Showing posts with label parking. Show all posts
Showing posts with label parking. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Cuaca

Lately ni cuaca agak kurang menentu kan?
It goes extremely panas or extremely hujan....

Untuk Ayu yang office kat tingkat 7 ni... memang kalau hujan dengan kadar lebat melampau tu.. naik seram jugak la... and kat tingkap level 7 ni nanti kan ada bunyi macam nyilu sangat tau...

at that point.. ada lagi satu kerisauan yang melanda..
my WaHaB!
sebabnya, my parking space tu, dikelilingi pokok...
pokok2 yang tinggi...

and petang tu....
lihatlah....

tu daun yang melayang... pernah tau case dahan pokok tu menjunam sampai pecah cermin one of the car kat situ..
alahai.. mintak simpang mintak simpang...

air & angin ni..macam api jugak kan?
kecik, jadi kawan.. kalau besar????




Blurbings By,



BannerFans.com

Tuesday, May 11, 2010

Parking maut...

parking kat area office ni actually sangat la limited pilihan yang ada..
dah la office kat tengah2 medan yang memang super busy.. baik dalam bangunan ker, tapi ker, seberang ke.. memang ada la pilihan untuk parking but very limited...

ayu selalu park kat dua tempat jer.. seberang jalan sana or betul2 sebelah building. (sebelah building ni selalu jadi tempat favvy kalau datang lambat..konon dekat sikit nak lari masuk..ahhaha)

so, nak cerita perihal parking yang sebelah building ni..
punya la santak orang datang parking situ, sampai tuan tanah parking amik kunci layan berlayer layer..

keadaan kalau normal...



dah mula berlayer...


masalahnya, cara derang menglayerkan kereta tu...
mentang2 la tuan tak de kan.. kunci kat derang...

dia punya tekan minyak tu...
perrggghhh...

lepas kalau reverse.. memang nasib tak berlanggar je lah...
selagi tak tinggi 0.05cm dia tak berhenti ok...

ni contoh parking layernya..

tidak seriau kah anda??

p/s: owh tu bukan kereta saya.
:P


Blurbings By,




BannerFans.com

Wednesday, January 13, 2010

Boleh tak kalau semua tempat buat macam ni??

i am very sure korang semua pernah pergi sunway pyramid kan?
so, nak terus assume korang semua pernah experience the parking system..

ker.. nak kena cerita jugak?
cerita je lah serba ringkas..ye dok?

nak cerita pasal parking system ni hah..
ok meh tengok gambar di bawah ni yer...



sila perhatikan benda berwarna putih yang tergantung kat atas siling tu..
itu adalah sensor ye.

maknanya, kalau ada kereta kat situ, dia automatically akan sense it and lampu akan bertukar menjadi warna merah..
macam ni.. (gambar dibawah)



so, kalau dari jauh, tak la kita terhegeh2 pusing bagai nak rak to a certain row yang akhirnya tiada parking.. sebab dari jauh dah nampak, semuanya warna merah. gitu.

and pulak tu, dekat setiap simpang nak pusing kiri ke, kanan ker, ada notification dok blink2 bagitau.. kanan ada lagi 4 space.. kiri ada lagi 150 space.. so, takkan nak berebut yang 4 tu kan? ahahhaa..
kalau nak berebut gak, boleh je.
ikut suka korang lah.

yang ayu nak cakap ni, kenapa tak semua mall buat macam ni ek?
senang tau.. convinient pun ye..

contoh mall yang kena ikut is One Utama, Curve and IKEA.
tolonggggg laaaaaa enhance buat macam ni...
naik tepu cari parking kalau pergi time public holiday..
huhuhu...

lagipun, cool apa..


Blurbings By,




BannerFans.com

Thursday, July 31, 2008

chewing gum.. BIKIN PANAS!!!

masa lepas bayar parking kat AmpangPark semalam kan... kita pun selamba lah ker my driver's door.. nak masuk kereta lah.. nak balik opish...

sekali, tangan rasa semacam.. tengok2 ada CHEWING GUM!!!!!

mangkuk mana lah yang letak chewing gum ni kat situ?
kenapa lah nak aniaya kita?

apa salah kita?


pengotor la...
pandai makan, x pandai buang....

mencik!



Saturday, July 19, 2008

Cik Mon

ha.. mari bercerita pasal CikMon. kat parking office ni kan.. ada la 'penunggu' nya tau.. tu haa... yg sibuk dok kita statistik kereta kuar masuk parking...
nampak x? tu haaa... yg dekat tembok tuh...



ooo.. tgh borak eh? eh.. sambung wat statistik lah..


well, derang2 ni mmg la ramai umatnya kat sini.. sesapa x pecaya mai la datang ke parking office ku...
mmg pelik ke tidak? kat tgh2 kolumpo nih.. bukan ker pelik ada si Nyet nih? ha3..
lagi satu, jangan la korang nak jalan lenggang kangkung bawak plastic bag yer.. mau di rembat nya dari korang.. and, bukan dengan cara yg baik okeh..


haaa... tgk muka dia.. ngantok jer kan?
he3...