setelah berminggu minggu mencuba mendapatkan tickets... (ayat kena power..padahal dok leka dengan keje.. memanjang tangguh lepas tu, padan la muka kan SOLD OUT!),
akhirnya.. dapat jugak ayu & sid pergi tengok teater Natrah ni.
the situation before kami dapatkan tix ni agak funny & gelabah jugak lah.
satu, kami berdua adalah sangat busy denagn kerja and none yang dok menebeng kat web Istana Budaya (IB) nak reserve ke apa bagai. again, ASSUMING that the tix will still be there. konon nya lah kan?
bila sid online, dia nampak ada lagi sits and bila ayu masuk tinggal satu jer.. pastu sid sms kata dah ada lagi..ayu masuk tengok tak de..
and last last..refresh entah kal keberapa barulah ada available sits yang sebelah menyebelah..
motip pulak nak duduk asing2 jauh2 kan? kang ayu nak nangis segala kang.. HOW? HOW? hahahaha...
kami adalah sangat awal. sebab, from office kan? but it's ok.. kita leh lepak2 duduk makan2 dulu....
masa we all dok menyalahkan to one another sebab masing2 dok ajak makan makanan yang 'SESUAI' untuk diet...mata dua2 terpaku sebab nampak si cantik jelita..MAYA KARIN...
dia pun baru nak makan...
and yes, kami tak stop her for a picture pun. teruk kan? memang teruk.
(kepala tengah weng memang gini. masing2 dok membusy kat office.. terus kurang cekap jadi blogger.. buleh? huhuhuhuhuhu)
kami adalah makan secara berjemaah. ala makan nasi ambang dalam dulang tu.. but, ni pakai pinggan la..
hahahaha....
konon2 kurang la sikit rasa bersalah bila bahagi kolestrol sama rata, gitu.
:P
ok, back to the theater lah ek?
kalau mana yang tak sempat nak pergi tengok.. i would say, go get the book. i will get a copy as well later. ayu & sid tak leh la nak berebut kat booth buku tu that day atas sebab2 diriku menjadi OKU. huhuhuhu.... (mana yang tau, tau lah cerita ni...)
kehidupan Natrah... atau nama sebenarnya, Huberdina Maria Hertogh...yang dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Tjimahi, Jawa ketika Belanda menakluki Indonesia.
but later, Jepun pulak menyerang Indonesia and menyebabkan bapa kandung Natrah ditahan sebagai tahanan and disebabkan kesulitan hidup, Natrah diserahkan kepada Che Aminah yang kemudiannya telah membawa Natrah ke Tanah Melayu.
and that's how the theatre begins. kehidupan Natrah di Terengganu.
Che Aminah bawak Natrah ke Terengganu pun disebabkan nak memelihara keselamatan dia.. sebab tentera Jepun memang tak suka dengan orang putih.
macam2 dugaan yang Natrah and Che Aminah lalui.. ayu sendiri rasa macam tak boleh and tak cukup tempat nak coretkan kat sini..
but, below, ayu tulis balik the summary of Natrah's life ok..
(just untuk pengetahuan kita semua)..
24 Mac 1937
Lahirnya Huberdina Maria Hertough di Tjimahi,Jawa yang kemudiannya dikenali sebagai Natrah.
10 April 1937
Natrah yang masih kecil dikristiankan di Gereja Roman Katolik St. Ignatus Tjimahi oleh Paderi de Koster.
8 Mac 1942
Pendudukan Jepun yang antikulit putih di Indonesia menyebabkan bapa Natrah, Sarjan Adrianus Hertough dipenjarakan di kem tahanan.
15 November 1942
Untuk mengurangkan beban dan penderitaan ibunya, Natrah dipelihara oleh Che Aminah sebagai anak angkat.
Disember 1945
Bapa Natrah, Hertough dibebaskan setelah Jepun menyerah kalah. Sarjan Hertough dan isterinya berusaha mencari Natrah tetapi tidak dapat ditemui.
Julai 1946
Setelah gagal mencari Natrah, Sarjan Hertough dan isterinya kembali ke Belanda tanpa Natrah.
1947
Demi memelihara keselamatan Natrah daripada asker Jepun, Che Aminah membawa Natrah berpindah ke Kemaman, Terengganu.
1949
Che Aminah membesarkan Natrah dengan kasih sayang dan ajaran agama Islam.
September 1949
Natrah ditemui oleh Tuan A.A. Locke, Penasihat British Wilayah Timur sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
12 April 1950
Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas cadangan A.A. Locke untuk menyelesaikan pemilikan Natrah sebagai anak angkat.
22 April 1950
Che Aminah menerima surat arahan daripada Ketua Hakim Mahkamah, mengarahkan Natraj diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura.
24 April 1950
Natrah ditempatkan di Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura.
28 April 1950
Che Aminah merayu kepada mahkamah untuk mendapatkan semula hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguamnya, Encik Ahmad Ibrahim daripada Syarikat S.C Goho.
25 Mei 1950
Encik Ahmad Ibrahim mengemukakan hujah di mahkamah sebab musabab Che Aminah layak mendapat hak penjagaan terhadap Natrah.
23 Julai 1950
Che Aminah berjaya mendapatkan hak penjagaan terhadap Natrah semula.
1 Ogos 1950
Atas dasar suka sama suka, Natrah dinikahkan dengan Mansor Adabi secara nikah gantung.
2 Disember 1950
Ketua Hakim mengeluarkan surat perintah ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.
4-11 Disember 1950
Akhbar Melayu Raya menyiarkan artikel-artikel yang memperlihatkan kes Natrah, sebagai isu agama diantara agama Kristian dan Islam.
12 Disember 1950
Ketua Hakim, Justice Brown, memutuskan bahawa perkahwinan Natrah - Mansor tidak sah dan beliau perlu diserahkan semula kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.
12 Disember 1950
Rusuhan bermula pada waktu tengah hari, 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera. Singapura diisytiharkan perintah berkurung, selama dua hari, dua malam.
13 Disember 1950
Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Singapura menuju ke Belanda dengan kapal terbang.
15 Disember 1950
Natrah tiba di lapangan terbang Schipol, Amsterdam, Belanda,dan disambut oleh lebih 4,000 orang beserta sorakan selamat datang dan sepanduk.
20 April 1956
Natrah berkahwin dengan JG Wolkenfelt, seorang askar, walaupun tidak direstui oleh ibu bapanya.
15 Februari 1957
Natrah melahirkan anak pertama dan sehingga kini, Natrah memiliki seramai 13 orang anak kesemuanya.
25 November 1975
Stesyen televisyen Belanda, NRVC menerbitkan filem dokumentari kisah hidup Natrah dalam rancangan The Times Just Stood still selama 20 minit.
16 Ogos 1976
Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya, JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah bercerai dengan suaminya.
Disember 1979
Natrah berkahwin dengan suami keduanya, Tom Ballermans.
1983
Natrah bercerai dengan Tom Ballermans.
1984
Natrah dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung.
15 September 1984
Natrah meninggalkan Belanda dan tinggal di Nevada, Amerika bersama-sama dengan Ben Pichel.
Antara 1984-1989
Natrah berkahwin dengan Ben Pichel.
Oktober 1988
Mansor Adabi meninggal dunia akibat sakit jantung.
1998
Natrah pulang ke Kemaman melawat saudaranya untuk merakamkan sebuah dokumentari mengenai kisah hidupnya di Belanda.
9 Julai 2009
Natrah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda pada usia 72 tahun.
credit to Istana Budaya and sesiapa yang terlibat dalam menghasilkan summary ni. saya tukang taip semula jer.. thank you!
selesai tengok semua, cast akan keluar for autograph session semua kan?
tapi manusia... ya rabbi!!!!!
dengan keadaan OKU ku...
lupakan saja la nak berebutkan si 'Adam' itu..
hehheeh...
overall, the show was superb!!!!
ada lah part yang a bit dry here & there but message adalah sangat sampai...
meleleh jugak airmata ni.. menghayati script and lakonan semua yang terlibat..
To Eirma Fatima (I dont know why they spelled her name like this), JOB WELL DONE!
dalam pada kita mementingkan apa yang kita rasa penting...
kita abaikan sifat kemanusiaan sesama insan...
kita biarkan seorang insan tersepit diantara dua dunia yang bukan mudah untuk dia pilih...
dalam Islam, tiada paksaan...
dalam lembut, dalam beralah, dalam penuh kasih sayang...
Rasullullah sering menang menyebarkan Islam...
renung renung kan lahh....
12 comments:
emm terlalu complicated lah kan kehidupan si natrah tue..!
bestnya dpt gi tgk natrah..n i love food kt cafe IB..sedap..
alor..betuahnya ayu dpt tgk natrah ..tingin gak..pegi..tp jauh..huhuuh..alasang..
best nya dapat tgk natrah...macam best jer..tapi kami teater kureng skit laa...btw, maya nampak gorjess!
assalamualaikum kak ayu.
get well soon sis.
sedapnya makan nasi ambang!
oh ingat u pergi dgn k.red..tp mmg tragis kisah hidup diakan
akak dok tingin nak pi tgk tapi tak dak rezeki jugak. Dulu baca kisah dia kat dewan masyarakat di library sekolah. sanggup sorok majalah tu padahal mana ada student suka belek mag tu pun hehehehehe
alaaaaa bestnya dpt tgk natrah..
Lyn tak berkesempatan pun..
huhuhuhu
tak sempat ler nak tgk, busy bangat sekarang nie, hopefully, they will do the show again later
aboi:
yup. bukan salah dia pun.
dee:
yup delicious food. hehee
kak ty:
kalau nk g tgk..jgn lupa ajak ayu. apa2 teater lah..
nizaa:
belum cuba, belum tau dik..
syahira:
makan ala nasi ambang. ehhehe
lily:
tak, kak red g sabtu.. we all g jumaat.
kak casper:
tunggu dvd dia kak.. :)
lyn:
ade rezeki nanti..layan la teater k?
liza:
i hope so lah kak. sbb cuci dia nak buat again nxt year.
salu jenjalan kt area titiwangsa..
tp xpnh jejak ag kt dlm..
tingin gak nk tgk natrah..
psl si Adam tu je..ha3..
fara:
hehehe.. i think ramai yg tgk sbb 'adam'. but scene adalah x berapa banyak.. aternya, nama pun NATRAH kan.. hiks..
Post a Comment