Friday, November 15, 2013

Sebelum Majlis Pertunangan

Pagi tu ke, malam tu ke.. tak ada beza untuk Ayu.
I can't sleep. Hahaha.. Nasib baik my cousin Elly ada meneman. Scrub muka, pakai mask.. moisturiser semua.. lepas tu dia tutup lampu all... and start berborak topik boring sampai Ayu tak sedar what time Ayu terlelap.

Tepat 5am..ting!!! bangun sudah diriku ini. Terus turun susun hantaran makan etcs..

And dengar suara BIL dah jadi mandor kat luar since caterer sudah sampai. All the way from Tanjung Karang oiii... :)
Tq Abg Am!


Then few cousins and nephews dah start tunjuk muka and tolong final touch up apa patut..

Ayu join sama of course. Majlis kita, kenalah kita sama2 ringan tulang. Jangan nak duduk diam feeling princess ok. Not good.

Sis siapkan bothDs dulu.. So that tak perlu dia nak kalutkan anak2 nya bila dia start duty nanti. Ayu terus pass videocam kat bigD.. Semua dia yang capture. Moments yang sangat best...sebab candid and best. Hehehe....


..... sekali makeup artist ku mucul. Kelam kabut naik atas bagi kering peluh all.. Siap singgah freshen up lagi sekali. Hehehe...

Dah tenang sikit.. Wa terus buat her magic touch.
Nak contact Najwa for amy makeup job.. please do whatsapp/text/call her at 012 967 7222. Service memang tip top. 



Jelly atas tu courtesy from my beloved MakTun and lawa sungguh di potong hidang dek my cousin, Kak Ani.
Talented oiii.. potong jelly pun berseni..




my big family members.....
love them!



All set....



Makeup - done!
Baju - done!
Decor setup all - done!
Rombongan lelaki door gifts - done!
Simple door gifts for guest - done!

Ok, Let's hit it!


Love, Ayu

Sehari sebelumnya Majlis Pertunangan

Bangun awal pagi mengalahkan hari kenduri. Hiks.
Yelah, rumah saya ni kecil je... Perancangan memang dah ada, cuma bila kita nak realisasikan tu, mesti ada sangkut disana sini.
Normal lah tu. InsyaAllah, semua boleh selesai.

My cousin sister, Elly is definitely my savior. I don't know how to thanked her lah. Dia lah yang menjadi runner Ayu. Tolong itu ini. Sebab masa ni, I am out of drugs dah. Painkillers tak sempat nak pergi topup. Sakit-sakit badan tu, Allah sahaja yang tahu.

So, awal pagi bila semua orang dah bangun, kami keluar dulu for breakfast. Memang tak nak renyahkan dapur sebab semua perabot nanti nak angkat semua. 

Balik je breakfast, my beloved CikPiah and her whole family dah sampai. Masyaallah, rezeki datang lagi.. CikPiah bawa 1000++ biji kuih peneram untuk dijadikan door gifts. Syukurnya.. may Allah grant my CikPiah and her family kemurahan rezeki dan kesihatan yang baik, always. Amin.

Nasib baik Ayu and mom ada beli plastics untuk "just in case" situation. Makanya, terus berkampung lah kita membungkus door gifts...


Tu dia.. anak-anak my CikPiah, Elly, mom, CikPiah and myself buat sama-sama and tak sampai 2 jam, semua dah siap.

Geleng kepala tengok. Tiba-tiba bertunang ada door gift. Ayu memang nak simple but memorable je. Tu la orang kata, rezeki.

Sementara semua itu terjadi didalam rumah, diluar rumah team khemah dah sampai.
Memang kena pasang khemah sebabnya rumah Ayu tak ada kawasan langsung untuk buat kenduri.

Jadinya, sejak seminggu sebelum majlis, BIL and mom dah siap jumpa jiran tetangga bawak salinan surat kebenaran dari MBPJ and sekaligus surat jemputan for them.
Drama nak mendapatkan surat kebenaran tu lagilah.... tak tahu macam mana nak thanked my sis and BIL. Jenuh mereka turun naik merata di taichi kesana kemari oleh different Police Stations all. 
Semoga Allah bless them always...Amin.


Betul kata orang, apa sahaja yang kita buat dalam dunia ni, don't ever kita harapkan balasan. Tetapi, kita kena always berterima kasih pada semua yang menolong kita. Always.

Orang khemah ada difficulties sikit nak memasang khemah tu. Bila nak naikkan khemah, pokok-pokok yang ada tu mengganggu. Alhamdulillah, sepupu-sepupu saya, suami anak saudara saya, MSN, anak saudara BIL saya membantu. Baru saya tahu derang hebat ada skill potong pokok. Haha! 


Cabaran tau memotong pokok ni. Sebab utama ialah, ianya pokok kesayangan mom. Nak inform dia tu semua letak kat kepala orang khemah. Hahahahaha....

Tu lah dia wajah-wajah hero memotong pokokku. Hiks.
Ingat senang dengan kerengganya...,uiiiii... tak sanggup.

Thank you sahaja memang tak cukup lah nak cakap. InsyaAllah, Ayu akan ingat jasa kalian semua sampai bila-bila...

My BIL ada pesan to orang khemah untuk bawak canvas putih nak tutup kiri kanan bahagian porch rumah. Sebabnya we all plan nak buat ala another hall kat situ. Letak furnitures and carpet. So, if dalam tak muat, kat situ pun boleh duduk.

Sekali canvas tu tak sesuai and tak cukup lah pulak. Idea my BIL ligat ke memikir. Terus dia ajak MSN ke Kamdar. Selamba dua orang  lelaki itu balik berbondong dengan dua kayu kain putih.


Nasib baik la ada idea bernas ni.
Pinjam staple gun dari orang khemah and off my cousin go to staple atas tu. Bahagian bawah and nak cantumkan kain, Ayu staple kan je. Selesai luar.

Next, dalam rumah pulak. Ayu memang dah tau cemana nak buat semua. But of course, I will leave it to my sis and BIL to explain. Mom duduk setempat and tunjuk-tujuk je. Haha.


Tu dia..nampak my BIL jadi mandor. Hehehehe...
Menganga je semua mendengar...

Sekali masa ni lah ada police officer datang bawak album sampai 3 besar-besar untuk Ayu buat kenal pasti. Stressnya. Saya dah seronok bergelak berpeluh even badan sakit pun tak sedar. Nampak je police datang hilang mood 250%!!
Nasib baik MSN ada temankan sekali masa Ayu diinterview again and again. Dia tau Ayu bukan boleh alone kena interview mula lah air mata berjurai-jurai. Semangat ooooo semangat.. sudah-sudah lah menghilang, kembali lah semula please.


Once in a while, semua duduk rehat. Yelah, kita buat santai-santai je. One of our nenek saudara, datang hantar seperiuk bubur kacang hijau untuk buat makan-makan sambil bekerja katanya. 
Ya Allah thank you untuk semua rezeki yang berlimpah ruah ini. Syukur.

We never know siapa yang Allah bagi untuk membantu. Allah knows best. Thank you Allah. Alhamdulillah.

Tu yang tengah tu is my beloved UncleM. Mom's one and only brother and bapa to my cousin Elly. Tulang belakang kami lah UncleM sepanjang majlis. Yelah, orang tua lelaki dia lah seorang. Cousin my mom ramai lah. Cuma dia kan adik my mom. So, extra responsibility lah sikit. Tu yang muka garang je tu. Jadi pemantau bukannya mudah ye dok? :)


Masa team Merisik Gallery (MG) sampai, lori orang khemah semuanya masih berterabur kat depan tu. Jadinya lori derang and their cars terpaksa lah diletak agak jauh sedikit.

Jadinya, my cousins, sedara mara and MSN lah yang gigih sama-sama membantu.
Cemana eh? Nak kata buat mini pelamin tidaklah. It is more like a feature wall for the day. Months earlier team MG memang dah datang tengok and dengar apa yang Ayu nak semua. Rumah kecil bukan penghalang. Kita make do dengan apa yang ada. Ideas and inputs from mom, sis and BIL pun penting. Also from MG team sendiri. Not to forget MSN. Ayu combine input semua, and make it happen.


Team MG tengah nak pasal backdrop. 
Backdrop memang do wonders. Terus hilang sinki belakang tu hah. Jadi macam rumah lain pulak. Hiks..

Good job MG!
Nanti we show lagi apa yang MG buat ok?
So far bekerja with them memang Ayu tak ada masalah. Even macam-macam jenis ragam client lah especially, Alhamdulillah MG memang pro lah deal with it. Ialah, mereka juga manusia biasa, of course lah derang pun sentap jugak kadang-kadang. But nak buat cemana, ikutkan ajelah kan?
Ada la a few yang Ayu memang refer to MG. Alhamdulillah semua yang direfer suka dengan hasil kerja MG.

Tak sempat MG selesai kerja, Ayu, MSN and my cousin and also adik angkat MSN keluar untuk pick up specs MSN and ambil Jelly hantaran from Q-Jelly. Bercakap pasal Q-Jelly I am so thankful my niece Nana bbmed and asked ada tak apa-apa yang dia boleh bantu. Since that I have lost all bills and receipts for deposits payment dalam handbag yang dah hilang tu, I don't have time sangat-sangat nak godek satu persatu google semua all. Masa so suntuk. Bila Nana offer, Ya Allah terima kasih sangat. Nana helped to track back semua and managed to change my pick up location to the nearest Q-Jelly. Sebab earlier Ayu sepatutnya amik dekat Q-Jelly Pavillion. Lega...


and yes... sepanjang entry ni korang perasan kan ayu sebut nama MSN jugak. Dia pun turut sama bertungkus lumus untuk majlis ni.... Bila orang suruh balik dia cakap.. Ni majlis dia jugak.. so dia rasa tak salah dia menolong.

Apo nak dikato lagi ye dak?
Hehehehee....


Love,
Ayu

In 3 months....

Mom made the announcement about my engagement masa hari raya pertama to all my extended family members. Oiiiii berdebarnya rasa masa mom announce.
Habis teruk Ayu diinterview all. Uish. Seram sungguh.

Usai raya all...kami mula merangka persiapan. Yup, masa sangat pendek.
1st things first.
Senarai dulang hantaran.

Yup. Kami berdua decide on hantaran listing dahulu.
Kami bersetuju untuk 5 dulang from him berbalas 7 dulang from me.
Dah decide on that, makanya masing-masing pandai-pandailah curi masa mencari all. Decos and hantaran do 100% MSN serah pada saya. Ok, no problemo! :)

We couldn't thanked our immediate family enough in supporting us all the way. My mom, his mom, my sis, my BIL, his sisters, his BIL, his bro and our lovely nephews and niece. 
May ALLAH grant them Jannah for their good heart. Amin.

Memang macam biasa lah, perihal pertunangan ni, memang family perempuan yang kena buat kerja lebih. But Alhamdulillah syukur sangat.. MSN sangat banyak membantu as well. 

Number one, theme color.
Setelah berfikir masak-masak, I decided to have a baby yellow engagement theme.
I want my immediate family to wear pure yellow and me wearing baby yellow. 
As for hantaran, MSN's sister is sponsoring a whole set of the silver trays for me. So, I just need to decide on the gubahan that suites the trays. As for me to him, since that he loves the color blue, I am planning a tiffany blue themed hantaran for him.

Baby Yellow - Yellow - Silver - Tiffany Blue.

My sis asked me more than twice about the color that I want them to wear. Yup, yellow is indeed a bold color kan? Jadinya dia memang seriau lah dengan pemilihan warna. But I am very confident and confirm about it.

So, let's Jakel.


My sis managed to find a matching pair yellow kurung for her and lilD and a matching pair baju melayu for BIL and bigD.

Tapi dalam picture ni nampak macam orangy pulak kan? It is not tau. Memang kuning.

Masa dekat Jakel memilih kain untuk buat baju tunang and also memilih kain nikah for both of us.. OMG.. Ayu seriau risau segala.
Sejujurnya saya tak pernah spent untuk harga kain macam tu. Gulp gulp.

But lucky me, my sis is around. She convinved me and said.. Kalau hari biasa ni Ayu memang jenis simple.. Takkan lah on your special day you nak simple sesangat pulak. Kita less is more still but tak salah berhabis. Nanti kan boleh pakai balik.
*baiklah*




Dapat je kain, terus call our family tailor suruh datang rumah.
Terus mintak tolong sekali dia carikan kain and buatkan baju for mom as well. Sebab my sis and her family dah beli siap kan?
And hantar mine.
Settle.

Few days before raya, we scouted one simple yet into the theme baju melayu johor for MSN.
So, everyone...done!

Now, tinggal persiapan keseluruhan oleh pihak saya.
Alhamdulillah sangat Allah kurniakan saya abang ipar dan kakak yang serba boleh. Syukur!
Segalanya memang tergolek terlentang mengadap my sis and BIL.
Part kata putus je, baru we all mengadap mom.

Pendapat layout, kedudukan khemah, perihal catering, what me and MSN wants, menu makan, design baju, makeup all.. semuanya tulang belakang saya ialah my sis and BIL.
Mom bukan tulang belakang dah. Itu kategori nyawa dah tu.
My sis and BIL lah yang mengatur aturcara majlis all.. Siap dengan meeting ringkas with family members semua. Ya Allah TQ so so much for this blessings..

Now, the hantarans.
Mana yang beli asing, especially on MSN side memang Ayu tak de picture. Nanti entry bertunang tu, ada lah   full picture ok?

Mak saya ni memang orang lama sikit. Jadinya to her bertunang ni mesti ada benda manis-manis. So for hantaran or desserts (masa ni kami belum decide yet) kami macam biasa mengadap MakTun. MakTun memang pakar la hal-hal manisan ni.


Tengok mom macam mandor on the right tu hah.
Masa ni tengah decide size pattern all.

Saya angguk-angguk bawak kuar duit jer. Yang lain, ikut suka mom lah.
Mana pernah plan semua ni. So memang ikut je flow.
Allah knows best.

 Dua hari sebelum majlis baru kelam kelibut settlekan perihal hantaran yang lain. Sebabnya, barang-barang ni semua ada dalam kereta yang dirompak itu. (I won't cerita panjang about this dah ye. Saya cuba sebaik mungkin mengelak bercerita mengenainya)

Mulanya Ayu cakap pada MSN kita kurangkan lah dulang. Tak sempat nak bekejar semua all again. MSN cakap, kita went through semua ni sekali je seumur hidup kita. This is our dream... Kita cuba sehabis baik untuk realisasikan.. Kalau kita dah usaha but tak dapat jugak, then kita redha bukan rezeki kita nak buat macam mana yang kita mahukan.

Alhamdulillah, kesemua yang dihajati dapat ditunaikan. Syukur. TQ Allah.



Scouted and tempah jelly for him at Q-Jelly..
Delicious hantaran cake from no other MamaChak's Bakery.


Mom call kaki yang dia ada from Kelantan for this agar-agar gula batu. Ayu panggil agar-agar kaca. Bila potong alohaiiii macam kristal.
Edible crystal. Hiks.

I only bought the bekas to fill this in and gubah sikit-sikit.
Dah siap put aside. Sebab dia memang tahan.
Also for him.

At first, I thought nak belikan chocolate for him. Either Godiva or Patchi.
Sekali my aunty from Ipoh called kata nak sponsor sedulang hantaran. Manisan.

Pujuk punya pujuk barulah my cousin tu inform apakah jenis manisannya...
Taraaaa...


It's fruit and blueberry cheese tarts.
Punyalah jaga hantaran yang satu ni.. sebab dia sangat fragile dan memerlukan peti ais untuk disimpan.
Hehe.. Alhamdulillah selamat sejahtera segalanya.


We all decide 4 barang bukan makanan from each other.
The remaining memang food.


So, peresenting my only food item from him..



Percayalah... cuppies ni semuanya sedap nak mam!!!
Berebut rebut kami sekeluarga ok. yelah, benda lain derang tak boleh rebut..Semuanya hak milik mutlak saya.. 
*hiks*

Amik baju from dobi... jangan lupaa....


And finally his hantaran spectacles.

  


Oiii payahnya mamat ni decide...
geram je Ayu tau..

bak kata MSN, selalu senang jer.. but sebab untuk hantaran dia rasa special sangat.. so sorry lah if dia mengambil masa extra lama memilih.
Dah la tu.. asyik la pegang yang melampau mahalnya.. Ayu dah terjegil-jegil dah biji mata.. Bila dia pakai tanya OK or not.. cepat-cepat je jawab TAK OK. Muakakakaka..

Alhamdulillah, we managed to get everything in order betul-betul sehari sebelum majlis. Yup. Segalanya sehingga ke titisan terakhir.
Alhamdulillah..

Malam tu...
Ayu sangat merindui my nenek. I wished she's still with us to share my happy moments. But I know she is up there watching me.


Tidur berpelukkan ini...mengalahkan orang nak menikah.
Sobs.


Love, Ayu


Thursday, November 14, 2013

Merisik


23 June 2012.

MSN's family datang untuk merisik. Masa plan semua takde pun apa2 perasaan. But masa MSN bbm kata derang dah depan gate... MasyaAllah.. berdebar gila!
Baru merisik oiiiii.... 

My sis & my BIL was my backbone. Mom & Aunt1 pun ada. Itu je yang diberitahu pun. Because, ni lebih kepada nak kenal2 family terdekat jer.

By the time I heard their voices kat living hall, my sis laju gila masuk dapur and asked me .. "Kenapa Ayu tak inform derang bawak hantaran? Kita tak ready apa pun as balasan.."
Errr.. of course la I didn't know derang datang bawak macam2.. All I know cincin risik je lah kan?

Rupanya... Sebeban fruit basket and Godiva chocs. Haiyo! How lah??




Sesambil pening fikir nak balas apa semua.. sesambil tu jugak make sure meja semua ok on set. I cooked mom's recipe of fried beehoon and ordered roti jala from Aunt2.

Cukup lah kot for minum petang kan?

MSN came with his mom, his aunty, his sister and his brother.
Yeee.. dia datang sekali.

Mula2 I dengar suara his mom bercakap all.. Tetiba macam ada sangkut, and I heard his voice.
Dia masuk merisik and wakil diri dia sendiri.
Owh selambaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
(Clap! Clap!)

Habis MSN bercakap, mom call me out.
Katanya Aunty nak sarung cincin. Eh apakah? Bukan merisik takde sarung sarung ker?
*confuse*





Nervous gilleh!

Rasa macam tak jejak tanah.

Selasai semua.. salam semua orang...
Pastu makan..





Masa derang makan, Ayu nyorok kat dapur lagi. Takut siut. Kot la tercekik semua makan ke apa kan.. seram.
But alhamdulillah, tiada sebarang keracunan makanan berlaku.
Phew.

It was the best Saturday ever.
Knowing that someone is serius to make me as his responsibility.

Ya Allah please bless our journey.
Amin.

Next is bertunang.....
3 months from merisik..

....................and the clock start ticking.



Love, Ayu

The Rings

Percayalah. Saya bukan perempuan barang kemas.
Saya tak gilakan emas mahupun accessories lain kecuali pemakaian jam. 
Ada lubang tindik telinga pun dah bertahun tak pakai earrings. Sudah terkambus barangkali lubangnya. Aduhai.

One fine evening, MSN bbmed me this picture:


Dengan caption... "I dekat kedai emas ni... You betul redha apa sahaja yang I pilih?"

Redha lah ye dak?
Dah lah dia yang bayar, saya pula jenis yang tak reti.. Makanya redhakan sahaja...




 Dia minta pendapat cincin untuk merisik.
Errrr... seriusly... I don't know. Saya cakap orang selalu bagi belah rotan kan? Cemana rupanya belah rotan tu?

Dia bagi icon *talk to the hand*
(Alamak! harga hantaran berkurang ke sebab tak tahu ilmu emas ni eh?)

After almost 1 hour, he said he have decided both for merisik and bertunang.
Dia hantar bbm pic.. but version blurry. So, Ayu memang tak tahu cemana rupanya both rings. But attached kat sini version tak blur. Hehe.
(Version blur entah mana perginya entah)




Betul ke semua ni happening ni??
Aaaahhhhh..... confuse confuse...


Love, Ayu

Wednesday, November 13, 2013

Buka mulut

Sementara segalanya sedang berjalan... In this next few days... Ayu akan coretkan perjalanan Ayu menghadapi the marriage proposal, merisik dan bertunang...
So, here we go..

06 May 2012

MSN called and ajak me & mom out for lunch. I told him that I got plans with mom to shop few things. Masa tu, venue pun Ayu tak sure lagi.. maybe MidValley.

Terus dia kata, OK, let's have lunch at Mid Valley.

Few weeks before this luncheon, MSN ada temankan Ayu tolong settlekan few things berkenaan rumah sewa Puchong mom. So, ada satu hari tu, mom invite dia masuk and hidang makan all. Cara mak mak berterima kasih. Bagi makan kenyang. Ye dok? Hehe.

MSN tumpang solat, and lepak with mom and myself. 

Tetiba... dia bukak mulut.. "Mak cik, nanti selesai hal renovation rumah saya, saya nak jumpa mak cik perihal meminang anak mak cik ni ye.. boleh ye mak cik?"

Me?
I AM SPEECHLESS.

Rasa macam nak pengsan. Gelap dunia. Serius rasa pitam.
KO DAH KENAPA TAK BINCANG DULU DENGAN AKU WEI????

Mom was shocked too.

And maybe MSN realised mom terkejut, dia berbunyi lagi.. "Sorry mak cik, saya ni tak de pengalaman.. family saya pun kakak je yang dah lepas...memang kena jumpa makcik beforehand berbincang cara etcs.."

Mom smiled and cakap dekat MSN.. "tak pe, benda tak tahu kita boleh belajar.. no worries.."

So, there goes my angan angan nak di propose dengan penuh sweet surprised etcs. Forget about it Ayu.. Forget about it.

So, tujuan MSN nak ajak luncheon ni pun, nak ajak berbincang cara bagaimana apa yang patut untuk proses merisik...

 

Lokasi: Bumbu Desa Indonesia Cuisine, Mid Valley Megamall.
Makanan lunch semua Ayu tak snap pic as I was so scared.

Itu dessert. Hujung2 bila dah loosen up sikit baru Ayu snap pic. Itu pun curi2.
Konon2.. semoga segalanya manis sahaja hingga ke Jannah.. ecececehhhhhh...


Love, Ayu

My 34th Birthday

Alhamdulillah...

Thank you Allah for a wonderful 34 years of life.

Ya Allah, please grant me with the best of iman, faith, beautiful aqidah, good health, blessed wealth, happiness and love forever here, and the hereafter.

Ya Allah, please grant Jannah for my parents.
Ya Allah, please give my mom a beautiful life and good health. Don't let any harm or sadness be with her.
She is my everything Ya Allah.. Please give me the chance to pay what she have done to me. For atleast to give back what she has given me.
Ya Allah, please spread your love, nur and protection to my mom, sister, brother in law, nephew and niece.
I love them so much Ya Allah...
If I don't have the chance to tell them, kindly let them feel it,one day.

Ya Allah, this year, on my 34th birthday I will embark another step in my journey of life.

Today, is the day I will become a wife.

To that Ya Rahman, I pray for good strenght and iman for the new journey. I hope that our love remains forever lillahi ta'ala.
Amin.

13.11.13
.....my new journey begins.

Love, Ayu