Wednesday, April 25, 2012

WW - Work Overload


Blurbings By,




BannerFans.com

Friday, April 20, 2012

LOL



Blurbings By,




BannerFans.com

Tuesday, April 17, 2012

Tropical Herbs Post Natal Care (AMWAY)

Entry khas buat ibu ibu mengandung yang masih mencari set bersalin yang sesuai...
I know, saya belum punya pengalaman sendiri untuk bercerita tetapi, kakak saya dan ramai lagi saudara serta rakan-rakan rapat saya yang sudah menggunakannya.

Kalau mereka tidak berpuas hati, mustahil saya menulis entry ini.
My purpose is only one, to help other women out there. (",)

Straight to the point lah ye.

Set bersalin keluaran Amway ini, or nama dalam catalog nya ialah Tropical Herbs Post Natal Care ini mengandungi 10 items di dalamnya.

1.   Lepas Bersalin 1(After Birth 1) dan Lepas Bersalin 2 (After Birth 2). - pil
2.   Herba pembersih wanita.
3.   Herba mandian.
4.   Minyak urut herba.
5.   Campuran Peramping Perut.
6.   Bengkung.
7.   Herbal tea.
8.   Campuran penenang.
9.   Minyak bayi.
10. Campuran penghangat badan.

From my love ones, I understand pregnancy adalah masa yang sangat istimewa dalam hidup setiap wanita. Makan dengan baik dan menjaga patut dan tenang adalah sangat penting sebab boleh membekalkan keperluan pemakanan bayi.

Jadi, penjagaan dalam pantang ni adalah sama seperti yang penting kerana ibu baru memerlukan untuk mendapatkan semula tenaga dan daya hidup ibu itu sendiri, serta penjagaan untuk bayi yang dilahirkan.

Dalam kebanyakan kebudayaan Asia, tempoh berpantang ialah masa apabila ibu-ibu baru yang dipelihara kembali kepada kesihatan, biasanya dengan gabungan makanan yang dipilih khas, herba dan amalan tradisional yang lain. So, cara jaga masing-masing selalunya kita akan follow macam mana mak kita jaga kita.


Dua jenis penggunaan.
Untuk penggunaan lisan:
Teh herba, Selepas Kelahiran 1 dan Selepas Kelahiran 2

Untuk Kegunaan Luaran:
Douche Herba, Mandian Herba, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Firming Blend herba, Memanaskan Blend herba, dan Menenangkan Blend Herba.


Ok. Apa kebaikan Tropical Herbs Post Natal Care ni?

  • Satu penyelesaian yang lengkap herba untuk membantu ibu baru mendapatkan semula susuk tubuh, dalaman dan luaran, cepat dan mudah.
  • Mempunyai 10 komponen herba yang digunakan dalam tempoh 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru selepas bersalin. Termasuk bengkung.
  • Rumusan tropika yang mengandungi herba yang telah digunakan secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Melayu untuk membantu dalam pemulihan ibu baru semasa bersalin.
  • Lengkap dan mudah. Menawarkan penyelesaian yang mudah. Semua yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk adalah pra-diukur dan sedia untuk digunakan.
  • Tiada warna perisa, tiruan, atau bahan pengawet tambahan.
  • Menggunakan kapsul sayur-sayuran. Minyak yang digunakan adalah berasaskan tumbuhan. Jadi ianyasesuai untuk vegetarian dan mereka yang mempunyai sekatan agama.
  • Pengeluar herba yang berwibawa dalam pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini fulfills the Biro Pengawalan Farmasuetikal Kebangsaan/Drug Control Authority (BPFK/DCA) criteria for Good Manufacturing Practices (GMP).

Harga retail kalau bukan ahli Amway ialah RM 308 satu set  (updated as at 17th April 2013).

Tapi, bagi yang berminat membeli melalui HotRacks, boleh email kan kepada siti.amiha.ayu@gmail.com dengan subject: Set Bersalin Amway dengan harga hanya RM 285.

Yes, saya dah kata, saya sekadar membantu. Siapa yang berminat, just email ok? Btw, kalau yang jauh dari Klang Valley (atau yang terpaksa Ayu post), I will use PosLaju services and I will inform you the postal charges nanti.

Follow HotRacks at their FB page: http://www.facebook.com/pages/Hotracks/127630524058126

Love, Ayu

Friday, April 13, 2012

Yang manakah anda???

1. Taichi


Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.



2. Boxing

Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.



3. Silat Pulut

Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.



4. Samurai dan Cowboy

Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.



5. Kungfu Bruce Lee

Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.



6. Ninja

Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.



7. Rambo

Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.



8. Kungfu Jackie Chan

Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.



9. Street Fighter

Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.



10. WWE Wrestling

Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik tapi referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.


Blurbings By,





BannerFans.com

Wednesday, April 11, 2012

Happy 43rd Birthday!!!


Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan Abang Iparku....
Allah selamatkan kamuuuuuu....

Happy Birthday dear BIL..
May Allah bless you and your love ones here, and the hereafter, InsyaAllah...Amin.
Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan ditetapkan iman.
Amin.

Enjoy your day.
xoxo

Friday, April 6, 2012

3 hari berderet.... demi adik.

harap maklum kalau entry ni hujung main layan caption gambar jer.
ini entry sepanjang perjalanan sebelum semasa and ketika wedding Yanok.
kenapa dia ada entry? (wah sekarang semua kena explain...kang orang spekuuuuu)
sebab dia adik saya.
adik lain mak, lain pak, lain size, lain color.
kenal via blog je... pastu sesama jadi committee as GBM under redmummy.com .
itu yang official.
yang unofficial.. she's my junior in IIU. yup, dah keluar UIA baru tau dia junior. and dia batch juniors yang i kenal. siap sama batch with my cousin lagi.
and most importantly, we clicked.
like real clicked. dalam dunia ni, dia sorang je panggil saya Kak Long.
so, enough explaining?
owh yeah... she's always there for me. memang lah baru rapat all... but she seems to know.. my sorrow... when i'm down... ada je lawak zimbabwe yang muncul from her. she's lonjong, super beautiful, sengal most of the time... owh kaki merajuk... but dia adik saya.
:)

punya panjang mukadimah.
sah la hujung2 ni main caption jer.

so.... since dia bertunang lagi, dia dah pesan..
"Kak Long kena datang Yan nikah, kawin semua... janji tau"
korang boleh imagine dihantui statement tu for a year plus??????

semakin dekat tarikh... dia up guest wajib dia which is my mom...
makin dekat...dia up lagi my sis semua.. (so i pass suruh dia jemput sendiri kat FB all.. cz tak nak lah kacau jadual budak2 nak school semua)
makin lagi dekat dia up lagi list wajib dia my friend and his mom.
sampai la masa dia serahkan her wedding card....
ok siap suruh janji depan2 will come all...
me & mom saje usik masa tu kata tak leh datang... dia punya muncung..masyaallahhhh boleh sangkut baju!

nasib baik dia tinggi.
nak luku tak sampai.
grrrr...
(tak sampai nak luku pun... nama pun adik...)

team #rmgbm macam biasa.
kita ada behind the scene email and bbm group yang tak include pengantin untuk sesi perbincangan hadiah, hotel & plan etcs.
bincang sampai dapat kata sepakat.
still open for sebarang pindaan. tiada paksaan.

pum pam pum pam...sampai la tarikh dia nak nikah...
which is 30.03.12 yang lepas.
my day started early. bukan sahaja sebab nak travel.
but also sebab i am still working that day.

so, bangun awal untuk packing etcs.
lepas tu amikkan wedding cake Yanok.

 her hantaran cake


her makan2 with family cake


since that i am working and menumpang kereta orang.
and since that Rose & Sid akan gerak dulu ke Seremban and sampai way earlier than us...
makanya, saya adalah meminta pertolongan Rose untuk bawak cake2 ni ke Seremban.

so pagi amik cake kat PJ - bawak g office tumpang firdge kitchen - lunch time pass kat Rose - Rose bawak g Seremban - inform Yan - Yan's side datang amik.
Settle.

Alhamdulillah.
Tq Rose & Sid. :)

now my journey lak, my friend and his mom will fetch my mom and later fetch me and off to Seremban.
kereta memang dari awal dah relocate ke tempat lain untuk perlindungan.
wah bunyi sangat CSI. haha.



so off we go to Seremban.
Lekas Highway memang lekas.
from office 5pm, reached dalam 6pm.
bukan di Seremban. Masuk bilik Seri Malaysia, Seremban tu at 6pm.

hebat Lekas Highway kan?
:D

sekali bilik tingkat 3 daaaaaa....
tak de lift lak tu......
mak mak ni acaner????
lutut memasing very the OKU.

momantai. lets mintak tukar.
alhamdulillah dapat kat level 1. phew.
Alhamdulillah.

pastu gaya nak rest kejap sebelum nak siap for Yan's nikah...
ada perkara berbangkit sikit.
panic la jugak.
sebab bukan kat KL nak solve everything.
but alhamdulillah all is well.
tapi tu lah. terus terlambat sikit nak gerak for her nikah.

yang penting semua selamat.
we all sampai and masuk sekali dengan rombongan pihak lelaki.
muka tenang je join in the rombongan.
hahahhaa...
#takmalusugguh

since masuk pun dengan rombongan.
lupakan saje lah hasrat nak duduk dalam ke apa...
makanya.. moh cari seat kat meja makan and layan ikut screen je.
janji hado.

 mak mak yang mengebat tak hengat for 3 days


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz... my adik dah selamat jadi seorang isteri..
Alhamdulillah..... :)

settle derang dinikahkan... MC annouce je boleh makan.. lajuuu bangun...
dah 10pm ++ keroncong perut.....
padahal part nikah semua mic tak berapa clear... alih2 part makan dengar clear lak.
#kbye

settle makan... Yanok & Bojeng keluar bersanding kat pelamin luar lak. tempat kami makan tu...
so dapat la peluk cium dia sume....
she is so gorgeous that night.
sesangat lawaaaaa.....

pastu, we all buat rombongan masuk dalam rumah.
tengok pelamin nikah.
tengok hantaran.
tengok bilik pengantin.

segala apa yang jadi waktu ni, silalah usha blog kak red or sid.
only if derang cerita detail lah. :D

selesai buat rondaan, bergambar with pengantin.

 memula gambar pengantin dulu.
aloh comeynya adik2 Kak Long ni....


 lepas tu gambar kami #rmgbm
pic: redmummy.com

selesai semua.. kami pun pulang ke hotel...
freshen up.
solat.
mak tido.
my friend lapar. ajak cari makanan.
keluar sampai Seremban2 nun ada McD 24 hours coz A&W kat Seremban dah habis makanan. boleh?
pastu balik, cuci muka.
kabooommm....
ZZZzzzzzZZZZZZzzzz....

sebilik dengan mak memang best.
alarm adalah tak perlu.
tepat 6am dah ada bunyi yang repetitive.
"Ayu .. bangun.. subuh..." X100

bangun.
mandi.
solat.
breakfast.

lepas breakfast, mak ajak my friend and his mom jalan2 dengan we all.
melawat sahabat karib ku....
ni entry lain aaaaaaaa...
entry jadi pelarian pun on hold.
entry sahabat karib ni pun on hold.
sabar sabar.

pastu back to hotel.
solat zohor.
siap for reception.


 mak mak yang serba hijau.



memang ditakdirkan forever masuk dengan rombongan lelaki.
sah la kami ni pemalu nak masuk sendiri.
:D

tapi sedar diri lah.. masuk pun belakang2.
kang confuse family Bojeng ada manusia2 sesat cakap utara kat rombongan derang kang.
pekat likat weiii cakap nogori memasing...


 budak kompang cilik + comey



my sedara ada pesan kat mom. if jumpa menteri besar N9, mintak tolong pass kan kad kawin cucunya...
since ternampak kereta YB masuk.. kami pun nebenglah tepi tu... mom berborak kejap all pass card segala.. selesai amanah.

nama pun datang dengan rombongan.
memang sah peak hours.
jadi semua tempat penuh.

 the buffet spread

 pasukan nyanyi

but itulah kelebihan bawak mak mak.
jumpa dua seat dulu pun jadi lah.
derang duduk.
derang will borak dengan orang kat meja yang tengah makan tu.
sampai derang bangun bye bye.
pastu derang book the whole table.
sementara RedFamily, Rose&Mia and Sid melayan ice cream dulu.
me & my friend dah start beratur amik food.

by the time semua sampai.
meja dah clear.
good job moms!
:D


 mana pengantin?


 tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

lawa kan.
love everything.
her make up.
her dresses.
her concept.
semuanya lah.

cantik da bomb!


petua makan kenduri degan warga emas.
especially kalau keadaan sesak.
skill memerlukan atleast dua orang.
step 1:
sorang amik dua pinggan siap sudu garfu + tissue.
pastu letak nasi penuh2 untuk dua orang makan dalam satu pinggan.
pastu hantar to warga2 emas tersebut and mintak tolong bahagi nasi dalam pinggan yang kosong tu gak.
step 2:
cari disposable mangkuk like that or pinggan makan kosong pun boleh.
letak semua lauk ala hidang at home and bawak to meja.
step 3:
amik pinggan kosong and sekali harung amik air dalam 4 gelas.
satu pinggan boleh letak 4 gelas bersize standard.

maka makanlah nasi berhidang bersama2.

 kenyang perut layan ice cream lak

dah selesai makan etcs..
kami pun beransur la.

nak balik KL lagi.
macam2 agenda lagi ada.

since tak sempat tunggu dia potong cake..
tunjuk gambar cake je la eh?

 wedding cake yanok & bojeng

gambar berkumpulan boleh dilihat di redmummy.com
(cemana leh terbabas nak upload..isk. ampuns)

but... ni gambar tak terbabas...


tahniah adik2 tersayang...
after all the ups and down.
u guys made it!
alhamdulillah.
akak always doakan yang terbaik for both of u.
muah muah
xoxo.



gambar wajib.
love u yan.
(gambar yan menggomol pipiku tidak boleh disiarkan sbb kesian kat bojeng first kiss dapat kat kak long. #eh)

lepas dah peluk cium gomol pengantin. kami pun beransur.
but we can't tinggalkan majlis tanpa berjumpa and berterima kasih dengan orang paling penting dalam hidup yan and also for the majlis.

 yan's parents (comey kan?)


Congrats Uncle & Aunty....
TQ for having us.
TQ for the layanan all.

 jom balik.

sebelum masuk Lekas Highway nak balik KL, kami singgah pekena cendol dulu kat cendol Hj Shariff.
also entry lain aaaaa.... 
:D

sampai PJ dalam 7pm.
solat all.
my cousin datang cz nak bawak we all pegi rumah our relative.
also ada kenduri kawin.
kena la tunjuk muka.
balik rumah dalam 11pm.
and terus lesap kaboommm...
al-fenats.

esoknya, bangun awal.
sebab kena jadi comittee menyambut kat rumah sedara tu.
stayed at the kenduri sampai 4pm.
balik rumah.
rest.
siap.
off to PWTC.
(typing this again makes me recall how tiring that weekend of mine are)

so anyways... setiba di PWTC...


cak!
dua budak comot ni sambut.
hahahaha


 pelamin minang

lawa kan???
saya pun from kepulauan sumatera gak.
but saya berdarah bilah, mendailing + kualoh.
ini minang.

tak lari jauh.
but memang unique and best to experienced semua ni.


comey kan?
bukan mak dia.
tu budak panda tu...
gerammmmm.....
baik budi sungguh. x de bunyi.

masa ni we all tengah selesaikan issue sikit.
normal lah wedding.
kita tolerate sudah.
:)
yang penting kerjasama.

mari kita usha ahli jemaah meja:

 me & mom

 my friend & his mom

 RM, RD & RB
(dah macam robot pakai code name)

 Rose & Affa

 Sid & AK
(date yang tdk disengajakan)

majlis starts with masuk nya all the VIPs etc.
lepas tu Yan naik tandu sampai setengah dewan. Bojeng jalan kaki. ksian.
then, Yan pun sesama jalan with bojeng menuju pelamin.

pastu merenjis.
pastu derang turun makan.
lepas tu semua boleh start makan.
pastu ada Aishah menyanyi sedap giler.
pastu ada performance tarian kebudayaan Minang + Negeri Sembilan.
pastu makan sedap.
ko mampu hidang petai rebung dalam PWTC?
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

mana gamba?
nama pun makan.
kurang sopan tau amik gambar sambil makan.
hormat la sikit majlis orang.
(padahal tangan mulut semua busy makan)

pastu cuci mulut time.
pastu Yan's dad bagi speech.

masa speech ni sweet.
rahsia Allah siapa yang tau kan?
years ago, before Yan was born... Bojeng's dad ada urusan with Yan's dad. 
masa berjumpa tu... Bojeng's dad datang bawak salah seorang dari anak dia sesama.
Since belum ada anak, Yan's dad berseloroh mintak nak anak Bojeng's dad ni sorang bagi kat dia...
Bojeng's dad terima offer tu.. but Yan's dad pepandai la pujuk budak tu.
mission gagal. budak tu tak nak ikut.
years passes by.....
budak yang Yan's dad ask to be his son tu is Bojeng.
bukan takat bapak nya nak.. dengan anak dia sekali nak jugak.(sambil jeling kat Yan)
:)

jodoh di tangan Allah.
doa je yang terbaik.
InsyaAllah...
Allah knows best.

selesai berucap.
balik time.
sementara tunggu pemberaturan panjang tu.
moh bergambar.


 team coklat tengah hitam tepi
(padahal baju kak red adalah purple. lighting telah mengcoklatkan dia)


 team mak mak

 team coklat

gambar team coklat ni paling mahal dan mempunyai nilai estitika yang tinggi.
sebab.....


blogger jutawan jadi photog.
dia punya bising suruh pusing sana. pusing sini.
hahahaha..

tq kak redddd...
:D
nanti ayu upah belanja ice cream ok?


 sedara mara Yan


 yay! dah sampai!


congrats adik2...
jaga diri bebaik.
enjoy ur new journey.
:)
treasure every moment.



  hadiah kecil dari kami, keluarga #rmgbm


semoga cinta kalian till Jannah.

selesai entry wedding adikku.
i am so happy for her.

(crocodile tears or happiness)


Blurbings By,






BannerFans.com