Wednesday, September 15, 2010

6 Syawal 1411H - 20 tahun H yang lepas....


hari ni, genap 20 tahun hijriah allahyarharmah nenda kesayangan saya dan kami semua pulang kepada penciptaNYA.

sampai bila2 pun, saya akan senantiasa ingat akan tarikh ini, akan peristiwa ini.
hari saya kehilangan insan yang paling saya sayangi... insan yang paling saya hormati dan insan yang menjaga saya dari saya lahir hingga saya berumur 11 tahun.



insan yang senantiasa setia menunggu saya pulang dari sekolah atau kelas mengaji sambil mengunyah sirih di depan pintu...

dengan penuh kasih, akan bertanya apa yang saya pelajari and sering kali berseloroh menyuruh saya mengajar nya pula.
i miss you so much nenek....

insan yang mengajar saya bermain congkak, batu seremban dan pelbagai mainan rakyat yang lain.

sumber kekuatan my mom, my sis and myself.


di pagi 6 Syawal 20 tahun yang lalu, kami anak beranak cucu cicit nenek semuanya penuh berkumpul at home setia di sisi nenek sejak 1 Syawal.

1 Syawal yang amat bersejarah... nenek mula tidak boleh berbicara. tapi, senyuman tak pernah lekang dari bibir nenek....
setiap malam, sebelum nenek tidur, nenek akan pegang tangan ayu sampai terlena..sambil ayu dendangkan zikir munajat... your favourite zikrullah.

sejak nenek sakit & keluar masuk hospital, without fail, i will dendangkan zikir munajat sampai nenek terlena...

hingga ke hari ini, pusara nenek merupakan tempat lepak tetap ayu. tak pernah lagi ayu cerita dalam blog ni, kan?
yes, pantang ada kelapangan, i will go there. baca yassin dan bertahlil pendek... kadang2 i'm just there dengan sepotong al-fatihah sahaja... but in side my heart, macam2 yang ayu ceritakan pada nenek.. as if dia ada kat depan mata....

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempat kan dia di kalangan orang2 mukmin yang beriman...


Al Fatihah buat Allahyarharmah Hajjah Zainab Binti Haji Abdul Rashid.
amin.


Blurbings By,



BannerFans.com

3 comments:

Najwa said...

al-fatihah buat allayarhamah... semuga rohnya dicucuri rahmat... slagi kita rajin sedekahkan ayat2 suci buat arwah dan beramal baik.. pn cukup utk tanda kasih dan sayang kita pada dia, insyaAllah :)

best regards,
wawa~*
SecretWhisper.net

Lyn Yusoff said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & beramal soleh.. Amin

Liza said...

al-fatihah....and you make me miss my arwah wan more.....