Sunday, February 22, 2009

The day I decide...




Assalamualaikum & Good day...


Hi korang... lama betul Ayu menyepi, kan? actually, I'm having problem to access and posting in my blog ni. tak tau la kenapa, asyik 'operation aborted' jer.. :(


sedih ooo..lama menyepi.. nak tengok blog sendiri pun tak lepas... macam mana nak jengah blog orang? even the links kat tepi2 tu pun tak kuar.. :(


anyways, after berfikir panjang and after 'berbincang' ngan few important peoples to me in this blogging world, i am migrating my blog to...



jadi, marilah beramai2 ke sana, ye..

blog ni will remain here... i have zillions of love and beautiful friendship, here.. cuma, jom kita pindah rumah yer..

rumah baru, segalanya agak straight forward lah sekarang.. sabar yer... slowly, it will change..


and now, ayu nak mintak tolong sangat2 all my dear blogger friends, to drop me an email at siti.amiha.ayu@hushmail.com , subject: MY LINK and bagi la ayu all you all punyer blog address balik ek... ayu frust sungguh2 tak dapat nak jenguk blog korang nih..


InsyaAllah, things will be better after this..


so, jom? kita berpindah.. :)

see u guys there!








Tuesday, February 17, 2009

Kenapa ek?


Sorry ye korang. Kena hold cerita acheh. Malam semalam,ayu dah set auto publish,but tak tau kenapa gambar and fonts jadi kelam kabut.

Sedih sangat rasa.
Takpelah,bagi ayu rectify prob ni dulu,k?

So today,cerita normal dulu lah yer...

Saturday, February 7, 2009

Perkampungan Tiongkok


Ini ialah perkampungan yang dibiayai oleh kerajaan negara China kepada mangsa2 tsunami yang 80% darinya hanya tinggal sehelai sepinggang dan sebatang kara.

Tiongkok,dalam bahasa achehnya, dirujuk kepada masyarakat cina.

Kerana itulah perkampungan ini dinamakan 'Perkampungan Tiongkok'.

Kapal Tsunami Lampulo


Disini, ceritanya lebih live. Kerana, the survivor sendiri yang menceritakan apa yang terjadi pada tanggal 26 Disember 2004,tersebut.

Menurut Pak Mujibburizal, pada terjadinya tsunami tu, dia,keluarganya dan 12 lagi keluarga tetangganya, seramai 59 orang kesemuanya lari ke atas bumbung rumah pada ombak yang pertama.

Tak lama selepas itu, dari jauh kelihatan sebuah kapal yang disangka kapal penyelamat untuk mereka. Rupa2nya,itu ialah kapal kosong yang ditolak ombak tsunami ke kawasan kampung mereka. Kapal tersebut, kemudiannya tersangkut di atas bumbung rumah yang lebih tinggi dan mereka semua terus naik ke atas kapal tersebut.

Kemudian,mereka tanpa henti bertahlil dan setiap kali ombak menghempas,mereka azan.

Mereka nampak sendiri bagaimana air yang datang terbelah mengelak kapal dengan keberkatan azan! Subhanallah!

Kemudian, ada mayat2 yang hanyut sempat mereka capai dan tahlilkan.

Dan alhamdulillah,setelah 7 jam di dalam kapal dan setelah 10 kali ditolak ombak,mereka selamat...

Pantai Lupuuk


Cantik kan?
Hebatnya kekuasaan Allah.

Tsunami seolah-olah membasuh dan menukar air laut disini.

Bersih sebersihnya,jernih, sejernih jernihnya.
Allah hu Akbar!

Masjid Rahmatullah Lampuuk


Masjid Rahmatullah ini diantara masjid yang amat hampir dengan laut.

Namun,dengan kebesaran Allah, cuma sebahagian kecil sahaja yang rosak. Yang rosak hanya disekeliling masjid sahaja.

Dari segi foundation, subhanallah masih utuh.

One thing la sepanjang ayu di sini,hati terasa sebak dan sayu setiap solat tahyatul masjid.

Menurut masyarakat di sini, mayat2 yang dijumpai disekeliling kawasan ini, tidak reput dan masih di dalam keadaan yang elok.

Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui.

Friday, February 6, 2009

Lhong Raya Souvenir Shop


Our first stop for souvenirs is this shop.

One thing la, acheh ni memang bukan tempat shopping ye. Jadi, kadar nak memilih and decide. Hu3.

Museum Acheh


Nampak tak apa tu?
Kerbau berkepala dua.

Nampak cam kambing,kan? Tapi,description tulis kerbau,so kerbau it is. He3.

Kat museum ni,ada bermacam replika, kayu2 ukiran, replika2 masjid dan macam2 lagi tinggalan sejarah islam.

Oh btw,nanti, bila dah balik,insyaallah ayu akan update each of this entry dengan updated pictures and stories,ok?

Kapal apong


Kapal apong ni,pada asalnya ialah penjana elektrik untuk seluruh bandar acheh.

Tempat asal kapal apong ini ialah di sebuah pelabuhan yang terletak kira2 10km dari tempatnya kini.

Macammana kapal apong ni boleh berubah kedudukannya?

Sebab,ombak kuat tsunami. Even kapal seberat 2600tan tertolak sejauh 10km menindih penempatan perumahan disini.

Bayangkanlah...

Masjid Bait-Ar Rahim


Allah hu akbar!!

Inilah dia satu2nya masjid yang terselamat ketika tsunami dulu.

Kebesaran Allah! Semasa solat sunat disini, perasaan sayu dan insaf brcampur baur.

Marilah kita brsama bersedekah al-fatihah buat saudara2 kita,mangsa tsunami. Al-fatihah.

Koetaradja Restaurant


Kat sini, waktunya, awal sejam dari Malaysia. Tapi, perjalanan waktu,sama je. Contohnya, kalau subuh M'sia masuk pukul 615am, subuh sini, 515am. Sama je la sebenarnya,kan?

Lepas,subuh,siap2 semua,terus turun for breakfast. Hidangan breakfast, standard sini la. Soto, bergedil, sup and ada jugak la roti bakar and etc.

Agenda hari ni, insyaallah di sebelah paginya akan melawat tapak bencana tsunami. More updates later,ok?

Thursday, February 5, 2009

Restaurant Istana


For tonight,malam acara bebas.
We had dinner at restaurant istana,just across the street from our hotel.

Kat sini, they serve masakan minang. Yang bestnya sebab kemeriahan makan beramai2.

Tapi, aunt1 tak ikut. She needs to rest. But of course we tapaued sumthng for her.

Hotel Sultan, Banda Acheh


Alhamdulillah..dah selamat sampai hotel.

More updates later,ok.

Wednesday, February 4, 2009

Mulai esok...


Apa jadi esok?
Esok,ayu, mom and aunt1 mahu ke 'seberang'.
Ke mana? Alah, esok korang tau,la...
He3...
Takla jauh,but tak la dekat...

Sapa nak ikot?
Jom?

Tuesday, February 3, 2009

Keseronokan dah habis..


Jam dah start teruk balik. For two weeks jalan agak ok pergi and balik keje,but today segalanya jam kembali.

Tak cukup dengan tu, kerja pulak melambak tahap cipan!

Memang stress sungguh lately ni.
To add the fun, my manager is on leave and guess siapa yang kena relief dia?
*pengsan*