bila KakRed dah perasan banner tu! dia punyer lah menjerit panggil bro Sirman soh amik gamba dia cepat2....
glad she loves it.. :)
Alhamdulillah....
masa tengah dok kalut bentang tikar, bentang kain batik KakRed segala.. terperasan ada la Santarina dok berboyot2 bawak plastic besar kaler putih...
sapa lagik kalau bukan si AyuSolo . ruginya aku tak dpt nak tngkap gamba ko kan?
mamarazzi tangan penuh.. x sempat nak snap few best shots!
will definitely merayap to banyak blog yang ada banyak sangat gamba2 yang menarik later... :)
apa yang ayusolo bawak?
a special surprise from Farihah !!!!!!!
how i wish you were here la babe... serius ly, semangat Farihah mmg amat terasa.. thanks for all the pesanan & prayers.. *hugs*
ok.. acara petang tu, dimulakan dengan bacaan doa oleh Diana-K. eh! silap... oleh Bojeng. tolak sana, tolak sini, akhirnya Bojeng lah the choosen one! :)
bravo!
ko kan yan.. boleh tak dengar abang Bojeng ko tgh berdoa tuh.. ni dok la tergelak sana sini.. isk! cubit kang! :P
pastu, yan selaku MC pass the floor to KakRed untuk her sepatah dua kata.. terselit juga kata2 maaf kerana map kurang tepat (itu bahasa molek) atau bahasa dalam hati (map tak tepat langsung! en google jahat! isk!)...
lepas tu, Kak Red pass the floor to Rose lak untuk RedChill, our ice breaking item. ~mmg ade ice involvement and sangat best.. lebih best sbb komiti tak kena!!! (sambil wat muka eksyen...muaahhahahha!!!!)
RedChill ni, mmg 100% idea Rose. semua game is 100% from Rose. clap clap untuk Rose!
concept RedChill ni, kena bawak kuar seberapa banyak pebbles yang mungkin from our Chill pool and group mana yang dapat kutip kuar menggunakan kaki pebbles terbanyak, wins!
~ maksud tersirat kat sini nak bagi korang yang tak penah kenal live satu sama lain berkerjasama and sekali gus berkenalan sebb korang dh di team up kan oleh game nih.. termasuk la tukang2 sorak yang menggamatkan keadaan walau hakikatnya korang tak kenal sapa yg di sorakkan tu kannnnn...... :)
pastu, AbgPhotog & AkakReporter soh kami berkumpul bergamba beramai2. gamba sila lah tengok kat blog Red Diva kita yer.. mmg ayu x sempat langsung nak pass kan camera kat sesapa...
yang sempat amik gamba RedFamily nih jer.. tu pun zoom in pada jauh..ater, teman ada tugas babe.. :)
pastu, jemput lah makan...makanan sumer sedap2 ek? alhamdulillah...
berbakat d dapur nampaknya reddies kak red ni yer.. bagus bagus... leh la wat potluck lagi..sapa nak jadi komiti??? angkat keyboard tinggi2!!!!
ok, next games untuk kids... kena la amik tawan hati bebudak kan? kang derang tantrum kang..sian mak pak x dapat nak bermesra.. dh mcm family day pun, yer jugak nih kan? terbaik!
CANDY ATTACK! ha.. nama cam glamer. hakikatnya main rebut gula2 tu ha.. mcm mana nak menang and apa hadiahnya? itu lah hadiahnya.. kalau nak banyak, kaup la banyak...
kami tabur sumer candy & sweets kat atas tikar and susun atur budak2 ni jauh sikit.. pastu, derang pun berlari la kaup sumer sweets yang ada tabur kat situ..
Candy Attack ni, Daela yang in charge. kami bagi2 sama rata tugasan hari tu yer..
kanak2 kan.. mmg lah gembira and jujur.. derang bukan kenal pun with one another tapi, layan jer main sesama... ada yang siap kaup candy pastu, bagi share ngan yg lain.. sudahnya, ayu kena bagitau yang the candy tu dia yang punyer jangan bagi orang... huhuuhu...
si Azim yang comey tuh.. alah anak Mrs.taj tu.. mmg terbaik la! dia kutip dia letak balik.. pastu dia kutip, dia letak balik.. sudahnya dapat la dua ketul kot? tul ker Mrs.Taj? nanti kita exchange link ek? ;)
lepas tu, kita sambung makan lagik...
dah agak2 derang dh mula senyap, kami pun mulakan next game, which is RedBites! haaa.. game ni, turn Ayu lak yang handle.. tapi, RedBites nih mmg memerlukan khidmat semua GBM lah.. kami beramai2 kena tolong pegang kan string.
syarat game ni pulak, Diva Merah kita nih, sendiri akan pilih the 10 lucky people untuk participate. kami buat dua round game nih.. satu round 5 orang main and sapa yang makan habis dulu, consider menang... :)
cabaran mmg amat banyak la ek.. lagi satu, kenapa KakRed yang kena pilih? sbbnya, masa ni la korang kena tunjuk sporting and ada la peluang sesapa yang tak main memula tu, tonjol pulak kan?
RedDaddy @ Sirman pun kena weiii... bila lagik Kak Red nak buli kan?enchekkekasih si LilRed pun kena jugak.. huuhhu.. ko tgk tu Farihah betapa gigihnya dia nak menang..nak senyum pun penoh mulut! mmg menang pon!
lepas RedBites, kita ada BALLOON SMACK DOWN! mak pak kena tolong anak2 tiup balloon and ikatkan.. pastu, anak2 ni kena lari and pecahkan ballon tu kat atas tikar yang dh disediakan.
sapa punyer balloon pecah, dia lah yang menang...
game ni pulak, saja nak bagi mak pak and anak2 punyer involvement. agar sesama mak pak blogger kenal lebih rapat lagik...gitu.
oleh kerana bojeng hanya memeluk tripodnya.. yan terus datang lentok kat situ!
yan, ko dengan tripod pun jeles yer... muhahahhaaaa...
pastu, sambung lagi makan... and ada yang sesama bloggers dok exchange contact number, bergamba sama2 and the kids dok main kejar2 around dengan kawan2 baru derang. sambil main tiup bubbles. thanks pada sumer yang sudi sponsor banyak sangat items untuk kids. gracias, syukran jazilan.
and acara kemuncaknya is the LuckyDraw!
jangan tak tau, the RedFamily sendiri yang turun padang beli semua items LuckyDraw khas untuk Potluck even nih.
siap dengan wrap sendirik anak banak sampai kul 130am okey!
Kak Red mmg sangat dedicated and nak yang terbaik untuk kita sumer kan??
cayalah Kak Red!
habis selesai LuckyDraw, beerti selesai lah jugak Potluck with RedMummy.Com ni.
sepatah dua tulisan ulasan dari RedMummy sendiri..
Terima kasih jutaan pada yang hadhir, camne nak cakap terima kasih tak tau dah lah…pada awak semua bawak spouse bawak anak2, bawak kawan2, ada yang datang sorang2….pada yang tak dapat hadhir tapi hantar wakil **wink wink, pada yang x hadhir tapi juga hantar makanan and adiah….pada semua yang promote the Potluck sedari awal kita citer nih, pada yang nak datang tp ada kecemasan, ada hal lain, ye saya paham….pada yang nak datang, tp x dapat, insyallah kita buat lagik tahun depan.
Sangat2 saya memohon maaf, sekiranya ada gurauan2 kami, terlebih batas, ada yang tidak selesa dok atas tikar, ada yang x nak dok atas tikar pi dok atas padang hijau tu jer…ada cacat cela majlis, kami dari GBM berlima, juga dari saya sendiri Redmummy, Sirman, Abang and Gegirl minta mahap sangat2.
Saya sememangnya cuba nak hadkan berbual 5 min dengan each guests, supaya saya dapat beramah mesra ngan sumer orang, tp ‘dapur potluck’ nak jugak dijaga hehehehehe, tu yang x dapat nak melayan. saya cuma harap semua orang berpuas hati, kalau ada yang boleh direpair, boleh tinggalkan komen nanti kami improve di masa akan datang, taun depan katanya insyallah.
Anggaran kita majlis ni dalam 70lebih orang yang hadhir, mencapai target, saya kena tunggu Mayang sari update the list, tapi makanan pun melebihi sangat sasaran, membuak2…lain kali pasni potluck, kita akan sediakan plastik bekal bawak balik, supaya sumer orang akan bawak balik makanan yang ada. sikit2 sama2 kita merasa…
lepas ni ada entry lagi on potluck, saya nak dedicatekan mereka2 yang hadhir, yang sempat masuk dalam kamera kusam saya, kalo awak ada gambar ngan saya, ngan anak2 ai ke, ngan sirman ke, bolehlah kirim2 via email red@redmummy.com . entry tuh akan kuor siang Ahad, lambat sket yer…
entry redmummy berkajang-kajang
gambar merah buat penyeri
kalau ada rezeki yang panjang
tahun depan berpotluck lagi
sama lah mcm KakRed, Ayu & GBM pun nak ucapkan terima kasih sbb sudi datang memeriahkan Potluck with RedMummy.Com yang julung kali diadakan ni... sesungguhnya, segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kami sendiri...
from the bottom of our hearts, thank you & sorry.
personally, ayu puas hati. cuma rasa 2 jam ni terlalu pendek. concept yang Kak Red nak ketengah kan is picnic. rasanya menjadi kan? cuma x de PA system. maaflah.. masa preparation agak singkat and kami hanya mampu sediakan apa yang termampu jer.
so, apa kata korang pulak? ni ada few review entries dari bloggers yang hadir. boleh yer Ayu kaup letak lam entry nih? untuk reference masa hadapan...
~ ada lagik nih.. nanti from time to time, ayu add in yer..