Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Keras von duduk dalam kereta...

Kisah tragik Ramadhan kedua ku. Hahahahaah....
Macam ni, mom ada medical checkup puasa kedua tu. Last her checkup ni last year tau. Ni bukan yang masalah hari tu.. ni lain. Ni checkup yang biasa je. Like high blood, cholestrol etc...


So, kisahnya dah alang2 Ayu  bercuti, before pergi checkup mom, ambil lah kesempatan run her errands sesiap. Selesai solat macam tu, baru gerak ke hospital. 

Selalu memang Ayu akan drop mom dulu and Ayu akan gerak cari parking. Owh my parking di PPUM memang terkenal lah dengan penuh kusut etcnya.
Memang mencabar iman.

Settle parking, Ayu akan cari mom. Selalunya, if dia rasa sihat and kuat, dia akan slow slow pergi bagi her medical card and tunggu siap2 di depan bilik rawatan. So kali ni, bukan je tunggu siap2 di depan bilik rawatan, siap dah ada kawan baru berborak bagai plus chop tempat untuk Ayu di sebelah dia. Haha.
Clever.mom.of.mine.

Alhamdulillah her blood result are all ok.
Yay! Syukur...
Tq Allah! 

Selesai checkup the normal routine.
Take number for next appointment - Mom tunggu next appointment -Ayu settle bayaran ubat & tunggu ubat.



Surprisingly, even though ramai, semuanya berjalan lancar.
We are done by 4pm.
Kira cepat la tu if semua process tu settle in an hour. If not, tunggu ubat je dah 2jam! Itu pun bahagi dua kerjanya. 
Kesian tengok those yang datang alone. Warga emas pulak tu.

So anyways, kami yang happy ni pun jalan lah dua beranak naik lift menghala ke parking. Sambil borak2, siap Ayu sempat update sis and BIL mom's result semua.

Masuk kereta. Keluar from parking lot and tak bergerak.
Eh.kenapa.ni??????

Dan kami parking di level 6 yeeeeeeeee.....

Rupanya, traffic jam tu bermula dari main road depan PPUM tu hah. Can you imagine that? Melarat sampai ke tingkat 6 dalam parking nunnnnnnn.
Tepat 415pm dalam kereta.

Sampai rumah?
Tepat 705pm.
Paling kesian dengan mom. Kaki dia lama tergantung duduk dalam kereta, nak turun ,masa sampai rumah tu terus cramp. :(

The next day, Ramadhan kami macam biasa. Alhamdulillah.

Nothing beats breaking fast dengan family tercinta. 

Selesai diary Ramadhan 2 and 3 untuk 2013. 
(",)

Monday, October 29, 2012

Salam Aidiladha...

*bunyi jari meletop*

keyboard ni kalau boleh bercakap agaknya dia buat muka terkejut siap naik bulu roma terperanjat tindakan tuan dia yang decided to err... update blog?
tuan dia sendiri sedang terperanjat.

but anyways, masih belum terlambat rasanya untuk Ayu ucapkan Salam Aidiladha untuk semua yang membaca. Semoga Aidiladha kali ni memberi seribu rahmat dan pengertian korban itu lebih didalami dengan lebih bermakna oleh kita semua, InsyaAllah.

Hari Raya Aidiladha kali ni, sangat Ayu dalami.
Pengertian pengorbanan itu sendiri memang sangat Ayu dalami berbanding tahun sebelum ini. Macam2 perkara yang Ayu tempuhi sejak dua menjak ini sangat mengajar erti pengorbanan dan pengamatan muhasabah diri sangat2.

Cuma sedikit ralat sebab tak berpeluang bercuti awal membantu sis & mom apa yang patut untuk juadah raya. Disebabkan saya tidak berkenderaan, LRT sedikit lewat dan tidak berpeluang bercuti sebab saya sendiri baru sahaja pulang ke kerja dari cuti sakit.



Seperti routine selalu, kami bangun awal untuk memanaskan apa yang patut. Dan terus mandi sunat raya, dan terus bersiap untuk ke masjid berhampiran untuk solat sunat raya.

But!
Sebelum kami bergegas bersiap untuk solat raya, mom received a phone call.

My cousin sister & her family terlibat dalam kemalangan jalan raya malam sebelumnya and now dirawat di Hospital Sg Buloh. But only the girls kat situ... yang boys ada dekat Hospital Kuala Kubu Baru.

Our heart broken.
Raya is far off from the the word joy.
Our mind, heart and attention are all for my cousin and her family.
Plus, it is her birthday that day. The whole family planned to celebrate raya at her place and sekali gus gath for her birthday.

Called all available.
Few notes informed:
1. My cousin's husband and 2nd son were at Hosp Kuala Kubu Baru
2. All girls ( my cousin, and her two daughters) were sent to Hosp Sg Buloh due to their serius injuries. Especially the youngest.
3. They were driving naik bukit malam raya tu nak ke kedai membeli few barang.
4. Kereta dari arah bertentangan menuruni bukit masuk their lane and hit them hard. Kemungkinan besar mabuk.

How bad? How are they?
NO CLUE AT ALL.

Usai solat, we all rushed to Hosp Sg Buloh.
Membabi buta sungguh. Sampai sana baru teringat ada waktu melawat. 12:30 - 2:30 pm and 4:30 - 7:30 pm..
Waktu kami sampai tu what time?
10:30am. Nice.

Macam mana lah keadaan my cousin. Handling two kids and dia sendiri entah luka macam mana siapa tengokkan.

Setelah dipujuk rayu, kami semua lepas dibenarkan masuk. Sebab ini kes emergency.


Speechless.
Ayu nak cerita pun tak tau macam mana.

Kecederaan:
1. My cousin's husband, fractured tulang kaki kanan dan tulang bahu. lebam keseluruhan badan dan berjahit di lengan kiri.
2. My nephew cedera ringan dia bahagian kepala dan bahagian mulut akibat terhentak. Sedikit bengkak and bibir luka.
3. My cousin, bengkak muka dia keseluruhan muka kiri. Patah gigi hadapan. Bruises dan luka di kiri kanan kaki.
3. My elder niece, fractured tulang pipi kanan. Keseluruhan muka membengkak termasuk mata kanan sehingga tertutup. Lebam dan luka kecil di bahagian kanan badan.\
4. My youngest niece, luka teruk di bahagian belakang kepala, dahi kiri hadapan, muka bengkak mungkin also fractured tulang pipi kiri sehingga mata kiri tertutup dan bengkak dan patah tulang peha kanan. Kehilangan banyak darah sehingga terpaksa dimasukkan 1 pain darah. :(

*luluh hati*


I can't continue typing anymore.

Mohon doa kalian untuk segera keluarga sepupu saya sembuh dan move on from this trauma.
Amin. TQ.



Blurbings By,



BannerFans.com