery akan berlangsung on the 22nd Feb.. kita sama2 doakan funding and segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Kalau you all nak baca the latest updates on Ammar and his family, you can visit his mom' blog here... http://mylife-asz.blogspot.com/

Semoga Allah memperkenankan usaha kita semua and mendengar doa kita. Amin.

Blurbings By,




BannerFans.com

siti situ sana sini

siti mana?
siti amiha ayu leeee...
:P

macam biasa la kan.. kalau weekend je.. harus la dengan event family..
rasanya kalau nak timbang kati.. boleh buat pusat recycle dah ni cerita weddings & family.
muakakakakakaa...
(tetiba feeling Kapten Kit)



so anyways, balik from the kursus jenazah, me & mom laju2 solat zohor and siap untuk attend wedding.

kali ni, Aunt1 join sama.
gambar wedding segala adalah normal2 belaka so, tak payah la nak review apa ek? uhhuhuhu...

but gambar Aunt1 and her son and grandson.. ayu tepek.
tiga generasi gitu.
and, Aunt1 and her grandson tu, shares the same birthdate.



next, kami berdua join sis & family kat rumah best friend bigD.
dia buat gath sebab budak2 ni dah dari mengiau sampai tahap mengaum sebab lama tak berjumpa...

hahaha...
mak pak la bernanah telinga hari2 tanya bila nak jumpa.. bila nak jumpa..
nasib badan....


bila dah jumpa.. punya la derang seronok...

semoga persahabatan and silaturrahim mereka ni berkekalan la hendaknya sampai bila2...
seronok tengok..
dari friends, dah jadi family friends dah ni..
:)



and tuan rumah adalah menghidangkan food yang sunguh2 meruntun jiwa and mengoyak diet ye..
haih.. haih.. haih..
(kalau boleh sila sebut dalam 300 kali haih ni)

dalam banyak2 tu, paling sinful is the one yang bawah kanan.
its cheese ok.
pure cheese.
pekat likat sedap meletop.
ayu amik satu and terus diam. tak makan yang lain dah.




comey dok?
ni nama dia zara gak ni...
look at her beautiful eyes....
GGEERAAAMM!!!!

huhuhu..
thanks to KakLin & AbgIzlan selaku tuan rumah sebab sudi menjadikan rumah anda port melepak kali ni.
so, next activity?
(ceh nyibuk je .. padahal tumpang happy2 je..)




Blurbings By,




BannerFans.com

Ke sana jua akhirnya nanti...

my cousin texted me informing pasal bengkel kursus jenazah yang will be held dekat masjid bulat, seksyen 14.

i quickly called mom at home tanya dia jadual weekend tu. my priority during weekend memang untuk mom. yelah, weekdays dia dah kat rumah je kan, so mana2 dia nak pergi during weekend, memang ayu akan bawak and turutkan.



but of course, mom will tolerate if i have plans la. thats not an issue at all.
so, bila ayu ceritakan kat mom text from my cousin ni, she wanted to tag along too. dia kata, boleh refresh balik kursus yang dia pernah attend dulu.


uiii... nampak tu.. masuk percuma katanya.
memang free pun.. semua pun free..
(ngeri)


ni tempat praktikal untuk kaum muslimah...
but praktikal is showed later...

masa kami mula-mula sampai, kami diberi penerangan secara general on keseluruhan konsep and the important steps yang perlu kita lakukan in the case of nazak, awal kematian and tindakan seterusnya...
and i tell you, kalau korang semua ada peluang nak pergi dengar such bengkel or kursus, pergi lah..


lepas the general information, diaorang explain a little deep more on the doa yang patut kita baca ketika pengurusan jenazah.
and the book showed above adalah bagus.

kalau korang terjumpa, belilah. explanationnya faham and korang tak de la pening dengan ayat-ayat yang berbunga-bunga yang kadang-kadang kita pun jadi mudah confuse and rasa macam faham rupanya tak faham.
huhuhu....


settle teori, kami diasingkan kepada dua bahagian, muslim dan muslimah.
pengurusan untuk muslimah lebih lama sikit.. sebab, untuk muslimah derang ajar from raw. dari kain yang belum dipotong segala.
and yang muslimah kami guna model ok.

ajk masjid sendiri yang menjadi model untuk kami hari tu.
dah nama pun in the neighbourhood, so, memang ayu & mom kenal sangat2 dengan semua yang terlibat.

memang sangat detail la explanation and ilmu yang diexplain untuk kami semua.. kesia model sampai cramp cramp kaki..

selesai semua, ada la light refreshments untuk kami semua.

ayu teruja sebab pihak masjid promised to do it more comprehensive di masa hadapan.
mungkin bengkel tu, akan dibuat dengan lebh terperinci sehingga ke liang lahad.

so kawan-kawan, kalau lah korang ada kesempatan and ada peluang, attend lah kursus-kursus macam ni.
jangan takut, kursus-kursus macam ni, bukannya ada exam ke apa. just untuk knowledge kita. apa-apa hal, insyaAllah boleh la kita bertindak apa-apa yang patut.

tak la pulak ayu kata, ayu pergi ni, ayu dah pandai.
NO.
i will be attending more and more of any types of programmes. tak kisah la program apa.. selagi ianya boleh menambahkan ilmu untuk kita.. tak salah kan?
kita ni, sama-sama manusia biasa.. kehidupan ni sendiri adalah pelajaran paling hebat kita.



Blurbings By,




BannerFans.com